Jumaat, 10 September 2010

(a) Bagaimanakah Ibn Sina membicarakan tentang wujud dan mahiyyah? (b) Apakah pertaliaan wujud dan mahiyyah? (c) Adakah anda bersetuju dengan pandangan Ibn Sina? Berikan hujah yang baik untuk pandangan anda.

PENGENALAN
Pada Zaman Pertengahan iaitu pada tahun 980-1037 Masihi, Ibn Sina atau namanya dalam bahasa Latin dikenali sebagai Avicenna dan nama penuh beliau adalah Abu Ali Husian Ibn Abdillah Ibn Sina dilahirkan di Afsyana terletak di Bukhara pada tahun 980 M[1]. Beliau kenali juga dengan nama Al-Qanun al-Tibb yang begitu terkenal. Sejarah hidup beliau menurut salah seorang muridnya iaitu, setelah orang tuanya meninggal beliau pindah ke Juzjan di sebuah kota dekat Laut Kaspia, di sana beliau mula menulis tentang ilmu kedoktoran. Selepas itu beliau berhijrah ke Ray,Tedheran dan bekerja untuk Ratu Sayyedah dan anaknya Majd Al-Dawlah. Setelah Sultan Syams al-Dawlah memerintah Hamdan beliau dilantik sebagi menteri. Akhir sekali beliau berpindah ke Isfahan dan meninggal pada tahun 1037 Masihi. Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang dianggap agung kerana beliau adalah satu-satunya antara ahli falsafah Islam yang telah membina satu sistem falsafah yang luas dan sempurna walaupun beliau dikecam oleh beberapa tokoh lain seperti al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi dan lain-lain lagi. Menurut buku Sejarah Islam dari segi Falsafah tulisan M.M.Shariff menyatakan “ kedudukan Ibn Sina yang tinggi ini bukan saja kerana dia  mempunyai satu sistem, tetapi kerana sistemnya mempunyai cirri-ciri keaslian yang sangat menarik yang memperlihat semangat kepintarannya dalam mencari kaedah dan hujah yang digunakan untuk merumuskan semula tradisi Yunani yang betul-betul rasional dan intelektual, tradisi yang beliau menjadi pewaris terkemuka, bagi dan, pada tahap tertentu dalam kerangka sistem keagamaan Islam”[2]. Dalam unsur- unsur doktrin beliau terdapat unsur-unsur falsafah Yunani. Beliau juga seorang yang terlibat politik, fizik, matematik, perubatan manakala dalam falsafah beliau adalah aliran metafizik iaitu bidang yang amat tinggi dan tidak nyata, diluar ruang dan angkasa dan tiada alat dan panca indera untuk belajar ilmu metafizik. Beberapa doktrin falsafahnya iaitu berkisar tentang doktrin wujud, hubungan jasmani-rohani,teori pengetahuan,doktrin ramalan, Tuhan dan dunia, dan pengaruh ke atas dunia timur dan barat. Selain falsafah beliau juga mendalami ilmu kedoktoran iaitu pada umur 17 tahun beliau dikenali sebagai doktor kerana mengubati Pangeran Nuh Ibn Mansur sehingga pulih kembali.

Soalan (a)
            Dalam doktrin falsafah Ibn Sina  memberi penjelasan tentang konsep wujud dan mahiyyah. Beliau membicarakan tentang konsep wujud mempunyai penyebab kerana semua yang wujud ada penyebab. Misalnya jika tiada penyebab kewujudan sesuatu itu bagaimana kita hendak memberhentikannya. Sesuatu yang wujud juga mempunyai mahiyyah tapi tidak semua mahiyah wujud. Perkataan wujud dan mahiyyah merupakan perkataan Arab, wujud adalah sesuatu yang mesti ada tidak boleh tidak ada dan mahiyyah adalah bermaksud apakah ia? Jawapannya iaitu menjadi dirinya sendiri bukan benda yang lain.
Apakah itu wujud? Menurut Ibn Sina yang wujud itu adalah Tuhan, semua benda di dunia tidak boleh wujud dengan sendirinya melainkan ada penyebab atau penciptanya. Kesimpulannya kita sebagai manusia tidak memiliki wujud untuk selamanya tetapi kita masih wujud , ini kerana wujud dimiliki oleh Tuhan sahaja. Tuhan merujuk kepada sesuatu yang tiada setanding dan tiada yang melebihinya, oleh itu Tuhan adalah sempurna dan kekal. Tuhan itu tunggal tiada yang mewujudkannya, jika  ada sesuatu yang mewujudkannya maka itu bukan Tuhan. Wajib al- wujud adalah isitilah falsafah untuk Tuhan iaitu sumber penciptaan tunggal tentang kejadian seluruh alam ini atau dalam bahasa Inggeris iaitu “Necessary Being” . Ibn Sina berpendapat “ Segala alam yang ada ini mesti ada yang mengadakan...Yang mesti ada itu, yang menjadi pangkal segala yang ada, itulah Wajib al-Wujud...” [3] dan dalam buku Sejarah Falsafah Islam juga beliau berpendapat “Tuhan mencipta kerana kemestian rasional...menerangkan pengetahuan awal Tuhan berkenaan segala kejadian sebelum ia berlaku”[4]. Jelaslah bahawa menurut pendapat beliau,Tuhan itu mesti wujud dan tidak diwujudkan contohnya menurut tulisan M.M.Shariff “ Tuhan mempunyai wujud yang mutlak ringkas, semua benda lain mempunyai sifat duaan”[5]. Sebagai Tuhan adalah seharusnya tidak bergantung pada benda lain melainkan dirinya sendiri, tiada melebihinya dan sempurna. Bagaimana hendak memahami doktrin falsafah beliau sangat mudah walaupun seseorang itu bukan beragama Islam, ini kerana konsep ketuhanan adalah sejagat tetapi agama adalah perhubungan yang secara realiti. Penjelasannya disini semua agama merujuk kepada sesuatu yang wujud iaitu Maha Sempurna yang menwujudkan tetapi ajaran setiap agama berbeza iaitu cara penyampaiannya tentang Tuhan. Agama merupakan pertalian dengan Tuhan dengan kehidupan manusia. Untuk memahami Wujud hanya dengan akal saja, “akal” merupakan bahasa Arab dan bahasa Inggerisnya “intellect”, memahaminya secara logikal sebagai asas sesuatu yang wujud mesti wujud. Sehubungan itu kewujudan bukan sebenarnya satu kejadian benda selain dan bentuk tetapi lebih merupakan hubungan dengan Tuhan. Menurut tulisan M.M.Shariff  “ jika anda memandang sesuatu benda dari hubungannya dengan agensi pewujudan ketuhanan, ia wujud dan kewujudannya mudah difahami, tetapi apabila dipandang di luar hubungannya dengan Tuhan maka kewujudannya hilang kefahaman dan ertinya”[6]. Tuhan semenangnya wujud dan pencipta ini kerana “Segala alam yang ada ini mesti ada yang mengadakan, dan zat mengadakan itu boleh bercorak dua tentang keadaannya, pertama wajib atau mesti adanya, kedua harus atau mungkin adanya.”[7]  
            Mahiyyah adalah sesuatu pertanyaan apakah iya? Jawapannya  iaitu menjadi dirinya sendiri yang menbezakannya daripada benda lain. Semua yang wujud mempunyai mahiyyah kerana semua yang wujud menjadi sesuatu yang merujuk kepada mahiyyahnya. Sebagai contoh sebatang pen yang wujud dan mempunyai mahiyyah sebagai dirinya iaitu pen. Semua yang wujud ada mahiyyah tetapi tidak semua mahiyyah wujud. Manusia misalnya boleh berfikir sesuatu mahiyyah yang tidak wujud sebagai contoh anak lelaki seorang perempuan janda atau isteri seorang lelaki bujang. Wujud dan mahiyyah adalah bersepadu dalam dunia realiti namun dalam pemikiran manusia wujud boleh dipisahkan dari mahiyyah sebagai contoh anak lelaki seorang perempuan  yang mandul atau isteri lelaki bujang. Kalau dalam realitinya perempuan mandul tidak boleh melahirkan anak kalau seorang yang mandul melahirkan anak maka itu adalah tidak benar perempuan itu tidak mandul sebenarnya. Tetapi dalam fikiran kita masih boleh memikirkannya iaitu seorang anak lelaki perempuan mandul, justeru itu wujud boleh dipisahkan dalam fikiran sahaja dan tidak di alam nyata.  Contoh yang seterusnya adalah buku mempunyai wujud dan mahiyyah dan bersepadu pada alam realiti berbanding anak lelaki seorang perempuan mandul itu yang hanya dalam fikiran dan tidak bolah terjadi di alam nyata. Keseluruhannya bahawa pendapat Ibn Sina mengatakan semua wujud ada mahiyyah tetapi tidak semua mahiyyah adalah wujud.
            Kesimpulannya wujud dan mahiyyah mempunyai beberapa pertalian iaitu pertalian mustahil, pertalian mungkin dan pertalian wajib. Idea ini timbul atas idea Ibnu sina yang berasaskan yang semua yang wujud mesti ada mahiyyah tetapi tidak semua mahiyyah wujud.  Oleh itu dapat kita katakan wujud dan mahiyyah sama memainkan peranan untuk sesuatu benda itu wujud dan apakah benda itu iaitu mahiyyahnya sendiri. Untuk memahaminya kiat perlu menggunakan akal kerana akal boleh membezakan. Kita sebagai manusia boleh berfikir mana yang wujud.


SOALAN (b)
            Pertalian wujud dan mahiyyah sememangnya ada iaitu terdapat tiga pertaliaan iaitu pertaliaan mustahil, pertalian mungkin dan pertaliaan wajib. Apakah wujud? Terdapat tiga jawapan bagi soalan ini iaitu sama Ya atau Tidak atau Tidak Pasti manakala mahiyyah merupakan sesuatu yang menjadi dirinya sendiri. Mahiyyah mesti ada sesuatu iaitu menjadi dirinya sendiri contohnya pen sebagai dirinya sendiri. Semua yang wujud ada mahiyyah tetapi tidak semua mahiyah adalah wujud sebagai contoh anak seorang perempuan mandul yang sememang tidak akan wujud di dunia realiti ini tetapi kita boleh memikirkannya dalam fikiran jadi wujud boleh diasingkan dalam fikiran.Tiga pertalian wujud dengan mahiyah seperti pertalian mustahil, pertalian mungkin dan pertaian wajib
            Pertaliaan yang pertama iaitu pertalian yang mustahil. Apa yang mustahil? Mustahil adalah pertalian antara wujud dan mahiyyah.  Dalam pertalian mustahil ada mahiyyah tetapi tidak semua yang wujud sebagai contoh kita dapat lihat pada anak lelaki seorang mandul. Situasi ini boleh difikirkan tetapi tidak boleh wujud di alam nyata atau square cireles. Mustahil untuk anak lelaki seorang mandul bertemu dengan kewujudannya di dalam realiti ini. Ini kerana seorang yang mandul tidak boleh lahirkan anak adalah benar tetapi seorang yang mandul lahirkan anak adalah tidak masuk akal dan tidak benar. Pertalian mustahil tidak  akan bertemu atau sentiasa berpisah dalam realiti dan fikiran. Pertalian mustahil tidak wujud kerana tidak akan bertemu disebabkan melibat kontradiksi iatiu perbezaan.
            Selanjutnya pertalian yang kedua adalah pertalian mungkin. Apa yang mungkin? Yang mungkin adalah pertalian antara wujud dengan mahiyyah. Sebagai contoh situasi seorang manusia yang sebagai individu tetapi telah meninggal dunia. Ketika manusia itu masih hidup seseorang individu ada wujud dan mahiyyah. Jadi wujud dan mahiyyah ada pertalian di sini. Namum apabila manusia itu telah meninggal dunia, seseorang  individu itu tidak ada wujud tetapi masih mempunyai mahiyyah. Oleh itu, semua yang wujud mesti ada mahiyyah tetapi tidak semua mahiyyah adalah wujud. Seseorang individu yang telah meninggal dunia tidak akan wujud di alam realiti lagi tetapi  kita masih boleh memikirkannya dalam pemikiran kita. Jadi pertalian antara wujud dan mahiyyah adalah mungkin iaitu samaada Ya atau Tidak. Jawapan persoalan ini adalah mungkin saja, untuk memberikan jawapan yang pasti samaada Ya atau Tidak tidak dapat dipastikan dengan tepat. Kesimpulannya disini mungkin mahiyyah ada kewujudan atau mungkin mahiyyah tidak ada kewujudan. Pertalian mungkin tidak melibatkan kontradiksi ini kerana tidak ada yang mustahil atau wajib di sini sebab ia boleh wujud atau boleh tidak wujud.
            Yang ketiga merupakan pertalian wajib, pertalian wajib adalah tidak boleh dipisahkan. Pertaliaan wajib wujud dan mahiyyah adalah bersepadu iaitu di dalam realiti ataupun pemikiran kita. Wajib atau dalam bahasa  Inggerisnya necessary being merupakan sesuatu mesti adadan tidak boleh tidak ada kalau sesuatu tidak ada maka tidak wajiblah benda itu. Kalau tidak wajib ada benda itu atau tidak ada dan tidak penting tetapi kalau wajib benda itu mesti ada. Mahiyyah dan wajid bersepadu tanpa apa-apa perpisahan. Apakah yang wujud? wujud adalah Tuhan iaitu dalam bahasa Arab iaitu Wajib al- Wujud atau “Necessary Being[8].  Ibn Sina berpendapat bahawa “...sifat wajib wujudnya, sebagai pancaran dari Allah, dan sifat mungkin wujudnya jka ditinjau dari hakikat dirinya(diterjemahkan sendiri dari bahasa Indonesia ke Bahasa sendiri) atau necessary by virtue of the Necessary Being and possible in essence[9]. Apakah Tuhan Wujud? Ya wujud, Tuhan wajib wujud dan tidak boleh tidak wujud.  Wujud hanyalah Tuhan sahaja. Tuhan wujud dengan sendirinya, maka wujud itu sendirinya kerana  yang lain tidak memiliki wujudnya sendiri. Wujud mempunyai kontradiksinya iaitu mesti wujud.  Dalam sebuah buku rujukan menyatakan “ Apa sebenarnya Tuhan, yakini zat-Nya, sama dengan kewujudan-Nya...seorang Eskimo yang tidak pernah melihat gajah, misalnya membayangkan itu seeokor gajah dalam fikirannya, dia semestinya akan tahu bahawa gajah itu wujud.”[10]. Melalui pernyataan itu dapat kita katakan bahawa kewujudan Tuhan adalah wajib manakala kewujudan benda lain hanya kemungkinan dan berpunca daripada Tuhan dan jika terdapat anggapan tentang ketidakwujudan Tuahn melibatkan percanggahan, ini kerana tidak benar bagi wujud-wujud yang lain. Dalam bentuk kata lain bagi  penjelasan falsafah ini, makhluk dijadikan dan wujudnya pada wujudnya Tuhan ini kerana yang wujud selain Tuhan tidak akan mempunyai wujud, sekiranya Tuhan tidak ada. Hanya Tuhan yang mempunyai wujud yang hakiki. Secara keseluruhan, sebenarnya mempunyai wujud hanyalah satu, iaitu Tuahn dan wujud yang selain daripada Tuhan adalah wujud bayangan. 
            Bagi kesimpulan pertaliaan wujud dengan mahiyyah, terdapat tiga pertalian antara mereka iaitu pertalian mustahil iaitu sesuatu yang memang tidak wujud, seterusnya pertalian mungkin iaitu sesuatu yang boleh wujud atau boleh tidak wujud dan pertaliaan wajib merupakan sesuatu yang mesti wujud dari sekarang, kini dan selamanya tidak boleh tidak wujud iaitu Tuhan atau  Wajid al- Wujud dalam bahasa arab. Kita boleh memmahami pertalian ini dengan akal, kerana akal boleh menbezakan dan kita boleh berfikir apa yang mustahil, mungkin dan wajib.




SOALAN (c)
            Pada pendapat saya, saya sangat bersetuju dengan pandangan Ibn Sina. Pandangan falsafah beliau mengatakan bahawa sesuatu yang wujud mempunyai mahiyyah, tetapi tidak semua mahiyyah adalah wujud. Melalui itu terdapatlah pertalian antara Wajib dan Wujud iaitu pertalian mustahil, pertalian mungkin dan pertalian wajib. Menurut Ibn Sina pendapatnya daripada apa yang saya fahami, sesuatu yang wujud itu adalah ada dua pekara iaitu wujud dengan sendirinya dan wujud kerana diwujudkan. Apa yang wujud dengan sendirinya adalah Tuhan saja dan yang diwujudkan adalah segala ciptaan Tuhan seperti manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan. Bagaimana kita tahu sesuatu itu Wujud? Sesuatu yang wujud mesti ada Mahiyyah. Mahiyyah adalah menjadi dirinya sendiri supaya dapat membezakan daripada yang lain. Namun tidak semua Mahiyyah adalah wujud, ini kerana dapat dipisahkan secara pemikiran iaitu kita dapat memikirkan anak lelaki seorang perempuan mandul tetapi tidak wujud secara realiti jadi mustahil. Namun secara realiti mahiyyah dengan wujud adalah bersepadu iaitu tidak boleh dipisahkan. Miasalnya buku mesti adanya sebagai wujudnya buku dan mahiyyahnya buku, kalau tidak buku itu memang tidak wujud sama sekali. Wujud dan mahiyyah mempunyai pertalian iaitu pertalian mustahil iaitu contohnya anak lelaki seorang wanita mandul adalah tidak akan wujud dan melibatkan kontradiksi bahawa sesuatu yang tidak benar tidak boleh  menjadi benar.
Beberapa alasan kukuh yang saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau pertama kerana secara peribadi saja juga mempercayai kewujudan Tuhan. Bagi saya Tuhan itu adalah pencipta segalanya wujud di dunia ini. Namun kewujudan Tuhan sering dipertikaikan oleh sesetengah pihak terutamanya free thinker , mungkin bagi sesetengah orang itu Tuhan tidak wujud kerana tidak dilihat secara kasar, namun bukti yang kukuh menyatakan Tuhan tiada sama sekali tidak dapat dinyatakan juga. Jadi sebagai manusia kita mempunyai pemikiran yang terbatas, ahli falsafah seperti Ibn Sina membantu kita untuk memahami keadaan ini secara lebih dekat lagi iaitu melalui aliran falsafah metafizik. Tuhan adalah sesuatu yang wajib wujud kerana tampa kewujudanNya kita tidak  akan wujud. Kewujudan kita hanya sementara kewujudan kita hanya sementara. Memahami kewujudan Tuhan menurut pendapat M.M. Shariff “jika anda memandang sesuatu benda dari hubungannya dengan agensi pewujudan ketuhanan, ia wujud dan kewujudannya mudah difahami, tetapi apabila dipandang di luar hubungannya dengan Tuhan maka kewujudannya hilang kefahaman dan ertinya”[11] Kita perlu ada hubungan dengan Tuhan untuk merasakan kewujudanNya. Sebagai Satu contoh yang saya fikirkan sebuah jam tangan tidak akan wujud jika tiada penciptanya, seseorang harus mencipta jam tangan untuk ia wujud, jam tangan tidak akan wujud dengan sendirinya jika tiada pencipta. Begitu juga kita manusia seperti jam tangan yang memerlukan pencipta untuk wujud, kiata memerlukan Tuhan untuk wujud.
           Mengapa saya bersetuju dengan pendapat Ibn Sina lagi kerana pendapat beliau menyatakan kewujudan Tuhan itu sangat universal dan boleh di terima ole4h semua agama . Agama merupakan pertalian Tuhan dengan kehidupan manusia iaitu perhubungan secara realiti. Setiap agama mempunyai persamaan dan perbezaan dari segi doktrin namun setiap agama sama merujuk kepada sesuatu yang wujud iaitu Maha Sempurna yang mewujudkan namun perbezaannya hanya pada ajaran yabg berbeza. Beberapa agama yang sememangnya merujuk yang Maha Sempurna sebagai mewujudkan seperti agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha. Agama Islam dalam Rukun Iman menegaskan prinsip pertamanya adalah iman kepada Allah dan penganut agama Islam dapat menerima dengan mudah kerana percaya kepada Tuhan.[12] Agama kristian pula dalam kitab mereka iaitu Bible menyatakan “ And God said, Let us make man in our image, after our likeness: and let them have dominion over the fish of the sea, and over the fowl of the air, and over the cattle, and over all the earth, and over every creeping thing that creepeth upon the earth.So God created man in his image, in the image of God created he him; male and female created he them.- Genesis 1:26-27.[13] Penganut agama kristian percaya bahawa Lord pencipta manusia dimana dalam ayat itu tadi menyatakan Tuhan adalah mencipta manusia melalui tanah menurut rupa Tuhan sendiri. Seterusnya Agama Buddha juga mempercayai bahawa  “Nibbana yang merupakan bukan perpaduan unsur-unsur, Nibbana itu esa, tunggal. Nibbina adalah sesuatu yang tidak terlahir, tidak terjelma, tidak terjelma, tidak tercipta, mutlak.Nibbina adalah Yang Maha Esa dalam agama Buddha.”[14]. Dalam agama Hindu pula Tuhan itu adalah Brahman “ sebenarnya adalah energi, cahaya,sinar yang sangat cemerlang yang sangat sulit sekali diketahui wujudnya”[15] Jadi penerimaan pelbagai agama terhadap falsafah wujud Ibn Sina sangat mudah. Ini kerana semua agama merujuk kepada Tuhan sebagai pencipta.
           Saya juga bersetuju dengan pertalian wujud dengan mahiyyah yang dinyatakan beliau. Pertalian mustahil sememangnya dapat diterima kerana saya dapat memikirkan seorang anak lelaki perempuan mandul namun tidak akan wujud di realiti secara realiti. Begitu juga pertalian mungkin sangat jelas kerana sebagai manusia kita hanya mungkin, selepas kematian kita hanya mempunyai mahiyyah tapi tidak wujud namun pada masa  kita masih hidup kita mempunyaI mahiyyah dan wujud. Pertalian wajib sangat bernas kerana melibatkan konsep kewujudan Tuhan iaitu hanya Tuhan wujud dengan sendirinya. Tuhan adalah wajib wujud tanpa apa-apa perpisahan.
           Kesimpulannya pendapat Ibn Sina sangat mendorong saya untuk mempunyai hubungan dengan T uhan kerana saya mulai sedar Tuhan itu Maha Sempurna. Tuhan itu mencipta segala yang wujud di dunia ini. Kita sebagai manusia haruslah sedar akan pencipta kita dan mengingati kewujudan kita di dunia ini adalah sementara sahaja. Falsafah wujud amat memberikan implikasi yang baik untuk kita pelajari kerena kita dapat belajar sesuatu yang di sebalik alam ini yang mungkin terbatas untuk seorang manusia biasa untuk fikirkan dan Ibnu Sina mengungkapkannya supaya kita lebih jelas tentang wujud.

Kesimpulan
           Sebagai kesimpulan keseluruhan, bagaimana hendak memahami doktrin falsafah beliau sangat mudah walaupun seseorang itu bukan beragama Islam, ini kerana konsep ketuhanan adalah sejagat tetapi agama adalah perhubungan yang secara realiti. Penjelasannya disini semua agama merujuk kepada sesuatu yang wujud iaitu Maha Sempurna yang menwujudkan tetapi ajaran setiap agama berbeza iaitu cara penyampaiannya tentang Tuhan. Agama merupakan pertalian dengan Tuhan dengan kehidupan manusia. Untuk memahami Wujud hanya dengan akal saja, “akal” merupakan bahasa Arab dan bahasa Inggerisnya “intellect”, memahaminya secara logikal sebagai asas sesuatu yang wujud mesti wujud. Sehubungan itu kewujudan bukan sebenarnya satu kejadian benda selain dan bentuk tetapi lebih merupakan hubungan dengan Tuhan. Ibn Sina merupakan ahli falsafah yang sangat agung dan terkenal kelainan dalam fasafahnya iaitu falsafah wujud.
           








Bibliografi




 H.Aboebakar Acheh. Sejarah Filsafat Islam.
Pustaka Aman Press Sdn.Bhd, Kota Baharu.1976.

Harun Nasution. Falsafat dan Mistisisme dalam Islam.
            Bulan Bintang, Jarkata.1983.

M.M Shariff. Sejarah Islam dari Segi Falsafah.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.1994.

The Holy bible, New International Version. 1973, United States.


Qasim Mathar Sejarah, Teologi Dan Etika Agama-Agama.

Pustaka Pelajar, Yogyakarta. 2003














[1]  Harun Nasution. Falsafat dan Mistisisme dalam Islam.Bulan Bintang, Jarkata.1983.
[2] M.M Shariff. Sejarah Islam dari Segi Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.1994.
[3] H.Aboebakar Acheh. Sejarah Filsafat Islam. Pustaka Aman Press Sdn.Bhd, Kota Baharu.1976.
[4] M.M Shariff. Sejarah Islam dari Segi Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.1994.
[5] M.M Shariff. Sejarah Islam dari Segi Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.1994.
[6] M.M Shariff. Sejarah Islam dari Segi Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.1994.
[7] H.Aboebakar Acheh. Sejarah Filsafat Islam. Pustaka Aman Press Sdn.Bhd, Kota Baharu.1976.
[8]  Harun Nasution. Falsafat dan Mistisisme dalam Islam.Bulan Bintang, Jarkata.1983.
[9]  Harun Nasution. Falsafat dan Mistisisme dalam Islam.Bulan Bintang, Jarkata.1983.
[10] M.M Shariff. Sejarah Islam dari Segi Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.1994.
[11] M.M Shariff. Sejarah Islam dari Segi Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.1994.
[12] Qasim Mathar Sejarah, Teologi Dan Etika Agama-Agama. Pustaka Pelajar, Yogyakarta. 2003.
[13]  The Holy bible, New International Version. 1973, United States.
[14] Qasim Mathar Sejarah, Teologi Dan Etika Agama-Agama. Pustaka Pelajar, Yogyakarta. 2003
[15] Qasim Mathar Sejarah, Teologi Dan Etika Agama-Agama. Pustaka Pelajar, Yogyakarta. 2003

2 ulasan:

  1. mintak izin ambik isi..mok jadikan rujukan utk exam..blh x? Abby tok(mun kenal la)..

    BalasPadam

Ti dikerinduka