1.0 Pengenalan
Tertubuhnya Budi Utomo pada pada 20 Mei 1908, rata-rata para pemimipinnya terdiri daripada orang-orang yang lahir dari sistem Belanda. Pemimpin yang mendorong mengasaskan Budi Utomo, seperti Dr. Sutomo, Dr. Wahidin Sudiro Husodo dan rakan-rakannya yang merupakan orang penting dalam permulaan penubuhan Budi Utomo. Kelahiran Budi Utomo sebagi sebuah persatuan yang berbentuk nasionalisme kerana sistem Belanda sendiri telah membuka ruang kepada orang-orang pribumi Jawa terdedah kepada ilmu pengetahuan, di mana mereka mula berfikir tentang hak-hak mereka dan kelemahan-kelemahan sistem pemerintahan. Dengan kepimpinan para pemimpin ini telah memimpin gerakan nasionalisme dari berpersatuan yang telah menyatupadukan orang Indonesia dibawah satu perjuangan dalam mencapai kemerdekaan.
2.0 Bagaimanakah para pemimpin Budi Utomo lahir daripada Sistem Belanda?
Sistem Belanda sendiri menjadi asas melahrikan para pemimpin Budi Utomo seperti Dr. Sutomo dan Dr. Wahidin Sudiro Husodo bermulanya dengan sistem pendidikan. Mereka merupakan penuntut di sekolah dokter Jawa iaitu Stovia. Sekolah ini khas untuk latihan dokter pribumi selama tiga tahun sebagai persediaan untuk menjadi dokter yang terlatih untuk berkhidmat memerangi wabak penyakit yang merebak. Dasar Etika yang dilaksanakan oleh Belanda, untuk membantu kepentingan penduduk tempatan dan bukan semata-mata menganggap tanah jajahan sebagai tempat mengaut keuntungan;
“Dasar Etika ini bertujuan untuk menyediakan memperbaiki kebajikaan rakyat...untuk memberi sebahagian daripada kemakmuran yang dinikmati oleh Belanda kepada Hindia Timur dan sebagai balasan pihak Belanda berharap rakyat Hinda Timur akan berterima kasih”[1].
Dalam usaha Belanda untuk memajukan dasar dalam bidang pendidikan yang mantap dan berterusan di Indonesia, secara tidak langsung ini telah memberikan peluang untuk penduduk tempatan berhubungan dengan lebih rapat. Hasilnya, sekolah dokter jawa atau Stovia telah ditubuhkan pada 1851 dan beberapa maktab latihan yang menyediakan guru-guru sistem pendidikan. Dasar Etika ini memberikan kesan yang sangat mendalam dalam kalangan masyarakat peribumi kerana dasar sistem pendidikan.
Sekolah-sekolah yang dalam sistem Belanda seperti, Stavia( School tot opleiding van inlandsche: sekolah latihan doktor pribumi),Osvia( Opleidings school van Inlandsche amtenaren: sekolah latihan untuk pegawai peribumi) yang terdapat enam buah di Jawa dan sebuah di Menado, dan lima maktab perguruan yang dikenali sebagai Kweekscholen, antara yang menjadi tempat penduduk peribumi menuntut ilmu[2]. Daripada sistem Belanda ini telah memberikan satu perubahan-perubahan yang tidak dirancang. Usaha yang Ethici lakukan untuk membawa perubahan dalam bidang pendidikan secara tidak langsung telah memberikan kesedaran kepada kekurangan dan kelemahan peribumi sendiri. Menurut pendapat Alisa Zainu’ddin melalui pendidikan pihak pendidikan pihak penjajah Belanda telah dapat menembusi kehidupan rakyat Indonesia, tetapi pada waktu yang sama ia telah menyemai benih kehancurannya sendiri[3]. Seperti kata pepatah “knowledge is power”, dengan menggunakan ilmu sesuatu bangsa akan mula menyedari dan celik daripada zaman gelapnya untuk ke arah kesedaran nasional dan berjuang menuntut kemerdekaan, inilah yang terjadi di awal pergerakan nasional Indonesia.
3.0 Latar belakang pemimpin awal Budi Utomo.
Dua orang tokoh yang menjadi tulang belakang Budi Utomo adalah Dr. Sutomo dan Dr. Wahidin Sudiro Husodo, mereka berdua sama lahir daripada sistem pendidikan Belanda. Dr. Sutomo lahir di desa Ngepeh, Jawa pada 30 Julai 1888. Beliau telah belajar di Stovia bersama-sama dengan rakan-rakannya yang mempelopori Budi Utomo seperti Gunawan, Suraji, Suwardi Surjaningrat, Saleh, Gumbreg dan lain-lain. Pada permulanya beliau diangkat menjadi ketua dan menjadi pendiri Budi Utomo. Dr. Sutomo telah berusaha mengcungkil pemikiran para penuntut di Stovia dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan bagi persatuan Budi Utomo dan membuka ruang perhubungan dengan beberapa institusi perguruan. Hasilnya , beberapa orang wakil telah dihantar ke Batavia untuk menghadiri perhimpunan pembukaan persatuan Budi Utomo pada 20 Mei 1908. Pada tahun 1935 beliau dilantik sebagai pemimpin Persatuan Bangsa Indonesia.
Sementara itu pula, Dr. Wahidin Sudiro Husodo yang lahir di desa Mlati pada 7 Januari 1852. Beliau merupakan pelajar yang lulusan dari sistem pendidikan Belanda dari Sekolah dasar, Europeeshce Lagere School dan akhirnya menuntu di Sekolah Stovia. Beliau pernah menjadi seorang peguam di Jogjakarta semenjak tamat pada tahun 1873 dan pada tahun 1906 telah mengembara di seluruh Indonesia untuk memungut derma yang bertujuan membantu rakyat Indonesia melanjutkan pelajaran mereka ke Holland[4]. Pada pembukaan Budi Utomo 20 Mei 1908, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Budi Utomo yang mendapat sokongan daripada para pelajar-pelajar Stovia. Dalam keperibadiannya , beliau sangat terkenal sebagai dokter yang baik kerana pandai bergaul dengan rakyat dan berjasa dengan memberikan rawatan percuma kepada para pesakit.
4.0 Permulaan Organisasi yang bercorak Nasionalisme.
Jika sebelum ini, gerakan nasionalisme hanya bersifat setempat dan tiada kesatuan yang kukuh dalam menentang kuasa Belanda namun dengan lahirnya Budi Utomo merupakan titik tolak peralihan zaman nasionalisme yang lebih baik dengan menubuhkan satu organisasi yang dapat menyatupadukan rakyat Indonesia dalam memperjuangkan semangat nasionalisme tanah air. Inilah yang memberikan corak baru didalam sejarah, yang buat pertama kalinya bahawa semangat nasionalisme disimpulkan dalam bentuk suatu perkumpulan[5]. Persoalannya sejauhmanakah para pemimpin Budi Utomo ini dapat mengerakkan Budi Utomo menjadi organisasi yang bersifat nasionalisme ini. Pada asasnya Budi Utomo adalah pergerakan kebudayaan, pendidikan dan ekonomi sahaja. Budi Utomo bersedia untuk menjadi satu anggota gabungan yang lebih besar kerana dengan cara ini saja, untuk menjadi kuat dan mencapai cita-cita revolusinya bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga bagi beberapa kumpulan dan suku bangsa penduduk Hindia Belanda[6].
Sehingga tahun 1909, Budi Utomo mempunyai seramai 10,000 anggota tetapi sebahagian besar anggotanya terdiri daripada golongan bangsawan iaitu priyayi. Pada peringkat awal hanya dianggotai orang-orang Jawa, Madura dan Sunda dan kebudayaan orang Jawa yang telah menjadi rujukan pada peringkat permulaan zamannya. Pada peringkat awal, dipimpin sebahagian besar oleh golongan tua priyayi yang konservatif. Maltamat asal para penuntut Stovia yang ingin menciptakan gerakan yang meliputi seluruh negara telah lenyap kerana golongan orang tua mengambil alih kepimpinan. Pemimpin Budi Utomo seperti Dr. Wahidin Sudiro Husodo, lebih memfokuskan kepada pendidikan golongan priyayi. Harapan penuntut Stovia yang hadir pada kongres pertama, yang berhajat untuk menolong masyarakat umum dikecewakan dengan pendapat orang tua yang lebih mementingkan kedudukan mereka. Pengurus besar untuk Budi Utomo dipimpin oleh bupati iaitu Karanganyar Radenn Adipati Tirtokusumo sedangkan Dr. Wahidin yang menjadi pendorong Budi Utomo hanya menjadi wakil Ketua. Oleh kerana itu hingga tahun 1913, ramai anggota muda mulai melarikan diri kepada pertubuhan-pertubuhan nasionalis yang lebih radikal.Pada pendapat penulis, para pemimpin Budi Utomo pada awalnya gagal dalam mengerakkan sebuah organisasi yang bersifat nasionalisme. Hal ini demikian kerana kuasa golongan bangsawan masih begitu ketara dan masih bergantung pada kehendak golongan tua. Lagipun Budi Utomo hanya lebih kepada kebudayaan dan bukan berjuang menuntut kemerdekaan. Tetapi keadaan ini hanya seketika, corak Budi Utomo mula berubah setelah menyertai Volkaraad pada 1918 .
Seorang lagi pemimpin Budi Utomo yang sangat berpotensi memimpin Budi Utomo ke arah gerakan yang lebih radikal, namun sebaliknya Tjipto Mangunkusumo telah meninggalkan Budi Utomo pada 1909 kerana beliau mahu menyelamatkan masyarakat umum dari kemiskinan rohani dan harta benda daripada menitikberatkan tugasnya memajukan kebudayaan Jawa. Sehubungan itu, para bupati juga telah menubuhkan liga wakil raja yang memakai gelaran Sedio Mulo. Perjuangan Tjipto tidak terhenti begitu saja, selepas beliau meninggalkan Budi Utomo perjuangan disambung selepas menerima jemputan Douwes Dekker untuk menubuhkan parti politik yang bernama Indische Partij (Parti Hindia). Parti Indische telah ditubuhkan di Bandung pada 6 september 1912dan seramai 5,000 orang ahli menyertainya[7]. Douwes Dekker menjadi presiden parti dan Tjipto Mangunkusumo menjadi timbalannya. Walaupun beliau bukan pemimpin Budi Utomo namun asal usul kepimpinannya berasal dari Budi Utomo. Beliau merupakan pemimpin organisasi nasionalisme yang berjaya jika dibandingkan dengan para pemimpin Budi Utomo yang lain.
Walau bagaimanapun, selepas tahun 1918 Budi Utomo menjadi semaikn matang apabila ia mempunyai wakil dalam Volkaraad dan bermula daripada itu Budi Utomo mula memainkan peranan politiknya. Budi Utomo menyertai anggota perkumpulan Indische Sociaal Demokratische Vereniging (ISDV) yang terdiri daripada Budi Utomo, Sarikat Islam dan NIP (Nationale Indische Party)[8]. Dalam kongres Budi Utomo 1921, Budi Utomo mula mempersoalkan supaya sebahagian besar anggota Volksraad terdiri daripada bangsa Indonesia. Budi Utomo semakin matang dan memperjuangkan hak-hak bumi putera dalam pemerintahan Indonesia.
Beberapa kejayaan Budi Utomo sebagai organisasi nasionalisme yang digerakkan oleh sendiri oleh para pemimpinnya, iaitu pada tahun 1920,1922 Budi Utomo telah melakukan mogok dikalangan para anggota. Budi Utomo menjalankan taktik tidak bekerjasama kerana terpengaruh dengan gerakan Mahatma Gandhi. Pada tahun 1924,1925 di Indonesia mulai melakukan pemogokan, dimana Belanda telah melakukan tindakan yang keras terhadap para pemogok Syarikat Buruh Kereta Api. Hal ini telah memberikan kerisauan kepada Budi Utomo, Kongers 1926 sekali lagi isu berhubung untuk bekerjasama atau tidak dengan pemerintah dibincangkan panjang lebar. Akhirnya Budi Utomo memutuskan untuk tidak bekerjasama, dan ahli mereka didalam Badan Perwakilan, tidak lagi memegang status sebagai wakil Budi Utomo tetapi mewakili dirinya sendiri. Di sini penulis melihat bahawa Budi Utomo semakin tegas dengan pendiriannya dalam menjalankan gerakan nasionalisme. Para pemimpin Budi Utomo boleh dikatakan telah berjaya memulakan satu bentuk gerakan nasionalisme yang berbentuk organisasi walaupun pada awalnya agak bersifat konservatif sikit dalam pemerintahan golongan bangsawan. Kebanyakan para kaum priyayi hanya tunduk kepada para pemerintah.
