Memaparkan catatan dengan label UBAH FC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UBAH FC. Papar semua catatan

Rabu, 11 Januari 2012

Sarawak FC


TUESDAY, 3 JANUARY 2012

Liga Super 2012 : Review Pasukan Sarawak



Pengurus / Jurulatih : Robert Alberts

Senarai pemain :
1. Sani Anuar Kamsani
2. Aidil Mohamad
3. Saiful Amar Sudar
4. Ramesh Lai Ban Huat
5. Mazwandi Zakaria
6. Shahran Abdul Samad
7. Mohd Dzulazlan Ibrahim
8. Yosri Derma Raju
9. Guy Bwele (Cameroon)
10. Shahrol Malek
11. Mohd Fareez Tukijo
12. Zamri Morshidi
13. Mohd Hairol Mokhtar
14. K.Rajan
15. Azizan Saperi
16. Mohd Azizan Baba
17. Mohd Shahrol Saperi
18. Ronald Dennis
19. Benedict Martin
20. Ashri Chuchu
21. Kalle Sone (Cameroon)
22. K.Ravindran
23. Khairul Azahar Eidros
24. Mohd Rasyid Aya

Rating : 7.0
Ramalan : Sepuluh pasukan teratas liga.

Pasukan Sarawak telah membuat persiapan yang agak rapi bagi mengharungi cabaran Liga Super musim 2012 ini. Beberapa pemain baru telah dibawa masuk untuk memperkukuhkan lagi pasukan. Antara pemain tersebut ialah Sani Anuar Kamsani (MP Muar), Ramesh Lai Ban Huat (Felda United), K.Ravindran (Harimau Muda B), K.Rajan (Felda United), Yosri Derma Raju (Selangor), Mohd Rasyid Aya (Johor Fc), Saiful Amar Sudar (Selangor) serta dua pemain import dari Cameroon, Guy Bwele dan Kalle Sone.

Bagi posisi penjaga gol, pasukan Sarawak mempunyai 3 penjaga gol yang boleh diharapkan untuk menjadi penjaga gol utama. Jika Sani Anuar Kamsani dapat kembali dengan prestasi terbaiknya, dia dilihat sebagai calon paling sesuai mengawal kubu terakhir pasukan Sarawak. Selain itu Sani juga mempunyai kelebihan dari segi pengalaman berbanding Aidil serta Saiful Amar. Namun Aidil juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana telah mempamerkan aksi yang cukup menyakinkan sepanjang musim 2011, serta beliau lebih lama berada dalam pasukan Sarawak berbanding 2 lagi pencabarnya. Melihat kepada keadaan ini, Saiful Amar perlu berusaha dengan lebih gigih jika mahu merebut posisi penjaga gol utama pasukan Sarawak.

Robert Alberts menyedari antara kelemahan ketara pasukan Sarawak musim lepas adalah dibahagian pertahanan. Untuk itu pada musim ini beberapa pemain baru telah diambil bagi memantapkan lagi bahagian pertahanan pasukan Sarawak. Antara pemain tersebut ialah Ramesh Lai Ban Huat, Yosri Derma Raju serta pemain import Guy Bwele. Ketiga pemain ini dijangka akan menjadi tonggak utama pasukan Sarawak dibahagian pertahanan disamping Mazwandi Zakaria. Selain itu Shahrin Abdul Samad serta Mohd Dzulazlan Ibrahim juga berada dalam senarai pemain pertahanan pasukan sarawak musim ini.

Dibahagian midfield kapten pasukan, Zamri Morshidi akan memainkan peranan yang cukup penting bagi mengemudi bahagian tengah pasukan Sarawak. Beliau dijangka akan digandingkan bersama Benedict Martin ataupun Azizan Baba. Sementara dibahagian sayap, K.Rajan serta Ashri Chuchu merupakan pilihan terbaik bagi mengisi posisi tersebut. Senarai pemain lain diposisi midfield ialah Shahrol Malek, Mohd Fareez Tukijo, Mohd Hairol Mokhtar, Azizan Saperi,Shahrul Saperi serta Ronald Dennis.

Bagi tugas penggempur utama, Kalle Sone sudah hampir pasti akan mengisi posisi tersebut. Soalnya siapakah gandingan terbaik beliau dibahagian serangan? Bagi penulis, Rasyid Aya dilihat sebagai penyerang yang berpotensi untuk menggantikan penyerang berbisa Sarawak sebelum ini, Bobby Gonzales yang telah kembali semula kepasukan kelahirannya, Sabah. K.Ravindran juga boleh memikul tanggungjawab tersebut, tetapi beliau agak kurang berpengalaman. Seorang lagi penyerang Sarawak, Khairul Azhar Eidros juga bakal bersaing untuk digandingkan bersama Kalle Sone.

Robert Alberts ternyata telah banyak membawa perubahan positif semenjak beliau membimbing pasukan Sarawak. Jika Alan Vest memerlukan masa 3 tahun untuk membawa kejayaan kepada Sarawak, Robert Alberts juga boleh mengulangi kejayaan tersebut sekiranya beliau diberikan sokongan yang sepenuhnya dari pihak pengurusan serta peminat bolasepak Sarawak.

Penulis : Arieost Azzurie
Logo : Wikipedia

Khamis, 3 November 2011

UBAH FC 2.0

        Pada 26 oktober yang lalu UBAH FC telah menghantar dua " jentera" iaitu pasukan wanita dan pasukan lelaki berentap dalam MASSAK Futsal ( khas untuk orang Borneo saja ne) kalau kamu urang Sabah dan Sarawak boleh bah kalau kau!!!


       Pasukan lelaki hanya berpuas hati bermain dalam kumpulan. Pada perlawanan pertama kalah dengan Camar FC 2-1. Kenangan yang manis bagi seorang pengurus dan pemain UBAH FC apabila saya dapat menjaringkan goal yang pertama dalam sejarah saja semasa pertandingan futsal saya ( kerana selama ini belum pernah menjadi penyerang) he he he. Dalam perlawanan kedau menentang Gemilang Fc hanya kalah tipis dan dipisahkan dengan 1-0 sahaja , itu pun goal goal 50sen. ( kesilapan gulikepper) . Perlawanan yang ketiga saya lupa lawan siapa ar..tapi sangat best game dia, mula-mula UBAH FC mendahului dengan jaringan pertama oleh Kent ( jaringan yang menarik) namun selepas itu pemain UBAH FC terkena tangan ( lalu penaliti) bah ...satu sama selepas itu!! 1-1. Dengan kemahiran Darrel dia berjaya menjaringkan goal yang kedua meberikan UBAH FC dihadapan lagi pada masa itu. Namun kegopohan dibahagian pertahanan menyebakan kami tertewas dengan 4-2 .  perlawanan seterusnya hanya sebagai pelengkap jadual. Sebagai pengurus saya mengucapkan terima kasih atas semangat juang sahabat saya ( Zeb, Mac, Tim, Kent, Darrel Nyambar, Ipin) semuanya adalah terbaik cuma nasib ( bola) itu sangat bulat.

      Walaubagaimanapun pasukan wanita UBAH FC memberikan satu kenangan yang manis bagi saya. Debaran dan semangat juang yang tinggi saya amat kagumi. Terutama dengan kewanitaan wanita Sarawak. ( Ping pun orang Sarawak bah sebab bapa dia orang Sibu) . Barisan UBAH FC dianggotai oleh ( Ailis (kapten), Evelyn ( permain terbaik), Dura ( bidan terjuan terbaik) , Mang ( Polis diraja), Corina ( pemain import), Agnes ( Super kereta kebal) maksudnya pertahanan terbaik, Matt ( pemain simpanan dan rakan pasukan terbaik) dan Esther Yong Ping Ping ( pemain yang penuh berjiwa sukan dan psyco yang tinggi). Pada perlawanan pertama Ubah FC hanya menang dengan tendagan penaliti ( hasil jaringan kapten yang sangat mendebarkan) Terimakasih Kapten!!! Ubah Fc layak keperingkat akhir melawan LOLIPOP Gurl ( gurl Misi) diperlawanan akhir UBAH FC berjaya menjaringkan satu goal hasil jaringan Evelyn. Dengan itu melayakan UBAH FC menyandang Juara. Satu Bintang bagi UBAH SEKARANG!!!!! Yahoooo. UBAH FC untuk selamanya!!! 


Bersama-sama UBAH FC ( Juara Futsal Wanita MASSAK)





Ahad, 14 Ogos 2011

Tertubuhnya UBAH FC ( Liga Futsal Skim Skrang)

Apabila kita berbicara tentang asal dan maksud, kita sering ingin memcari kata akar perkataan tersebut. Bagi UBAH FC nama ini berasal daripada sebuah pokok dalam bahasa Ibannya "Ubah", kayu ini merupakan sebuah kayu yang sering digunakan. Sifat semulajadi kayu ini adalah bersifat keras walaupun dilihat lembut atau mudah dipatahkan. Dalam Futsal( dianggotai oleh 7 orang pemain) juga kita harus memainkan peranan dimana sebagai rakyat yang prihatin kita harus melakukan perubahan demi masa depan kita. Mungkin orang akan tertanya akan apa maksud nama team futsal anda, em...mengapa nama UBAH FC ya?  Disitulah kita dapat membawa idea ini kepada umum kita perlukan perubahan dalam hidup kita, bukan saja dalam futsal tetapi apa yang saya tekankan disini adalah dari segi kehidupan harian. Untuk membawa idea perubahan atau "be the agent of change' kita perlu melihat secara holistik dalam sesuatu tindakan yang kita buat malah dalam perkara yang kecil pun harus kita utamakan.
NOTE: UBAH FC hanya sebuah team futsal anak muda kampung, dan bukan menyokong mana parti ataupun agaenda politik....ini penting kerana ada tomahan bahawa UBAH FC terpengaruh dengan idea politik semata-mata, saya tegaskan semuanya adalah tidak benar..chewah...( pengurus UBAH FC)...ketika ditemubual oleh media baru-baru ini ( kononnyalah)...

Itu tadi baru permulaan untuk mendapatkan idea nama kumpulan kan..agak rumit juga...baiklah sekarang, kita beralih kepada dasar perjuangan UBAH FC. Dalam formasi yang digunakan oleh UBAH FC lebih kepada pertahanan iaitu 3-1, dan dibarisi oleh Bay- pengurus dan pertahanan, Kal- pertahanan, Mengga- stopper dan goal keeper , Joshua- penyerang ( pemain yang dibeli), Sean( dalam keadaan cedera) , Embit ( penjaga goal), Girie Gisang(sponsorship, pemain), Fabian Enjah ( pemain). Dalam perlawanan pertama( NIL'S FC VS UBAH FC) kalah dengan bekas Juara Futsal Skim Skrang 2-1, goal jaring UBAH FC hasil larian Bay yang disempurnakan oleh Sean, namun kami kalah tipis dengan goal yang terkena kaki pemain pertahanan kami. Perlawanan Kedua ( UBAH VS TUDUNG MERAH), kami ditundukan dengan 3-1, walaupun mendahului dengan jaring awal 1-0 hasil jariagan pemain baru dibeli kami iaitu Chua @Joshua, kami dijatuhkan dengan tendang penalti kerana terkena tangan pemain pertahaan kami, dua goal seterusnya akibat kesilapan pertahanan, dan tiada orang yang meghantar bola kepada pemain penyerang kami. Namun dalam perlawanan yang ketiga ( UBAH FC VS PELASOK A) kami dapat menebus kekecewaan kami dengan mengalahkan PELASOK A dengan 2-0. Dengan itu UBAH FC layak ke perlawanan suku akhir, ini kerana tiga teratas dalam kumpulan akan layak secara automatik.  Kesemua ada 2 kumpulan dalam 2 kumpulan ada 4 team yang berlawan, hanya yang memiliki mata tercorot akan tersingkir, satu kumpulan akan layak ke play off yang akan menentang team bye..UBAH akan berhadapan dengan laluan sukar pada suku akhir, dan jika dapat menang pada suku akhir, kami akan dijangka akan melawan SPECIAL FC pada separuh akhik. Kita nantikan keputusan play off minggu depan pada hari rabu, Jumaat dan Sabtu. Dan hanya 24 Ogos ini kita akan mendapat keputusan siapakah yang layak ke separuh akhir, dan pada 31 Ogos merupakan perlawanan akhir.

Ucapan terima kasih kepada pihak penganjur di Pusat Jaringan Komuniti, Engkelili terutamanya kepada Saudara Jimbun yang berusaha keras menjayakan liga ini. Majulah Sukan untuk Negara. Hidup UBAH FC!!!!!!1

Namun dalam suku akhir  UBAH FC tertewas dengan jaringan 0-1 kepada T-molek FC.  Tetapi semangat Ubah Fc masih membara...dengan pembelian pemain baru untuk next season sesuatu yang baru akan berhasil. Next game :  26 Oktober, di Penang. Ubah FC akan juga menyertai.

Bekau Keranjai Jari

Ti dikerinduka