Jumaat, 10 September 2010

“ Masalah yang menghalang pertumbuhan ekonomi di Tanah Besar selepas 1960 ialah rasuah dan penyalahanguna kuasa” Bincangkan dengan merujuk kepada mana-mana negara di Tanah Besar.

1.     Pengenalan
Vietnam merupakan sebuah negara yang terletak di Tanah Besar Asia, namun Vietnam terbahagi kepada dua bahagian iaitu Vietnam Utara dan Vietnam Selatan.  Keadaan ideologi yang berbeza telah memisahkan negara Vietnam, Vietnam Utara merupakan sebuah negara komunis yang dibantu oleh negara Soviet dan China, manakala  Vietnam Selatan bukan negara komunis yang menerima bantuan dari pada pihak Amerika Syarikat.  Kesan Perjanjian Geneva 1954 menyebabkan garis  pemisah pada 17 darjah garis lintang bagi mendapatkan gencatan senjata antara Perancis dan Viet Minh menyebabkan Vietnam terpisah dua.  Melalui perjanjian ini kedua-dua pihak bersetuju bahawa garis pemisah bersifat sementara bagi menunggu penyelesaian politik melalui  satu pilihan raya pada Julai 1956. Dalam menunggu berlangsungnya pilihan raya, kedua-dua membenarkan perpindahan penyokong masing-masing ke kawasan utara-selatan dan selatan-utara. Seramai 900,000 orang perlarian Katholik yang datang dari Utara[1].Namun perjanjian ini hanya untuk mengelakan air muka Perancis jatuh yang sedar bahawa Viet Minh akan akhirnya akan mengambil alih negara tersebut. Dalam keadaan ekonomi dua buah negara ini mengalami keadaan ekonomi yang berbeza kerana berlainan cara pemerintahan dan pentadbiran politik. Politik penting untuk kesejahteraan, namun apabila ekonomi dipolitik ini menyebabkan ekonomi tidak seimbang. Di Vietnam Utara lebih kepada pembinaan ekonomi sosialis iaitu negera komunis yang semua harta milik kerajaan dan dibahagikan kepada rakyat samarata[2]. Pada tahun 1958 Rancangan Tiga Tahun dilancarkan untuk menghapuskan terus pengusahaan bersendirian atau swasta dan memulakan asas sebuah negara perusahaan sosialis.Di Vietnam Selatan pemerintahan Ngo Dinh Diem mengamalkan ekonomi yang bermodel kapitalis.  Ngo Dinh Diem merupakan Presiden Vietnam Selatan yang telah mengulingkan Maharaja Boa Dai melalui satu referendum yang disokong oleh 98 peratus dan belaiu telah menjadi Presiden pada bulan Jun 1954. Di selantan sehingga pada tahun 1965 pengeluaran getah bertambah namun kegagalan untuk mengawal delta sungai Mekong menjadi punca masalah ekonomi kerana perniaganan beras menjadi asas ekonomi, oleh itu Vietnam Selatan merupakan kawasan yang kekurangan beras dan menerima bantuan dari pihak Amerika.  Sementara itu pula di Vietnam Utara mengalami perindustrian yang pesat dan sistem pertanian mereka cuba untuk mencontohi negara China tetapi mengalami kegagalan kerana kemunduran mereka hanya dapat membentuk satu asas perindustrian berat dengan secara kecil namun gagal untuk membangunkan semula sistem pertanian dan mengalami kependudukan yang padat. Sejak terpisahnya kedua-dua Vietnam, kedua-dua negara tersebut dengan seberapa upaya mereka memulihkan semula kerosakan-kerosakan sewaktu perang dan kekurangan-kekurangan ekonomi mereka warisi. Keadaan Vietnam Selatan dan Vietnam Utara ekonomi ditinjau sekitar awal 1960 hingga penyatuan Vietnam sekitat 1970an.
2.      Statistik pertumbuhan ekonomi Vietnam Utara dan Vietnam Selatan.
Pertumbuhan ekonomi ditinjau dari beberapa bidang yang melibatkan proses ekonomi di kedua-dua buah negara untuk melihat pertumbuhannya. Asas ekonomi Vietnam Selatan ialah pertanian serta industri yang berasaskan pertanian tetapi mereka mempunyai masalah dalam sumber ekonomi seperti logam dan minyak, oleh itu kerajaan memberikan tumpuan kepada penggunaan tanah serta sistem pengairanan dan taliair.[3]  Manakala Vietnam Utara mengalami kerumitan dalam bidang ekonomi kerana peningkatan pengeluaran disebabkan oleh mutu teknologi yang rendah serta keluasan tanah yang dikerjakan terlalu kecil dan tidak ekonomik. Dalam tinjauan ekonomi sekitar tahun 1955, keadaan ekonomi Vietnam Selatan dalam perdagangan asing mencatatkan eksport sebanyak 36 juta dolar AS dan import sebanyak 357 juta dolar AS yang membawa perolehan keseluruhannya sebanyak 393 juta dolar AS[4]. Di dalam rantau Asia Tenggara Vietnam Selatan merupakan negara yang kedua terendah selepas Laos, jika berbanding negara dengan Malaysia Barat mendapat perolehan sebanyak 1,956 yang ditempat yang pertama.
Seterusnya dalam pengeluaran beras pada tahun 1961-1965 Vietnam Selatan mencatatkan keluasan 2,670 hektar, 1,880 kilogram / hektar dengan pengeluaran 5,030 tan meter berbanding dengan Vietnam Utara yang mencatatkan keluasan 2,340 hektar, penghasilan sebanyak 1,930 dengan pengeluaran sebanyak 4,520 tan meter. Kedua-dua negara merupakan pengeluaran beras utama di Asia Tenggara yang menunjukan kenaikan berbanding pada tahun 1952-56 yang mencatatkan pengeluaran sebanyak 2,940 ribu tan meter bagi Vietnam Selatan dan 3,420 ribu tan meter bagi Vietnam Utara [5] .  
Selanjutnya dalam pengeluaran getah asli Vietnam Selatan mencatatkan 60 ribu tan pada tahun 1965 dengan 70 ribu ekar bagi pekebun kecil dan ladanag seluas 190 ribu ekar yang kesemuanya berjumlah 260 ribu ekar[6]. Vietnam selatan di tempat keempat terbesar di rantau Asia Tenggara pada ketika itu. Sumber pertanian Vietnam Selatan yang kedua terbesar ialah getah asli. Menjelang tahun 1966 sebilangan besar estet termusnah oleh peperangan dan rusuhan komunis yang mengurangkan kawasan torehan kepada 47,000 hektar sahaja. Pengeluaran meningkat hampir sebanyak 78,000 tan hampir setiap tahun sejak 1945 hingga 1960.  Peningkatan ini disebabkan oleh cara-cara menoreh yang lebih baik dan penggunaan baja dan baka yang mengeluarkan mutu yang baik. Selepas tahun 1962 pengerakan komunis yang mengancam ketenteraman menyebabkan sekatan jalan raya dan beberapa estet terpaksa menyimpan getah mereka untuk satu jangka masa.  Hanya akhir tahun 1966 Amerika telah membuka jalan ke Siagon-Loc Ninh dan hasil getah hanya 46,000 tan sahaja dan hasilnya semakin merosot selepas itu.  Pada tahun 1968 hanya 30,000 tan sahaja ini kerana kerja-kerja menoreh ditinggalkan dan penguguran daun melalui semburan udara.
Sementara itu dalam peratusan hasil kasar negara dalam perusahaan perkilangan dan perlombongan, Vietnam Selatan mencatatkan 11.2 peratusan dalam perkilangan dan 0.5 peratusan dalam perlombongan yang hasil keluaran perkapitanya pada tahun 1961-1963  pada harga tahun 1960 sebanyak 10 dolar AS[7]. Walaupun terdapat peningkatan sedikit dalam ekonomi Vietnam Utara dan Vietnam Selatan namun keadaan ekonomi mengalami cabaran apabila dalam kancah peperangan, ketidakstabilan politik dan bencana alam melumpuhkan sisiem ekonomi kedua-dua buah negara. Sikap kebergantungan Vietnam Selatan kepada Amerika Syarikat membuat negera ini tidak berdikari memajukan ekonominya yang dijajah oleh orang asing.  Amerika pernah menyalurkan US$322 kepada Diem semasa pemerintahannya pada November 1954 yang semakin bertambah dari segi kuatiti pada tahun-tahun berikutnya iaitu US$700 juta bantuan setiap tahun[8] .
Bantuan ekonomi dari pihak Amerika kepada Vietnam Selatan dan bantuan dari negara Soviet telah membantu kedua-dua negara ini meningkatkan ekonomi mereka. Di Vietnam Selatan sejak tahun 1955 hingga 1960 Amerika telah memberikan bantuan ekonomi $1,145 juta dan $442 juta bantuan ketenteraan[9]. Bantuan ini bertambah setiap tahun sehingga jumlah maksimumnya mencapai $706 juta dalam 1966 dan menjelang akhir tahun 1986 dianggarkan $3,000 juta sebulan.
Sementara itu pula, di Vietnam Utara negara China telah membantu dengan memberikan bantuan ekonomi sebanyak 1,837  juta rouble sekitar tahun 1955 dengan 1961 dan sementara itu KRSS memberikan bantuan sebanyak 1,330 juta rouble[10].  Namun sejak 1961 bantuan daripada negara Soviet tidak dapat diketahui maklumatnya tentang belanjawan Vietnam Utara. Disamping itu juga, rancangan bantuan China sering kali tergendala dan negara China sendiri mengalami ketidakstabilan ekonomi akibat daripada Revolusi Kebudayaan .  Sesungguhnya bantuan daripada pelbagai pihak kepada dua pihak telah memberikan kemajuan ekonomi, terutamanya bantuan daripada negara Soviet lebih berkesan kerana bantuan digunakan untuk melengkapkan kilang-kilang peralatan bahan mentah, perusahaan-perusahaan berat seperti bahan api dan juga melatih kakitangan. Perusahaan seperti kain kapas, alat-alat perubatan dan pertanian diberikan perhatian diusahakan dengan bantuan kewangan tersebut. Oleh hal yang sedemikian peratus import barang-barang modal telah meningkat daripada 70% dari jumlah import 1958 kepada 90% pada tahun 1960[11]. Maka lahirlah sebuah satu-satunya kilang paduan besi dan keluli yang terbesar sekali di Asia Tenggara di Vietnam Utara. Jika berbanding dengan di Vietnam Selatan bantuan yang diberikan hanya digunakan untuk Rancangan Import Barangan dan banyak juga wang bantuan dari penderma-penderma seperti dari Perancis, Jepun, Jerman Barat dan Australia telah digunakan untuk membaiyai rancangan-rancangan menentang rusuhan daripada digunkan untuk projek-projek yang meberikan pulang hasil pendapatan. Sejak berlaku peperangan Vietnam Selatan tidak dapat berdikari dalam ekonominya malah sentiasa mengamalkan budaya pergantungan dengan Amerika yang menyebabkan Vietnam Selatan tidak mampu membebaskan dirinya. Penghasilan perusahaan juga tidak mencapai matlamat Rancangan Lima Tahun Pertama ( 1961-1965) dan Vietnam selatan hanya menambah kemudahan-kemudahan denagan menbina pelabuhan-pelabuhan baru dan jalanraya-jalaraya baru dibina oleh Amerika.
3.      Sejauhmanakah rasuah dan penyalahanguna kuasa di Vietnam Selatan?
             Rasuah dan penyalahanguna kuasa sememangnya salah satu punca yang memberikan kesan kepada ekonomi di Vietnam Selatan. Sebelum 1960 lagi penyalahanguna kuasa dan rasuah telah meresap masuk dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Vietnam. Presiden Vietnam Selatan, Ngo Dinh Diem merupakan seorang pemerintah yang salah menggunakan kuasanya, beliau mengamalkan pentadbiran yang dijalankan melalui kekerasan dan juga melibatkan ahli-ahli keluarganya sendiri sebagai memegang enam kementerian yang penting. Sebagai contoh Ngo Dinh Can berkuasa penuh di provinsi-provinsi di utara Hue, seterusnya Ngo Dinh Tuc menjadi ketuai di Gereja Katolik seluruh negara, Ngo Dinh Nhu dan isteri beliau merupakan Penasihat Khas Presiden dalam soal keselamatan. Pemerintahan berdasarkan kekeluargaan menyebabkan ketidakberkesanan perlaksanaan pentadbiran negara malah rasuah dan penyalahanguna kuasa semakin berleluasa.  Deim telah memperkenalkan dasar iaitu Rancangan Agroville pada tahun 1959 tetapi gagal dan rancangan dewasa Strategik pada 1962, kegagalan dasar-dasar beliau ini nyata kelihatan di Long An iaitu sebuah provinsi yang berhampiran dengan Saigon[12].  Walau bagaimanapun terus mendapat sokong sehingga tahun 1963 dan rakyat yang inginkan perubahan kerajaan namun tidak mendapat restu daripada Amerika. Selepas 1963 perubahan telah berlaku dimana kekejaman pemerintahn Diem dan rasuah dalam pemerintahannya menjadikan satu liabiliti kejayaan Amerika Syarikat. Kejatuhan Diem disebabkan pasukan tenteranya bertindak kejam terhadap rahib-rahib Buddha di Hue ini menyebabkan Nhu  cuba untuk menjalinkan hubungan dengan Hanoi dan Amerika bersiap sedia untuk menyokong rampasan kuasa tentera untuk mengulingkan beliau malah memberikan bantuan kewangan unit-unit tentera yang terlibat. Diem dibunuh dan satu rampas kuasa berlaku pada tahun 1963 oleh kuasa tentera. Oleh kerana sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Diem bersifat kepentinagan diri dan rasuah berlaku dikalang para pegawainya menyebabkan keadaan ekonomi terjejas kerana bantuan yang diberikan oleh Amerika tidak digunakan sepenuhnya dan kegiatan ekonomi di Vietnam Selatan juga mengalami penyelewangan dan ketidaktelusan dalam perniagaan. Hanya golongan yang kaya sahaja yang mendapat faedah kerana meraka hanya menggunakan duit sahaja untuk melakukan sesuatu memenuhi keperluan mereka.
Selain itu juga para pegawai yang dilantik oleh Diem juga turut dalam penyalahanguna kuasa misalnya sikap pegawai kerajaan di peringkat daerah dan provinsi seperti  Mai Ngoc Duoc yang merupakan seorang pegawai kerajaan yang menjadi ketua provinsi. Dalam jawatankuasa kampung yang dilantik oleh kerajaan juga menyalahgunakan kuasa ini kerena hanya untuk kepentingan tuan tanah dan orang kaya sahaja dan ini menyebabkan kehendak rakyat tidak dipenuhi dan tidak memberi manfaat kepada kumpulan yang benar-benar memerlukannya. Mereka juga hanya lebih mementingkan pangkat dan darjat sahaja ditambahkan lagi dengan sifat kedaerahan yang menebal dan pentadbiran yang berlagak. Bantuan ekonomi gagal disampaikan kepada rakyat menyebabkan keadaan sosioekonomi rakyat semakin mundur. Malangnya bantuan yang diberikan oleh  Amerika Syarikat disalurankan dengan tidak betul, kerana digunakan untuk membawa barangan pengguna untuk kegunaan segelintir pihak atasan sahaja.
Dalam pemerintahan selepas kematian Diem, Vietnam Selatan dibawah pemerintahan ketenteraan dan ternyata bahawa Vietnam Selatan masih banyak kekurangan perkara penting untuk membentuk sebuah negara yang berpadu dan impian komunis untuk menguatkan penyatuan di negara itu semakin menjadi kenyataan. Pemerintahan tentera juga tidak dikecualikan dengan rasuah dan penyalahanguna kuasa. Para Jeneral bergaduh semasa sendiri kerana berebutkan kuasa dan begitu juga di Siagon polis terlibat dalam rasuah.  Rancangan bantuan kewangan juga tidak ditadbir dengan ketat sehingga rasuah berleluasa. Di Kalangan ketua-ketua tentera yang tidak bersefahaman melemahkan lagi usaha-usaha peperangan. Pengenalan sistem kadar penukaran bertujuan untuk mengurangkan wang dalam pasar gelap telah disalahgunakan. Akhirnya keluaran hasil pertanian merosot, keadaan perusahaan teruk disebabkan rasuah dan pentadbiran tidak cekap. Walaupun dalam keadaan peperangan namun pertanian bukan hanya gagal disebabkan itu malah pencapaian kerajaan mengecewakan dalam pembahagian tanah kepada petani, hal ini kerana tiada kesungguhan dan gejala rasuah berlaku. Pertanian warsian kolonial yang diamalkan selama ini tidak dihapuskan sepenuhnya dimana pertanian tersebut hanya memberikan keuntungan kepada sekumpulan rakyat seperti tuan tanah yang kaya.
            Seterusnya Undang-undang tanah yang dilaksanaken menyusahkan rakyat berikutan tiada dilaksanakan dengan baik. Jumlah tanah yang diberikan kepada petani sangat kecil dan jumlah wang kutipan sedikit dan oleh kerana keadaan keselamatan semakin terancam ekonomi semakin merosot. Hanya 3% daripada 3500 penyewa mendapat faedah sehingga tahun 1963[13]. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan perkhidmatan buruh selama 7 hari diwajibkan kepada rakyat lelaki yang sihat atau pengantiannya dengan bayaran 200 piaster tidak pernah dilakukan. Kebanyakan para pegawai kerajaan hanya tahu bercakap saja tapi tidak memlaksanakannya akibatnya industri getah merosot penegeluarannya dari 78 000 kepada 20 00 tan mertik di antara 1961 dan 1972 dan Vietnam Selatan terpaksa mengimport beras kerana pertanian merosot[14].  Para pegawai kerajaan yang tidak menjalankan tugas meyebabkan punca masalah ekonomi ini berlaku.
4.      Sejauhmanakah penyalahanguna kuasa dan rasuah di Vietnam Utara ?
Di Vietnam Utara  kerajaan komunis ini juga mengabungkan tanah-tanah besar yang dimiliki oleh tuan tanah besar dan dibahagikan kepada petani yang miskin untuk mengusahakan tanah ini. Mereka diminta mendedahkan maklumat mengenai jiran-jiran mereka yang kaya dimana tanah mereka, tanah penjajah, dan tanah milikan berama akan dibahagikan  semula.  Daripada aspek yang tertentu, program pembentukan semula tanah adalah berjaya, terdapat 2 million atau 800,000 hektar tanah dibahagi kepada 2 million keluarga untuk diusahakan.  Walau bagaimanapun tanah-tanah yang dibahagikan kepada penduduk adalah terlalu kecil untuk membawa sebarang perubahan yang nyata. Namun perlaksanakan program pembahagian tanah dengan kasar dan kejam menyebabkan menimbulkan kegusaran  dan satu pemberontakan petani di Delta Song Ca yang terletak di daearah Nghe An.  Penyalahanguna kuasa berlaku kerana kerajaan tidak membahagikan tanah dengan cara mengikut kehendak rakyat dan mengambil hak rakyat dengan tetapi tidak menbahagikannya secara sama rata seperti yang sering dilaung-laungkan oleh negara komunis. Pembahagian ekonomi juga tidak telus mana pun kerana terdapat pegawai tentera yang berpangkat tinggi hidup dengan mewah yang seharusnya di bahagikan sama rata mengikut konsep negara komunis.

5.      Faktor-faktor lain yang menghalang pertumubuhan ekonomi Vietnam Selatan dan Vietnam Utara.
            Selain daripada rasuah dan penyalahanguna kuasa terdapat beberapa faktor lain yang menjadi penghalang ekonomi Vietnam Selatan misalnya peperangan, masalah Vietcong, bantuan Amerika Syarikat, Isu tanah dan kekurangan pelabur dan teknologi. Pertumbuhan ekonomi terbantut akibat daripada pelbagai masalah seperti ini, Vietnam Selatan menempuhi cabaran ini bantuan kewangan Amerika Syarikat sahaja tidak cukup malah lebih memberikan parah. Peperangan sememangnya telah lama meletus di Vietnam Selatan, sejak Perancis lagi sebelum kedatangan Amerika denag sekutunya yang lain. Selepas Perjanjian Geneva Vietnam dibahagikan dua iaitu Utara dan Selatan, di utara merupakan negara komunis dan di selatan bukan komunis. Perbalahan kedua-dua negera sering berlaku dengan mendapat bantuan ketenteraan dari pihak Soviet dan China di Utara dan Amerika di selatan. Peperangan ini telah melumpuhkan sistem ekonomi kedua-dua buah negara misalnya peperangan antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan pada awal 1960-an telah menyebabkan kawasan delta Mekong tidak ditanam dengan padi,  status Vietnam Selatan menjadi pengimport beras utama terjejas.
            Di samping itu juga serang Vietcong juga telah melemahkan stuktur ekonomi di Vietnam Selatan. Vietcong merupakan Barisan Hadapan Pembebasan National yang diringkaskan daripada “ Komunis Vietnam”. Vietcong sangat terkenal dengan melakukan serangan-serangan yang memberbahaya misalnya serangan ke atas estet-estet getah yang menyebabkan pengeluaran getah jatuh. Disamping itu juga mereka telah menghalang pengangkutan beras dari kawasan lebihan beras di delta Mekong ke Saigon. Beberapa masalah sering ditimbulkan oleh Vietcong pada tahun 1965 mereka telah memotong jalan dari An Hao ke Da Nang, selanjutnya mereka telah memusnahkan kilang kapas pada tahun 1966 yang mengakibatkan kerugian yang banyak . Siri serangan mereka tidak berakhir disitu saja pada tahun 1968 juga kilan simen di Lang Tho juga diserang. Serangan ke tapak perusahaan yang menjana ekonomi Vietnam Selatan telah melemahkan lagi kegiatan ekonomi negara ini. Perancangan dan kewangan yang dirancang gagal kerana banyak keadaan fizikal ekonomi rosak dan terjejas.
Pelbagai masalah seperti penggunaan tanah pada tahun 1966, hanya kira-kira 2.4 juta hektar tanah ditanami, iaitu kurang daripada 14% dari jumlah keluasan negeri[15]. Tanah yang ditinggalkan sebagai tempat tinggal orang pelarian Katholik dari Utara, kawasan tanah yang beracun (terkumpul bahan alumina) menjadi tempat sembunyi orang Vietcong. Menyebabkan tanah kehilangan kesuburannya dan tidak dapat memberikan hasil yang lumayan. Ditambahkan lagi juga isu penggunaan tanah yang kurang bijak, pemilikan tanah kerajaan menguasai tanah yang tidak subur dan menyebakan kekurangan hasil padi. Pada tahun 1963 hanya 300,000 tan beras diekport berbanding 50,000 tan pada 1964[16]. Tanah semakin tidak subur kerana pencemaran dan kerajaan tidak mendapat tak yang baik untuk pertanian merupakan penghalang pertumbuhan ekonomi di Vietnam Selatan.
Sikap kebergantungan ekonomi, kewangan dan ketenteraan pada Amerika Syarikat juga antara sebab pertumbuhan ekonomi Vietnam Selatan mengalami halangan. Pada selepas 1973 Washington telah memberhentikan bantuan ekonomi, menyebabkan keadaan ekonomi Vietnam bertambah teruk . Sebelum ini Vietnam Selatan amat bergantung dalam sektor pertanian seperti penggunaan baja dan racun serangga. Pertanian hanya dapat berjalan melalui bantuan luar ini sebagai contoh dalam penanaman gula dan ternakan haiwan. Vietnam Selatan tidak dapat berdikari sendiri dalam menguruskan ekonominya sikap bergantung pada Amerika akhirnya memakan diri sendiri.
Di Vietnam Utara pula keadaan ekonomi dipengaruhi oleh keadaan pertanian yang semakin mengalami masalah. Masalah-masalah seperti pengairan, benih dan tenaga buruh telah merumitkan pertanian di Vietnam Utara. Kependudukan semakin bertambah, oleh itu permintaan terhadap makanan semakin meningkat. Beras merupakan makan rutin harian pendudukan Vietnam Utara, pada tahun 1962 kolektivisasi gagal memenuhi keperluan beras penduduk utara. Peperangan dengan Vietnam Selatan merupakan juga punca yang menyebabkan Hanoi mengimport keperluan beras dari luar. Masalah kekurangan beras menbuatkan kekurangan makanandan ditambahkan lagi dengan catuan beras daripada kerajaan. Kekurangan makanan berpunca dengan  keadaan bencana alam, cuaca dan serangan udara yang memusnahkan pengankutandan pada tahun 1959-1973 para pemuda yang seharusnya menjadi buruh tetapi terlibat dalam peperangan. 
Dalam perindustrian pula perkembangan mengalami peningkatan yang sederhana namun keadaan ini sehingga tahun 1965.  Kemerosotan berlaku selepas pengemboman-pengemboman keatas pusat perindustrian di Hanoi dan Haipong.  Pada awalnya perusahanan mengalami peningkatan kerana pengeluaran dalam industri asas dalam pembekalan batu arang, simen dan elektrik. Namun selepas 1964 sekatan dalam perkembangan kian bertambah kerana kekurangan eksport. Vietnam Utara hanya mempunyai hubungan dengan negara yang bersekutu dengannya tetapi tidak mengeskport ke negara bukan blok Timur. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kekurangan tenaga buruh, fokus kerajaan Vietnam yang lebih mementingkan persediaan peperangan dan kemerosotan kelengkapan pengkutan disebabkan serangan Amerika. Bekalan tenaga sangat penting untuk membekal tenaga kepada kilang-kilang, namun sistem kuasa di Vietnam Utara sering kali mengamali gangguan pada pertengahan 60an. Kilang-kilang terpaksa ditutup berikutan keadaan yang semakin menruncing ini. Pemulihan ekonomi di Vietnam hanya dapat dimulakan selepasa tahun 1975 apabila penyatuan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan di bawah satu pemerintahan.
