Disebelah kiri ( Dr. Ahmad Shahidah), tengah ( Dr Ahamad Fauzi) |
Usm, Penang- Kelab Sains Politik Usm telah mengadakan satu forum yang berbentuk ilmiah dan lebih mementingkan kepada memberikan kepada ilmu pengetahuan. Dalam forum ini, dua orang panel telah di undang iaitu Pensyarah Pengajian Jarak Jauh, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid dan seorang lagi penal berasal dari Indonesia iaitu Dr. Ahmad Shahidah, Pusat Ilmu kemanusiaan. Dalam forum ini, kami berbincang tentang peranan Media lama dan Media baru juga, walaupun media baru ada tetapi media lama juga tetap masih digunakan. Apakah itu media baru? Media baru ini seperti FB, Twiter, Blog, Web dan sebagainya. Manakala media lama ini lebih kepada media yang lama seperti penulisan, surat kabar dan selanjutnya. Media ada dua iaitu media elektronik dan media cetak, tetapi dalam era sekarang media elektronik sangat efektif untuk menyuarakan pandangan dan memberikan kritikan . Dari pihak pembangkang misalnya dalam Pilihan Raya 2008 telah berjuang melalui media baru dimana pusat bandar bayak yang ditakluki oleh pembangkang. Manakala kerajaan BN masih menggunakan medium yang lama. Dalam blog misalnya para pembangkang dapat mengkritik kerajaan secara terbuka.
Dr.M sendiri telah memberikan pandangan beliau semada pemerintah Pak Lah melalui medium baru inu, dalam memberikan kritikan kepada Pak Lah , media baru ini sangat memberikan kesan. Dr. M sendiri telah membuka blog nya pada 2008. Banyak lagi kes yang memberikan impak yang besar melalui media baru ini, misalnya RPK dia seorang penulis blog yang boleh dikatakan seorang kritis dalam memberikan pandangannya. Namun Akta Isa dan Akta Hasutan yang mengawal media baru supaya rakyat tidak melampaui batasnya. Dalam media arus perdana juga dan surat kabar misalnya mempunyai kepentingan tertentu terutamanya daripada parti pemerintah. Contoh Utusan dimiliki oleh UMNO, sudah tentu daripada view UMNO sendiri, begitu juga surat kabar lain. Para penulis atau wartawan mereka terikat dengan pemilik syarikat itu. Para penulis dikawal oleh pemilik syaraikat untuk menulis kehendak mereka. Manakala media arternatif juga mempunyai kepentingan tertentu. Misalnya akbar Suara Keadilan merupakan pandangan daripada Keadilan Rakyat gitu. Malah setiap berita yang disiarkan dalam television disunting hanya isi yang membina saja yang di muatkan. Ketulenan berita itu sememangnya sukar untuk diperkatakan.
Seharusnya bagaimana peranan kita sebagai pembaca? setiap orang mempunyai pemikirannya sama ada untuk menerima berita itu atau untuk menapisnya. dalam linguistiknya juga kita harus peka sememang kita harus melihat isi yang tersurat disebalik pembacaan kita. dalam membaca akbar sebaik-baiknya melihat dari dua sudut akbar. namun kebiasaan rakyat lebih tertumpu kepada satu akbar saja. Sebagai seorang pembaca kita harus tahu kebenaran itu dan bukan menerima bulat-bulat sesuatu berita.
Berkaitan dengan ISA, pada awalnya penggunaan sekatan ini sebelum merdeka gitu, masa pemerintah British lagi. Asalnya digubal untuk menyekat musuh-munsuh negara pada msa itu terutamanya komunis. Namun sekarang konteks sudah berubah ISA digunakan untuk melawan munsuh-munsuh politik, pihak pemerintahan menggunkan "abuse of power" bukan "use of power". Pembangkang atau pemerintah seharusnya salanig silih berganti memerintah negara. Semua parti ada hak untuk memerintah.Malangnya Malaysia masih lagi dalam demokrasi yang separa, tidak seperti di Landon yang mengamalkan konsep demokrasi yang sepenuhnya. Sememangnya seseorang itu layak bersuara melalui media tetapi pengawalan juga penting agar isu2 yang sensitif dapat dielakkan. tapi jangan lah salah gunakan kuasa untuk membunuh munsuh-munsuh politik.
Soalannya media itu sememangnya bergantung kepada si pemilik syarikat penerbit itu. Tiada media yang tidak berkepentingan, tiada media yang objektif....begitu juga para pembaca harus bijak menilai kontek dan teks dalam membaca....Jadi macam mana di Sarawak adakah media baru memberikan peranan penting?
dalam keadaan sekarang politik di Sarawak belum cukup matang dalam menggunakan media baru, masih dalam permulaan. Namun media baru sering digunakan oleh pembangkang. Tetapi media arus perdana masih lagi dikuasai oleh kerajaan. Sememangnya sukar di Sarawak menggunakan media baru ini ini kerana masalah rangkaian internet, soalannya adakah medi abaru berkesan sepenuhnya? seandainya tidak para pengerak politik harus menggunakan media yang kreatif seperti apa?
Ini saja dulu untuk yang saya ingat dalam kepala saya apa yang di forum kan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan