Memaparkan catatan dengan label SEJARAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mei 2012

“Perkara yang membingungkan penyelidik ilah apakah alasan sebenar sehingga pusat kerajaan Mataram berpindah ke Jawa Timur dan perpindahan itu tidak memerlukan penaklukan” Bahaskan.


1.0 Pengenalan
Dalam kajian ini, penulis akan menerangkan mengapa penyelidik binggung dengan alasan sebenar tentang perpindahan pusat kerajaan Mataram ke Jawa Timur. Pusat pemerintahan kerajaan Mataram sebelum perpindahan di Jawa Tengah dan berpindah ke Jawa Timur. Yang menariknya perpindahan ini tidak memerlukan penaklukan. Hal ini akan dibahaskan penulis dengan beberapa pendapat sarjana yang memberikan sebab-sebab perpindahan ini. Bahaskan merujuk kepada perbincangan, pengupasan dan berbahas bertukar-tukar pendapat anatara satu sama yang lain. Disini juga penulis akan mengakhiri kesimpulannya dengan pendapat penulis sendiri sama ada bersetuju atau tidka dengan pendapat yang sarjana kemukakan
            Kerajaan Mataram dikenali sebagai Mataram Kuno. Terdapat dua dinasti dalam Kerajaan Mataram iaitu Wangsa Sanjaya dan Wangsa Sailendra yang berkuasa di Jawa tengah bahagian selatan. Wangsa Sanjaya bercorak Hindu yang didirikan oleh Sanjaya pada tahun 732 M. Bagi Wangsa Sailendra mengamalkan corak pemerinthan Buddha Mahayana yang dididirkan oleh Bhanupada tahaun 752 M[1]. Nama Mataram sendiri pertama kali disebut dalam sebuah prasasti yang ditulis di masa Raja Bailitung.
            Perkembangan Kerajaan Mataram bermula di Jawa Tengah dan telah berpindah ke Timur. Kerajaan Mataram merupakan sebuah kerajaan yang berasaskan pertanian. Permulaan perkembangan kerajaan berbentuk Agraria bermula di lembah sungai. Perkembangannya biasanya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian. Ciri-ciri yang menonjolkan budaya Kerajaan Agraria dengan kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian, terletak di kawasan tanah yang subur biasanya di lembangan sungai atau di kawasan pendalaman. Disamping itu juga, hasil utama kegiatan pertanian ialah padi. Pembinaan empangan dan saliran amat diperlukan bagai menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang. Hasil-hasil yang lain didapati dengan aktibiti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan.
            Dari segi agama Kerajaan Mataram pada mulanya beragama Hindu Buddha namun selepas perpindahan ke timur, agama Islam telah berkembang.
2.0 Wangsa Sailendra dan Wangsa Sanjaya
            Istilah Sailendra dikenalpasti dalam beberapa prasasti yang ditulis dalam prasasti Kalasan 778, Kelurak 728M, Abhayagiriwihara 792M dan Kayumwaungan 824 M.  Beberapa pendapat seperti R.C Majumdar mengaitkan Wangsa Sailendra di Jawa dan Sriwijaya berasal dari Kalingga di India Selatan[2]. Namun bagi pendapat G. Coedes mengatakan Wangas Sailendra di Indonesia berasal dari Fu-nan atau Kemboja, ini kerana ejean Funan dalam berita China dari kata Khamer Kuno iaitu Vnam atau Bvam yang bererti gunung. Walaubagaimana pun terdapat beberapa pendapat, akhirnya pendapat G. Coedes diikuti ramai setelah penemuan  J.G de Casparis yang berpendapat istilah Waranaradirajaraja dalam prasasti Candi Plqosqn Lorm Prasasti kelurak menyamakan Wiranara sebagau Warawaranagara atau Na-fu-na dalam berita China. Menurut pendapat Casparis setelah berpindah ke Na-fu-na , ada raja pergi ke Jawa dan Kalahkan Raja Sanjaya. Mulanya Jawa dikuasia oleh Raja beragama Siwa tetapi setelah kedatangan Raja Na-fu-na di Jawa Tengah terdapat dua wangsa iaitu Wangsa Sanjaya iaitu siwa dan Wangsa Sailendra iaitu Buddha.
            Menurut sumber Berita China munculnya Wangsa Silendra apabila Jawa disebut sebagai Ho Ling. Sekitar abad 5M, Dinasti Sung menyebut She-po dan Dinasti Tang 618 M - 906 M menyebut Jawa sebagai Ho Ling pada 818 M. Hanya pada 820 M – 856 M berubah semula kepada She-po[3]. Berdasarkan Chiu-Tang Shu dan Hsin Tang Shu 618 M – 906, Ho Lin juga disebut dengan She-po. Jika dilihat dari kedudukan geografi She-po terletak di lautan selatan, di sebelah Timur terletak di Po-li dan baratnya terletak To-po tenggara Sumatera ialah lautan, sedangkan di sebelah utaara terletak Chen-la. Berdasarkan pratasti disebut Mataram iaitu Ibu kotanya di Kota Medang sehingga zaman Pemerintahan Pu Sindok. Sumber Berita China menyatakan lokasi Mataram antara Bagelan di Jawa Tengah dan Madium di Jawa Timur.
            Kerajaan Mataram diperintah oleh dua dinasti atau wangsa iaitu wangsa sanjaya yang beragama Hindu  dan wangsa Sailendra yang Buddha. Pawa awalnya mungkin yang berkuasa adalah Wangsa Sanjaya, hal ini sesuai dengan prasasti Canggal,. Perkembangan berikutnya muncl keluarga Sailendra.
            Menurut para ahli, keluarga Sanjaya terdesak oleh Keluarga Sailendra tetapi mengenai perebutan kekuasan tersebut tidak diketahui secara pasti, yang jelas kedua-duanya sama-sama berkuasa di Jawa Tengah. Raja-Raja yang berkuasa dari keluarga Sailendra seperti yang tertera dalam prasasti Ligor, Nalanda maupun Klurak adalah Bhanum Wisnu, Indra dan Samaratungga atau Samaragrawira[4]. Sedangkan raja-raja dari wangsa Sanjaya tertera dalam prasasti Mantyasih. Berdasarkan candi-candi peninggalan kerajaan Mataram yang berasal dari abad ke 8-9 yang bercorak Hindu terletak di Jawa Tengah bahagian Selatan.
Kedua Wangsa tersebut akhirnya bersatu dengan adanya pernikahan anatara Rakai Pikatan dengan Pramodwardhani[5]. Pramodwardhani adalah puteri dari Samaratungga. Raja Samaratungga selain mempunyai Puteri Pramodwardhani, juga mempunyai putera iaitu Balaputradewa kerana Samaratungga menikah dengan keturunan Raja Sriwijaya. Kegagalan Balaputradewa merebut kekuasaan dari Rakai Pikatan menyebabkan ia menyingkir ke kakeknya di Sumatera dan tak lama kemudian menjadi raja di Sriwijaya.
Selanjutnya pemerintahan kerajaan Mataram dikuasai oleh Wangsa Sanjaya dengan rajanya yang terakhir yaitu Wawa. Pada masa pemerintahan Wawa sekitar abad ke 10, Mataram di jateng mengalami kemunduran dan pusat pemerintahan dipindahkan ke Jawa Timur oleh Mpu Sinduk. Mengenai penyebab alasan dipindahkannya ibukota kerajaan Mataram dari Jawa Tengah ke Jawa Timur oleh Pu Sinduk.
Pu Sindok mendirikan Wangsa baru iaitu Wangsa Isyana dengan kerajaannya Medang Mataram[6]. Ia berkuasa sampai 947 M. Pengganti selanjutnya tidak di ketahui dengan pasti kecuali pada awal abad ke-11 muncul nama Dharmawangsa Teguh 991 M – 1016 M. Ia gigih untuk menaklukan Sriwijaya. Usahanya tidak berhasil, sebaliknya ia dan keluarganya mengalami Pralaya atau kehancuran.
Kehancuran tersebut akibat serangan dari Kerajaan Sriwijaya yang di bantu oleh kerajaan kecil bernama Wurawari. Salah satu anggota keluarga yang bejaya keluar dari serangan tersebut adalah Airlangga. Tahun 1019 Airlangga dinobatkan oleh Pendeta Buddha dan Brahmana pendeta Hindu menjadi raja.  Dalam lapangan ekonomi, kerajaan Mataram mengembangkan ekonomi agararia kerana terletak di pendalam dan daerah yang subur tetapi pada perkembangan berikutnya, Mataram mulai mengembangkan kehidupan pelayaran, hal ini terjadi pada masa pemerintahan Balitung yang memanfaatkan sungai Begawan Solo sebagai lalu lintas perdagangan menuju pantai utara Jawa Timur.
Pu Sindok memindahkan pusat kerajaannya dari Jawa Tengah ke Jawa Timur, beliau mendirikan wangsa baru yang berkuasa sekitar 300 tahun[7]. Beliau yang bergelar Si Isnan Tunggawijaya memerintah selama 20 tahun dam wilayah kekuasaannya meliputi Lembah Sungai Brantas antara Gunung Wilis dan Gunung Semeru,bagaian selatan Surabaya,Malang dan Kediri Utara[8].

3.0 Pusat pemerintahan dan Perpindahan.           
Pemerintahan Raja Sanjaya merupakan raja pertama memerintah di Medang, Jawa Tengah. Raja Sannu sebelumnya diserang munsuh dan gugur kerana kemungkinan ibu kota diserang munsuh. Setalah Sanjaya menjadi Raja, Baginda perlu berpindah untuk membangunkan ibu kota dan istana baru.
Menurut Berita China , Ibu Kota Ho Ling dari She-po ke Po-Lu-Chia. Raja HoLing yang tinggal di Kota She-Po, tetapi neneknya bernama Ki Yen telah berpindah ke Ibu Kota Timur   (Po-Lu-Chia-Sse). Kemungkian besar kawasannya di sekitar Rembang. Walaupun ramai Sarjana cenderong memhubungkan berita perpindahan pusat Ho-Ling ke Timur dengan Prasasti Dinoyo di Malang,760 M tetapi tidak dapat dipastikan.
Menurut pendapat H.M Bernard, sesudah tahun 900M pusat kehidupan kebudayaan di Jawa dan pusat kehidupan politiknya telah berpindah ke timur[9]. Kemungkinan sebahagian daripada penduduk-penduduk bersama dengan raja mereka telah berundur ke daerah-daerah yang lebih jauh ke sebelah timur. Jumlah penduduk Jawa pada masa itu sedikit dan mempunyai tanah yang luas untuk pertanian. Walaupun perpindahan ini ke Timur, namun di Jawa Tengah tidak luput dari perkembangan. Dari segi sudut sejarah tidak ada semestinya Jawa tengah bahawa wilayah itu hilang telah hilang penduduk dan susunan politiknya.
Raja pertama selepas perpindahan ke Jawa Timur ini ada dikenali sebagai Raja Sindok. Nama beliau disebutkan dalam beberapa prasasti, mula-mula sebagai tokoh yang terutama di negeri iu, dan kemudiannya  sebagai raja.  Tulisan-tulisan awal sekali bertarikh semenjak tahun 919 M dan yang akhir sekali dari tahun 947[10]. Sindok telah mengambil gelaran raja diantara tahun 927 dengan 929, menuntut bahawa dia ialah seorang keturunan Mataram. Penggunaan gelaran Raja Mataram diteruskan sungguh pun kekuasaannya tidak meliputi Jawa Tengah.
Prasasti Hamparan dan Sankhara adalah adalah bersamaan dengan masa dari perpindahan Ibu Kota Ho Ling dari She-po-tcheng ke Po-lu-Chia Sse. Dalam Berita China Raja Ho-ling tinggal di Kota She-po, tetapi neneknya bernama Ki-yen tinggal di Timu, Po-Lu-Chia-Sse. Namun masalahnya siapakah Ki-Yen dan apakah sebab ia berpindah tidak dapat dijelaskan. Dalam catatan perpindahandisebabkan ibu kota diserbu munsuh, namun antara 742 M – 755 M tiada sebarang berita serang dicatatkan. Yang terjadi hanyalah, pengantian pemerintahan dari Sanjaya ke Rakai Panangkaran da jika Sankhara adalah Rakai Panangkaran, Nama lengkap raja: Rakai Panangkaran Dyah Sanskhara Sri Sanggramadhananjaya. Namun mengenai lokasi Po-Lu- Chia-Sse belum dapat diselesaikan. Po-lu mungkin dari Waru yang mengampiri cerita dari prasasti mungkin terletak d sekitar rembang kerana memenuhi syarat dekar dengan Krapyak.  Ramai Sarjana menghubungkan perpindahan ke Ho-Ling ke Timur denga Prasasti Dinoyo, Malang 760 M tetapi tidak dapat dipastikan.
Wangsa Pu Sindok runtuh pada tahun 1222 akibat serang Ken Arok, pendirian Kerajaan Singosari[11].

4.0 Pendapat Penyelidik tentang justifikasi perpindahan tanpa penaklukan
            Beberapa penyelidik mempunyai teori tersendiri tentang perpindahan ini, namun teori yang digunakan dan dipercayai oleh penulis adalah teori Van Bammelan yang menyatakan teori letusan gunung berapi. Perpindahan ke Jawa Timur adalah kerana Kerajaan Mataram di Jawa Tengah mengalami kehancuran sebab letusan gunung berapi yang dashyat. Sehingga para pujangga menganggap sebagai pralaya iaitu kehancuran dunia.  Jika sesebuah istana hancur maka harus dibangunkan istana baru di tempat lain. Hal ini sesuai dengan landasan kosmologis Kerajaan Mataram harus dibangunkan dengan kerajaan baru dan wangsa baru.
Oleh itu Pu Sinduk membangunkan kembali Kerajaan Mataram di Jawa Timur dan menganggap dirinya sebagai wangsa baru dari keturunan Mataram.  Teori disokong juga dengan pendapat Beochari yang mengatakan ini adalah hukuman Tuhan dan beliau bersetuju dengan teori letusan gunug berapi. Menurut Pratasati Paradah 943 M dan Anjukladang 937, kerajaan baru Pu Sindok tetap bernama Mataram. Ibu kotanya terletak di Tamwlang berdasrkan prasasti Turyan 929M dan lokasi Tamwlang mungkin dekat Jombang sekarang iaitu desa Tambelang. Pu Sindok memerintah sejak 929M- 948M dan selama pemerintahannya terdapat 20 prasasti[12].
             Satu teori lain yang memungkinkan perpindahan ini berlaku adalah teori peralihan modal ekonomi. Perpindahan ini bertujuan untuk mengelakkan pencerobohan Srivijaya dan dorongan ekonomi itu sendiri.  Di lembah Sg.Brantas merupakan lokasi strategik untuk kawal perdagangan maritim bahagian kepulauan terutamanya bagai kawasan kepulauan kawasan Maluku. Pu Sindok telah pindahkan modal ke Tamwlang dan pindah sekali lagi ke Watugaluh. Kerajaan agaria memerlukan kerajaan maritim untuk memasarkan sumber-sumbernya. Oleh itu Kerajaan Mataram memerlukan tempat untuk memasarkan sumbernya.
5.0 Wujudkah Raja Pu Sindok ?
            Perpindahan ke Jawa Timur dikaitkan dengan pemerintahan Pu Sindok, namun wujudkah peribadi bernama Pu Sindok? Ini kerana menurut pendapat penyelidik C.C. Berg semua prasasti Raja Pu Sindok adalah palsu. Menurutnya para pujangga pilih nama seorang pegawai tinggi dalam zama Mataram dan Jawa Tengah iaitu Pu Sindok.  Berg menyatakan kenyataan dalam semua prasasti Pu Sindok  mempunyai struktur yang sama dan sehingga membosankan. Menurut pendapat beliau lagi, tidak pernah wujud seseorang raja yang bernama Pu Sindok.
            Namun pendapat Berg ini dibantah oleh Beochari yang mengatakan sememangnya semua prasasti seseorang raja yang mempunyai ciri yang sama, dan ini yang membezakannya dengan prasasti raja yang lain. Lagipun nama tempat pendarmaan Pu Sindok disebut dalam prasasti iaitu Isanabhawana dalam prasasti Kamalagyan dan Pucangan. Hal ini menunjukan Pu Sindok benar wujud.
            Pendapat Beochari ini disokong oleh J.G Casparis yang menyatakan prasasti Anjukladang tentang serbuan dari Malayu bergerak hingga ke Nganjuk tapi dihalau oleh pasukan raja pimpinan Pu Sindok, dan waktu itu beliau belum menjadi raja. Hanya selepas atas jasanya Pu Sindok dilantik menjadi raja, namun sayangnya prasasti Anjukladang belum dapat dibaca keseluruhannya.
            Kewujudan Pu Sindok dan perpindahan ke Jawa Timur dan perpindahan itu tidak memerlukan penaklukan merupakan perkara yang membingungkan penyelidik. Hal ini terjadi kerana sejak Rakai Watukura Dyah Balitung, kekuasaan Kerajaan Mataran telah meluas ke Timur dan terdapat prasasti Waharu dan Sumbut memceritakannya.  Pusat pemerintahan Pu Sindok berpindah mungkin kerana serangan munsuh dan harus berpindah dari Tamwlang. Terdapat dalam Prasasti Paradah dan Anjukladang, Ibu Kota Mataram disebut di Watugaluh, dan kemungkinan besar Watugaluh beraada di Jombang tepi kali Brantas[13].  Yang anehnya dari sekian banyak prasasti Pu Sindok masih belum ada satupun dapat dikolisasikan dengan tepat.
6.0 Kesimpulan
            Punca sebenar perpindahan ke Jawa Timur yang tidak memerlukan penaklukan belum dapat dipastikan dengan tepat, namun penulis berpegang kepada teori yang telah disarankan oleh Van Bammelan iaitu akibat faktor alam selepas letusan gunung berapi. Namun selain faktor itu, faktor lain adalah akibat kehendak ekonomi itu sendiri. Sesebuah kerajaan tidak mungkin akan menafikan perpindahan di atas dasar ekonomi yang turut akan mempengaruhi perpindahan itu. Pemerintahan Pun Sindok jga masih kabur, kemungkinan besar akan terdapat hujah hujah baru akan datang selepas banyak lagi kajian sarjana dalam Kerajaan Mataram ini. Hal ini bergantung dengan maklumat dan data yang dikumpul. Namun apa yang dapat dilakukan sekarang, penulis bersetuju dengan pendapat Van Bammelan dan mungkin ada pendapat yang lebih jelas lagi selepas beliau pada masa akan datang.
           


[1]H.M Vlekke Bernard. Nusantara Sejarah Indonesia.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, 1967.ms34

[2] Sanusi Pane. Sedjarah Indonesia.Perpustakana Perguruan Kem. P.P dan K. Jakrata, 1955. Ms 48

[3] Ibid.
[4] Internet: Asal Usul Mataram Kuno.
[5] Ibid.ms 52
[6] Ibid.ms 55
[7] Profil Propinsi Repulik Indonesia. Jawa Timur.Yayasan Bhakti Wawasan Nusantara, Jakrata, 1992. Ms14       
[8] Ibid.
[9] H.M Vlekke Bernard. Nusantara Sejarah Indonesia.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, 1967.ms39

[10]Ibid.
[11] Sanusi Pane. Sedjarah Indonesia.Perpustakana Perguruan Kem. P.P dan K. Jakrata, 1955. Ms 48
[12] ibid
[13] Ibid.

Khamis, 5 Januari 2012

Perhubungan Kaum semasa Pendudukan Jepun di Malaysia.

Pendirian
Impak utama zaman pendudukan Jepun (1941-1945)  ialah sebagai pemangkin ketegangan kaum di Malaysia berbanding dengan zaman penjajahan Barat. Dari segi latar tempat kajian merangkumi seluruh Malaysia iaitu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dilihat secara umum. Segala fakta-fakta, peristiwa-peristiwa dan bukti-bukti  bahawa pendudukan Jepun memberikan impak sebagai pemangkin ketegangan kaum berbanding zaman penjajahan Barat seperti Portugis, Belanda dan British yang digariskan sebagai topik perbincangan utama. Fokus ketegangan kaum adalah diantara Orang bumiputra seperti orang Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu dan orang Melayu, Iban, Cina dan suku etnik yang lain di Sarawak manakala di Sabah mengenai orang suku-suku seperti Murut. Kadazandusun, Bajau, dengan bangsa lain.
Namun penjajahan Barat yang difokuskan dalam perbincangan ini adalah pada zaman pemerintahan British yang menjadi akar perkauman diantara para penduduk di Tanah Melayu dan begitu juga di Sabah dan Sarawak sebelum kedatangan Jepun yang menambahkan lagi masalah ini. Dasar dan kepentingan penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah berbeza disebabkan itu suasana ketegangan kaum tidak seragam dan berbeza.Pebandinngan penjajahan Barat dan penddukan Jepun jelas membuktikan impak ketegangan kaum di Malaysia yang lebih ditelitikan di Tanah Melayu dan Sarawak berbanding hanya serba sedikit tentang penjelasan ringkas di Sabah. Namun fokus lebih kepada kesan dan impak semasa Jepun kerana apa yang ditinggalkan oleh pendudukan Jepun adalah lebih teruk berbanding pada zaman pemerintahan Barat iaitu difokuskan pada pemerintahan British.


Reaksi awal penerimaan penduduk terhadap Pendudukan Jepun.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu memperlihatkan kebangkitan kuasa Jepun dibawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa imperialis di Asia. Penduduk tempatan melihat usaha yang cuba dibawa oleh Jepun adalah murni kerana berdasarkan slogan mereka “ Asia untuk Asia” dan “ menghapuskan Imperialisme kuasa barat”.  Pada awal kedatangan orang Jepun, orang Melayu dan  orang India menganggap kedatangan orang Jepun sebagai penyelamat dan penghalau penjajah British. Masa pendudukan dan pemerintahan Jepun di tanah Melayu dari 15 Februari 1942 hingga 15 Ogos 1945.[1]
Namun bagi orang Cina di Tanah Melayu, serangan Jepun merupakan suatu tindakbalas Jepun terhadap sikap dan tindak-tanduk Inggeris yang selama ini menyokong nasionalis Cina bagi menghalang perluasan kuasa Jepun di negeri itu.  Jepun telah melumpuhkan kegiatan-kegiatan kaum Cina di Tanah Melayu yang selama ini secara tidak langsung telah memberikan bantuan berupa kebendaan dan sokongan moral terhadap perjuangan rakan mereka menentang Jepun di negeri China.
Di Sarawak kaum pribumi seperti orang Dayak memberikan reaksi yang kurang menyenangkan dengan kedatangan orang Jepun malah mereka melakukan pekara yang menyusahkan orang Jepun, tetapi orang Melayu di Sarawak memberikan sanjungan kepada orang Jepun.  Daripada keseluruhan masyarakat di beberapa tempatan di Malaysia telah memberikan perbezaan pelbagai jenis reaksi dengan kedatangan Jepun, kebanyakan kaum bumiputra seperti orang Melayu  mereka menerima baik kedatangan Jepun. Golongan orang Iban memberikan reaksi yang kurang baik kepada Jepun, namun bagi orang Melayu dan Melanau yang beragama Islam memberikan sanjungan  yang baik terhadap Jepun dan di Sabah juga ratanya kaum pribumi akur dengan kekuatan Jepun.
Selanjutnya golongan Cina diseluruh Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak menerima layanan buruk daripada Jepun ini kerana persengketaan China- Jepun yang memberikan rasa benci orang Jepun kepada orang Cina sehingga melakukan penindasan yang dahsyat kepada mereka. Orang Cina kurang memberikan kerjasama dengan pemerintahan Jepun, oleh itu Jepun sering kali melakukan tindakan yang keras dan membunuh orang Cina. Semasa pemerintahan Jepun, orang Cina merupakan mangsa utama orang Jepun berbanding orang India yang diterima baik oleh orang Jepun ini kerana hati dan perjuangan orang India tidak tertumpu kepada Tanah Melayu malah lebih kepada negara asal mereka.

