Jumaat, 10 September 2010

Berdasarkan puisi-puisi pilihan anda itu, bincangkan secara kritis bagaiman unsure-unsur diksi yang dieksploit oleh penyair-penyair tersebut dapat mencerminkan suara hati dan pengelamaan penyair-penyair berkenaan terhadap kelestarian alam dan manusia.


Soalan 7                   
           Daripada lima buah puisi yang dikaji saya memilih tiga puisi iaitu ‘Mahasisswa’ karya  Usman Awang, ‘Sekiranya’ karya Muhammad Haji Salleh dan ‘Catatan Harian’ karya Latif Mohiddin untuk cuba membincangkannya secara kritis bagaimana unsur-unsur diksi yang dieksploit oleh penyair-penyair tersebut dapat mencerminkan suara hati dan pengalaman penyair-penyair berkenaan terhadap kelestarian alam dan manusia. Dalam kita mendalami kehandak soalan , maksud diksi menurut Kamus Dewan merujuk kepada pemilihan kata yang tepat dan berkesan untuk idea secara bertulis atau lisan manakala perkataaan mencerminkan bererti mengambarkan sesuatu. Melalui beberapa puisi ini pengarang-pengarang menyuarakan isi hati mereka untuk menyelaminya para pembaca memerlukan penghayatan yang mendalam kerana menurut pendapat Kassim Ahmad (1960) dalam eseinya ‘ Pantun dan Sajak Dalam Perkembangan Puisi Melayu’  menjelaskan,
“Puisi adalah salah satu bentuk berucap dalam mana kita  mempergunakan bahasa untuk melahirkan perasaan atau maksud kita”.

Untuk seseorang pembaca memahami puisi itu sangatlah sukar jika tiada penghayatan yang mendalam tentang puisi., misalnya sajak merupakan puisi yang berbentuk lirik, pada dasarnya pendek dan ringkas dan pengarang menggunakan seekonomi mungkin menggunakan ayat yang berbahasa irama, pendek dan tepat seperti yang dinyatakan A.Samad Said(1960) dalam sebuah buku yang bertajuk Gejala melalui penulisannya ‘Latar Belakang Pertumbuhan Sajak-Sajak Terbaru”
menyatakan,




“setiap penggunanan kata ini pula harus dilakukannya hati-hati, ia harus bersikap
ekonomis, tetapi tegas dan sedapat-dapatnya indah, kerana bagi seorang penyair
seringkali peringkasan bentuk merupakan tindakan mutlak kerana dia ingin membuat padat ciptaannya”

Di samping itu juga, seseorang pengarang mencipta sesebuah sajak adalah melalui pengalamannya dan beberapa persoalan akan disurat dan disiratkan untuk menyuarakan isi hatinya. Mengikut buku yang ditulis Ali Ahmad (1994) dalam Penghantar Pengajian Kesusasteraan ,
“ Puisi mengandungi isi yang yang merupakan hasil pemerhatian terhadap keindahan atau setelah melalui pengalaman hidup”.

       Usman Awang merupakan sasterawan negara yang berpegang teguh memperjuangkan soal kemanusiaan, dalam sajaknya ‘Mahasiswa’ yang dikaryanya dalam tahun 1961 memberikan pandangan bahawa mahasisiwa perlu bangkit dan sedar tentang peranan mereka sebagai mahasiswa berkhidmat pada masyarakat dan negara. Dalam rangkap yang pertama iaitu:
Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu
bersama ke tengah jalan raya
                                                                                                                                       pengarang menyuarakan pandangan bahawa  mahasiswa  harus melakukan sesuatu dan mengalihkan pandangan supaya tidak hanya terikat dengan buku saja malah harus melakukan sesuatu kerana masyarakat menunggu meraka untuk menbuat ajakan pradigma kepada negara.   “Mahasiswa dari kota tanah air”
merangkumi semua mahasiswa di negara ini dan penegasan pada perkataan
“bangunlah!” rangkap pertama baris kedua merujuk kepada penegasan agar


semua mahasiswa sedar daripada lamunan mereka dan memula sedar akan peranan mereka agar membangunkan negara. Pada rangkap pertama baris ke empat terdapat pengulangan kata “lampaui” sebanyak dua kali, pengulangan kata ini memberikan penegasan tentang mahasiswa haruslah melepasi konkrit kehidupan ini dan mulakan langkah baru.  
           Seterusnya pada rangkap yang kedua pula, pengarang menjelaskan mahasiswa bahawa mereka seharusnya bersama-sama para masyarakat lain seperti petani, buruh dan pengarang sendiri supaya senadi dan seirma dengan mereka di Jalan Sungai Besi supaya mahasiswa belajar menjadi seorang yang berani. Contohnya pada rangkap kedua:
Lihat betapa temanmu telah berdiri sini
Sebaris dengan kami
Para buruh dan petani di Jalan Sungai Besi
Sederap belajar dari hidup berani

Dalam rangkap ini pengarang memperjuangkan unsur kemanusiaan iaitu pembelaan para petani dam buruh dimana pengarang meletakkan mereka juga memainkan peranan yang penting, justeru itu para mahasiswa harus bersama-sama dengan mereka dan sepakat dengan mereka. Para petani dan buruh di Jalan Sungai Besi juga mempunyai semangat berani yang tinggi oleh itu sebagai mahasisiwa mencontohi mereka
           Dalam rangkap yang seterusnya pula pengarang memberikan cabaran
kepada para mahasiswa agar dengan ilmu di dada mereka , mereka memperjuangkan kemajuana negara kita daripada melakukan pekara yang remeh
temeh saja. Mahasiswa seharusnya bersama-sama menbangunkan negara oleh
kerana melalui ilmu saja dapat merubah nasib negara kita walau bagaimana pun


terpulang kepada seseorang mahasisiwa itu sendiri samaada hendakturut bersama atau tidak. Nilai kemanusiaan yang cuba ditonjolkan pengarang bertapa pentingnya ilmu sebagai seorang manusia ilmu adalah elemen penting dalam kehidupan kita kerana melaluinya kita dapat mengubah kehidupan kita.
            Pada pendapat saya, pengarang iaitu Usman Awang merupakan seorang pengarang yang sentiasa memperjuangkan nilai kemanusiaan agar mereka yang lemah ditegakkan dan kebenaraan dinyatakan. Dalam sejarah hidupnya beliau merupakan berasal dari keluarga susah dan mendapat pendidikan hingga Darjah 6 Sekolah Melayu saja, oleh kerana keperitan hidup yang pernah dilalui oleh pegarang beliu menyuarakan pandangannya melalui sajak ‘Mahasiswa’ ini agar para mahasiswa dapat melakukan peranan mereka dengan sebaik mungkin.
            Sajak ‘ Sekiranya’ karya Muhammad Haji Salleh iaitu seorang sasterawan negara dan sekarang ini beliau menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia. Sajak ini penuh dengan isu-isu memperjuangkan alam sekitar dan kemanusiaan dimana pengarang menbuat perkaitan hubungan manusia dengan alam, alam dengan manusia dan hubungan Tuhan dengan manusia juga.Melalui sajak ini pengarang menyuarakan isi hatinya bertapa pentingnya menjaga kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan manusia sejagat.
            Beberapa persoalan cuba dimainkan oleh pengarang dengan mengolah
beberapa ayat yang berirama. Pengarang memberikan sifat pengorangan atau personifikasi yang memberikan sifat manusia kepada benda lain dalam penulisannya, misalnya dalam rangkap pertama baris tiga dan empat,
“Sungai akan longlai
Nafas tanah tersesak”
Sifat longlai dan bernafas ada pada manusia tetapi pengrang mengatakan sungai


akan menjadi longlai dan nafas tanah akan tersesak untuk melihatkan bertapa pentingnya batu dan sekiranya dimusnahkan maka sungai akan tercemar dan tanah akan juga tidak subur. Manusia pula akan mengalami kesan daripada sekiranya batu dimusnahkan seperti dalam rangkap pertama baris keempat
‘Manusia dilemaskan keringnya”, kerana itu manusia akan ditimpa masalah air bersia dan kesuburan tanah.  Pengarang ingin menyurakan isi hatinya  batu adalah elemen alam yang  penting dan harus diperihara.
          Selanjutnya pula, pada rangkap yang kedua pengarang menyuarakan isi hati tentang pentingnya pokok-pokok dibumi ini. Dalam rangkap ini pengarang mengolah karyanya dengan gaya bahasa iaitu memasukkan unsur diksi hiperbola iaitu perbandingan yang melampau.  Baris tiga menyatakan,
“Langit dicat merah”
Untuk mengecat langit adalah sesuatu yang mustahil, tapi maksud perumpamaan itu adalah tentang penipisan ozon dan langit kemerahan kerana haba matahari. Pengarang juga menggunakan perkataan ‘parah-panas’ di dalam baris keempat
yang menunjukkan bahawa manusia akan mengalaimi pemanasan global sekiranya pokok-pokok kayu dimusnahkan. Oleh itu kita harus menjaga alam sekitar 
dengan mengurangkan penebangan pokok dan menanamnya semula.
       Sementara itu pula rangkap ketiga pula cuba membawa kita meyelami bertapa susahnya hidup sekiranya la mini tercemar. Pengarang menggunakan unsur alam seperti binatang iaitu gagak dan cacing dalam memberikan suara hatinya bertapa melaratnya manusia jika tidak menjaga alam ini. Contohnya dalam rangkap ketiga baris kedua dalam ketiga,
“sekiranya cacing terlantar kering
              

             

                    Gagak rebah di tepi sampah”
                
Pada situasi ini pengarang cuba memperjelaskan sekiranya alam ini tercemar akibat bahan buangan kimia atau tosik  maka cacing-cacing di tanah, burung-burung gagak dan binatang lain akan banyak yang mati.l
         Pada rangkap yang terakhir juga menggunakan unsur                                                                                                                                                                                                 alam seperti tumbuhan iaitu rumput kering dan tebing retak bagi menyatakan sekiranya bumi ini panas, tumbuhan akan mati dan tebingan akan kekeringan kerana kemungkinan kekurangan air dan kemarau panjang akibat cuaca yang panas melampau.  Akhirnya manusia akan menerima balasan nya iaitu atas kesilapan deirinya sendiri.                                                               
         Secara keseluruhan, pengarang di sini juga memberikan beberapa penegasan tentang perkataan “sekiranya” yang diulang pada setiap awal rangkap dan juga perkataan “manusia” yang juga diulang dalam setiap baris. Pengarang di sini cuba menyuarakan isi hatinya sekiranya manusia melakukan tidak
memelihara alam ini dan membiarkannya tercemar maka pelbagai kesulitan yang akan berlaku kepada manusia. Oleh itu manusia harus sedar bertapa pentingnya alam ini, pengarang sangat berharap apa yang telah dikarya akan menbantu pembaca menhargai alam ini. Sesungguhnya pengarang amat menekankan kepentingan alam sekitar dan memperjuangkannya melalui puisi yang berkaitan dengan pendapat Usman Awang,
“Sajak bukanlah sesuatu nyanyian orang apabila melalui ketenangan dan kepuasan dalam sajak yang ditulisnya tetapi sajak ialah suatu pernyataan sikap terhadap sesuatu atau salah satu”.
    
              Puisi yang selanjutnya adalah” Catatan harian” karya Latiff Mohiddin yang


merupakan sajak yang menonjolkan kelainan dari segi bentuk dan cara penulisan yang tersendiri. Pengarang adalah seorang yang kreatif dalam berkarya ini kerana beliau seorang yang sensitif dengan keadaan sekelilingnya dan pandai menyelitkan makna tersirat daripada penulisannya. Sesuailah dengan pendapat seorang sasterawan iaitu Robert Frost bahawa sajak adalah “performance in word” iaitu persembahan dalam bentuk kata.
          Pada rangkap pertama pengarang menyatakan beberapa pekara penting berlaku dalam masa satu hari. Contohnya pada rangkap pertama,
“ hari ini
banyak sekali
pekara penting
berlaku dalam hidupku:”

Pengarang cuba menegaskan bahawa pada hari tersebut banyak pekara yang penting berlaku kepadanya. Beliau menyenaraikan beberapa pekara iaitu pada rangkap kedua hingga rangkap yang terakhir contohnya,
         “ Kalender p.ramli jatuh
            Dari dinding
         
            Sikat hijauku hilang

            Seekor cicak bertelur
            Disudut alamari


           Temanku diamdiam
           Melipat kainnya
           Kedalam beg”.

Pada rangkap yang pertama pengarang merenung kearah dinding dan kalender p.ramli jatuh , ini menunjukkan perubahan masa iaitu setiap hari masa akan berlalu dengan pantas. Jadi kita seharusnya menghargai masa seperti pepatah mengatakan “masa itu emas”. Pada rangkap yang kedua pula pengarang ingin menyatakan sikat hijaunya sudah hilang yang bermaksud sesuatu yang kita ada sekarang hanya sementara dan pada satu hari nanti kita akan kehilangannya. Oleh itu kita harus menjaga apa yang kita ada dengan baik dan menghargainya.
             Selanjutnya lagi pada rangkap yang ketiga menyatakan seekor cicak bertelur di disudut almari yang memberikan maksud cicak yang mengandungkan telur selama ini sudah tiba masanya melahirkan telur. Sebagi kesimpulannya sesuatu pekara akan berlaku apabila sampai masanya contoh juga dapat kita lihat pada diri kita sebagai manusia, ibu kita mengandungkan kita sembilan bulan dabn pada masa kita hendak lahir kita akan lahir tiada siapa yang boleh menghalangnya kerana setiap kejadian di dunia ini adalah ketentuan Tuhan. Oleh itu setiap pekara yang berlaku pada diri kita amatlah berharga dan kiat seharusnya menghargai masa tersebut. Pada rangkap yang terakhir pula pengarang melihat temannya melipat kain dan memasukannya ke dalam beg. Maksudnya disini setiap orang yang ada disisi kita ada pertemuan dan ada  perpisahan. Setiap orang di dunia ini akan mengalami perpisahan dengan orang yang tersayang, justeru itu sebagi seorang sahabat kita seharusnya menghargai kawan-kawan kita dan ahli keluarga kita. Di sini pengarang cuba mengolah karyanya melalui pengalaman beliau pada suatu hari. Melalui beberapa catatannya ini dapat kita simpulkan bahawa sajak ini berpohonkan kepentingan masa dan menghargai yang ada pada diri kita.
           
          
           




        


      
                                                                                                                                 
  






                                                                                                                                                                                                     





  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka