Namun Aku bertanya kepada diri sendiri adakah aku sedar apa yang saya sedang buat? Adakah ini kerana perasaan atau sebuah panggilan dariNya. Bagaimana diriku untuk mengenali bahawa "dia" itu mungkin milik ku? Sering bertanya kepada diri sendiri. Mungkin kah Kisah Si Kudung ini akan berulang kali kali lagi. Sejak kebelankangan ini telah tewas dalam empat peperangan di medan perang, namun Si kudung tetap berjuang mencari erti Cinta sejati. Dimanakah Cinta Sejati Itu? Adakah semua indah atau Indah Pada WaktuNya http://meruankungenang.blogspot.com/2010/11/segalanya-indah-pada-waktunya.html.
Dalam ini adakah timbullah ketidakpastian tentang apa yang aku lakukan sekarang, adakah aku sebenarnya mencari Cinta atau Cinta sejati itu datang sendiri? adakah Cinta Sejati itu di cari atau datang sendiri? Bertanya kepada diri sendiri. Adakah ini kepastian?
Dalam hati ini timbul perlawanan kehendak diri atau kehendakNya? Dimanakah Cinta Sejati? adakah Ini perasaan dan berharap semata-mata. Adakah ini saudagar Cinta yang masih mencari pembeli mutiara yang sejati? Timbul lagi persoalan tentang masa depan ? Apakah Kerjaya aku selepas bergraduet nanti, bagaimana keluarga ku? Seandainya Si Comel itu? Latar Belakang mungkin adalah masa utama, budaya ? status? keluarga?
banyak persoalan bila benih Cinta di benak fikiran ini. Adakah saya ini lelaki yang berjiwang? Seorang yang mudah jatuh cinta dan gelabah dengan hati ini. Kenapa aku sangat lemah apabila berhadapan dengan kaum Hawa, walaupun saya sering untuk cuba menguatkan diri dan memberikan fokus kepada sesuatu yang lebih bermakna? Adakah ini nafsu atai Cinta Sejati yang masih mencari ataua Cinta sejati yang akan datang? Ini kerana Diri ku begumul dengan dua hadiah yang datang serentak namun aku mempunyai kehendak lain bukan hadiah itu. Ini kerana hadiah adalah rasuah cinta namun, aku masih mencari diri sendiri dan mengenali apa yang terbaik bagi ku dan untuk kemuliaan Tuhan juga.
Aku perlukan orang yang mengenali Kasih Tuhan, hanya orang yang ada kasih Tuhan mempunyai kasih yang lemah lembut dan dapat menerima diri ini sebagai seadanya yang diberikan oleh Tuhan.
Tapikan saya jujur yang saya sudah mula jatuh cinta kepada seorang yang sangat berbeza. Bagi seorang lelaki mungkin inginkan seorang yang cantik dan perempuan yang sempurna dengan kewanitaannya. Antara cantik dan Comel?http://meruankungenang.blogspot.com/2010/12/beza-comel-dan-cantik.html.
Namun saya berhadapan dengan keadaan adakah aku harus mengharap sekali lagi? Adakah Ini satu penantian yang akan menghampakan diriku? adakah sebuah persahabatan dimusnahkan kerana ungkapan cinta dari diriku ini. Saya merasakan diri ini yang belum mempunyai keyakinan untuk menyatakannya. Saya tidak pasti adakah dia juga mempunyai perasaan yang sam aatau ini adalah hanya sikap dia berkawan dengan orang. Saya selalu keliru dengan saudari dalam kristus terutamanya apabila kasih Tuhan itu ada, kita sukar untuk membezakan adakah layan itu berdasarkan kasih Tuhan diantara saudara dan suadari dalam Tuhan. Saya mudah keliru dan perasaan apabila terdapat perhubungan yang rapat dengan saudari yang percaya. Tuhan bagaimana saya hendak mengenali Si Dia adalah milik ku? Tuhan bagi ku hikmah dan kebijaksanaan dari Mu.
Mengapa pulak dia? bukan yang lain? Adakah ini merupakan satu yang luar biasa? Mengapa mudah jatuh Cinta sedangkan saya belum mengenali dia dengan rapat dan lebih dalam lagi? Adoiii . Bohonglah cinta itu buta? Em..adoiii jiwang pulak rasanya. Apa pun esok esok sambung lagi blog ini. Inilah luah hati saya dan tiap-tiap kata di sini adalah doaku untuk mencari kepastian dari NYA. Haleluya. AMEN>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan