Persatuan Kristian Agape ( PKA) USM pada 1 september 2010 telah berjaya menganjurkan " Malam Persahabatan" di Dewan Utama Pelajar ( DUP).
Selaku pengarah projek saya ini mengucapakan setinggi penghargaan kepada EXCO PKA dan semua peserta yang terlibat. Pada kali ini say asangat merasakan satu kejayaan ini kerana projek ini adalah projek pertama saya di USM, saya sangata bersyukur kepada Tuhan kerana telah campur tangan dalam aktiviti ini terutama dalam memberikan cuaca yang baik dab perjalanan projek ini berjaya dengan lancar. Objektif projek juga telah dapat dicapai dengan penyertaan pelbagai kaum seperti kaum Cina, India, Melayu, Orang Asli, Dayak dan Internasional Student.
Poster Friendship Night |
Malam persahabatan dijalankan bertujuan untuk mencari sahabat baru, mengeratkan persahabatan yang sedia ada dan mewujudkan perpaduaan dikalang mahasisiwa melalui " persahabtan yang Tulen".
wow.......colourfull..... |
Ini kerana di negara kita pelbagai cara yang dilakukan pihak untuk mencapai perpaduan, mlah dengan laungan mentera politik yang tidak sudah sehingga menjemukan telinga mendengar, oleh itu kami sebagai mahasisiwa yang bebas daripada agenda politik yang bersifat berkepentingan untuk parti telah tidak melihat elemen utama dalam perpaduan iaitu melalui persahabatan yang sebenar. Persahabtan yang tulen akan melahirkan semangat setia kawan yang sejati tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Pada malam tersebut kami telah melakukan beberapa aktiviti menarik terutamanya bermain Tanglong mengelilingi Tasik Harapan dan Aman. dalam kegelapan malam Cahaya Tanglong telah menerangi sekeliling tasik dengan cahaya warna yang berwarna-warni. Pelbagai jenis warna dan saiz tanglong yang kami gunakan.
Tanglong yang terbakar dan yang tak terbakar. Apa perbezaan nya? |
Sangat menyeronok apabila semasa bermain Tanglong saya dapat mengenali junior saya dengan lebih rapat lagi. Suasana ditambahkan dengan meriah lagi apabila pelbagai Game seperti " memperkenalkan diri, angkat org dengan satu jari, bina menara kasut" wow hebat wow wow hebat hebat x 2 ..
Moon Kek wow..sedap nyer... |
.Aktivi kami diakhir denagan makan " Moon Kek" dan pelbagai kuih muih tempatan. Di akhir maljis kami telah mempertontonkan dengan Video " what is Friend 4 you in one word?"...Lagu satu malaysia telah berkemundang bagi memupuk perpaduan nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan