Jumaat, 31 Disember 2010

Musik dalam penyembahan: Duniawi atau Syurgawi ?

              Mungkin kita pernah terfikir bahawa pujian dan penyembahan hanya dalam lagu berunsur kristianiti, misalnya menceritakan tentang kebaikan Tuhan, lagu-lagu berunsur doa dan selanjutnya. Namun sebagai seorang yang dipakai dan mempunyai bakat dalam seni musik seharusnya tahu bahawa bakat dan karunia itu diberikan Tuhan, oleh itu semuanya hendaklah memberikan kemuliaan kepada Tuhan. Disini saya akan cuma membawa penjelasan tentang musik, apabila seoarang kristian mendengar lagu rohani sesungguhnya lagu tersebut berunsur penyembahan dan pujiana kepada Tuhan, namun kita selalu mendengar tegahan dalam mendengar lagu duniawi kerana lagu duniawi berunsur yang tidak alkitabiah dari segi liriknya menguanakan perkataan yang tidak baik namun bukan semuanya begitukan. Kebanyakan lagu sekarang yang diminnati muda mudi terutama tentang lagu cinta dan kasih. 
        Dari liriknya banyak menceritakan kisah kasih dan cinta dalam kalang masa muda dan perasaan sayang. Adakah salah seorang Kristian mendengar lagu duniawi? Berdosakah? Ini kerana dalam alikitab mengatakan seseorang yang bersahabat denagn duniawi bermunsuh dengan Tuhan. Masalah ini sering timbul dalam kalangan muda mudi kristian yang baru bertumbuh kerana mereka lebih suka kepada muzik yang lebih rancak dan mengikuti perkembangan semasa. Namun biasanya  muzik di gerija dalam minda umum sesuatu yang memboringkan dan bersifat tidak mengikuti arus semasa. Banyak persoalan timbul di sini? malah saya sendiri pernah mendengar kata seoarang pastor  berkhotbah sebagai seorang yang bertaubat jangan dengar lagi lagu-lagu duniawi dan beliau juga mengatakan bakar semua CD dan juga poster artis keran asemua itu bersifat duniawi dan berunsur kepada dajal. Ini kerana kalau musik itu bukan untuk Tuhan untuk siapa lagi tentulah untuk Sitan.


Persoalan ini sememanng sering kita alami terutama dalam kabar-kabar berita sekarang ada sesetengah lagu berunsur dajal dan penyembahan roh-roh. Malah ada seoarang kawan saya pernah berkongsi sesetengah lirik lagu terdapat memuji Sitan apabila diterbalikkan liriknya dan juga terdapat lagu musiknya berunsurkan seram dan berlatarbelakangkan kuasa kegelapan. Disini saya cuba menanyakan pada saudara dan saudari pernahkah saudara dan saudari mendengar musik sebegini? sebelem atau selepas anda mengenali Yesus?
Bagi penulis sendiri, pemilihan lagu yang di dengar adan sifat hatri kita kepada lagu itu amat penting saudara. Banyak lagu sekarang kita kena berhati-hati memilih untuk mendengarnya bukan semua lagu sekarang adalah hanya lagu semata-mata. Ya mungkin kita berkata " oh itu lagu saja bah" yang oenting kita jangan terikut. Mungkin ada juga yang berkata " relex lah just for fun bah".  Jika kita melihat sendiri musik itu mempunyai kuasa dalam mengubah hidup seseorang. Belaian daripada musik itu akan memberikan satu pemulihan emosi terutama apabila lirik dan bunyi musik tersebut amat menyentuh jiwa seseorang. 


           Penegasan disisni, mendengar lagu duniawi tidka salah namun kita harus memilih lagu yang ada lirik dan bunyi yanag mempunyai nilai yang baik dan berbentuk pengajaran dan memberikan view yang boleh membawa kita kepada ke arah kebaiakna. Sifat hati kita juga penting , ini kerena itu akan menentukan bahawa kita meletakan Tuhan atau duniawi dalam atau hidup kita. Alkitab mengatakan kasihilah Tuhan kamu denaga sepenuh fikiran, hati dan jiwa kamu, sesungguhnya kita tidak boleh menduakan Tuhan dengan berhala iaitu pekara lain yang boleh membawa kita ke arah jalan yang terpesong. Sebagai contoh seoarang penyanyi kritian menyanyikan lagu duniawi, ini kerena bernyanyi merupakan periuk nasi mereka. Kita tak boleh menghakim mereka bahawa lagu duniawi itu adalah tidak baik, ini kerana setiap orang diciptakan Tuhan ada kelebihan masing-masing. Tapi masalahnya adakah sifat hati kita betul kepada Tuhan? sebagai oranag kritian kita harus menjadi terang dalam pelbagai bidang dan lakukan yang terbaik untuk kemuliaan Tuhan dan bukan kerana kemegahan diri kita sendiri. 


Baru-baru ini, penulis baru balik daripada konsert Jazz Band disana terdapat beberapa kawan penulis yang turut beserta bermain disitu. Mereka merupakan orang-orang yang percaya, saya dan kawan-kawan daripada Persaudaraan Kristian Agape pergi melihat dan memberikan sokongan kepada sahabat-sahabat kami ini. Pada masa tersebut, penulis teringat satu kesaksian tentang seorang penanyi di China yang digunakan Tuhan untuk penginjilan melalui musik.
       Tuhan menyentuh saya tentang penghiburan yang datang dari Tuhan. secara teori alkitabiahnya Tuhan adalah sumber sukacita dan penghiburan kita yang sejati dan kekal selamanya, sebagai ornag yang mengenal Tuhan kita mempunyai Rod Kudus yang dalam diri kita yang memberikan kita kekuatan dan penghiburan dalam hati kita. Tuhan itu sumber penghiburan kita, apabila kita mendapat sukacita dan damai sejahtera daripada Tuhan kita harus membahagikan kepada semua orang. Di dalam Dewan Budaya pada hari tersebut, saya melihat pelbagai jenis orang dan bangsa yang hadir di situ, bukan smeua orang yang hadir pada masa tersebut mempunyia sukacita namaun mungkin ada yang mempunyai masalah dan  beban dalam hidup mereka. Saya memberikan ucapan taniah kepada Sahabat PKA saya yang terlibat dalam Jazz Band pama malam tersebut ini kerana kehadiran anda dalam Jazz Band itu ada membawa berkat dan ini juga merupakan sebuah rencana Tuhan. Terima kasih kerana menjadi penghibur dengan bakat yang ada pada kalian dan sifat hati kepada Tuhan adalah paling penting. Pada malam tersebut semua orang sangat menyukai anda, seperti Raja Saul sukakan David bermain kecapi.


      Tuhan mengunakan umat pilihannya sebagai berkat kepada semua orang. Oleh itu, penulis rasa sangat bersyukur kerana bakat yang ada pada sahabat penulis tadi digunakan untuk meghiburkan orang. Dari alkitab kita melihat contoh Daud ketika dia bermain gitar kepada raja Saul, segala kepahitan dan susah hati Raja Saul disegarkan. Satu yang Tuhan berbicarakan disini kepada penulis, menyembah tuhan dan meninggikan namanya bukan hanya membawa lagu pujian dan penyembahan sahaja, namun sifat hati dan kesaksian kehidupan kita lebih penting daripada semua itu. Dalam alkitab mengatakan lakukanlah semua pekara itu bukan untuk manusia tetapi untuk Tuhan. Apabila Saudara dan saudari mempunyai bakat dalam sesuatu, sebagai contoh pemain bolasepak yang terkenal dari Brazil iaitu Kaka menggunakan bola sepak untuk membawa dunia kepada Tuhan dengan kesaksiana beliau disembuhkan daripada sakitnya dan kesaksian perkhawinan beliau juga. Kaka pernah mengemparkan seluruh dunia denga baju dia tertulis " I'm belong to Jesus".  Tuhan itu sangat luar biasa , seandainya anda ingin digunakan oleh Tuhan secara luarbiasa carilah karunia dan bakat anda dan lakukan pekara tersebut untuk kemuliaan Tuhan. Tuhan memberkati.


Ayat Renungan


Daud,  1 Samuel 16:22-23
Kemudian Saul mengirim pesan kepada Isai, "Aku suka kepada Daud. Izinkanlah dia tetap tinggal di sini dan melayani aku."
Sejak itu, setiap kali Saul didatangi roh jahat itu, Daud mengambil kecapinya dan memainkannya. Lalu Saul merasa tenang dan nyaman lagi, karena ditinggalkan oleh roh jahat itu.


Kolosi 3: 23-24
Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia. Kamu tahu, bahwa dari Tuhanlah kamu akan menerima bagian yang ditentukan bagimu sebagai upah. Kristus adalah tuan dan kamu hamba-Nya.


Matius 22: 37
Jawab Yesus kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka