Jumaat, 10 September 2010

Tajuk Soalan: Cuba tinjau perkembangan Bahasa Melayu dari zaman seawal-awalanya hingga zaman sekarang



          Di sini kita akan meninjau perkembangan Bahasa Melayu dari zaman seawal-awalnya  hingga ke zaman sekarang. Definisi perkataan  “perkembangan” dalam Kamus Dewan merujuk kepada “perihal atau proses  berkembang ,menjadi maju atau tersebar,membiak,meluas,pertumbuhan  dan kemajuan, manakala perkataan “bahasa” menghuraikan maksud mengenai “ sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam linkungan satu kelompok manusia”. Sehingga kini asal usul Bahasa Melayu  masih belum dapat disahkan oleh sejarahwan kerana tidak mengetahui secara pasti bahasa ini digunakan tetapi kita dapat  meneliti tentang kajian asal usul bahasa ini dengan menggunakan teori Von Humboldt, Kern, Brandstetter, Dempwolff, Lopez dan Kahler dan penemuan baru yang dikumpulkan oleh Slametmuljana. Menurut pendapat Harun Aminurrashid,
“ bangsa yang bernama Melayu itu diam di sebuah kawasan nak sungai yang bernam                      Sungai Melayu di hulu Sungai Batanghari”.
dan dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Melayu” bermaksud berlari atau mengembara berkemungkinan berpadanan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang berhijrah dari Yunan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah boleh menjadi panduan pengkaji iaitu catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitra tahun 664-645 Masihi. Kerajaan ini dikatakan berasal dari daerah Jambi di Pulau Sumatera bahagian selatan daripada sebatang sungai yang deras alirannya iaitu Sungai Melayu. Begitu juga, menurut catatan seorang rahib Buddha bernama I-tsing   yang menggunakan perkataan Ma-lo-yu dalam catatannya mengenai dua buah kerajaan yang dilawatinya iaitu Melayu berpangkalan di Sungai Batang dan Sriwijaya berhampiran dengan Pelembang sekitar tahun 675 Masihi..
          Kumpulan yang pertama dikenali sebagai Melayu Proto yang berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 SM). Keturunannya  adalah Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Selanjutnya kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro, mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam (1500 SM) keturunannya Orang Melayu di Malaysia.  Melayu Proto dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto kerana mereka mahir dalam bidang astronomi, perlayaran dan bercuck tanam. Mereka lebih ramai daripada Melayu Proto dan menduduki kawasan lembah pantai dan di lembah asia Tenggara. Kedua-duanya kumpulan bangsa in sama dikenali sebagai Austronesia.   Filum Bahasa Melayu berasal dari bahasa-bahasa Austris dan rumpun bahasanya adalah dari bahasa bahasa Austronesia . Sementara itu pula, bahasa Austronesia pula terbahagi kepada beberapa bahasa iaitu Nusantara, Polinesia, Melanesia, Mikronesia. Bahasa-bahasa Nusantara adalah seperti Bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalong, Solo, Roto dan lain-lain.
          Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga era perkembangan iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik, dan Bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu Kuno sememangnya telah digunakan sejak awal lagi, kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada  Zaman Kerajaan Sriwijaya. Bahasa Melayu Kuno menjadi lingua franca dalam zaman ini dan digunakan juga sebagai bahasa pentadbiran kerana bersifat serdahana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding Bahasa Jawa. Bahasa Sanskrit memberi pengaruh yang luas dalam Bahasa Melayu Kuno kerana pengaruh agama Hindu. Menurut pendapat R.O. Winstedt kedatangan Hindu bermula pada tahun 335-75 M. Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan serta mempunyai hieraki yang tinggi dan sebab sifat sendirinya Bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Terdapat beberapa batu bersurat pada abad ke-7 dengan tulisan Pallawa yang  menjadi bukti kewujudan Bahasa Melayu Kuno. Contohnya batu bersurat di Kedukan Bukit, Pelembang pada tahun 638 M, Talang Tuwo daerah Pelembang pada tahun 684 M, batu bersurat Kota Kampur, Pulau Bangka pada tahun 686 M dan batu bersurat di Krang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi pada tahun 686 M. Sementara itu, batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah pada tahun 832 M menggunakan  tulisan dalam huruf Nagiri.  Seterusnya pula, ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno penuh dengan kata-kata pinjaman daripada Bahasa Sanskrit seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Ciri-ciri yang seterusnya, mempunyai susuan ayatnya bersifat Melayu serta bunyi b ialah w dalam bahasa melayu kuno contohnya bulan” menjadi “wulan” , bunyi e-pepet tidak wujud dalam bahasa ini contohnya “ dengan” kepada “dangan”, manakala awalan perkataan ber- adalah mar- contohnya “berlepas” menjadi “marlapas” dan juga awalan perkataan di-  adalah ni- contohnya dalam “diperbuat” kepada “ niparwuat.  Akhir sekali cirinya, adalah seperti bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh,th,ph,dh,kh,h sebagai contoh “ Sukhatshitta”.
          Selanjutnya era Bahasa Melayu Klasik dipengarui oleh kerana kedatangan agama Islam pada abad ke- 13. Bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat beberapa batu bersurat yang penting iaitu batu bersurat Pagar Ruyung, Minangkabau pada tahun 1356 M yang ditulis dalam tulisan India, yang mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris sajak  Sanskrit, manakala batu bersurat di Minyeh Tujuh, Acheh pada tahun 1380 M yang mempunyai penggunan kata-kata Arab seperti nabi, Allah dan rahmat dan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu sekitar tahun 1303-1387 yang ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga zaman iaitu Zaman Kerajaan Melaka, Zaman Kerajaan Acheh, Zaman Johor-Riau. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik dapat dilihat dari segi sisitem tulisan dan ejaan, kosa kata dan tatabahasa. Sistem tulisan mula menggunakan tulisan Arab berbentuk kufi sebagai contoh dalam batu nisan Sultan Malik al-Salleh. Kosa katanya pula  mempunyai pengaruh Islam yang diperkayakan dengan istilah-istilah yang diserap daripada Bahasa Arab. Dalam tatabahasanya menggunakan bahasa istana seperti santap bererti makan,  beradu  bererti tidur dan sebagainya.  Penggunan kosa kata klasik iaitu seperti “masghul” dukacita, “berahi” cinta dan selanjutnya, penggunaan partikel atau kata penegas- lah dan –pun seperti ‘tersebutlah” dan “batu pun habis  berpelantingan”, dalam bahasa Melayu klasik pula terlihat melalui kata-kata pangkal ayat seperti Alkisah, Sebermula, Hatta, Adapun, Syhadan, Maka, dan Arakian. Dalam sudut sintaksis pula banyak menggunakan majmuk, ayat songsang dan ragam ayat pasif.                                              
          Bahasa Melayu seperti kata pepatah ”tak lapuk di hujan tak lekang di panas” dan  terus mengalami permodenan, Bahasa Melayu Moden parmerdeka iaitu meliputi Zaman Abdullah Munsyi (1796-1854) dimana beliau telah memperlihatkan pembaharuan dalam karyanya yang berdasarkan pengamatan dan pengelaman walaupun pengaruh Bahasa Melayu klasik masih wujud. Zaman peralihan Bahasa Melayu Moden daripada Bahasa Melayu Klasik bermula awal abad ke-20. Bahasa Melayu Moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekan pada tahun1957 . Di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia , Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan dan juga mengalas beban lain sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa, penghantar, serta bahasa  ilmiah di mana dalam Laporan Razak 1956 telah mencadangkan bahasa penhantar dalam sistem pendidikan negara . Terdapat beberapa pertubuhan yaang memperjuangkan Bahasa Melayu pada zaman pramerdeka antaranya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ( PBmPb atau Pakatan), Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), Pejabat Karang Mengarang, Angkatan Sasterwan (ASAS 50) manakala Bahasa Melayu pasca moden pula diterajui  proses perkembangannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam perkembangan bahasa Melayu ini terdapat bebbebrapa tokoh yang penting seperti Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji, Mohd. Said bin Haji Sulaiman dan Zainal Abdin Ahmad yang memberikan sumbangan besar dalam memodenkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu Moden amat berbeza daripada bahasa Melayu Klasik iaitu dari segi perancangan bahasa, bahasa Melayu Moden melalui perancangan bahasa yang pesat. Banyak juga menerima pengaruh bahasa Inggeris berdanding dahulu hanya menerima pengaruh bahasa Arab dan bahasa Melayu Moden  menggunakan laras bahasa yang lebih pelbagai, ayat pasif, dan menafaatkan kosa kata moden.
           Kegemilangan bahasa Melayu juga bertaktha dalam beberapa zaman, dalam Zaman Kerajaan Sriwijaya iaitu sekitar abad ke-7 hingga ke13 Masihi, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan kerajaan tersebut kerana kawasan jajahaannya begitu luas merangkumi Sumantera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kera, dan Sri Lanka.  Walaupun pengaruh budaya Buhhda – Hindu kuat pada masa itu, namun tidak menyingkirkan bahasa Melayu malah sebaliknya menerimanya sebagai bahasa untuk kegiatan pentadbiran, perdagangan, dan perhubungan umum dan bahasa Sanskrit digunakan dalam bidang agama saja. Oleh itu bahasa Melayu dapat disebarkan kepada kawasan jajahan Sriwijaya dengan meluas .
        Selepas kegemilangan Kerajaan Sriwijaya, Kerajaan Majapahit pula menerajui iaitu sekitar tahun 1293–1500 Masihi, Bahasa Jawa memainkan peranan utama namun bahasa Melayu tidak dipinggirkan tetapi berfungsi sebagai  bahasa pentadbiran dan bahasa perhubunganan kerana khususnya di jambi masih terdapat negeri Melayu yang meneruskan pentadbiran Melayu. Dalam bidang sastera, tulisan sastera Jawa yang mengisahkan bahan cerirta saduran dalam bahasa Melayu sebagai contohnya cerita Kuda Deraspati, Kelana Wira Asrama, Panji Jawa Perara, Panji Taman Jayeng Kusuma, Panji Kuda Semirang, dan sebagainya yang dikenali sebagai Panji Melayu.  Menurut pendapat A. Teeuw (1952) “ Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti bahawa bahasa Melayu sudah dalam abad-abad berikutnya, dapat dan memang dipakai sebagai bahasa penghantar kebudayaan , sedang dalam hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa itu untuk keprluan sedemikian dalam dearah-daerah yang bukan masuk dearah bahasa Melayu yang sesugguhnya”.
          Bahasa Melayu berkembang pesat dalam beberapa zaman,dalam masa kegemilangan zaman Melaka pada tahun 1400-1511, bahasa Melayu berkembang melalui karya sastera seperti Hikayat Raja Pasai yang ditulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan Arab. Penulisan karya bercorak agama mula berkembang  pesat, para ulama beperanan penting untuk penulisan karya bahasa Melayu dan membuat terjemahan daripada bahasa Arab dan Parsi sebagai contoh Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Bahasa Melayu memainkan peranan yang lebih meluas iaitu berperanan sebagai lingua franca, malah sebagai bahasa kesusateraaan, kebudayaan, bahasa rasmi di istana dan bahasa untuk menyebarkan agama, oleh itu bahasa Melayu menjadi bahasa intelektual. Bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baharu, iaitu tulisan Jawi dan penbendaraan katanya semakin bertambah contohnya dua pucuk surat Ternate kepada Raja Portugal yang ditulis dalam Jawi.  Walaupun kerajanan Melaka jatuh ke tangan  Portugis dalam tahun 1511 namun bahasa Melayu tetap kekal kerana orang-orang eropah hanya mahu berniaga. Ramai daripada penjajah daripada  mereka menjalankan penyelidikan  dan menyimpan cacatan tentangbahasa dan kesusateraan tempatan contohnya dalam tahun 1521, Pigafetta  telah menyusun satu daftar kata Melayu-Eropah dan menurut catatan dalam buku oleh Jan Huyghen Van Lin bahasa Melayu bukan sahaj harum namanya tetapi sangat di hormati antara bahasa-bahasa negeri timur. Oleh hal yang sedemikian bahasa Melayu  mendapat perhatian utama sarjana –sarjana barat, dalam abad ke-17 pelbagai usah untuk menyusun kamus dan daftar kata  serta kajian dalam bidang-bidang lain sepreti morfologi,sintaksis dan fonologi semakin bertumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
           Bahasa serumpun bahasa Melayu dari Malaysia dan Indonesia berdasarkan kaijian linguistik manuskrip, batu bersurat adalah datang dari leluhur yang sama . Gagasan Penubuhan Maljis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIM)  pada tahun 1972 untuk memperutuhkan bahasa Melayu yang bersidang dua kali setahun secara bergilir-gilir dan pada tahun 1985 Brunei juga telah menyertai gagasan ini.  Sehubungan  dengan itu, Maljis Bahasa Brunei- Indonesia- Malaysia (MABBIM)  ditubuhkan dalam usaha negara serumpun menyelaraskan istilah dan penyeragaman ejaan sebagai contoh beberapa usaha buku seperti Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1975), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1975) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1975). Pedoman Umum Transliterasi Huruf Arab ke Huruf  Rumi yang diterbitkan pada tahun 1984.  Sesungguhnya, MABBIM telah berjaya menyatukan bahasa asalanya yang serumpun di samping mengukuhkan perhubungan diplomatik negara-negara anggota dan mempertabatkan bahasa Melayu di arena antarabangasa.
        Dalam perkembangan bahasa Melayu telah mengalami beberapa pengaruh bahasa asing, peminjaman bahasa tidak dapat dielakkan kerana untuk memberikan kefahaman kepada fenomena yang baru, terdapat perkataan bahsa Melayu yang tidak menepati maksud bahasa asing dan sikap orang Melayu juga yang suka meniru bahasa asing. Bahasa Melayu menerima pengaruh asing melalui penyebaran agama, pendidikan, perniagaan, penjajahan politik. Terdapat beberapa jenis pinjaman pinjaman tulen seperti dalan Bahasa Arab ”iman” dan Bahasa Inggeris ”televisyen”, peminjaman kacukan pula iaitu berlaku apabila dua perkataan disatukan makna contohnya kasut but, pintu gate dan cuba terai. Peminjaman pemerian iaitu berlaku apabila perkatan yang sedia ada diperikan dengan satu perkara  lain hingga membentuk perkataan baru contohnya ”aeroplane” yang menjadi ”kapal terbang”. Seterusnya peminjaman  dialek, yang biasanya kerana di tanah  Melayu terdapat banyak dialek sama ada utara, pantai timur, Negeri sembilan, Johor dan Sarawak. Peminjaman kuno juga berlaku yang mengambil semula perkataan seperti ”dermaga”, ”purnama”, dan ”limbungan” untuk sesuatu istilah di anggap lebih tepat.
         Bahasa Melayu juga mengalami pengaruh bahasa Sanskrit kerana penyebaran agama Hindu iaitu sekitar abad ke-7 yang membawa kitab Mahabrata dan Ramayana yang sarat dengan ajaran agama. Aspek yang paling banyak dipinjam ialah kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi,walaupun pada peringkat awal sistem tulisan turut dipinjam seperti tulisan yang terdapat dalam batu bersurat. Beberapa perkataan yang dipinjam seperti dalam bidang agama (dosa,pahala, syurga, neraka, puasa, dewa) bahasa istana (raja, maharaja,baginda, paduka,putera,puteri,sida-sida,bendehara, santap, dsb) dan banyak lagi yang digunakan sebagai bahasa seharian kita seperti ( saudara mara, suami,isteri, gergaji, cinta ,asmara). Penggunaan awalan maha,tata,swa, tuna, panca, eka,dwi,tri dan juga akhiran wan, man,wati dan nita.
          Pengaruh bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu selepas agama Hindu, orang Melayu menerima agama Islam dan turut membawa pengaruh bahasa Arab. Kitab al-Quran mengunakan bahasa Arab maka bahasa itu mudah di terima dalam bahasa Melayu. Bahasa Arab tersebar melalui pendakwah, alim ulama, pedagang, golongan istana dan pemerintahan serta melalaui peerkahwinan orang Arab dengan orang Melayu. Bahasa Melayu menerima pengaruh dalam sistem tulisan iaitu tulisan jawi, menggunakan kosa kata Arab seperti nabi, tarikat, tasawuf, iman, kiblat, takrih, kitab, hakim, haram, wajib, kaum, umat, insan, dunia dan sebagainya. Pada zaman bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ayat songsang dan ayat pasif yang dipengaruhi oleh Bahasa Arab, Bahasa Melayu juga turut meminjam unsur bunyi bahasa Arab seperti kh(khalifah), th(mithal),/ gh (ghaib), sy(syarat), f (fakir), dh(dhaif) dan peminjaman awalan perkataan bi (biadap), dan akhir perkataan wi( duniawi ), in (muslimin), at (muslimat), ah (qariah).
        Setelah pengaruh Bahasa Arab, kedatangan penjajah barat seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris yang banyak memberi kesan kepada Bahasa  Melayu melalui kosa kata, peribahasa, imbuhan,sistem bunyi dan sistem tulisan. Bahasa Inggeris dapat mempegaruhi bahasa Melayu kerana dasar pemerintahan Inggeris, bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi, pendidkian Inggeris, bahasa antarabangsa, dan pengaruh media massa. Terdapat beberapa kosa kata inggeris iaitu aiskrim, coklat, radio, kelas, kabinet, gelas dan selanjutnya yang selalu digunakan. Imbuhan awalan dan akhiran juga digunakan seperti (anti-, auto-, makro-, mikro-) antikeganasan, automobil, makrobiotik,dan mikroekonomi manakala imbuhan akhir seperti (-al, -an, --grafi, -if, -ik) klinikal, defendan, fotografi, subjektif,autokratik. Aspek bunyi pula telah meningkatkan lagi peminjaman fonem (/f/, /v/,/x/) contohnya fauna, vaksin, xenon. Dalam sistem tulisan pula menggunakan sistem tulisan rumi dan sistem tulisan jawi semakin terpinggir. Sementara itu pula dalam nahu bahasa Meayu penggunaan kata pemeberi ”ialah” dan ”adalah” juga digunakan yang berfungsi sebagai kopula bahasa ”is” atau ”are” . Kesan pengaruh bahasa Inggeris ini memmberikan masalah pencemaran bahasa seperti kesalahan penggunaan frasa sebagai kata hubung di mana (in which) kesalahan bentuk jamak contohnya semua pemimpin-pemimpin (all leaders) dan timbul juga bahasa rojak.
        Dalam bahasa Melayu di Malaysia mempunyai beberapa dialek iaitu variasi daripada sesuatu bahas tertentu dan diturunkan oleh sekumpulan masyarakat tersebut yang disebabkan faktor geografi dan sosial. Dialek berbeza daripada segi sebutan, gaya lagu bahasa, tatabahasa,kosa kata, kata ganti diri. Contohnya dalam sebutan ”air” di sebut sebagai ayaq,ayo , selanjutnya dalam tatabahasa per- dan –kan, dalam kosa kata pula dalam dialek Kelantan bewoh iaitu kenduri dan kata ganti nama seperti ambo bermaksud ”saya” dalam dialek Kelantan,” hang” bermaksud awak dalam dialek Utara. Terdapat beberapa dialek dalam bahasa Melayu seperti dailek Pantai Timur, Utara, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak. Dialek bahasa Johor emnjadi sebutan baku dalam bahasa Melayu.Marcapada bahasa Melayu semakin dinodai keasliannya  misalnya muda mudi pada zaman sekarang banyak menggunakan bahasa Slanga. Bahasa Slanga bermaksud bahasa tidak rasmi dan tidak baku. Bahasa ini dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa yang standard. Sebagai contoh kata-kata remajaq seperti brader,pakwe, sekeh, boring.
        Keagungan Bahasa Melayu sekali lagi diuji pada abad ke-21 apabila sistem pendidkan negara mengalami pembaharuan pada tahun 2003 iaitu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pelbagai pihak memberi tumpuan terhadap isu ini hingga menjadi tajuk utama dalam media massa, namun baru-baru ini pada Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Pada pendapat saya, bahasa Melayu harus terus di mempertabatkan sesuai dengan perlembagaan negara kita, lebih-lebih lagi pada tahun ini negara kita akan menyambut kemerdekaan ke-52 iaitu melalui tema ”Satu Malaysia” untuk membina negara bangsa kita harus mempunyai identiti bahsa yang tersendiri. Oleh itu penguasaan Bahasa Melayu dalam tiap rakyat Malaysia harus dipertingkatkan.
          Sebagai kesimpulan bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dan kekal hingga sekarang  penghantar dalam            
                 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka