Rabu, 22 September 2010

Pengerakan Nasionalisme Filipina dan Indonesia.

Pengenalan
                Dalam sejarah Filipina dan Indonesia, Gerakan Propaganda (1871-1892) dan Budi Utomo (1908) telah memisahakan daripada zaman sebelumnya kerana pada masa ini kebangkitan nasionalisme telah bermula. Dan satu perjuangan yang baru yang menyatupadukan rakyat Negara ini untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan. Janka masa waktu dilihat sebelum, semasa dan selepas Gerakan Propaganda dan Budi Utomo dijalankan untuk melihat perubahan dalam  perjuangan rakyat.

Filipina Sebelum 1872

 Sosial
v  Penubuhan satu barisan pertahanan yg kuat yg berjaya menghadkan kuasa British di Teluk Manila oleh Don Simon de Anda.
v  Berlaku beberapa pemberontakan org keturunan Indios di Pangasinan, Laguna, Tondo, Iloilo, Zamboanga, Samar, Cebu, Panay, dan Ilocos yg berpunca drp perasaan tidak puas hati dan penderitaan hidup org tempatan.
v  Kemasukan org Semenanjung Sepanyol antara tahun 1820- 1825 yg memandang rendah dan tidak mempercayai org keturunan campuran spt org kreol serta anak negeri.
v  Berlaku pemberontakan yg melibatkan seramai 800 org dan dipimpin oleh Andres Novales yg membuktikan kebimbangan org semenanjung Sepanyol.
v  Dalam tahun 1864, jumlah org Cina yg berhijrah ke Filipina sejak abad kelapan belas telah meningkat lebih kurang 18,000 org dan pada tahun 1876, ia telah bertambah kepada kira- kira 30,000 org Cina di Filipina dan kebanyakan mereka adalah kaum lelaki.
v  Mereka memandang rendah pada org mestizo Filipina yg dianggap tidak mempunyai asas budaya yg teguh menyebabkan mereka berusaha mengamalkan agama Khatolik dan adat resam serta gaya hidup org Sepanyol di samping bersikap anti- Cina.
v  Susunan lapisan masyarakat dibezakan oleh pakaian dan hak- hak istimewa pada kelas tertentu.  Org Sepanyol dibenarkan memakai tali leher manakala org Indios dan mestizo hanya dibenarkan memakai kemeja longgar tanpa sebarang hiasan. 
v  Pada tahun 1859, sekolah Ateneo de Manila didirikan dan menerima masuk kanak- kanak indios, mestizos, dan kreol.
v  Dari sini, muncul golongan elit yg dikenali sbg masyarakat kelas ilustrados dan menduduki puncak komuniti Filipina baru.
Politik
v  Sbg hendak mencabar kuasa rahib, Gabenor Simon de Anda telah menghantar memorandum kpd raja dgn menegaskan golongan ini tidak patut mencampuri hal ehwal duniawi dan sepatutnya menjualkan ladang2 mereka.
v  Beliau juga menuduh golongan ini melakukan kesalahan dan mendesak raja menghadkan kuasa rahib dgn cara mengadakan pengawasan ke atas gereja dan mendirikan sekolah perguruan utk padri anak negeri supaya berada di bawah kuasa seorang biskop.
v   Padri dr daerah diosis dilantik utk bertugas di daerah parish yg dulunya dipegang oleh golongan rahib.
v  Di Filipina hanya terdapat kurang dr 10 org padri diosis berkulit putih, maka padri kaum peranakan Indios dan mestizo terpaksa dinaikkan pangkat dan mempunyai tahap pendidikan yg rendah.  Perkara ini tidak disukai oleh masyarakat konservatif di Manila.
v  Pada 1776, golongan rahib menjawat semula jawatan lama apabila pihak berkuasa di Madrid menggantung tatacara langkah kerajaan Filipina menggantikan padri Sepanyol dgn padri anak negeri utk sementara waktu.
v  Pada 1826, Ferdinand VII mengembalikan daerah parish kpd golongan rahib dan padri Sepanyol diturunkan pangkat menjadi pembantu padri.
v  Father Pedro Pelaez telah membimbing perjuangan menentang penguasaan rahib dan kemudian digantikan dgn Jose Burgos.  Beliau kemudian menulis manifesto pd tahun 1864 utk menuntut hak sama bg semua padri.
v  Pelantikan gabenor baru telah membatalkan undang2 yg diisytiharkan de la Torre dan meninggikan semula taraf golongan rahib.

Ekonomi
v  Francisco Leandro de Viana telah menulis siri rancangan pembaharuan pd tahun 1765 dan memberikan beberapa syor spt mengadakan hubungan langsung dgn Sepanyol melalui Tanjung Pengharapan, membentuk syarikat perdagangan utk memajukan perdagangan antara Cadiz, Manila, dan Canton, menggalakkan perpindahan masuk org Sepanyol ke Filipina, membuka ladang2, menyusun pembaharuan undang2pasukan tentera dan birokrasi serta menyusun organisasi system percukaian.
v  Pada 1781, Basco menubuhkan persatuan pertanian utk memajukan pengeluaran pertanian dgn memberikan hadiah, mencetak buku ttg cara menanam, dan menyebarkan ilmu agronomi.
v  Di sector persendirian, Francisco Salgado memulakn perusahaan tembaga di Masbate, perusahaan besi di Santa Ines, perusahaan koko, nila, dan anyaman kain terpal serta kayu manis.
v  Pada 1781, system monopoli tembakau diadakan di mana kerajaan mengawal jumlah perusahaan, harga, dan penjualan di pasaran serta keuntungan diperoleh dlm tempoh yg singkat.
v  Pada 1785, Syarikat Filipina Diraja ditubuhkan utk memajukan system perdagangan Sepanyol seluruh dunia dan kapal2 mereka dibenarkan belayar mengikut kedua- dua jalan.  Mereka juga diminta melaburkan sebanyak 4% keuntungan perdagangan dlm rancangan pembangunan ekonomi Filipina.
v  Perdagangan Filipina berjumlah hampir 3 juta pesos dan meningkat menjadi 15 kali ganda 50 tahun kemudian.Bahan eksport utama spt gula, tembakau, dan kopi berjumlah lebih drp 90% bahan eksport dan terpaksa dijua di pasaran dunia yg mendorong kpd pembukaan pelabuhan Manila.  Barang2 asing juga terpaksa dibenarkan masuk utk memelihara imbangan perdagangan.
v  Kemasukan org Cina utk berdagang adalah salah satu tujuan mereka berhijrah.  Mereka berjaya menguasai perdagangan dgn cara menerima upah yg murah, rajin bekerja, dan mendapat naungan.
v  Pada 1857, mereka berjaya mendapatkan hak memungut cukai setelah beberapa sekatan ekonomi dibatalkan.

FAKTOR YG MENDORONG SEMANGAT NASIONALISME
Aspek Politik
v  Penjajah Sepanyol telah menyatukan semua pulau di Filipina menjadi satu kesatuan politik dan keadaan ini mengukuhkan semangat org Filipina utk menentang penjajah, tambahan pula mereka mempunyai persamaan, iaitu agama (Kristian).
v  Diskriminasi terhadap bangsa Filipina dlm memegang jawata kerajaan sama ada rendah atau tinggi walaupun mereka layak dan berkebolehan.
v  Cita- cita org Filipina utk menambil kembali tanah air mereka yg dirampas oleh Sepanyol.
Aspek Ekonomi
v  Kerajaan dan padri Sepanyol telah merampas tanah rakyat Filipina dan dipaksa bekerja di tanah yg dahulunya milik mereka.  Mereka dijadikan buruh paksa demi kepentingan kerajaan.
v  Mereka dipaksa membayar cukai dan dijadikan hamba abdi manakala sesetengahnya dijual sbg hamba di Eropah.
Aspek Sosial
v  Kerajaan dan padri Sepanyol tidak menghormati penganut agama lain selain Kristian.
v  Terdapat perbezaan dlm angkatan tentera antara bangsa Filipina dgn Sepanyol.  Juga perbezaan dlm gereja antara kedua- dua bangsa ini.
Perbezaan dalam mendapatkan kemudahan kesihatan dan pelajaran antara Sepanyol dgn Filipina dan antara Filipina Kristian dgn bukan Kristian.


Gerakan propaganda :
lambang kepada gerakan kesedaran dan nasionalisme yang dilakukan secara aman.
- Gerakan propaganda telah lahir di filipina selepas berlakunya pemberontakan di Cavite pd thn 1872.
- Gerakan Propaganda yang telah ditubuhkan pada tahun 1872 oleh
cendikiawan -cendikiawan Filipina ( illustrado ) yang telah melarikan diri ke luar negeri selepas suatu gelombang penindasan oleh kerajaan Sepanyol.

- Gerakan Propaganda La Solidaridad 
• Kebanyakan ahlinya merupakan pelajar Filipina yang menuntut di Sepanyol. 
• Gerakan ini disertai oleh golongan profesional. Antaranya termasuklah Dr.Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar.
• Perjuangan mereka melalui media massa yang cuba mendedahkan kezaliman kerajaan Sepanyol serta perjuangan menuntut hak persamaan taraf antara pegawai Filipina dengan pegawai Sepanyol.
• Gerakan propaganda disalurkan melalui akhbar La Solidaridad.

 - Gerakan ini bersifat reformasi, dan seperti dicerminkan oleh namanya, kegiatan utamanya ialah menyebarkan propaganda demi memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat Filipina.
- Gerakan ini menuntut daripada Sepanyol supaya memberikan kebebasan berhimpun,bersuara, berbincang, kebebasan akhbar, memberikan hak yang sama kepada rakyat Filipina,tambah bilangan paderi tempatan,  dan memiliki perwakilan Filipina di Parlimen Sepanyol.
- Perjuangan pergerakan ini adalah dibawah pimpinan Jose Rizal
Ø  Jose Rizal memperlihatkan strategi nasionalisnya secara sederhana melalui gerakan propaganda.
Ø  Idea nasionalisnya diungkap dalam karya novel Noli Me Tengere yang ditulis di Berlin pada tahun 1887. Judul buku ini bermaksud “ Jangan sentuh daku atau barah masyarakat” . Ia membincangkan kepincangan yang berlaku dan penindasan Spanyol ke atas masyarakat Filipina.
Ø  Selain itu karya beliau yang lain ialah El Filibusterismo atau “ Pemerintah yang tamak”.Buku ini mengkritik undang-undang dan golongan agama di Filipina.
Ø  Beliau bersama para nasionalis yang lain telah menerbitkan akhbar La Solidaridad di Barcelona pada tahun 1889. Akhbar ini mendedahkan keburukan pemerintahan Sepanyol, keadaan petani yang ditindas, dan penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol di Filipina.

-          Gerakan Propaganda ini tidak menggunakan senjata, sebaliknya mereka hanya menggunakan akhbar La Solidaridad sebagai wadah perjuangan.

-          La Solidaridad diasaskan oleh Lopez Jeana di Barcelona dan apabila penerbitan akhbar tersebut berpindah ke Madrid, del Pilar menjadi penyuntingnya.

-          Jose Rizal pulang ke Filipina


Ø  Sekembalinya Jose Rizal dari Eropah beliau telah menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1981 di Hong Kong. Membuka cawangan di Filipina dan  berjuang untuk pembangunan masyarakat.  Ia juga bertujuan melindungi rakyat daripada ketidakadilan penjajah Sepanyol, selain mengkritik golongan gereja yang menjadi penghalang kepada kemerdekaan Filipina.

Ø  Sepanyol menganggap Liga Filipina mengancam kedudukannya ,lalu mengambil tindakan menangkap Jose Rizal dan dibuang negeri ke Dapitan  di Pulau Mindanao.

Ø  Para nasionalis yang lain bersimpati dengan Jose Rizal. Mereka bertindak menubuhkan pertubuhan yang bersifat revolusiner,iaitu Katipunan. Pengasasnya ialah Andres Bonifacio. Sebaik ditubuhkan mereka menemui Jose Rizal di Dapitan untuk mendapat restunya.

Ø  Walaupun Jose Rizal menasihati Katipunan supaya jangan mencetuskan revolusi, kerana rakyat Filipina belum bersedia. Namun begitu tindakan Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan yang bersifat radikal. Tulisan mereka menjurus ke arah mencetuskan revolusi, telah menaikan semangat rakyat Filipina. Mereka mula merancang melancarkan revolusi.

Ø  Pihak Sepanyol berjaya mengesan  bibit-bibit revolusi sebelum meletus. Sepanyol berasa Jose Rizal sebagai satu ancaman kerana ketokohannya. Akibatnya beliau dijatuhi hukuman tembak pada 30 Disember 1896.                                                                                                                        

-          Gerakan Propaganda menjadi lemah selepas penangkapan Jose Rizal dan kejatuhan Liga  Filipina. La Solidaridad pula gulung tikar pada November 1895.

-          Namun begitu, Jose Rizal telah memberi sumbangan penting untuk mendapatkan kemerdekaan negara Filipina. Walaupun Jose Rizal semasa perjuangannya tidak sempat mendapatkan kemerdekaan namun Jose Rizal tetap dianggap wira sebenar kerana telah mengorbankan nyawanya untuk kemerdekaan Filipina.

-          Selepas kematiannya pertubuhan politik lain bangkit dengan gigih sehingga berjaya memperolehi kemerdekaan daripada Sepanyol. Hal ini telah menjadikan Gerakan Propaganda telah menjadi pemisah Filipina dari zaman sebelumnya.


Indonesia pada awal abad ke-20

v  Kekurangan rasa perpaduan pada masa lampau
»         Di antara tabah besar India dan Australia, terdapat banyak pulau yang disatukan  oleh kekuasaan koloni Belanda, dan terdapat jua beberapa suku bangsa dan penduduk yang mempunyai agama dn adat istiadat serta juga penggunaan BM dengan pelbagai loghat sebagai perantaraan di negara itu
»         Namun demikian penduduk setempat itu tidak mempunyai rasa kekitaan dalam kawasan yang begitu luas , malahan penduduk di satu-satu pulau itu kadang-kala terpisah daripada segi ras dan kebudayaan.
»         Empayar yang muncul ialah Srivijaya di Sumatera dan Majapahit di Jawa. Tetapi pengaruh mereka terhadap prinsipaliti dan penduduk jiran tidak dapat dianggap sebagai usaha untuk menyatukan keseluruhan kepulauan itu menjadi sebuah negara yang memerintah sendiri.
»         Seorang Sheikh Sumatera yang tinggal di koloni “Jawa” terpeksa menggunakan paksaan dan ancaman untuk menghalang saudara dan sahabatnya daripada memasuki tentera koloni Belanda di dalam kempen Belanda menentang Islam di Acheh.

v  Usaha penyatuan kepulauan
»         Van Heutz telah menjadi Gabenor Jeneral Hindia Timur Belanda menganggap tugas utamanya adalah untuk menyelesaikan penaklukan.
»         Meminta para pemerintah dan pihak berkuasa tempatan menandatangani satu “perisytiharan singkat”, dengan itu mengiktiraf kekuasaan Belanda dan para pemerintah tempatan tersebut berjanji tidak akan membuat hubungan dengan kuasa luar  dan akan menjalankan semua perintah dari kerajaan kolonial.
»         Justeru itu, pada dekat pertama abad ke-21, pemerintahan Belanda telah berkembang hampir ke seluruh kepulauan kecuali wilayah Borneo Utara yang masih dikuasai oleh British.
»         Indonesia telah disatukan dibawah satu pentadbiran.

v  Struktur sosial dan pihak berkuasa tempatan.
»         Wilayah luar – merujuk kepada pulau-pulau di luar Jawa dan Madura.
   -- memburu dan menangkap ikan, berladang dan mengerjakan sawah.
   -- kampung diduki oleh suku kaum tertentu dan ada yang menerima
       orang luar untuk tinggal di kampung tersebut.
»         Belanda telah menggunakan Jawa sebagai kawasan pedalaman untuk mempertahankan pusat perdagangan, tetapi secara sistematik berubah setelah mengetahui kawasan tersebut mengutungkan untuk pertanian.
»         Di Jawalah lahirnya gerakan kebangsaan menuntut kemerdekaan dan tapak kepada penubuhan sebuah republik.
»         Raja >>>menjaga pertalian dengan rakyat dan wilayahnya sendiri
»         Priyayi (saudara lelaki kepada putera raja) >>> menjaga perhubungan dengan desa
»         Kerabat diraja dan bangsawan >>>menguruskan hal ehwal cukai kepada kraton, mengiringi raja dalam peperengan dan kadang-kadang memberi penghormatan.
»         Rakyat >>>membayar cukai dalam bentuk tenaga.
»         Ketua kampung (lurah) >>>penjaga adat.

v  Dasar etika
»         Tanggungjawab moral untuk memperbaiki kesejahteraan penduduk tempatan dan untuk memberi perhatian yang lebih kepada mereka berbanding dengan waktu lepas.
»         Telah mengemukakan peibagai permintaan untuk menyekat pemerintahan asing bertindak secara sewenang-wenangnya, untuk menjaga hak undang-undang, pembasmian cukai yang tidak adil dan perampasan.
»         Memohon untuk memajukan hasil dengan mengadakan sistem tali air yang baik dan dasar menggalakkan migrasi di dalam koloni itu sendiri, demi mengurangkan tekanan jumlah penduduk di Jawa dan membangunkan kawasan yang lapang di Sumatera dan Borneo.
»         Mendesak supaya pentadbiran mengagihkan kuasa dan pembentukan majlis tempatan supaya penduduk akan secara perlahan dapat menyuarakan kepentingan mereka

v  Permintaan mengadakan sistem pendidikan dan persekolahan
»         Sistem persekolahan yang bermula dengan maktab perguruan kira-kira tahun 1850 pada penghujung abad yang lepas tidak menunjukkan kemajuan.
»         Pada tahun 1893, sekolah-sekolah kerajaan (inlandsche scholen) di Jawa terbahagi kepada dua kelas.
»         Kelas pertama bertujuan memberi pendidikan yang lebih baik kepada anak golongan priyayi. Kuasa penjajah tidak bertujuan untuk memberi pengetahuan yang lebih akan tetapi mencukupi memberi pendidikan yang asas dalam bahasa ibunda.
»         Dasar etika telah mencadangkan agar bilangan sekolah kelas dua diperluaskan dengan lebih banyak tetapi Jeneral Van Heuttz mempunyai rancangan lain.
»         Pada tahun 1906, beliau telah memperkenalkan satu sistem sekolah desa yang murah secara meluas dan gaji serta peralatannya disediakan oleh desa itu sendiri.
»         Penduduk desa lebih mementingkan mutu berbanding jumlah bilangan sekolah di dalam permintaan membaiki sistem persekolahan di peringkat tinggi.
»         Hal ini hanya dapat dicapai dengan cara mengikuti sistem sekolah rendah Eropah yang dikenali sebagai Europeesche Lagare School (ELS).
»         Pada tahun 1906, mereka telah bercadang untuk memasukkan 29 bahasa Belanda ke dalam kurikulum sekolah kerajaan kelas pertama, dan melanjutkan masanya dari lima tahun  hingga tujuh tahun. Pembaharuan ini telah membawa kepada pembentukan Hollands-Inlandsche Scholen (HIS).
»         Pada tahun berikutnya, mereka juga sering mengikuti MULO (Meer uitgedreid lager onderuvijs: sekolah rendah lanjutan) sebagai tambahan dari HLS, iaitu sejenis sekolah menengah rendah yang memberi peluang kepada bentuk kegiatan profesional.
»         Pelajar Indonesia yang mengikuti ELS mempunyai peluang pendidikan seperti berikut:
a)     Sekolah doktor Jawa (Stovia) iaitu sekolah untuk latihan doktor pribumi – 3 tahun latihan persediaan yang membolehkan graduan bekerja sendiri.
b)     Osvia iaitu sekolah latihan untuk pegawai pribumi – kursus 7 tahun dengan membuka peluang untuk priyayi sehingga peringkat bupati.
c)     Kweekscholen iaitu maktab perguruan – kursus 6 tahun dengan cara melatih guru untuk sekolah kerajaan
»         Pelajar indonesia yang telah lulus ELS pula boleh masuk salah satu Hogere Bur Gerscholen (HBS) – kursus 5 tahun untuk matrikulasi universiti.
»         Namun tidak ramai orang Indonesia yang masuk HBS kerana lulusan HBS sukar untuk mencari peluang seperti pelajar-pelajar Eropah.
»         Agus Salim telah menyangkal harapan Parti Etika bahawa pendidikan akan mewujudkan persatuan inteligensia Indonesia dengan Belanda. Hal ini kerana walaupun beliau lulusan HBS, namun terpaksa menerima pekerjaan yang tiada kaitan dengan pelajaran mereka.


Budi Utomo 1908

Permulaan Kesedaran:
Ø  Kesedaran  ini timubul daripada sistem pendidikan Belanda sendiri.
Ø  “ Ethici telah melahirkan hasil yang tidak dirancang terutama dalam bidang pendidikan. Hasil darupada pendidikan yang diberikan oleh pihak pemerintahan Belanda telah memberikan kesedaran  kepada rakyat peribumi tentang kekurangan dan kelemahan mereka”
Ø  Sistem pendidikan Belanda sendiri telah melahirkan kehancuran kepada mereka sendiri.
Ø  Ethici merancang menubuhkan pusat-pusat pengajian tinggi untuk golongan pribumi namun ditentang oleh Eropah kerana mereka takut kedudukan mereka terancam.
Ø  Kelulusan sekolah Latihan Perubatan Pribumi (STOVIA) tidak membolehkan seseorang melanjutkan pelajarnya ke sekolah-sekolah perubatan Belanda.
Ø  Pihak Belanda tidka memberikan kemudahan yang mencukupi kepada sekolah-sekolah persendirian pribumi.
Ø  Kajian psikologi terhadap kesan-kesan tamadun purba seperti Borobodur memberikan kesedaran bahawa mereka dulu lagi bertamadun daripada org Belanda sendiri.
Ø  Para pelajar yang diluar negara terdedah kepada berbagai aliran pemikiran di Eropah.
Ø  Pelajar yang di Timur tengah juga ada kesedaran untuk kepentingan kemerdekaan dan nasib pelajar-pelajar Islam di negara mereka.

Tertubuhnya Budi Utomo ( 1908-1935)- 20 Mei 1908
Budi – perangai atau tabiat                        Utomo- baik dan luhur
-perkumpulan yang akan mencapai berdasarkan  keluhuran budi, kebaikan perangai atau tabiat.
§  Pada peringkat awal dianggotai oleh orang-orang Jawa, Madura dan Sunda.
§  Kebudayaan orang Jawa yang telah menjadi rujukan pada peringkat permulaan zamannya.
§  Diasaskan oleh Dr.  Wahidin Sudiro Husodo iaitu seorang dokter jawa yang bersara, namun yang mencetuskan ideanya ialah Dr. Sutomo.
§  Dr. Sutomo berusaha mengcungkil pemikiran para penuntu di STOVIA dgn tujuan untk mendapatkan sokongan bagi persatuan itu dan perhubungan dgn beberapa institusi perguruan.

§  Mereka menghantar beberapa org wakil utk menghadiri perhimpunan pembukaan BU pada 20 Mei 1908.
§  Dr. WSH dilantik dlm Kongres Kebangsaan yg pertama pada Ogos 1908.
§  BU juga tertbuh krn idea2 Tjipto Mangunkusumo yg memperjuangkan pergerakan sosial menentang kaum priyayi. Ini krn Pelajar2 STAVIO sudah serik dgn pengelaman lepas dimana kaum Priyayi hanya tunduk kepada pihak berkuasa.

§  BU bertujuan utk membgnkan tanah tanah jawa dan rakyat Jawa di Hinda Timur dgn harmoni .
§  Mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar STAVIO terutamanya golongan kraton Jogjakarta.
§  Sebahagian beasar anggota BU terdiri daripada kalangan priyayi( gol. Bangsawan Jawa)
§   Seramai 10,000 org pengikut pada 1909
§  Peringkat awal dipimpin oleh gol. Tua ,priyayi yg Konservatif.

Tujuan ditubuhkan:
BU sebuah persatuan yg berbentuk kebudayaan. ( menurut karya Akira Nagazumi)

a)     Untuk bersatu dalam mencapai cita-cita yang sama.
b)     Untuk memperkembangkan pendidikan cara tradisi dan cara Barat di kalangan masyarakat Jawa dan Madura.
c)     Untuk memajukan bidang pertanian.

*        Pada asasnya BU merupakan sebuah pertubuhan kebudayaan, pendidikan dan ekonomi namun hanya pada 1917 mereka mempunyai perwakilan di Volkaraad.
*        Pada tahun 1935 telah bergabung dengan Parti Indonesia Raya.

Apakah yang memisahkan dengan zaman sebelumnya?
*        BU bersedia menjadi satu anggota gabungan yang lebih besar kerana dengan cara ini sahaja BU akan menjadi lebih kuat untuk mencapai cita-cita revolusinya bukan saja bagi dirinya tetapi juga bagi beberapa kumpulan dan suku bangsa penduduk Indonesia.
*        Idea-idea kebangsaan telah berkembang melalui Sekolah doktor Jawa yg menjadi tempat pertemuan bagi rakyat indonesia yg krg bernasib baik dan rakyat kelas-kelas rendah
*        BU bertujuan utk mewujudkan perubahan-perubahan sosial bagi seluruh negara dan dengan itu bolehlah BU dianggap sebagai  punca pergerakan Indonesia.
A  )Politik
v  Budi Utomo merupakan pengerakan nasionalisme yang tidak hanya bercita-cita untuk mencapai kemerdekaan Indonesia namun berbentuk sebuah organisasi yang tertentu dan teratur.
v  Jika sebelum ini perjuangan sesebuah nasionalisme Indonesia lebih bersifat terpencil namun wujudnya satu persatuan memudahkan proses untuk menyatupadukan rakyat Indonesia.
v  Kongers BU pada 1921 menuntut di dalam Volkaraad supaya anggota majoritinya terdiri daripada golongan Indonesia.
v  Pada 1920-1922 BU terpengaruh dgn gerakan yg terjadi di India- Mahatma Gandhi yg mengamalkan non cooperation (tidak berkerjasama dengan pihak pemerintah)
v  Kesannya pada 1925 Syarikat Buruh Kereta Api telah melakukan mogok yg memberikan kesan kepada pemerintah.
v  Buktinya dalam pada tahun 1931 keahlian dibuka kepada warga  Indonesia. Ini menunjukkan satu evolusi daripada BU dari kedaerahan Jawa kepada persatuan Indonesia.
v  Pada 1935 terjadilah penyatuan PBI ( Persatuan Bangsa Indonesia )  dengan BU yang membentuk PARINDRA( Partai Indonesia Raya).
B) Tokoh yang membawa revolusi di Indonesia
Ø  Tjipto Mangunkusumo melancarkan idea2 dlm membantu masyarakat dan inign menyelamatkan masyarakat umum dari kemiskinan rohani dan harta benda. -  
Ø  Tetapi ketua-ketua BU telah memberikan jaminan bahawa mrk harus mendapat kerjasama dan perlindungan drpd Bupati.
Ø  Oktober 1909 telah meninggal BU krn tidak sependapat dgn kaum bangsawan dan beliau mencabar BU yg sepatutnya membawa pembebasan daripada Belanda
Ø  dianugerahkan bintang oleh penjajah krn secara sukareal memerangi wabak taun di Malang pada 1911.
Ø  berkerjasama dgn Douwes Dekker( pengasas PI) dlm Parti Indische dan mejadi timbalan dalam parti
Ø  bersama dgn menjadi editor dengan Suardi dlm akbar kaum muda dan jawatan kuasa Bumiputra.
Ø  akhirnya dibuang negeri krn pengerakan radikalnya. Pada 1918-19 telah menubuhkan Parti Hindia Kebangsaan setelah kembali dr daerah buangan.

Rujukan:

Bernhard dahm .1988. .DBP. Sejarah Indonesia Abad ke-20. Kuala Lumpur

David Joel Steinberg et.al. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden.
Onofre D. Corpuz. 1972. Filipina. DBP. Kementerian Pelajaran Msia. Kuala Lumpur.
Susanto Tritoprodjo. 1970. Sejarah Pergerakan Nasional Indonesia  Gunung Sahari. Jakarta.

~ Sekian terima kasih ~






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka