Isnin, 3 Februari 2014

Kem BM & IBAN Gereja Pengharapan ( berita tidak rasmi)

Kuching- Sempena Cuti Tahun Baru Cina, pihak Gereja Pengharapan Kuching telah menganjurkan sebuah kem kebangunan rohani yang bertemakan 5 Karunia Rohani, bertempat di Matang Wild Life Centre. Khemah ini berlangsung selama 3 hari.

Jumlah peserta kem dalam 120 lebih orang yang terdiri daripada para pekerja, keluarga, pelajar dan mahasiswa dari UNIMAS  dan UITM. Kesemua peserta ini datang dari Pengharapan Kota Samarahan, Pengharapan Kuching dan Pengharapan Sri Aman.

Suasana Penyembahan
Pelbagai aktiviti menarik dalam khemah kebangunan rohani kali ini, malam konsert bertemakan koboi dan bermusik musik jenis rock and roll bagi memuji Tuhan. Di samping itu, Pertandingan Mengambil Gambar Haiwan telah dimenang kumpulan 5 sebagai Juara, naib Johan Kumpulan 8 dan Juara Bertahan Kem BM IBAN sejak dulu lagi hanya menduduki tempat ke -3. Ketua kumpulan 3 menyifatkan kekalahan kumpulan mereka kali ini adalah berpunca dari kekurangan masa latihan ( hehehe).


Susana Kem dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa orang ( utan) baru ke Gereja seperti Peter, George, Lingga, Simanggang, Doris, Catherine, Mamu, Ali, Chiam. hehehe

Doa Pembukaan

Doa terima Roh Kudus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka