1.0 Pendahuluan
Dalam bidang sejarah amat mementingkan kebenaran dan kesahihan sesuatu perkara yang di tulisan oleh para sejarahwan. Dalam sejarah mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk menulis sebuah sejarah yang objektif. Sebagai seorang sejarahwan bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan sebuah tulisan yang sempurna. Untuk membincangkan kaedah-kaedah penulisan sejarah secara kritis, seharusnya penulis harus tahu tentang pengasas kaedah-kaedah penulisan sejarah iaitu Herodotus dan Thucydides yang merupakan para sarjana Yunani. Mereka berdua telah menghasilkan sumbangan-sumbangan sejarah yang penting dalam penulisan sejarah walaupun jika dikritik terdapat kelemahan-kelemahan karya masing-masing. Namun sedikit sebanyak gabuangan sumbangan mereka berdua telah mengasakan satu kaedah sejarah yang digunakan sehingga hari ini oleh para sejarahwan. Mengikut Finley, Herodotus dan Thucydides hanya pada abad ke-5 S.M. penulis-penulis mula berpisah secara radikal dengan pendirian biasa itu dan mencipta idea sejarah.[1]
2.0 Latar belakang tokoh
Sejarahwan Herodotus terkenal dan telah dianggap umum sebagai “ Bapa Sejarah” yang telah menghasilkan karya berjudul Histories. Herodotus anak kepada Lyxes yang telah dilahirkan pada tahun 484 S.M di Halicarnassus[2]. Perang Parsi telah bermula dalam tempoh 490-478 S.M, kehidupan Herodotus dari kecil telah dibesarkan dalam suasana peperangan yang genting khususnya di Marathon dan Salamis. Pada masa tersebut beliau terlalu masih kecil semasa peperangan Yunani dan Parsi terjadi dimana orang Yunani telah berjaya menewakan Parsi yang lebih besar jumlahnya. Dalam hayat hidup Herodotus telah menghasilkan sembilan buah buku salah satu daripadanya ialah magnum corpusnya yang berjudul Sejarah Perang Parsi[3]. Beliau telah mengembara selama 21 tahun dari 465-44S.M untuk mengumpul maklumat tentang perang tersebut di sekitar negara-negara kota Euxine, Babyloniah, Phonesia, Cyrene dan Mesir. Pada tahun 424 S.M beliau telah meninggal dunia di Thurii di bahagian selatan Itali.
Tidak lama selepas kematian Herodatus, Perang Peloponesia tercetus pada 431 S.M yang melibatkan dua pakatan Yunani iaitu Liga Delos, Athens dan Liga Peloponnesia, Sparta. Seorang lagi sejarahwan Yunani iaitu Thucydides telah menulis sejarah tentang peperangan iaitu Perang Peloponnesia yang menjadi tema kajiannya. Thucydides merupakan seorang jeneral tentera Athens namun beliau telah ditewaskan semasa perang, sebagai hukuman beliau telah dibuang negeri pada tahun 424 S.M. Dalam masa selama dua puluh tahun dalam buang di Pulau Thrace, beliau mula menulis tentang Perang Peloponnesia. Namun demikian beliau tidak dapat menyiapkan karyanya yang hanya pada tahap 411 S.M kerana beliau telah meninggal pada 399 S.M.
3.0 Menemu duga saksi, memerhati dan menggunakan bahan-bahan bertulis.
Penulisan sejarah oleh dua-dua tokoh menggunakan kaedah yang berlainan antara satu sama lain. Walaupun tema karya mereka tentang peperangan namun menimbulkan kemusykilan ini kerana mengapa mereka berdua memilih sesuatu peristiwa yang khusus untuk dikaji. Herodotus dan Thucydides mungkin mempunyai alasan masing-masing mengapa mereka menulis tentang sejarah peperangan yang berlaku di Yunani. Dalam matlamat penulisan Herodotus menyatakan beliau menulis sejarah Perang Parsi untuk hendak memelihara dari luputnya ingatan tentang apa yang telah dilakukan oleh manusia , serta mengelakkan agar tindakan-tindakan yang mulia dan mengagumkan oleh oreang Yunani dan orang gasar [Parsi] dari pudar kemasyurannya dan beliau juga berharsat untuk “ merakamkan” semua peperangan itu.[4] Pada pendapat Thucydides, Perang Peloponnesia lebih hebat daripada Perang Parsi kerana berlarutan dengan lama dan pelbagai kesengsaraan yang lebih dahsyat.
Herodotus menggunakan beberapa kaedah dalam penulisannya contoh menggunakan kaedah membuat pemerhatian di tempat-tempat kejadian ,menemuduga saksi dalam mencari maklumat dan bahan-bahan bertulis. Beliau telah mengembara ke pelbagai tempat seperti Yunani, Mesir, Scythia, Babylonia, Palestin, Libya dan Parsi dimana semua negara tersebut terlibat dalam kawasan berlakunya pertempuran semasa Perang Parsi. Begitu juga Thucydides telah mengunjungi medan-medan pertempuran dan beliau lebih mengikut aliran Hippocrates untuk memerhatikan sendiri fenomena-fenomena yang berlaku bagi mengesan sifat dan kesannya. Mereka juga mengunakan kaedah temuduga dengan saksi-saksi kejadian dengan memeras ingatan saksi bagi menguji kebenaran sesuatu bukti itu. Sebagai contoh Herodatus telah mendapat maklumat tentang adat resam, kepercayaan , sejarah dan perayaan pendudukan tempatan dari paderi-paderi di Mesir dan Babylonia. Thucydides juga telah menemui para pemimpin Athens dan menemui rakan-rakan tenteranya.. Kedua-dua tokoh ini bersetuju bahawa sumber lisan adalh lebih bernilai daripada sumber bertulis kerana sumber bertulis bisu dan sukar disoal balik.
Namun begitu Herodotus dan Thucydides juga telah menggunakan bahan-bahan bertulis dan kesan-kesan peninggalan lama seperti babad, puisi, epik, karya geografi, etnografi dan perubatan, dokumen kerajaan, inskripsi, batu bersurat, bangunan dan rumah berhala dalam penulisan karya mereka. Dalam mengkaji semula sejarah awal negara, Herodotus dan Thucydides menggunakan babad-babad yang memberi maklumat tentang asal-usul bangsa-bangsa di Yunani, Mesir, Babylonia dan Parsi. Tulisan seperti karya-karya Hecataeus dan tulisan pakar perubatan dari aliran Hippocrates telah memberi keterangan kepada Herodotus dan Thucydides tentang alam fizikal dan penyakit yang menyerang manusia. Thucydides juga menggunakan tes Perjanjian Perdamaian Nicias pada tahun 421 S.M.
Penggunaan sumber lisan dan sumber bertulis merupakan sumbangan Herodotus dan Thucydides kepada kaedah-kaedah sejarah yang digunakan para sejarahwan hari ini. Kedua-dua sumber sangat penting untuk mendapatkan maklumat yang selengkap mungkin dalam menghasilkan penulisan dan mengkaji sejarah. Usaha mereka berdua ini telah membuatkan penulisan sejarah lebih bersifat saintifik dan menkaji tindakan-tindakan manusia. Herodatus telah menyumbangkan satu penyelidikan sistematik yang diikutinya untuk mencari jawapan dan penjelasan yang bercirikan kemanuisan, sekular dan politik.
4.0 Menapis fakta
Namun dalam menapis maklumat, bukti yang didapati dari sumber lisan boleh menimbulkan percanggahan fakta ini kerana boleh terjadi pengurangan maklumat dan tokok tambah cerita yang tidak betul. Keperluan mencari lebih daripada seorang saksi seharusnya dikaji dahulu sebelum mengesahkan kebenarannya. Kemungkinan keterangan oleh seorang saksi akan kurang tetap atau diputarbelitkan bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu dan semua maklumat harus dibuat perbandingan daripada maklumat seorang dengan seseorang yang lain. Bagi menilai bukti-bukti segala sesuatu yang diberikan oleh saksi mestilah munasabah dan tidak melanggar hukum alam dan pengalaman manusia. Segala keputusan yang bercanggah terhadap bukti-bukti hanya menggunkan hukum logik untuk mengesahkan kebenaran.
Dalam karya Thucydides dia menggunakan kaedah menapis fakta dengan mengenepikan unsur-unsur alam ghaib kerana beliau berpendapat mahu mengkaji sejarah manusia sahaja tanpa ada campur tangan kuasa ghaib dalam menerangkan pergerakan atau asal usul sesuatu kejadian. Sebagai contoh kalau mengikut konteks beliau dalam sejarah Malaysia, pembukaan Melaka kerana peristiwa pelanduk putih menendang anjing semasa raja berburu adalah tidak masuk akal. Beliau juga telah terpengaruh denagn aliran Hippocrates yang amat mementingkan ketepatan dan kebenaran sebab mencontohi cara-cara ahli sains. Apa yang dilakukan oleh Thucydides lebih bersifat kepada penerangan yang kristis, tegas dan lebih kepada menumpukkan kepada sejarah itu sendiri. Disamping itu juga golongan Sofis telah memberikan satu semangat yang kuat dalam dirinya, kerana mereka percaya bahawa ilmu harus diajar secara praktikal dan harus tepat untuk kegunaan selama-lamanya.
Perbezaan Herodatus dengan Thucydides dalam mentafsir sejarah adalah dalam membezakan antara mitos dengan fakta. Thucydides memberikan idea dalam kaedah sejarah bahawa hanya sesuatu yang logik dan berbentuk fakta harus disampaikan kepada umum tetapi bagi Herodatus berbeza. Bagi Herodatus dirinya, menulis karya untuk tujuan menghibur berbanding Thucydides yang mementingkan ketepatan dan kebenaran. Herodatus menghasilkan sejarah yang dipengaruhi oleh unsur Homer yang berkaitan dengan sastera puisi dan tradisi penglipur lara;
“Herodotus knew that every narrative of great length wearies the ears of the hearer, if it dwell without a break on the same subject, but if pauses are introduced at intervals, it affects the mind agreeably.”[5]
Keadaan penulis sebegini adalah dipengaruhi sekeliling yang amat mengemarkan karya-karya kepahlawanan seperti karya Homer iaitu Iliad dan Odessey dan inilah yang telah mempengaruhi beberapa sudut seperti motif, gaya penulisan, bahasa dan juga jalan ceritanya.Herodatus juga tidak dapat memisahkan dirinya daripada konkongan kuasa ajaib ini beliau berpendapat Tuhan telah banyak mengambil bahagian dalam kehidupan manusia. Bagi Thucydides, Herodotus hanya bapa pembohong yang mengisahkan cerita-cerita dongeng seperti seorang penglipur lara. Dengan bangganya dia mengatakan:
“The lack of invention in this narrative may seem less pleasing to the ear, but it will be enough if it is useful to those who wish to grasp clearly the past and the future, which, given human nature, will see these or similar events happening sometime again. This work is designed as apossession for all time rather than all display piece for instant listening[6]”
Thucydides berpendapat dia bukan berhasrat mahu untuk menjadi menghibur para pendengar ataupun pembacanya dan dia tidak mahu menjadi popular dengan mencampuradukan pensejarahan dengan dongeng-dongeng.
Sumbangan daripada mereka berdua adalah cara untuk mentafsir fakta-fakta yang diterima, ini kerana tidak semua bukti-bukti dan keterangan daripada saksi adalah sahih. Begitu juga dalam melakukan penulisan sejarah seseorang itu haruslah menulis sejarah dengan tepat dan mempunyai matlamat yang ingin memberikan penerangan kepada umum tentang sesuatu peristiwa. Seharusnya penulis itu menulis sejarah atau memaparkan dengan sebenarnya mengapa sesuatu peristiwa itu boleh berlaku.
5.0 Pengadilan Moral
Penulisan sejarah pengadilan moral merupakan sesuatu yang bukan baru, dalam aliran sejarah sendiri telah berbelah bagi dan ada yang menentang unsur pengadilan moral dalam sejarah. Pengadilan moral menurut Kosim Ahmad “ adalah perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian tertentu , kepada sesuatu peristiwa dan/atau kepada seseorang pelaku sejarah”[7] Dalam penulisan Herodotus beliau telah berlaku adil kepada pihak Yunani dan Parsi semasa dalam Perang Parsi ketika itu, tanpa mengagungkan pihak mana-mana pihak dan memburukan pihak yang lain. Beliau memuji kemenangan kemenangan pihak Yunani di Marathon dan di Salamis, namun beliau juga mendedahkan kelemahan orang-orang Yunani dengan adil dan sahih. Selanjutnya, Herodotus juga telah memaparkan bahawa raja-raja bertindak ganas dan kejam, namun ia juga menyelitkan kisah-kisah di mana raja-raja itu bersikap murah, mengampunkan orang-orang yang bersalah serta menghormati undang-undang dan nilai-nilai moral. Adalah jelas bahawa beliau telah mejatuhkan pengadilan moral yang berdasarkan kepada nilai-nilai yang diiktiraf oleh umum. Dalam Perang Salamis beliau memuji Themistocles yang berjaya kerana strategi peperangan yang sungguh bijak dan berkesan.
Tetapi bagi Thucydides lebih melihat kepada soal keobjektifan sejarah ini kerana kesanggupan seseorang pengkaji untuk membuat penilaian yang jujur dan saksama. Dalam penulisan menyatakan bahawa Athens sendiri yang telah menyebabkan Perang Peloponnesia itu terjadi. Dalam penilaian beliau sebegini telah menimbulkan tuduhan yang oleh para penulis beliau adalah pengkhianat negara. Namun Thucydides melihat tugasnya bukan untuk menghukum pihak yang bersalah atau memuji orang yang berjasa tetapi apa yang harus dilakukannya mendedahkan tindakan-tindakan yang tidak menyenangkan seperti mencetuskan perang atau pembunuhan. Walaupun begitu pendedahannya tidak akan disusuli oleh sebarang pengadilan moral. Beliau melihat sesuatu kejadian sejarah didukung oleh sifat manuisa untuk membela kepentingan mereka sendiri oleh itu tidak wajar perbuatan manusia untuk diadili dan dikutuk.
Dalam penulisan sejarah kedua-dua tokoh ini telah menunjukkan pendapat yang berbeza dalam mentafsirkan maksud pengadilan moral. Terdapat beberapa sejarahwan moden menerima pendekatan Thucydides seperti Leopold von Ranke, Benedetto Groce, Herbert Butterfield dan G.K Kitson Clark menentang kemasukan unsur pengadilan moral. Mereka berpendapat kemasukan unsur pengadilan moral akan menimbulkan pelbagai masalah dan kerumitan yang sedikit sebanyak boleh mengugat kewibawaan penulisan sejarah. R.G.Collingwood menyatakan Thucydides telah menyimpang dari landasan Herodatus, kerana penulisan Thucydides bukan sejarah tetapi adalah suatu sains semulajadi yang bertujuan mengesahkan hukum-hukum, yakini hukum-hukum psikologi yang tidak menghuraikan fakta-kata semata-mata. Herodatus merupakan seorang yang tidak berat sebelah dalam memberikan pengadilan moral, dengan itu dapat membantu pembaca menilai sejarah itu. Sumbangan dalam cara pengadilan moral merupakan sumbangan yang besar dalam menulis sejarah dan menilai sejarah, malah masih digunakan sehingga kini.
6.0 Ruang Lingkup
Dalam penulisan sejarah, Thucydides menulis karya sezaman dengannya berbanding Herodatus menulis sebelum zamannya. Thucydides berpendapat menulis kisah lampau tidak selamat dan tidak berketepatan kerana tiada wujud saksi dan penulis sendiri tidak menyaksikannya. Oleh itu Thucydides cuba mengelakan kelemahan-kelemahan dalam karya Herodatus dan memperbaharuinya dengan kemas lagi. Pada zaman Perang Peloponesia, Thucydides sendiri telah terlibat dalam perang tersebut, semasa perang tersebut beliau diperintahkan memimpin sepasukan tentera bagi mempertahankan Amphipolis namun tewas, oleh itu dia dibuang negeri. Dalam ketenteraan pula dia mempunyai kepakaran dalam strategi tentan ketenteraan, berbanding Herodatus kurang dalam memahami tentang ketenteraan . Kekuatan Thucydides dalam menulis sejarah Perang Parsi adalah kerana pengelamannya sendiri yang terlibat dalam perang dan pengetahuannya tentang ketenteraan.
Namun bagi Herodatus dia menulis sejarah sebelumnya, semasa Perang Parsi Herodatus masih kecil dan sukar baginya untuk memahami peperangan sebenarnya. Perang Parsi meletus pada 490-478 S.M, namun beliau dilahirkan sekitar tahun 484 M.S.umurnya masih kecil pada masa itu iaitu sekitar 6 tahun. Beliau juga telah menemu duga dan mengembara selama 21 tahun dari 465-44 S.M untuk mencari maklumat, sedangkan perang Parsi berlansung 12 tahun dari 490-478 S.M yang merupakan satu tempoh yang lama. Untuk mengkaji sesuau pekara yang berlaku pada msa lampau sememangnya sukar kerana ruang lingkupnya begitu luas. Untuk memahami sesebuah sejarah itu tidak cukup hanya dengan membuat kajian ini kerana kebatasan zaman adalah punca kerumitan untuk mentafsirkan maklumat dengan setepatnya.
Sumbangan untuk mengkaji zaman sebelum dan zaman sezaman dengan kedua-dua tokoh ini telah membina ruang lingkup kajian sejarah yang baru. Para sejarahwan sekarang dapat mengkaji kedua-dua zaman yang masih lagi berpanduankan kaedah kajian yang digunkan oleh Herodatus bagi zaman sebelumnya dan Thucydides bagi zaman sezaman dengannya.
7.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan Herodatus selayaknya digelar sebagai “ Bapa Sejarah” seperti yang dikatakan oleh Cicero dan Thucydides sebagai “ Bapa kaedah pensejarahan” . Sumbangan Herodatus dengan memberikan landasan sejarah yang menggunakan teori yang dipakai dalam sejarah moden juga iaitu ia bersifat saintifik, menceritakan tentang manusia dan bukan mitos ataupun teoritis dan akhirnya ia membantu menambahkan pengetahuan manusia tentang manusia. Manakala Thucydides telah memberikan sumbangan dalam kaedah penyelidikannya adalah suatu kaedah yang kritis. Di Eropah kaedah beliau ini telah diperkembangkan oleh Leopold von Ranke pada pertengahan kurun kesembilan belas dengan munculnya satu konsep Quallenkritique. Menurut pendapat H. E. Barnes bahawa sumbangan utama beliau kepada pensejarahan terletak dalam bidang kritikan dan kaedah.
Hasilnya ramai ahli sejarahwan moden yang melahirkan karya sejarah yang berlandaskan kaedah yang diasakan mereka berdua. Bidang sejarah menjadi semakin menarik, bukan sahaja menceritakan peristiwa-peristiwa lampau, tetapi sejarah berbentuk kepada sains kerana sains mengadakan penyelidikan begitu juga dengan sejarah. Sejarah yang sebenar berbentuk penyelidikan, oleh itu dengan menggunkan kaedah-kaedah sejarah Herodatus dan Thucydides telah memantapkan bidang sejarah menjadi bidang penyelidikan. Penulis sendiri berasa amat kagum dengan kaedah-kaedah yang digunkan kedua-dua tokoh ini dalam menghasilkan karya mereka. Seandainya kaedah-kaedah ini digabungkan dengan teknologi dan sains yang kita ada sekarang, maka satu karya yang berkualiti pasti akan dapat dikaryakan.
Bibliografi
Buku
J.B.Bury and Russell Meiggs. A Hstory of Greece . The Macmillan Press, Hong Kong, 1975 .
J.B Bury. The Ancient Greek Historians. Dover Publications, New York, 1958.
Muhd. Yusof Ibrahim. Sejarawan dan Pensejarahan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur, 1988.
Murray Oswyn. Early Greece. The Harvester Press Limited, Great Britian, 1980.
R. Suntharalingam. Pensejarahan Barat. Fajar Bakti, Petaling Jaya.,1987.
R. Suntharalingam.Pengenalan Kepada Sejarah. Marican, Kuala Lumpur, 1985.
Thucydides. Peloponesian. Random House, United States. 1951.
Website
Tiada ulasan:
Catat Ulasan