Reaksi penerimaan penduduk awal kedatangan kuasa pemerintahan British.
British mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu, tetapi dasar British terhadap neger-negeri Melayu telah berubah menjelang tahun 1874. Penjajahan British bermula dengan kepentingan ekonomi, atas desakan dan keinginan pegawai-pegawai SHTI Inggeris mencari dan meneroka kawasan baru bagi membolehkan mereka mencapai keuntungan seperti yang telah dilakukan oleh James Brooke di Sarawak, Raffles di Singapura dan Francis Light di Pulau Pinang. Disamping itu juga selepas termaterinya Perjanjian Inggeris- Belanda 1824 menjadi titik awal kerjasama antara British dengan Belanda bagi mendorong kedua-dua kuasa ini memperkukuhan kekuasaan di Asia Tenggara. Kedatangan kuasa British yang pertama adalah di Pulau Pinang selapas Francis Light berjaya campurtangan dalam pemerintahan Sultan Abdullah.  Pulau Pinang dianggap sebagai jambatan yang dapat menghubungkan kepentingan Inggeris dengan pedagang tempatan di Kepulauan Melayu dan dijadikan tapak untuk mengembangkan pengaruh Inggeris Ke Borneo.

Dasar pemerintahan Jepun mengikut kaum dan impaknya kepada ketegangan kaum di Tanah Melayu.

Orang Cina.
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu telah dijalankan mengikut kaum dengan berbeza-beza. Kaum Melayu dikatakan masih mengamalkan tradisi mereka sendiri, kaum India pula fokus mereka lebih kepada perjuangan di negara mereka masing dan kaum Cina pula dikaitkan sebagai anti Jepun akibat peperangan Jepun dengan China. Dalam peperangan China- Jepun pada tahun 1994-1895, Jepun telah berjaya mendapatkan Pulau Taiwan dari kekuasaan negeri China dan Jepun juga berjaya mengalahkan Rusia yang berebutkan Manchuria[2]. Hubungan orang Jepun dengan orang Melayu lebih baik dan mereka sangat berlembut dengan orang Melayu ini kerana untuk mendapatkan sokongan dan bantuan orang Melayu dalam menentang British. tetapi layanan kepada kaum Cina berlainan, Jepun melakukannya dengan kejam dan kasar. Sebagai contoh bukti kekejaman dasar pemerintahan Jepun terhadap orang Cina seperti dasar Sook Ching iaitu “ dasar pembersihan”[3]. Beribu-ribu orang Cina telah mati akibat daripada dasar tersebut. Malah tindakan kejam Jepun ini disusuli dengan perbuatan seperti merompak, membakar rumah dan kampung, mengambil barang-barang orang Cina, memeras hasil orang cina, merogol gadis-gadis cina dan sebagainya. Kempen pembersihan ini dijalankan selepas Ibu Pejabat Tentera ke-25 mengeluarkan perintah pada 17 Febuari 1942[4].
Sebenarnya tindakan ini telah dirancang oleh Lt. Kolonel Tsuji dan diaksanakan oelh pasukan kempeitei yang dipimpin oleh Kawamura Oishi[5]. Tindakan ini telah diambil oleh pentadbiran orang Jepun kerana mereka ingin mengekalkan keamanan dan mereka berpendapat kemungkinan besar orang Cina akan mengangkat senjata menentang askar Jepun secara gerila. Golongan Cina yang menjadi mangsa termasuklah penyokong aktif golongan  Kuomintang, ponyokong komunis terutamanya suku Hainan, ahli pasukan sukarela Tan Kah Kee yang menjadi ketua Tabung Bantuan Cina dan pengikutnya pendatang Cina anti Jepun. Hanya menjelang March 1943 Jepun telah menghentikan Operasi Sook Ching kerana orang Cina diperlukan untuk memulihkan kegiatan ekonomi semula.

Orang India.
Bagi masyarakat India di Tanah Melayu pula mereka menerima layanan yang lebih baik daripada jika dibandingkan dengan orang Cina. Sebagai contoh sebelum peperangan tercetus lagi, orang buangan India ke Jepun telah memiliki hubungan terus kepada kerajaan Jepun. Dengan itu Jepun telah bekerjasama dengan ahli-ahli politik India dalam usaha mereka untuk menawan India iaitu melalui penubuhan Tentera Kebangsaan India dan Liga Kemerdekaan India[6].

Orang Melayu.
            Layanan Jepun terhadap orang Melayu dengan memberikan lebih keutamaan kepada mereka dalam mendapat peluang pekerjaan dan polisi yang dibuat oleh pentadbiran dan pemerintahan Jepun lebih memihak kepada orang Melayu. Orang Melayu didefinisikan sebagai berbangsa Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Golongan orang Melayu yang mempunyai hubungan baik dengan Jepun terbahagi kepada tiga golongan iaitu Sultan dan kaum kerabatnya yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Seterusnya golongan kedua merupakan golongan ahli ulama agama yang memainkan peranan penting dalam mengajarkan agama Islam, oleh Jepun beranggapan dengan mengiktraf agama Islam merupakan jalan yang terbaik dalam mendekati masyarakat Melayu. Malah Jepun pernah menaja sebuah seminar agama yang berlansung tiga  di Singapura pada April 1943[7] .  Golongan yang ketiga yang mempunyai hubungan baik dengan Jepun adalah pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan pentadbiran Jepun. Sebuah organisasi yang pada awal adalah pro kepada Jepun iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) sejak sebelum peperangan lagi tercetus. Para pemimpin Melayu yang terlibat seperti Ibrahim Yaaacob, Onan Haji Siraj dan Ishak Haji Muhammad. Namun  Kesatuan Melayu Muda telah diharamkan oleh Jepun pada Jun 1942 kerana tidak mematuhi nasihat daripada kerajaan Jepun.[8]
Polisi yang digunakan oleh Jepun terhadap orang Melayu mempunyai kepentingan kepada orang Jepun kerana orang Melayu senang digunakan sebagai penggerak pro-paganda Jepun di Tanah Melayu. Sehubungan dengan itu kemungkinan besar jumlah orang Melayu berkhidmat dalam pentadbiran Jepun samaada menjadi pengawai tabir atau berkhidmat dalam ketenteraan juga.  Dalam bidang politik Jepun sesungguhnya berharap dapat menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera menerusi ibu pejabat mereka di Singapura, tujuannya adalah kerana ingin menyatupadukan dan memperkuatkan pengaruh orang-orang Melayu.

Dasar pemerintahan Jepun mengikut kaum dan impaknya kepada ketegangan kaum di Sarawak dan Sabah.

Orang Iban
Dasar pemerintahan Jepun di Sarawak adalah berbeza terutamanya adalah orang Iban dimana kehidupan mereka telah diperas sebagai buruh kasar, memaksa mereka memberikan beras dan makanan dan juga menyerahkan senjata api mereka yang selama ini digunakan oelh orang Iban untuk berburu[9]. Nasib orang Iban khasnya telah mendapat layanan buruk daripada jepun apabila mereka dikerah menjadi buruh, hasilan daripada sawah padi yang mereka keluarkan diberikan kepada Jepun dan juga para pemuda dikerah untuk terlibat dalam ketenteraan. Bukan itu sahaja, di Lawas juga para kaum pri-bumi juga dikerah untuk mengeluarkan beras kepada Jepun. Di Saribas pula orang Iban lagi merana apabila Jepun merampas pakaian mereka dan bekalan beras[10]. Disamping itu juga, kaum-kaum pribum laini dijadikan Jepun sebagai buruh kasar yang dibebani tugas yang berat dan menyakitkan

Orang Melayu
Namun bagi orang Melayu mereka diberikan peluang yang lebih baik daripada kaum lain di Sarawak kerana mereka diberikan peluang bekerja dengan pentadbiran Jepun seperti memasuki polis. Orang Melayu memilih jalan ini kerana untuk mencari rezeki untuk menampung hidup terutamanya keluarga mereka. Jepun telah dilaporkan pernah memberikan bekalan beras percuma kepada keluarga orang Melayu di sekitar Sibu. Orang Melayu digunakan oleh Jepun untuk membawa propaganda mereka kepada masyarakat di Sarawak, oleh itu layan yang baik diberikan kepada mereka kerana Jepun mengharapkan kerjasama daripada orang Melayu. Namun propaganda Jepun di  Sarawak gagal kerana kaum pribumi yang buta huruf dan mereka tidak berminat terlibat dalam ideologi politik Jepun.

Orang Cina
Orang Cina di Sarawak juga mengalami kesulitan apabila Jepun mengamalkan sikap mengawal pengeluaran makanan dan barangan yang lain. Pada 1942 pentadbiran Jepun telah memerintahkan sebuah kedai akan dikawal oleh Jabatan pemerintah Jepun, kedai tersebut dinamakan sebagai Soon Teck Kongsi[11]. Orang Cina yang bekerja sebagai usahawan di Bandar harulah bekerjasama denga Jepun dan golongan yang menjadi petani harus memberikan hasilan pertanian mereka kepada Jepun. Pada 8 Disember 1941 penyerangan pertama Jepun di Tanah Melayu yang bermula di Kelantan dan menjelang 15 Febuari 1942 seluruh pentadbiran British di Tanah Melayu dan Singapura telah menyerahkan diri[12].Di Sarawak pula Jepun telah mendaratkan seramai 10,000 tenteranya di Miri pada 26 Disember, manakala Kuching telah jatuh kepada tangan Jepun pada 25 Disember[13].  Situasi di Sabah pula, Jesselton telah ditaklui oleh Jepun pada 6 Januari dan Sandakan juga akhirnya dikuasai pada 16 Januari
Sebagai kesimpulannya, pemisahan kaum melalui pekerjaan dan ketidakan seimbangan polisi memberikan rasa prejudis terutamanya orang Iban terhadap orang Melayu yang diberikan layanan baik dariapda Jepun. Begitu juga rasa prejudis orang Cina kepada orang Iban dan Orang Melayu yang berkhidmat sebagai polis yang mengawal pengeluaran makanan dan barangan yang dikawal oleh orang Jepun. Di Sabah pula, keadaan geopolitik yang hampir sama juga digunakan Jepun untuk kaum pribumi disana.

Dasar pemerintahan Barat (British) mengikut kaum dan impaknya kepada ketegangan kaum di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

Kedatangan kuasa Barat diterima baik oleh para pembesar seperti Sultan- Sultan Melayu kerana ini merupakan permintaan mereka sendiri atas masalah dalaman di negeri jajahan. Di Sarawak, kedatangan James Brooke atas permintaan para pembesar tempatan Kesultanan Brunei bagi menyelesaikan masalah lanun dan di Sabah pula, hanya selepas Sabah atau dikenali sebagai Borneo Utara diserahkan oleh Sultan Brunei, Abdul Mumin kepada Gustavus Baron Von Overbeck pada 19 Disember 1877[14] . Dalam memenuhi permintaan buruh di bidang perlombongan dan pertanian, British telah membawa masuk orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu sebagai buruh. Walaupun ada juga sebab-sebab lain kemasukan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu namun pengkaji melihat kemasukan tenaga buruh asing merupakan alasan yang lebih dominan untuk dibincangkan. Kemasukan mereka ini telah menwujudkan masyarakat majmuk. Dasar pemerintah yang mengamalkan dasar pecah perintah dalam pembahagian bidang pekerjaan dan sistem pendidikan venukuler merupakan antara pencetus utama sikap perkauman dan prejudis dikalangan golongan masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu.
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah oleh British telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Kerajaan British telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai sistem pecah dan perintah. Bagi melemahkan kaum bumiputra, British memberikan keutamaan kepada imgran seperti Orang Cina dan Orang India dan sekaligus memisahkan mereka dalam jenis pekerjaan dan penempatan. Penduduk Bumiputra atau orang Melayu disisih dari kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan dan orang Melayu hanya bekerja sebagai petani sahaja. Bagi orang Cina mereka menjadi buruh di lombong dan orang India bekerja di perladangan. Dalam pendidikan juga terbahagi kepada berlainan jenis pendidikan seperti Orang Melayu lebih kepada sekolah pondok, Orang Cina lebih kepada sistem pendidikan Cina dan Orang India mendapatkan pendidikan di estet dengan sistem sukatan juga dari India. Tiada keseragaman pendidikan membataskan lagi interaksi kaum.
Namun bagi Sarawak pemerintahan Brooke lebih kepada pro bumiputra dan tidak mengalakkan kegiatan ekonomi berbentuk komersial menyebabkan suasana berbeza, oleh itu dasar pecah perintah tidak begitu jelas memberikan kesan dan bagi Sabah hal yang sedemikan juga sama dengan di Sarawak. Semasa pemerintahan Rajah Charles Brooke mengamalkan dasar anti-getah dengan menghadkan konsesi tanah kepada pemodal Eropah dan Cina untuk perladangan getah.Sebaliknya Brooke menegaskan usaha mempergiatkan tanaman makanan padi dan sagu. Dan tanaman sampingan seperti getah hanya diusahakan sebagai sampingan iaitu secara kecil dibawah usaha sama seisi keluarga sahaja.  Layanan Brooke kepada orang Iban, orang Melayu adalah baik. Namun bagi orang Cina, Brooke tidak beberapa suka kepada orang Cina  kerana menguasai ekonomi tempatan dan setelah satu pemberontakan orang Cina, Bau iaitu seramai 600 orang di Kuching pada 18 Februari 1857 yang merancang untuk mengulingkan beliau[15].Namun pemberontakan orang Cina ini dapat dipatahkan kerana bantuan orang Iban dari Skrang dan orang Melayu yang memihak kepada Brooke[16].

Kesimpulan
 Pendudukan Jepun selama tiga tahun telah banyak memberikan banyak impak kepada masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada ketika itu, ketegangan kaum merupakan major utama masalah di seluruh Malaysia pada ketika itu. Lebih-lebih lagi cara layanan terhadap setiap kaum oleh Jepun menggunakan  cara yang berbeza dan mempunyai kepentingan yang berlain. Tindakan pemerintahan Jepun ini bukan sahaja memberikan semangat anti perkauman yang semakin tegang malah dari segi perasan curiga dengan satu kaum dengan yang lain makin menebal. Pemerintahan British hanya membenihkan perkauman sahaja, namun kedatangan Jepun telah memburukan lagi sifat prejudis dan perkauman. Waktu pendudukan Jepun merupakan kemuncak ketengangan perkauman di Malaysia, dan kesan-kesan masih dapat dirasai sehingga kini dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.



[1] Lotfi Ismail. Sejarah Malaysia 1400-1963, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur.1975. ms. 238
[2] Lotfi Ismail. Sejarah Malaysia 1400-1963, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur,1975. ms. 232
[3]  Mohamad Isa Othman. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945(Tumpunan di Negeri Kedah), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1992. ms 102

[4] Ibid
[5] Ibid
[6] Mohamad Isa Othman. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945(Tumpunan di Negeri Kedah), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1992. ms 104

[7] Paul H. Kratoska. The Japanese Occupation of Malaya 1941-1945, A Social and Economic History,St. Leonards Allen and Unwin., Landon.1998. ms 110
[8] Ibid, ms 109
[9] Ooi Keat Gin. Rising Sun Over Borneo: The Impact of Japanese Policies on Sarawak’s Inhabitants, St. Martin’s Press, Landon. 1999. ms 70

[10] Ibid, ms 72
[11] Ibid, ms 73
[12]N.J. Ryan. A History of Malaysia and Singapore, Oxford University Press, Kuala Lumpur. 1976. ms 248

[13] Ibid
[14] D.S. Ranjit Singh. The Making of Sabah 1865-1941: The Dynamics of Indigenous Society. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1937. ms 3
[15] John M.Chin. The Sarawak Chinese. Oxford  University Press, Melbourne. 1981. Ms 35
[16] Ibid, ms 36

Kesan Pendudukan Jepun di Malaysia kepada Masyarakat Cina.

Tanah Melayu
Sosial
1.       Operasi Sook Ching Til dilaksanakan kerana pemunsuhan anatara Negara Jepun dan China
·         Orang Jepun beranggapan bahawa orang merupakan munsuh-musnsuh yang boleh mengugat kewibawaan mereka. Dengan Itu, Jepun telah melaksanakan satu operasi menyapu bersih orang cina yang dianggap anti_Jepun . Operasi Ini dikenali sebagai Operasi seok ching
·         Operasi ini dijalankan olej kempetai yang bertujuan untuk mengawal ketenteraman awam.
·         Sebagai contoh Jepun telah menjalakan pemeriksaan dan pembunuhan beramai-ramai untuk menghapuskan orang-orang yang seolah-olah menimbulkan ancaman berdasarkan aktiviti politik mereka yang lalu.
·         Mereka dipilih secara rawak, dan dipukul dengan ganas, didera tanpa batasan
·         Orang Melayu dan Orang India juga dipukul namun tidak seteruk orang cina.
·         Terdapat  50,000- 60,000 orang yang matu dalam operasi ini termasuk kanak-kanak
·         Seorang pegawai Jepun yang bernama Watanabe mengatakan adalah menrugikan kepentingan Jepun untuk bersimpati dengan Cina. Oleh itu mereka kenakan cukai, memaksa mereka memberikan sumbangan wang, memutuskan hubungan mereka denga negeri China dan menyekat perlantikan mereka ke dalam jawatan pentadbiran serta menafikan persamaan hak bagi mereka.
·         Ornag cina akan ditampar sekiranya dituduh gagal memberikan rasa hormat serta kesalahan remeh temeh oleh pegawai Jepun. Sekiranya Mereka berhenti rehat mereka akan dipukul dengan kayu dikepala.
·         Jepun melakukan rompakan, membakar rumah dan kampung, mengambil barang-barang orang cina , memeras hasil orang cina, merogol gadis gadis orang cina.
·         Kebanyakan orang cina telah berpindah ke pendalaman bagi melarikan diri daripada Jepun.
Ekonomi
2.       Selepas operasi Sook Ching dihentikan Orang Cina dikenhendakimenderma sebanyak 50 juta ringgit.
·         Tujuan Orang Jepun memaksa orang Cina menderma ini adalah kerana ingin mengukuhkan matawang tempatan dan ingin melemahkan orang cina, serta sebagai bayaran hutang diri dan hukuman kerana bersikap Anti-Jepun.
·         Jepun menghadapai tekanan ekonomi apabila perdagangan terhenti. Inflasi meningkat kerana Jepun mencerak wang tanpa kawalan
·         Tambahan pula lebih kurang sebanyak 285 Juta edaran di Tanah Melayu selepas menyerah kalah. Selain dari memaksa mereka membayar 50 juta.
·         Jepun juga menggunakan loteri,cukai, perjudian memaksa kempen menyimpan bagi meringankan beban. Dasar Sook Ching adalah memiskinkan banyak syarikat perniagaan Cina.
·         Mereka terpaksa bergantung penuh pada simpanan mereka tanpa sumber kewangan dan berada dalam keadaan meleset ketika perang tamat.
Sabah
1.       Di Jeselton, Borneo Utara, satu pemberontakan anti Jepun “ Double Tenth”.
·         Pemberontakan ini diketuai oleh orang cina yang tercetus pada 10 oktober 1943.
·         Sekumpulan tentera cina-bajau menlancarkan serangan ke atas kubu Jepun dan berjaya membunuh kesemua orang Jepun leboh kurang 50 orang yang vertugas di antara Jesselton dengan Tuaran.
·         Kota Jessolton dibebaskan namun serang balas Jepun adalah pantas dan kejam.
·         Perkampungan di Kawasan pesisiran diserang dengan bom.
·         Seluruh Kampung dibakar dan berates-ratus orang disiasiat dan disekda sehingga maut. Jesselton diduduki semula.
·         Pada 19 Disember, Albert Kwok Fen Nam, Ketua pemberontak menyerah diri.
·         Kwok dan 175 orang yang lain dihukum bunuh pada 21 januari 1944 di Petagas. 131 Orang lagi dipenjarakan di Labuan yang mana semua kecuali Sembilan yang mati sebelum pembebasan
Sarawak
1.       Bagi kaum wanita dan anak dara, mereka melarikan diri ke kawasan desa dan pendalaman untuk mengelakkan diri daripada di rogol oleh Jepun askar Jepun.
·         Ramai gadis cina yang dewasa dikahwinkan segera oleh keluarga untuk mengelakan diri dihantar ke rumah pelacuran
·         Chinese  and Eurasian women were the favouritis of the Japanese but European women were for some reason immine. The Military authorities intented on Villages for women to supply the “ need “ of their troops” ( The Chinese In Maaya, 249)

Ulasan Bibliografi : Tun Jugah

Pendirian
Ulasan biografi bermaksud mengulas sesebuah biografi dengan memberikan satu bentuk pandangan yang lebih kepada kupasan, kritikan, analisis, tafsiran, huraian, keterangan, komentar. Biografi yang diulas adalah tentang sejarah kehidupan tokoh Tun Jugah semasa pengelaman beliau pada zaman pendudukan Jepun ( 1941-1945). Biografi ini ditulis oleh Vinson H. Sutlive yang diterbitkan oleh Fajar Bakti Sdn.Bhd di Kuala Lumpur pada tahun 1992. Tajuk biografi ini adalah “Tun Jugah of Sarawak: Colonialism and Iban Response” namun fokus perbincangan adalah lebih kepada kehidupan dan pengelaman beliau pada zaman pendudukan Jepun. Dalam satu bab biografi ini banyak menjelaskan keadaan yang berlaku tentang sumbangan-sumbangan Tun Jugah iaitu “Jugah and The Japanese”. Fokus perbincangan dalam bab “Jugah and The Japanese” adalah tentang “Pre-War Japanese Interest in South-East Asia, Making Plain Places Rough, Where  Do We Go From Here?, Reaction of Iban, The Occupation, Kuching- Shu, The Rejang Valley, Toucghing it Out, One Man’s Story, The Beginning of The End, Jugah’s side of The Story, What’ Going On?, Light in the Darkness, Free at Last!, Enough is Enough, and The Question of Collaboration.” Dalam bab yang keempat ini membincangkan 16 topik yang menperinci tentang kedatangan Jepun ke Asia Tenggara dan sampai ke Sarawak, bagaimana peranan Tun Jugah semasa pendudukan Jepun dan bagaimana Tun Jugah bersama-sama dengan sahabatnya menentang Jepun dan mengusir Jepun keluar daripada Kapit. Dalam biografi ini juga menceritakan tentang ketokohan Tun Jugah sebagai pemimpin Iban, kisah persahabatan beliau dengan seorang tahanan Jepun iaitu seorang pegawai British,Harry Buxton dan dasar-dasar pemerintahan Jepun terutama dalam polisi iaitu tentang Kuching-shu dan Sibu -shu . Dalam biografi ini juga diberikan sebuah peta bagi menunjukkan tentang geopolitik Jepun semasa Kapit dibawah pendudukan Jepun. Boleh disimpulkan di sini bahawa biografi ini jelas dan lengkap mengambarkan tentang pendudukan Jepun di Kapit khasnya dan memperinci tentang peranan dan sumbangan Tun Jugah semasa pendudukan Jepun.  Fokus ulusan adalah merujuk kepada buku yang ditulis oleh Vinson H. Sutlive.
Latar belakang Tokoh
            Tun Jugah merupakan seorang tokoh yang luar biasa kerana kepimpinan dan kegagahan beliau. Tun Jugah merupakan seorang yang berbangsa Iban yang lahir di Kapit  pada 1903. Pada umur 20 tahun beliau telah dilantik sebagai penghulu, pada tahun 1953 beliau telah diberikan peluang untuk bekerja sebagai wakil orang Iban di bawah mahkota pemerintahan Queen Elizabeth. Dua tahun kemudian beliau telah diangkat sebagai Temenggong iaitu ketua kepada semua orang Iban dan pada tahun 1963, apabila Sarawak telah bersama-sama membentuk Malaysia beliau telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama sehingga 1974. Selain memegang jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau juga sememangnya sangat arif dalam adat istiadat orang Iban dan peraturan  di rumah panjai. Semasa pendudukan Jepun beliau digelar sebagai Sanji kerana telah berkerjasama dengan Jepun, ini kerana Jepun ingin memanfaatkan pemimpin lokal untuk memudahkan pentadbiran dan menjaga kedamaian penduduk semasa pendudukan Jepun. Pada tahun 1930, Tun Jugah masih memegang jawatan sebagai Penghulu dibawah pemerintahan British, ketika kedatangan Jepun ke Asia Tenggara pada 1941 dan menduduki Sarawak pada masa itu.  
Ulasan Bab yang ke Empat: Jugah and The Japanese
Topik:  Pre- War Japanese Interest in South – East Asia
            Ulasan mengenai topik ini, penulis lebih memfokuskan sebab utama Jepun muncul sebagai sebuah kuasa besar Asia Tenggara dan faktor-faktor yang mendesak Jepunn untuk menduduki Sarawak. Sejak Pembaharuan Meiji 1868, Jepun telah menjadi sebuah kuasa besar dalam industri baru. Oleh itu, Jepun mencari sumber-sumber asli untuk kegunaan Jepun seperti minyak, bijih timah dan kayu balak yang kebanyakannya terdapat di Asia Tenggara. Di Miri, Sarawak minyak merupakan tarikan utama Jepun. Pada tahun 1937, ahli geologi Jepun telah mendapati di Sarawak terdapat sumber galian yang sangat penting dan boleh dipasarkan.  Pada awal topik ini hanya memperinci tentang kepentingan Sarawak kepada Jepun kerana mempunyai sumber asli yang banyak dan boleh digunakan Jepun demi kepentingan ekonomi dna politik Jepun.
Topik: Making Plan Places Rough
            Selanjutnya ulasan mengenai topik kedua dalam bab empat ini lebih membincangkan tentang kesan Perjanjian Munich pada September 1938 kepada kepentingan Jepun di Sarawak khasnya dan kekalahan British di Pearl Harbour telah membolehkan Jepun mara ke Asia Tenggara. Pada Oktober 1940, Taniguchi daripapa Konsul Jepun di Sandakan telah berjumpa dengan General Borneo Utara, Brunei dan Sarawak untuk mengadakan hubungan diplomasi. Namun pada Hari Krismas di Kuching, Sarawak pada 1941, Jepun telah berjaya mengambil Kuching dan diikuti oleh Miri dan hingga di Jesselton, Sabah hingga awal Januari. Dalam bab ini banyak menerangkan dan memberikan rancangan dan kejayaan Jepun menakluk Asia Tenggara dan khasnya Sarawak.
Topik : Where do we go from here?
            Dalam topik ini pula, lebih tertumpu kepada kesan pendudukan Jepun ke atas pentadbiran British iaitu dimana ahli-ahli pentadbiran Brooke, usahawan dan keluarga mereka telah melarikan diri ke Kalimantan. Bagi yang gagal melarikan diri seperti Tun Jugah dan Koh,ini memberikan kekeliruan terhadap mereka kerana pemerintahan Brooke yang telah memerintah selama bertahun telah hilang begitu sahaja. Jugah berasa agak jangal kerana pihak British tidak memberikan apa-apa bentuk cadangan tindakan untuk menentang Jepun.  Pada masa ini, adalah masa perubahan tampuk pemerintahan Brooke kepada Jepun, dengan itu kependudukan Jepun ini memberikan impak kepada system pentadbiran dan ruang dan peluang orang pri-bumi untuk menerima konsep pemerintahan Jepun.
Topik: The Occupation
            Dalam topik ini, lebih memberikan penjelasan mengenai temubual bersama Tedong yang merupakan, staff kepada Muzium Negeri Sarawak berpendapat membunuhh orang eropah adalah satu perbuatan yang sia-sia sahaja dan tidak ada tujuan, ini kerana sebagai contohnya Mr Arundell telah berkahwin dengan wanita Iban dari Lubuk Antu. Temenggong Koh juga berpendapat bahawa orang Eropah akan selamat dengannya daripada mereka yang ingin keluar daripada Long Jawi. Pada pendapat saya, penulis cuba untuk memberikan pandangan bahawa orang pri-bumi masih inginkan Brooke sebagai pemerintah dan mereka tidak akan melawan orang Eropah demi kepentingan Jepun.
Topik: Kuching Shu
                        Dalam topik ini,  membincangkan tentang pentadbiran Jepun yang memisahkan Sarawak kepada dua bahagian iaitu Kuching- shu dan Sibu-shu. Walaupun ada Ken Sanjikai, namun peranan Jugah tidak begitu menyerlah.  Di Kuching, wakil iban yang dipilih adalah Charles Mason dan Jitam yang berkhidmat dengan Jepun. Tun Jugah tidak begitu dilihat peranannya pada pendudukan Jepun pada ketika itu.
Topik: Rejang Valley  
            Dalam topik ini membincangakan peranan Tun Jugah sebagai sanji.  Walaupun Tun Jugah berasa terpegun dengan kekuatan askar Jepun  dan menghormati kuasa pemerintah Jepun, maka Jepun menerima dan memberikannya satu perjanjian sebagai sanji. Namun menrut pendapat Sng Chin Joo, sahabat Tun Jugah dan sebagai seorang usahawan di Kapit, dia tidak tahu menahu bahawa Tun Jugah adalah . Namun hanya kerana penduduk hanya takut akan kekuatan Jepun, oleh itu penduduk menghormati Jepun dan bukan atas kerana Tun Jugah. Begitu juga pendapat olah Dato Yoa Ping Hua yang merupakan orang yang pertama berjumpa denga Tun Jugah selepas dia dipindahkan ke Jabatan Kerajaan di Kapit, mengatakan Tun Jugah tidak begitu rapat dengan kerajaan Jepun, dia hanya menjaga kepentingan orang Iban dan melindungi Kapit khasnya. Tun Jugah tidak menunjukkan minat terhadap pemerintahan Jepun, namun hanya bekerjasama secara ala kadar sahaja itu pun kerana kepentingan melindungi penduduk tempatan.
Topik: Toughing it Out.
            Dalam topik ini  memaparkan layanaan dan kekerasan pentadbiran Jepun kepada pendudkan tempatan. Menurut pandangan Sutlive;
The Japanese had tried to enslist the support of the Iban and other upriver tribes, but em by confiscating theirs guns, forcing them ti sell their harvests, enlisting them in the collection of gravel and the construction of airfields in       Sibu and Bintulu, and torturing them for petty crimes.[1]
Layanan Jepun terhadap orang Iban dan kaum pribumi yang lain memberikan beban kepada masyarakat. Oleh Itu, Jugah pada masa tersebu hanya menghabiskan masa di ladan, menangkap ikan dan memburu. Beliau tidak sekali untuk membuat rondaan dan membuat lapor tentang pekara yang berlaku di Merirai dan Balleh, malah di sana tiada tempat untuk memasarkan produk daripada hutan seperti rotan. Jepun pula hanya memberikan fokus kepada pembalakan. Di Sibu dan Bintulu kilang kayu telah dioperasikan oleh Jepun. Pada pendapat pengulas fokus dalam bab ini memberikan penjelasan tentang kegiatan ekonomi masyarakat dan fokus ekonomi kerajan Jepun.
Topik: The Beginnig of the End, Jugah Side of the Story, What’s Going On?, Light in the Darkness, Free at Last, Enough Is Enough dan The Queston of Collaboration.
            Bagi topik-topik yang seterusnya pengulas mengabungkan kesemuanya ini kerana topik-topik ini banyak melibatkan ketokohan Tun Jugah dan banyak menonjolkan peranan beliau dalam menentang pendudukan Jepun. Dengan itu topik perbincangan utama ulasan yang dibuat oleh pengulas terfokus dalam topik-topik ini. Dan topik-topik yang sebelumnya bagi mendapat informasi tentang permulaan pendudukan Jepun dan suasana pemerintahan Jepun di Sarawak. Seorang kawan Tun Jugah iaitu Harry Buxton merupakan tahanan semasa pendudukan Jepun di Sarawak. Tun Jugah telah menyelamatkan dia dari penjara. Dia sendiri bersyukur kerana kepahlawanan Tun Jugah dan para sahabatnya telah menyelamatkan nyawanya hingga ke hari ini.
Pertemuan kali pertama Buxton dengan Tun Jugah pada 1931, ketika Buxton bekerja di kawasan Merirai.  Namun Buxton dipenjarakan Jepun di Bintulu, walaupun begitu hubungan dia dengan Tun Jugah tidak putus kerena sering kali berhubung dengan satu sama lain.  Buxton telah dipindahkan ke penjara Sibu kerana Jepun khuatir dengan banyak pengeboman berlaku dan potensi besar para tahanan akan berjaya melepaskan diri.
Walaupun dipenjarakan Buxton masih berjaya bertahan kerana berpuasa dengan meminum air masak dan mengambil “soda bicarbonate” yang diberikan oleh dokter di Bintulu. Dan sekali lagi Buxton dipindah ke tempat baru aitu Kapit. Sesampai dia di kapit, dia mendapati pengawal penjara adalah seorang Iban, dan dia bertanyakan kepada pengawal itu dengan menanykan siapakah bapa saudaranya dan lantas pengawal itu menjawab bahawa bapa saudaranya adalah Tun Jugah. Tun Jugah mendapat informasi daripada anak saudaranya bahawa Buxton telah dipindahkan ke Kapit. Pada masa Buxton dipindahkan ke penjara Kapit, Angkatan tentera Australia telah mula bergerak di dalam Sarawak. Tun Jugah dan Koh memutuskan diri akan berjuang bersama-sama. Pada malam 26 June 1945, Tentera Allied bersama dengan ratusan pahlawan Iban dan Kayan, termasuk Jugah, Koh, dan Tedong di Nanga Balleh.
Tun Jugah telah ditugaskan untuk  mengetuai angakatan semua pahlawan ke Kapit dan terus menuju penjara bagi menyelamatkan tahanan perang di sana. Pada pertama kali Buxton dan sahabatnya mendengar serangan di penjara, mereka menjangkakan bahawa munsuh, namun selepas mendengar perbualan antara orang iban, mereka berasa lega.
Harry Buxton akhirnya dapat melepaskan diri atas jaga Tun Jugah bersama-sama sahabatnya yang berjaya menewaskan Jepun di penjara. Menurut pendapat Sutlive tentang Tun Jugah;
Jugah survived the Occupation, as did almost all other native people, through avoidance of confrontation with Japanese. With others, he accommodated to the new an dangerous force from outside. While critics may allege that he got along by going along, one must ask what choice he had. The British had fled. The native population was on its own. One foreign administration had been replaced by a new one[2]’’
Sebagai pengulas, ketokohan dan kepahlawan Tun Jugah sememangnya amat besar. Untuk mencari pemimpin seperti beliau adalah semakin kurang ini kerana dia seoratan pemimpin yang berjiwa dimana  beliau sendiri sanggup mengorbankan nyawanya dalam menentang Jepun. Sikap pro kepada pemerintahan Britsih menunjukkan kesetiaannya walaupun tampuk pemerintahan berubah, beliau tetap setia kepada kerajaan Brooke. Beliau mengamalkan sikap dingin dengan kerjasama dengan pemerintah Jepun kerana menjaga kedaulatan orang Iban dan menjaga keamanan Kapit. Pengulas bersetuju dengan pendapat  Abang J kepada Datuk Yao bahawa Tun Jugah tidak pernah pro- Japanese. Menurutnya;
“He was never pro- Japanese in any way. He used to tell us that there was one postmen in Kapit who used to provide him with ( accounts) Allies’ activities, he always listened to the radio, and told Apai what was going on, with the Australians coming in…They ( Jugah and the other native) did not want to confront the Japanese, because the intelligent enough to know at that time to ill treat all those who went against them.[3]
 Kesimpulan
            Ketokohan Tun Jugah dalam membawa para sahabatnya mengalahkan Jepun harus dikenang kerana peranan dan sumbangan adalah amat besar. Sebagai seorang pemimpin selayaknya beliau diberikan gelaran dan dibeirkan pingat  King George V Medal for Bravery dalam 1947.  Pengorbanan dan kepimpinan beliau telah membawa nama Tun Jugah dikenali ramai dan menjadi tokoh yang sangat penting dalam penubuhan Malaysia sebagai wakil orang Iban khasnya Kesetiaan beliau kepada pemerintahan British kuat hingga menyebab sikap dingin kepada pemerintahan Jepun adalah wajar dan merupkan satu tindakan yang betul.


Bibliografi



Buku.
Ooi Keat Gin. . “The Japanese Occupation and the Peoples of Sarawak.”, Southeast Asian Minorities in the Wartime Japanese Empire. Edited by Paul H.
Kratoska.                                                                                                                                                       London: Routledge Curzon, (2002

Ooi Keat Gin.. Rising Sun over Borneo: The Japanese Occupation of Sarawak, 1941-1945.                                                                                                                                                                    London: Macmillan; New York: St Martin’s Press (1999). 

Sutlive, Vinson H., Jr. Tun Jugah of Sarawak: Colonialism and Iban Response.                            Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti for Sarawak Literary Society (1992.

Journal
Ooi  Keat Gin.The ‘Slapping Monster' and Other Stories: Recollections of the Japanese Occupation (1941-1945) of Borneo through Autobiographies, Biographies, Memoirs, and Other Ego-documents"
Journal of Colonialism and Colonial History 7:3 ( 2007)

 





[1]Sutlive, Vinson H., Jr. Tun Jugah of Sarawak: Colonialism and Iban Response. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti for Sarawak Literary Society (1992). ms 105

[2] Sutlive, Vinson H., Jr. Tun Jugah of Sarawak: Colonialism and Iban Response. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti for Sarawak Literary Society (1992), ms 114

[3] Sutlive, Vinson H., Jr. Tun Jugah of Sarawak: Colonialism and Iban Response. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti for Sarawak Literary Society (1992), ms 115

Bekau Keranjai Jari

Ti dikerinduka