Pada tahun 1927, Budi Utomo telah menyertai Permufakatan Perhimpunan- Perhimpunan Politik Kebangsaan ( PPPKI) yang didirikan pada disember 1927. Dalam PPPKI ini terdiri daripada Sarikat Islam, Budi Utomo, Pasudan, Perkumpulan Kaum Betawi, Indonesische Studie Club Surabaya dan Sumatranen Bond[9]. Pada kongers 1928 mula tertanam dalam hati Budi Utomo untuk memcapai cita-cita untuk menyatukan Indonesia. Budi utomo sanggup mengenepikan kepentingan peribadinya yang lebih kepda kejawaan, dengan membuka anggota baru kepada warga Indonesia pada tahun 1931. Satu lagi kejayaan para pemimpin Budi Utomo apabila evolusi terjadi daripada Budi Utomo yang pada awalnya daripada bersifat kedaerahan Jawa meningkat kepada persatuan bangsa Indonesia.
Akhirnya pada tahun 1935, seorang pemimpin yang mendirikan Budi Utomo dan Persatuan Bangsa Indonesia (PBI) iaitu Dr. Sutomo telah mengabungkan kedua-dua persatuan ini sebagai membentuk PARINDRA sebagai usaha penyatuan. Budi Utomo sejak 1908 hanya hingga 1935, sememang telah berjaya membebaskan diri mereka daripada nasionalisme yang bersifat kebudayaan kepada yang lebih nasiolnalisme sebenarnya. Semua ini merupakan usaha gigih para pemimpin Budi Utomo yang sentiasa bergerak dan tidak berputus asa untuk mencapai cita-cita mereka, sebagai contoh Dr. Sutomo sangat berpengaruh dalam kepimpinannya, Tjipto yang lebih bersifat radikal dan sementara itu pula, Dr. Wahidin Sudiro Husodo yang berfaham konsevertif namun semua berjaya mengorak langkah satu demi langkah dalam melahrikan sebuah organisasi yang bersifat nasionalisme.
5.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, penulis berpendapat sistem Belanda sendiri yang sebenarnya yang melahirkan para pemimpin Budi Utomo kerana Dasar Etika yang memberikan pendidikan kepada pribumi terutamanya di sekolah Dokter Jawa. Walaupun pada awalnya Budi Utomo tidak sehebat mana sebagai sebuah organisasi nasionalisme, namun oleh kerana kepimpinan yang ada pada tokoh seperti Dr. Sutomo, Dr. Wahidin Sudiro Husodo dan Tjipto Mangunkusumo telah memberikan kesan kepada Budi Utomo dari nasionalisme kebudaya kepada terlibat dengan politik dan ahkirnya menjadi wacana penyatuan bangsa Indonesia untuk menuntut kemerdekaan. Kepimpinan yang ada pada para pemimpin Budi Utomo telah berjaya mengerakkannya sebagai organisasi yang bersifat nasionalisme.
( 1,828 patah perkataan)
Bibliografi
1.0 Buku:
Abu Hanifah. Renuangan Perjuangan Bangsa Dulu dan Sekarang. Yayasan Idayu, Jakarta. 1978.
Ahmad Jelani. Tinjauan sejarah Asia Tenggara dan Asia Timur Moden. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. 1990.
Dahm Bernhard. Sejarah Indonesian Abad kedua puluh. Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur. 1988.
Kahin George McTurnan.Nasionalisme dan Revolusi di Indonesia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur. 1980.
Mohammad Hatta. Permulaan Pergerakan Nasional. Idayu Press, Jakarta. 1977.
Susanto Tritoprodjo. Sejarah Pergerakan Nasional Indonesia. Gunung Sahari, Jakarta. 1970.
2.0 Website:
Biodata Dr. Sutomo
Biodata Dr. Wahidin Suriro Husodo
[1] Ahmad Jelani. Tinjauan sejarah Asia Tenggara dan Asia Timur Moden. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. 1990.m.s.15
[2] Dahm Bernhard. Sejarah Indonesian Abad kedua puluh. Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur. 1988.m.s23-24.
[3] Ahmad Jelani. Tinjauan sejarah Asia Tenggara dan Asia Timur Moden. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. 1990.m.s.21
[4] Dahm Bernhard. Sejarah Indonesian Abad kedua puluh. Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur. 1988.m.s 36.
[6] Dahm Bernhard. Sejarah Indonesian Abad kedua puluh. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur. 1988.m.s 38.
[7] Dahm Bernhard. Sejarah Indonesian Abad kedua puluh. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur. 1988.m.s 48
Tiada ulasan:
Catat Ulasan