6.  Kesimpulan
Akibat dari kesan ekonomi yang terjadi di kedua-dua buah negara, rakyat menjadi mangsa keadaan. Sebagai contohnya rakyat di Vietnam Selatan pada era pemerintahan Diem akibat penindasan ekonomi, rakyat menubuhkan gerakan anti- Diem. Pada tahun 1963 para pemimpin tentera telah melancarakan rampasan kuasa dan Diem telah dibunuh.  Bantuan ekonomi dari Amerika juag menyebabkan masalah sosioekonomi yang rumit. Rakyat berpindah dari desa ke bandar mencari kedudukan ekonomi yang lebih baik, dan ini telah menbawa perkembangan pesat dalam pembinaan namun kesannya membawa kesan sosial seperti perlacuran. Manakala di Vietnam Utara rakyat memberikan reaksi yang berlain, meraka memberikan lebih memberikan tumpuan dalam menguatkan ketenteraan mereka dalam peperangan dengan Amerika. Meraka juga telah menambahkan kekuatan komunis di Selatan dengan menyerap masuk kepada para petani seperti berpakaian hitam sama seperti petani.
Secara keseluruhan keadaan ekonomi di Vietnam banyak dipengaruhi oleh kedudukan politik dan ideologi pemerintahan. Untuk melemahkan kerajaan komunis Amerika campuran tangan dalam Vietnam Selatan, peperangan dengan Vietnam Utara melemahkan kedudukan kedudukan ekonomi negara tersebut. Terutamanya Vietnam Selatan mengalami kerosakan dan kematian para tentera bersekutuan yang lebih ramai daripada di Vietnam Utara. Kemusnahan sektor pertanian dan perusahaan kerana diserang menyebabkan pembangunan ekonomi sukar hendak dilaksanakan. Kekurangan makanan, teknologi dan ketenteraan di kedua-dua pihak menyebabkan mereka harus bergantungan dengan bantuan dari kuasa lain seperti Amerika dan negara Soviet. Hasrat Amerika meghapuskan komunis dengan melemahkan kedudukaan ekonomi mereka adalah merupakan strategi peperangan denag memusnahkan tapak perindustrian, pertanian dan pengangkutan. Naman penyatuan kedua-dua negara pada  1973 selepas Perjanjian Paris dan dari situ keadaan ekonomi Vietnam mula berubah dan bertambah dengan lebih baik lagi.


[1] Donald W.Fryer. Asia Tenggara yang Sedang Membangun.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979. m.s 561.
[2] Josef Silverstein. Military Rule and the Politics of Stagnation. Ithaca, 1977.m.s 133.

[3] Nguyen Anh Tuan. South Vietnam Trial and Experience: a Challenge for Development. Ohio University , Monographs in Inter Studies Southeast  Asia Serias No. 80, Athens. 1987
[4] Sumber: Bangsa-Bangsa Bersatu, “Yearbook of International Trade Statistics, 1965.
[5] Sumber:  Dikira dari Persekutuan  Bahan Makan & Pertanian, Buku Tahunan tentang pengeluaran, 1966.
[6] Sumber: Kumpulan Kajian Getah Antarabangsa.. Bultien Perangkaan Getah, Ogos, 1966.
[7] Sumber: Bangsa- Bangsa Bersatu, Industrial Development in Asia and the Far East, jil.1, 966.
[8] Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.ms 238.
[9] Tentera Amerika Syarikat, Handbook on Vietnam, Cetakan Kerajaan, Washington, 1962, m.s. 447.
[10]  Yoshinori Nakano.  Economic conditions in North Vietnam; The Developing Economies, jilid 1, No2, 1963, m.s. 225.
[11] Nakano, op. cit., m.s. 94.
[12] Race, Jeffrey.  War  Comes to Long An:  Revolutionary Conflict in a Vietnames Village. Berkeley: University of California Press. 1974. Bab 4.
[13] Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991. m.s 270.
[14] Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991. m.s. 270.
[15] Donald W.Fryer. Asia Tenggara yang Sedang Membangun.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979. m.s 561
[16] Donald W.Fryer. Asia Tenggara yang Sedang Membangun.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979. m.s 568.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka