1) Pengenalan
Selama dalam jajahan pemerintahan British di India, Kongres Kebangsaan India (KKI) merupakan sebuah persatuan yang membawa gelombang perubahan dalam arus gerakan politik di India. Di beberapa tempat jajahan British, pembentukan persatuan, kesatuan dan kelab merupakan satu bahagian penting dalam gerakan kesedaran di sesebuah negara misalnya Persatuan Belia Buddha (YMBA) di Myanmar, Gerakan Katipunan di Filipina, Kuomintang di China yang biasanya memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kebudayaan, agama, pendidikan dan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat. Namun gerakan ini beransur beralih kepada corak yang lebih politik dan radikal, keadaan ini kerana tuntutan dari sikap kuasa imperialis yang tidak mahu bertolak ansur dan melakukan penindasan. Sebuah persatuan harus ada pegangan dan garis panduan kepada semua aktiviti, halatuju dan dasar sesebuah organisasi atau kelompok merupakan asas dalam sesebuah perjuangan. Di India, Kongres Kebangsaan India merupakan persatuan yang mengerakkan kesedaran masyarakat India, namun sejauhmanakah kongres ini memperjuangkan keutamaan rakyat umum yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
2) Latar Belakang Penubuhan
Kongres India pada awalnya diasaskan oleh kumpulan-kumpulan yang berpendidikan barat dan satu perkumpulan beramai-ramai diadakan di bandar-bandar seperti Calcuta, Bombay, Madras, Poona, Allahadab dan Lahore. Hanya menjelang awal tahun 1870-an. Kumpulan-kumpulan ini mula bergiat cergas dalam lapangan politik dengan menubuhkan persatuan, menjalinkan persahabatan dengan kelas berjouis dan petani, mengutarakan masalah-masalah rakyat terutamanya melalui ruangan akhbar dan majalah yang dikelolakan oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Antaranya isu yang diperjuangkan ialah kebebasan akhbar, pemindahan kuasa politik kepada rakyat tempatan, peniktirafan kesamaan taraf awam dan kehakiman, penurunan cukai yang ditanggung rakyat jelata dan penolakan dasar perluasan jajahan British yang membazirkan wang kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dalam negeri, khususnya asas pendidikan dan teknikal. Beberapa persatuan yang terkenal sebelum Kongres Kebangsaan India ialah Persatuan rakyat Poona, Persatuan India yang berpusat di Calcutta, Persatuan Rakyat Madras, Persatuan Raykat Allahadab dan Persatuan India yang beroperasi di Lahore[1]. Rata-ratanya kepempinan persatuan ini dikuasai oleh golongan seperti peguam-peguam, pengarang akhbar dan guru-guru berijazah. Kepimpinan yang melayakkan mereka adalah kerana tahap pendidikan yang mereka miliki dan minda golongan ini telah terdedah dengan idea-idea dari barat, justeru itu kepimpinan mereka ditulangi dasar pendidikan barat.
Kongres Kebangsaan India telah ditubuhkan pada Disember 1885 oleh Alan Octavian Hume yang merupakan salah seorang pegawai Inggeris dan bekas pegawai kerajaan pada abad ke sembilan belas[2]. Penubuhan ini berikutan, peristiwa tindakan Lord Ripon yang mengantikan Lytton yang mahu menarik balik dasar-dasar diskriminasi yang memberikan layanan dan peluang yang sama terhadap kaum pribumi India. Yang di mana pada tahun 1883, telah memperkenalkan Rang Undang-Undang Libert Bill yang dibentangkan dalam Maljis Undangan Pusat yang memberikan kuasa kepada hakim pribumi mahkamah seksyen untuk membicarakan semua kes-kes kesalahan jenayah di daerah-daerah yang dilakukan orang eropah. Sehubungan dengan itu, masyarakat Eropah menentang di India, dan akhirnya telah membawa kehancuran pemerintahan dan kewibawaan Lord Ripon di India. Lord Ripon terpaksa bersetuju meminda undang-undang dengan membenarkan orang Eropah dibicarakan oleh juri yang separuhnya terdiri daripada orang Eropah. Kongres bersidang pertama kalinya pada Disember 1885, W.C Bonnerjee merupakan priseden yang pertama[3].
3) Dasar Perjuangan Kongres Kebangsaan India
Walaupun falsafah Kongres Kebangsaan India adalah memperjuangkan hak-hak orang India secara aman dan melalui cara yang demokratik namun pada hakikatnya dalam banyak hal ia hanya membela golongan-golangan tertentu seperti pihak atasan, zamindar ( tuan tanah ) dan orang kaya tetapi hak rakyat keseluruhan tidak diperjuangkan dengan telus. Kelemahan Kongres Kebangsaan India ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati golongan pemuda yang berpendidikan Barat seperti Bal Gangadar Thilak, Aurobindo Gosh dan Lajpat Rai sekitar tahun 1895 [4]. Pada awalnya, Kongres Kebangsaan India bukan bersifat anti British tetapi lebih kepada usaha kesetiaannya kepada Inggeris dan mengakui faedah-faedah pemerintahan Inggeris. Pergerakan kongres mengikuti dasar sederhana dan lebih memberikan tumpuan kepada pembaharuan berbanding memperjuangkan kemerdekaan India daripada pemerintahan Inggeris. Cara perjuangan mereka hanya mengkritik dasar pentadbiran Inggeris tetapi tidak menggunakan cara kekerasan. Dalam surat Hume yang dikirimkan kepada pejuang kebangsaan pada bulan Mac 1885 yang menakrfikan matlamat-matlamat Kongres sebagai “ membolehkan semua pekerja yang paling giat dalam hal kemajuan kebangsaan untuk berkenalan secara peribadi di anatara satu sama lain” serta “ membahaskan dan memutuskan kegiatan-kegiatan politik yang harus dijalankan pada tahun akan datang” . Daripada surat tersebut menampakkan perjuangan kongres ini lebih bersikap sederhana dan lebih kepada sikap pro-British.
4) Sejauhmanakah perjuangan Kongres Kebangsan India mengutamakan kepentingan rakyat umum di India berdasarkan pembawaan isu dan penyelesaian isu-isu tersebut.
Apabila melihat kepada isu-isu diperjuangkan oleh Kongres Kebangsaan India dan pendirian yang digubal, boleh dikata kurang jelas terutamanya dalam mengutamakan kepentingan rakyat umum di India. Hal Ini demikian kerana perjuangan Kongres Kebangsaan India lebih kepada memperjuangkan kepentingan ahlinya yang terdiri daripada golongan atasan sahaja sedangakan masyarakat umum di India terdiri daripada pelbagai lapis masyarakat yang mempunyai kehendak dan tuntutan masing-masing.
Sebagai contoh terdapat dua golongan yang mempunyai kepentingan iaitu zamindar dan kelas Penyewa Tanah yang mengusahakan tanah tersebut. Kedua-dua kelas ini telah bertelingkah sehingga memaksa kerajaan Bristish menggubal undang-undang Akta Penyewaan Tanah Bengal 1885 untuk tetapkan kadar sewa dan menjamin hak penyewaan tanah. Sebuah kongres telah digesa untuk merestui akta ini, tetapi pucuk pimpinan Kongres Kebangsaan India tidak mengedahkan seruan ini kerana khuatir kemungkinan beasr Persatuan India British yang mewakili zaminder-zaminder Bengal akan berundur dari kongres. Jelaslah jika disimpulkan bahawa kongres ini hanya menjaga kepentingan pihak atasan sahaja dan bukan untuk membela kepentingan rakyat umum.
Seterusnya isu-isu yang diperjuangkan oleh Kongres Kebangsaan India hanya berkepentingan kepada menjaga keuntungan golongan atasan sahaja seperti peperiksaan ICS. Tuntutan-tuntutan ini ini dikritik kerana memberikan peluang kepada orang berkemampuan sahaja seperti orang kaya. Orang biasa tidak dapat menduduki peperikaan ini kerana memerlukan perbelanjaan yang banyak dan diadakan di Landon.[5] Sehubungan itu golongan yang bawahan tidak menerima peluang pendidikan yang sama.
Disamping itu juga, Kongres Kebangsaan India telah merestui Age of Consent Bill yang diperkenalkan oleh British pada 1889[6]. Dalam Persidangan Sosial Kebangsaan dan sebilangan besar penyokong gerakan pembaharuan sosial telah merestui tindakan British pada tahun 1889. Dalam Akta berkenaan telah menyatakan halangan perkhawinan gadis berumur dibawah umur dan menghalang menjalinkan hubungan seks dengan gadis yang umurnya kurang daripada 10 tahun. Pada Persidangan Kongres di Calcutta Disember 1890, telah menyaksikan banyak penentangan dari pelbagai pihak sehingga mewujudkan kerjasama Kongres dan Persidangan Sosial Kebangsaan dan akhirnya telah membawa pertelingkahan pada tahun-tahun 1890an. Dapat dikatakan bahawa tindakan kongres ini dilihat lebih mengutamakan perpaduan politik daripada memeliharakan kesejahteraan sosial rakyat India. Akhirnya usul menyokong akta ini telah ditolak. Secara keseluruhan kehendak rakyat umum kurang diteliti namun perjuangan mereka hanya untuk memurnikan hubungan politik semasa mereka sahaja berbanding untuk kepentingan rakyat umum di India.
Sementara itu pula, seorang pemimpin yang kuat dalam Persatuan India iaitu S.N. Banerjea telah membangkitkan soal akta penghijrahan dalam negeri 1882[7]. Tujuan beliau melakukan bantahan untuk meluahkan ketidakpuasan ahli politik Benggal terhadap akta tersebut yang memberikan kuasa kepada syarikat perladangan Eropah di Assam untuk memberkas para pekerja kontrak yang ponteng kerja atau melarikan diri dan kemudiannya menyerahkan mereka kepada mahkamah supaya mereka dipenjarakan. Namun akta ini berat sebelah kerena semata-mata untuk memenuhi desakan para peladang Eropah yang mencari tenaga kerja dari Bengal dengan menawarkan gaji yang amat rendah sekali. Perwakilan Benggal meminta ahli Kongres telah mendesak kerajaan Bristish, namun telah ditolak oleh pucuk pemimpin kongres. Walaupun akta ini memberikan kesusahan kepada para pekerja kontrak, tetapi kongres tidak berganjak dengan keputusannya. Keadaan ini telah melihatkan tindakan kongres sebenarnya lebih mementingkan soal lain yang berhubung dengan masalah mereka sendiri dan tidak mengambil langkah yang drastik berhubungan dengan masalah rakyatnya. Sekali pun pada tahun 1888 bantahan telah dibuat namun ditolak hanya lapan tahun kemudian sahaja akta ini telah diterima balik. Peranan kongres tidak begitu menonjol untuk memperjuangkan kepentingan rakyat umum di India, malah apa yang mereka lakukan hanya lebih bersifat kepentingan peribadi untuk kongres dan ahlinya sahaja.
Satu lagi, Akta Penyewaan Tanah Benggal 1885 yang bertujuan menetapkan kadar sewa yang berpatutan dan menjamin hak para penyewa tanah untuk mengusahakan ladang mereka[8]. Namun keputusan daripada pucuk pimpinan Kongres Kebangsaan India sangat mengecewakan kerana tidak mengendahkan kepentingan rakyat umum India namun mereka hanya khuatir akta tersebut akan mencetuskan kemarahan tuan tanah. Dalam Kongres ini telah menimbulkan perbahasan dalam kalangan ahli. Misalnya J.R Mc lane berpendapat dasar kongres dikaitkannya dengan kepentingan ekonomi para pemimpinnya. Beliau berhujah bahawa pucuk pimpinan kongres telah berusaha menarik sokongan kelas harta tanah seperti zamindar di Benggal yang menjadi salah satu bantuan kewangan utama. Sehubungan itu, ternyata bahawa kongres lebih memberikan tekanan kepada kepentingan zamindar-zamindar berbanding kelas penyewa tanah[9]. Di sini terbuktilah bahawa usaha yang dibawakan oleh kongres tidak memperjuangkan kepentingan rakyat umum di India. Sebenarnya usul ini memberikan kebaikan kepada golongan petani namun telah ditolak kerana dikatakan akta tersebut akan menjejaskan ekonomi pucuk pimpinan Kongres Kebangsaan India yang terdiri daripada tuan-tuan tanah tersebut.
Selanjutnya berkenanan dengan Akta Pemindahan Hak Milik Tanah yang diperkenalkan di Bombay dan Punjab pada tahun 1900-1901[10]. Akta ini telah menyekat pemindahan hak milik tanah di desa kepada kelas-kelas bukan pertanian. Usul ini telah diterima pada tahun 1899 bagi menentang usul ini. Pada tahun 1900 usul ini akhirnya ditolak kerana mendapat penentangan daripada petani-petani dan tuan tanah muslim. Hal ini kerana akta tersebut hanya memberikan pemindahan tanah antara kelas-kelas pertanian tradisional, baik tuan tanah, petani dan ini hanya akan memberikan pulangan atau keuntungan kepada kelas tuan tanah yang terdiri daripada kaum muslim. Penggubalan akta ini telah memaparkan bagaimana puak Arya yang terdiri daripada kasta ceti dan saudagar Hindu sepertu Khatri, Arora dan Agarwall, mereka menganggap tindakan British ini adalah bertujuan menyekat pengaruhnya di desa. Para petani yang miskin dan terlibat dalam pertanian akan tertindas disebakan oleh akta ini dan tuan-tuan tanah seakannya mempunyai kuasa merampas tanah para petani yang tidak mampu menjelaskan hutang mereka. Para tuan-tuan tanah juga tidak akan menerima persaingan daripada sebarang kelas saudagar dan para ceti yang majoritinya tinggal di bandar. Pada Disember 1899, satu persidangan Kongres diadakan di Lucknow supaya mengutuk rang undang-undang kerana ia akan menjelaskan pinjaman kepada kelas-kelas pertanian, namun kongres masih enggan untuk mengutuk akta tersebut kerana gentar dengan bantahan kuat daripada para tuan tanah[11]. Kesimpulannya akta ini tidak dapat memelihara kebajikan kelas petani sedangkan akta ini membenarkan pemindahan tanah antara kelas-kelas pertanian tradisional baik tuan tanah mahupun petani maka ternyata sekali ini akan lebih menguntungkan kelas tanah dan mereka juga mempunyai hak untuk merampas tanah petani yang tidak mampu untuk menjelaskan hutang-hutang mereka. Pendirian Kongres Kebangsaan India tidak menampakkan untuk membela golongan bawahan seperti para petani yang memerlukan sebuah badan yang memperjuangkan hak mereka. Begitu juga kebanyakan rakyat di India terdiri daripada golongan petani yang dahagakan pembelaan dan keadilan hidup mereka yang sering ditindas oleh sistem yang tidak memihakkan kepada mereka.
Pemisahan Benggal merupakan satu lagi isu yang menunjukkan pendirian Kongres Kebangsaan India iaitu samaada kongres ini sebulatnya mengutamakan kepentingan rakyat umum India. Curzon telah membahagikan Benggal kepada Benggal Timur dan Benggal Barat atas keperluan pentadbiran tetapi alasan ini ditolak oleh golongan nasionalis. Isu pemisahan Benggal ini telah dikemukakan pada tahun 1905 dan telah dilaksanakan sepenuhnya pada bulan oktober pada tahun yang sama. Di bahagian barat benggal diduduki oleh orang-orang beragama Hindu iaitu orang Benggali manakala di bahagian timur diduduki oleh penduduk yang beragama Islam. Tindakan Curzon ini merupakan dasar pecah perintah yang memecahbelahkan orang Benggal mengikut agama dan cuba memajukan orang Muslim yang mundur di Benggal timur. Sehubungan dengan itu dasar ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati para pemimpin-pemimpin Kongres di Calcutta dan juga dasar ini disyaki sebagai satu strategi melemahkan kekuatan pemimpin dari Benggal yang bergiat aktif dalam Kongres Kebangsaan India. Para nasionalis telah bersatu padu menentang pemisahan Benggal dengan melakukan tunjuk perasaan besar-besaran sambil “Bande Matarem” dinyanyikan. Kemuncak perjuangan Radikal tercapai dalam persidangan Kongres Kebangsaan India pada 1906 di Banaves yang membantah dasar pemisahan Benggal dan membawa usul lain yang bersifat radikal diluluskan seperti, pulaukan barang-barang import British, beli barang Swadeshi, memperkenalkan pendidikan nasional dan berjuang untuk mencapai Swaraj iaitu kerajaan sendiri[12]. Namun usaha ini telah dikecewakan apabila pucuk pimpinan Moderat Kongres Kebangsaan India hanya menyokong menentang pemisahan Benggal tetapi tidak menyokong usul-usul radikal.
Kesanya kongres telah berpecah dua iaitu kumpulan Moderat dan puak radikal yang di ketuai oleh Thilak. Puak Radikal ini telah mula melakukan keganasan dalam usaha mereka menentang British[13]. Di sini sekali pendirian kongres tercalar apabila Kongres Kebangsaan India telah terpecah dua, pendirian yang kurang jelas dan mengamalkan keputusan yang berjaga-jaga telah membuatkan kesatuan dalam kongres digelombangkan dengan ombak perpecahan. Demikannya kepentingan memperjuangkan kepentingan rakyat umum di India tidak tercapai dengan sempurna apabila Kongres Kebangsaan India diselubungi perpecahan dan isu dikalangan para pemimpin meraka. Oleh itu, Bristish masih mempunyai kekuatan dalam melaksanakan segala dasar dan berada dalam keadaan selesa kerana tiada kuasa pendesak untuk menyalurkan desakan melalui organisasi yang boleh mengugat kewibawaan pemerintahan British. Daripada huraian di atas, adalah jelas bahawa pendapat Mehrotra dan Seal, bahawa kongres telah mengenepikan perkara-perkara yang bersifat tempatan boleh dipertikaikan[14].
5) Kebangkitan golongan radikal menjadi kayu ukur kejayaan perjuangan Kongres Kebangsaan India dalam mengutamakan kepentingan umum rakyat India.
Kesimpulan daripada semua isu yang diperjuangkan Kongres Kebangsaan India, kebanyakan isu berkaitan dengan kepentingan rakyat umum India namum masalahnya isu yang diperjuangkan mereka gagal sebab tidak memenuhi aspirasi rakyat dan tidak memperjuangkan kepentingan rakyat sepenuhnya. Namun akhirnya hanya golongan radikal yang memperjuangkan hak-hak orang India terumatanya golongan bawahan yang sebelumnya tidak mendapat perhatian pihak Kongres Kebangsaan India. Sedangkan selama ini golongan atasan dipentingkan dan golongan bawah sering dipinggirkan. Sehubugan itu jurangan antara dua golongan ini telah membangkitkan golongan yang lebih bersifat radikal. Dan pimpinan perjuangan radikal ini diteraju pemimpin seperti Bal Gangadar Thilak, Aurobindo Gosh, Biban Chandra Pal dan Lala Lapjat Rai yang mendesak Kongres Kebangsaan India supaya mengambil pendirian yang tegas terhadap dasar-dasar kerajaan yang tidak adil.
Bibliografi
Chandra, Bipan. Nationalism and Colonialism in Modern India,
Orient Longman Limited.New Dehli. 1979
Masselos ,Jim. Nationalism on the Indian subcontinent,
Tien Wah Press.Singapore. 1972
Mclane ,John .R. Indian Nationalism and Early Congress, Pringeton University Press. 1977.
Mclane.R .Indian Nationalism and Early Congress, Pringeton University Press. 1977.
Sarkar, Sumit. Morden India. 1885-1947.
Seal. Anil. The Emergence of Indian Nationalism.1968
Suntharalingam.R. Indian Nationlism An Historical Analysis,
Vikas Publishing House.1983.
Suntharalingam. R. Nationalisme satu tinjauan sejarah.
Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd.1985.
[1] R. Suntharalingam. Nationalisme satu tinjauan sejarah. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd. m.s 156
[2] Masselos,Jim. Nationalism on the India Subcontinet. Singapura. Tien Wah Press. 1972. m.s 63.
[3] R. Suntharalingam. Nationalisme satu tinjauan sejarah. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd. M.S 159
[4] Sarkar, Sumit. Morden India. 1885-1947. m.s 98-99
[5] Sarkar, Sumit. Morden India. 1885-1947.
[6] John R. Mclane. Indian Nationalism and Early Congress,Pringeton University Press. 1977. m.s130
[7] R. Suntharalingam. Nationalisme satu tinjauan sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd. 1985. M.S 161
[8] R. Suntharalingam. Nationalisme satu tinjauan sejarah. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd. M.S 164.
[9] R. Suntharalingam. Nationalisme Satu Tinjauan Sejarah ,Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd. 1985 m.s 165.
[10] R. Suntharalingam. Nationalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd.1985 m.s 165.
[11] R. Suntharalingam. Nationalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd. m.s 165.
[12]Bipan Chandra. Nationalism and Colonialism in Modern India, Orient Longman Limited.New Dehli. 1979
[13] R.Suntharalingam. Indian Nationlism An Historical Analysis, Vikas Publishing House.1983. m.s 134
[14] R. Suntharalingam. Nationalisme Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd. m.s 163.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan