Jumaat, 10 September 2010

Dengan merujuk kepada Pemberontakan Petani 1928 di Terangganu, siapakah yang harus dilihat sebagai penggerak sejarah, pemimpin atau rakyat? bahaskan

SOALAN 5 
           Penjelasan sejarah sememangnya satu unsur penting dalam penulisan sejarah, para ahli sejarah mengakui bahawa tugas menulis sejarah bukan hanya menceritakan butir-butir peristiwa-peristiwa yang lalu malah pula perlu menguraikan sebab mengapa peristiwa-peristiwa itu berlaku.  Sesuailah dengan pendapat Profesor.E.H. Carr yang mengatakan bahawa “Kajian sejarah adalah satu kajian-sebab musabab[1]”. Kepentingan soal penjelasan kepada sejarah sememangnya telah disedari sejak zaman Herodatus yang dipandang umum sebagai pengasas sejarah. Dalam Pemberontakan Petani 1982 penjelasan penggerak siapakah pengerak sejarah haruslah secara terperinci samaada pemimpin atau rakyat penggerak sejarah. Definisi perkataan ‘penggerak’ menurut  Kamus Dewan adalah galakan untuk menggerakkan  seperi faktor atau individu, manakala maksud “pemimpin” adalah orang yang memimpin dan rakyat merujuk kepada anak buah atau orang sebawahan.  Pada pendapat saya penggerak sejarah dalam Pemberontakan Petani di Terangganu disebabkan ketokohan seorang pemimpin iaitu Abdul Rahman Haji Limbong yang sangat berpengaruhi sebagai ulama dan di pandang tinggi umum dan bukannya disebabkan rakyat kerana rakyat hanya mengikut saja dan pemimpin memimpin. Terdapat beberapa faktor yang menyebabakan beliau diangkat para masyarakat menjadi pemimpin dan menjadi sumber inspirasi masyarakat memulakan Pemberontakan Petani 1982 di Terangganu.
Haji Abdul Rahman Haji Limbong adalah satu-satunya nama yang sering dikaitkan dengan Pemberontakan Petani 1982 di Terangganu. Nama sebenar beliau Haji Abdul Rahman bin Abdul Kadir manakal gelaran “Limbong” kerana berpunca daripada beliau sebagai guru di kampung Limbong yang terletak di Cukai, Kemaman.[2]  Ibu beliau adalah Tun Tijah binti Tun Akut yang berketurunan Tun Zain Indera dan bapanya Haji Abdul Hamid yang berasl dari Patani.Beliau dikatakan berasal dari Jengok Tong, Beladau Kolam, Kuala Terangganu dan ada juga mengatakan dari Bilang, Ulu Telemong, kampong di mana ibunya Tun Tijah berasal[3]. Pada zaman kanak-kanak beliau dihabiskan bersama-sama dengan bapa saudaranya di Mekah iaitu Haji Tun Mohammad Zain. Umur beliau tidak dapat begitu dipastikan tetapi menurut laporan beliau berada dalam lingkungan 60 tahun ketika Pemberontakan Petani 1982 maka kemungkinan beliau dilahirkan pada tahun 1868.  Beliau telah meninggal dunia pada bulan November 1929 di Mekah[4] .
Faktor latar belakang pendidikan beliau menjadikan seorang yang berilmu dan rakyat memandang tinggi ilmu yang dimiliki beliau. Pada permulaan pendidikan beliau, guru pertamanya apabila pulang ke tanah air adalah Haji Yaacob Paya Bunga dan selepas itu Haji Wan Musa menjadi gurunya. Setelah berpengalaman berguru dengan beberapa orang lain, Haji Abdul Rahman Haji Limbong memilih berguru dengan Tok Ku Paloh. Pendidikan yang diterimanya menjadikan beliau seorang yang warak, tenang hati, bersopan santun tetapi keras dan tegas terhadap mereka yang engkar kepada agama. Beliau berpegang teguh kepada Tarekat Naqsyabandiah dan beberapa kitab seperti Mantan Ummi al-Barahin dan Siyarul Solikin dari karangan Al-Ghazali yang membicarakan Hakikat dan syariat, fikah, usul dan tasawuf. Dalam beliau mengaji pelajarannya, beliau suka bermuatalah dan bersendirian mungkin untuk mendapatkan perhatian khusus daripada Tokku Paloh kerana pencapaiannya  mendahului murid-murid lain. Pencapaian ilmu agama beliau begitu tinggi sekali sehingga Tokku Paluh sendiri membayangkan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai pengantinya dan menjadi murid kesayangan Tokku Paluh. Sifat yang ada pada beliau sememangnya amat diperlukan masyarakat kerana masyarakat desa atau petani mempunyai nilai- nilai hidup dan norma-norma masyarakat sendiri. Keintelektualan yang ada pada beliau memberikan kelebihan pada dirinya, oleh itu masyarakat setempat sangat menghormati dan menghargai ilmu beliau. Jadi bagi masyarakat tradisional pada masa itu Haji Abdul Rahman Limbong seorang yang memang layak menjadi pemimpin memandangkan ilmu yang dimilikinya sangat tinggi. Lagipun masyarakat tani pada masa itu sangat bergantung kepada tanah, mengamalkan hidup yang simple dan mengutamakan nilai-nilai hidup kerohanian lebih dari nilai-nilai kebendaan. Pemberontakan Tani adalah disebabkan rakyat mengagumi ilmunya itu dan menanggap bahawa beliau adalah tokoh yang terbaik pada ketika itu.
            Seterusnya Abdul Rahaman Haji Limbong dikatakan seorang ulama yang kuat beramal. Pada Hari Raya beliau biasanya mengurung diri di dalam rumahnya selepas sembahyang Hari Raya dan beribadat tanpa menghiraukan mereka yang yang datang membawa makanan kepadanya. Beliau bersikap begitu kerana tidak ingin menggalakkan  orang ramai bersusah payah terhadapnya seperti tradisi orang Melayu yang begitu menghormati ulama. Dalam hidup beliau amat menjauhkan diri daripada dipengaruhi oleh semangat kebendaan contohnya cara berpakaian beliau iaitu  baju Melayu atau jubah putih, seluar potong “cina”, terendak dan terompah yang semuanya pakaian simple. Begitu juga beliau tidak pernah bertentangan mata dengan perempuan lain walaupun muridnya sendiri dan isterinya sendiri sukar untuk dilihat orang lain hatta khadamnya sendiri serta beliau juga hanya memberi salam kepada lelaki saja. Seorang ulama yang bertanggungjawab seharusnya seorang yang  menyampaikan ilmunya kepada masyarakat dan memupuk nilai-nilai Islamiyyah. Haji abdul Rahman merupakan seorang ulama sebegitu, beliau mengajar di suraunya iaitu Jonggok Tong Beladau sewaktu pada nafas-nafas akhir gurunya Tokku Paluh, selepas gurunya meninggal beliau mengajar di Surau Sayyid al- Sagof.[5]  Terdapat beberapa kitab yang digunakan beliau untuk mengajar seperti Tahrir,Hidayat Us-Salikin, Matan Ummi al- Baharin, Siyarul Solikin, Durul Al-Nafis Dan Muttamimmah. Beliau mengajar di banyak tempat iaitu Kuala Terangganu dan tempat lain seperti di Temelong, Ulu Terangganu di samping itu,  beliau juga pernah pergi ke Sambas, Jambi, Berunai, Riau, Kelantan, Patani dan Kedah. Golongan istana seperti Tengku Nik Maimunah ( Tengku Nik Haji), Tengku Muhammad (Raja Darat) dan Tengku Ismail dan Sayyid al- Sagof adalah muridnya yang paling berkelayakan. Haji Abdul Rahman merupakan ulama yang penting dalam pembangunan pergerakan sosial tradisi. Semua ini kerana dengan pendirian dan amalan keagamaannya, serta pemahamnya tentang norma-norma hidup masyarakat taninya, status beliau sebagai seorang pemimpin lebih mudah lagi diterima. Perhubungan guru dengan pelajar adalah asas yang mewujudkan brotherhood solidarity dan beliau sangat terkenal dikalangan murid-muridnya sebagai seorang tokoh agama yang tinggi peribadinya. Rata-rata mereka menanggap beliau adalah orang yang paling layak menjadi pemimpin dan keyakinan ini kerana jika dilihat dari segi ideologi millenarianisme iaitu harapan tibanya suatu tempoh hidup bahagia dengan tiada tiada tindasan, tiada ketakadilan, tiada beban hidup dan tiada wabak penyakit- tetapi kehidupan yang makmur[6]. Kepimpinan beliau dalam agama membuatkan lagi beliau sangat dihormati dan mempunyai pengaruh yang besar kerana ramai rakyat mengenalinya. Jadi penduduk tempatan tidak ragu-ragu lagi menerimanya sebagai pemimpin ini kerana lazimnya masyarakat tradisional sangat sukar untuk hendak memepercayai orang asing disebabkan kehidupan mereka dalam ruang sosial yang sempit dan tidak memepunyai idea yang luas dalam perhubungan. Golongan elit agama sangat penting di dalam pembangunan pergerakan sosial dan kepimpinan mereka merupakan simbol yang penting dalam masyarakat tradisional.
 Seterusnya beliau juga mempunyai keistimewaan sendiri iaitu manusia yang keramat. Terdapat beberapa peristiwa yang membuka mata masyarakat melalui peristiwa-peristiwa yang luar biasa, semua ini kerana masyarakat dahulu masih mengamalkan nilai-nilai yang lama dan islam. Contohnya peristiwa seorang pelombong China membiarkan air lombong membanjiri tanahnya dan dia juga mencela beliau dan keesokan harinya lombong China itu dibanjiri air dan mengalami kerosakan[7].  Seterusnya peristiwa beliau menghilangkan diri, dan muncul di tempat lain iaitu beliau dikatakan bersendirian berselimut dengan kain pelikat duduk atas batu tetapi tiba-tiba dirinya berdiri di tebing sungai seberang sedangkan tiada terdapat perahu dan beliau juga tidak pandai berenang. Begitu juga dalam peristiwa seorang miskin yang menemuinya telah disuruh mengambil sebanyak seratus gantang padi sebagai bantuan untuknya tetapi oleh kerana ketamakan orang itu yang mengambil lebih, akhirnya dia tidak dapat balik ke rumahnya walaupun beberapa kali dia cuba untuk meninggalkan rumah beliau namun setelah dia meminta maaf daripada beliau baru orang miskin itu dapat melepaskan diri. Satu lagi peristiwa iaitu beliau telah meninggalkan pesanan  untuk menjemput orang-orang yang membersihkan jalan, tetapi mereka menyatakan itu bukannya dibuat oleh beliau lalu penyakit senak perut menyerang mereka tetapi penyakit itu hilang apabila mereka datang bekerja. Beberapa cerita juga, menyatakan bahawa beliau tidak basah apabila ditimpa hujan dan begitu juga dengan seorang murid beliau  yang berteduh di dalam jubah semasa mereka bersama di dalam perahu mengihir sungai, manakala orang lain yang menjadi pengayuh yang basah ditimpa hujan. Kekeramatan beliau itu mengukuhkan lagi ketokohan  beliau dan menambatkan lagi hati orang ramai kepada kepimpinannya.[8]
Dalam aspek ekonomi, kehidupan beliau boleh dikatakan dalam keadaan yang kukuh kerana beliau menjalankan perniagaan. Haji Abdul Rahman memiliki beberapa buah perahu besar, perahu bedor dan motorboat untuk menjalankan perniagaan beliau. Di samping itu juga, beliau mempunyai beberapa bidang tanah dusun yang ditanam dengan kelapa sawit di pasir Tebakang, di Beladasu, Di Pulau Timggul( juga kebun pisang); kebun getah di bukit Gelugor, di Sarawak, di  Sungai Pinang, Kemaman, tanah padi dan dusun kopi di Telemong serta tanah padi dan dusun kelapa di Kemaman[9]. Tanah itu diuruskan orang lain dan sekali-sekala saja beliau menjengoknya. Jika kita melihat usaha beliau ini, seakan-akan mementingkan pengumpulan harta tetapi sebenarnya beliau berusaha menyediakan bantuan kepada orang ramai. Melalui usaha yang memberikan khidmat kepada masyarakat ini, beliau dilihat masyarakat sebagai seorang yang mulia dan mempunyai harta benda yang banyak, oleh itu tidak sukar masyarakat menerimanya sebagai pemimpin.
Beliau juga merupakan wakil kepada golongan petani kerana beliau memohon Lesen Wakil sebagai peguam daripada kerajaan untuk  43 orang yang membersihkan dan membuka tanah tanpa pas dan dijatuhkan hukuman $100 seorang. Mengikut undang-undang mengenai tanah diluluskan dan dikuatkan dalam tahun 1921 yang menyatakan bahawa setiap pertempatan sementara dimestikan membayar lima puluh sen setahun apabila hendak membersihkan tanah dan juga tidak boleh menebang pokok kayu yang berumur kurang daripada tujuh tahun. Maka orang-orang Telemong bangkit menentang dalam bulan Julai dan Ogos 1921. Dalam perbicaraan Haji Abdul Rahman menyatakan “ Tanah adalah hak Allah bukan hak negeri, dan negeri tidak ada hak mengenakan cukai tanah”[10].Perbicaraan kali ini memihak kepada beliau kerana peguam bela gagal membuktikan perbezaan  tanah Allah dan negeri dan perbicaraan ditangguhkan pada 31 Oktober 1922. Pada perbicaraan yang kedua beliau juga menimbulkan persoalan mengenai apakah bentuk kerajaan dan bentuk tanah mati dan perbicaraan kali ini juga ditangguhkan kepada Isnin 6 November 1922. Pengelibatan beliau sebagai peguam menyebabkan Pesuruhjaya Polis Terengganu, A Cheers menghantar mata-mata menjemput Haji Abdul Rahman Haji Limbong datang menemuinya namun beliau enggan. Kemudian menjemput beliau menemuinya dibalai polis pada hari Khamis 2 November 1922 untuk mendapat maklumat mengenai perhimpuan dan pembersihan tanah di Telemong. Pada Khamis 22 A. Cheers menjemputnya datang ke balai polis untuk memberi keterangan tentang perhimpunan di Telemong namun beliau menolaknya lagi. Kemudian A.Cheers dengan ditemani oleh Sub-Inspektor Syed Harun datang ke rumah Haji Abdul Rahman Haji Limbong dimana beliau pada ketika itu sedang duduk ditangga rumahnya, di hadapan kira-kira 20 orang muridnya. Beliau dijemput hadir ke balai polis oleh A.Cheers namun ditolak beliau juga dan pegawai Inggeris itu memberikan amaran  supaya beliau menimbang semula jemputannya itu jika tidak paksaan akan digunakan. Ternyatalah beliau tidak mengendahkan juga dan terus meneruskan latihan silat pedang. Setelah berbagai cara gagal untuk membawa beliau ke balai polis untuk mendapat keterangan, J.L Humphreys Penasihat British mengambil keputusan akan menyaman beliau melalui Sheik-ul-Islam iaitu anak Tuk Ku Paloh, Tuan Embong, namun sekiranya beliau mematuhi arahan, dia akan dilayan dengan baik. J.L Humphreys berjaya memujuk Embong mengeluarkan saman ke atas beliau melalui Jabatan Agama. Haji Abdul Rahman Limbong datang ke pejabat dengan beberapa orang anak muridnya yang menunggu di luar.  Dalam penjelasan beliau, menyatakan tidak menjemput penduduk desa datang mendengar perbicaraannya dan tidak terlibat dalam perhimpuan 1922. Dato’ Seri Amar Diraja mensyorkan agar tuduhan terhadap beliau digugurkan namun A.Cheers tidak bersetuju dan mencadangkan beliau harus dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Setibanya disana A. Cheers membacakan kenyataan bahawa mereka yang ditahan itu membawa senjata di hari perbicaraan dan mereka mengatakan bahawa Haji Abdul Rahamn Limbong yang menyuruh menbawa senjata. Namun beliau menafikan bahawa itu bukan tindakan beliau, justeru itu A.cheers beri amaran kepada beliau agar tidak menggunakan pengaruhnya menyekat orang ramai daripada menghadiri halaman mahkamah jika perbicaraan diadakan kelak. Pada 5 November 1922 perbicaraan diadakan lagi yang dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tanah namun ditangguhkan ke tarikh 20 November 1922 kerana ramai orang yang datang. J.L Humphyers telah melakukan pelbagai tindakan untuk menyekat orang ramai tetapi menemukan kegagalan dan akhirnya Lesen Wakil yang diberikan kepada Haji Abdul Rahman Limbong dibatalkan mengikut peruntukan No.2 1339(1920/1991) dimana kerajaan boleh menbatalkan lessen tanpa ganjaran kepada pemegangannya dan cadangan ini dipersetujui oleh Dato’ Seri Amar Diraja, Sheikh-ul-Islam dan Engku Said. Perbicaraan pada 22 November 1922 dibatalkan sebab J.L Humphreys bimbang meletus kekacauan pada itu kerana pada hari yang sama juga Haji Abdul Rahman Limbong ada mengadakan kenduri besar-besaran bagi pengkhataman seorang Cina  yang baru memeluk Islam. Oleh itu, beliau dikenakan saman dan dipangil ke Pejabat Agama agar beliau melibatkan diri dalam dalam tugas-tugas yang baik dan jangan terlibat dalam sebarang gerakan. Lesan Wakil beliau ditarik balik dan ditegah untuk mengadakan kenduri tetapi beliau tidak menentang pembatalan malah beliau menegaskan pengelibatannya dalam perbicaraan ialah untuk menjamin bahawa keadilan ke atas rakyat, ini kerana terdapat penindasan dan pemerasan oleh Pejabat Tanah.  Semua tindakan ini kerana J.L Humphyers ingin mengurangkan pengaruh beliau. Ditambahkan lagi J.L Humphyers. telah menjatuhkan hukuman kepada meraka yang membawa senjata pada perbicaraan 31 Oktober 1922 dan rakyat digalakkan terlibat dalam pembersihan tanah untuk membuat jalan raya. Sebagai kesimpulan daripada peristiwa ini, beliau mewakili sejumlah petani Hulu Terangganu khasnya di kawasan Temelong kerana beliau mengajukan surat kepada Persurujaya Tanah Terangganu supaya menimbangkan kesamaan hak milik tanah. Secara keseluruhan Haji Abdul Rahman Haji Limbong menunjukkan beliau ketua petani di Telembong. Oleh kerana keterangan milik tanah tidak jelas menyebabkan ramai petani merasa bimbang untuk mengambil pas. Bagi mereka  pas itu hanyalah untuk tanah kerajaan dan sekiranya mereka mengambil pas itu bermakna tanah mereka adalah milik kerajaan, oleh itu ramai yang di denda kerana tiada memiliki pas. Kepimpinan beliau terselah lagi apabila menjadi ketua bagi petani iaitu beliau berjumpa dengan Pesuruhjaya Tanah mewakili 508 orang petani yang membersihkan tanah tanpa pas.  Beliau memberikan pertaruhan wang sebanyak $250 dengan alasan agar kerajaan tidak menyaman atau memenjarakan mereka. Haji Abdul Rahman Haji Limbong menjelaskan bahawa tanah itu telah dimiliki kerana para petani mengusahakan tanah bergilir-gilir sejak zaman Sultan Zainal Abidin 1 hingga Sultan Zainal Abidin yang ke-3.  Pemilikan tanah pada masa itu tanpa bayaran malah sultan juga memberikan hak milik. Penduduk Telemong selalu mengadu masalah kepada beliau dan mendengar nasihat dan pendapatnya, misalnya petani tidak membayar sendiri pas di Pesuruhjaya Tanah untuk mendapatkan tetapi menyerahkan jumlah wang tersebut kepadanya untuk dibayar. Kekacauan telah berlaku di Telemong pada tahun 1925 kerana kira-kira 300-500 orang datang pada 3 Mei 1925 untuk membersihkan tanah Tengku Nik. Disebabkan kekacauan ini maka pada 27 Mei 1925 Datuk Seri Lela Raja datang ke rumah beliau dengan membawa surat perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah untuk menjelaskan pekara yang terjadi pada 1925[11]. Beliau bersetuju datang ke istana menghadap sultan.
 Pemberontakan Tani  tercetus pada Mei 1928 kerana penentangan terhadap enakmen baru iaitu sistem tanah. Peranan Haji Abdul Rahman Limbong sebenarnya tidak begitu ketara dalam kekacauan ini namun ketua-ketua kebangkitan datang ke rumahnya untuk mendapatkan nasihat dan ini secara tidak langsung melibatkan beliau wahal beliau hanya sekadar berperanan menaikkan semangat rakyat tani yang tertindas. Pada ketika itu juga beliau tiada berada di sana tetapi di Beserah namun sukar kita hendak nafikan bahawa pengaruh beliau digunakan sepenuhnya untuk mengerah masyarakat tani bangkit bertindak menuntut keadilan. Penyatuan rakyat yang menyeluruh ini dikaitkan lagi dengan Syarikat Islam yang pernah dikunjungi beliau di Beserah.[12] Kebangkitan ini mencetuskan peristiwa berdarah dimana para petani telah ditentang oleh pihak kerajaan di Ulu Telemong ini kerana keengganan mereka dilarang menebang hutan dan menanam padi huma tanpa mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah dahulu. Kerajaan British ingin menangkap beliau sedangkan beliau tiada di Terangganu pada masa kekacauan berlaku namun beliau menyerahkan diri di Istana Maziah. Jelaslah bahawa pemimpin yang mengerakkan sejarah seperti pendapat Timah Hamzah dalam bukunya,
“ perjuangannya dalam masyarakat bukanlah atas kepentingan dirinya sendiri tetapi untuk kepentingan dirinya sendiri tetapi untuk kepentingan masyarakat petani seluruhnya”[13]

  Abdul Rahman Haji Limbong telah didapati sah bahawa beliau adalah ketua yang menghasut orang kampung supaya tidak membayar cukai kepada kerajaan dan kerana ajaran beliau juga pemberontakan 1928 tercetus. Beliau telah dihantar dengan pasukan polis ke Singapura dan diserahkan kepada kerajaan Singapura dan dari sana dengan perbelanjaan kerajaan Terangganu beliau dihantar ke  Mekah dan diberikan wang sebanyak$50/- setiap bulan.[14] Ketika Mekah beliau pernah membuat permohonan kembali ke Terangganu namun gagal, oleh itu beliau membuat” Surat Kuasa” kepada Haji Wan Embong bin Haji Muhammad yang ditinggal di Kota Lama menguruskan hartabenda, pembayaran, kutipan hutang, serta juga belanja yang cukup kepada isterinya.
Sebagai kesimpulan bagi penjelasan siapakah penggerak sejarah iaitu pemimpin atau rakyat adalah melalui penjelasan tentang ketokohan Abdul Rahman Haji Limbong, saya sebulat kata mengatakan pemimpin yang mengerakkan sejarah. Dalam terletusnya pemberontakan ini masyarakat tani sememangnya menjadikan Abdul Rahman Haji Limbong sebagai sumber pengerak kerana pengaruh dan ketokohan yang ada pada beliau sangat dikagumi oleh masyarakat tani. Boleh dikatakan juga jika tiada seorang yang tidak menjadi ketua sesuatu organisasi itu tidak bergerak dan rakyat hanya menjadi penunainya saja. Dalam buku yang ditulis Suntharalingam.R menyatakan,
“...bahawa penentu kejadian sejarah ialah individu-individu seperti Raja Darius, Croesus atau Xerxes, sedangkan kelompok-kelompok seperti orang kebanyakan atau rakyat  secara amnya hanya dipandang sebagai menunaikan kehendak para pemimpin Mereka”.[15] Akhir kata, ketokohan Haji Abdul Rahman Haji Limbong adalah penggerak utama Pemberontakan Tani 1928 di Terangganu.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
           
       


      
        
          
                                                            



[1] Suntharalingam.R. Pengenalan Kepada Sejarah. Penjelasan Dalam Sejarah.Kuala Lumpur,1985.
[2] Timah bt Hamzah. Ulama dan kebangkitan Anti British: Pembabitan Haji Abdul Rahman Limbong. Bab 14
[3] Timah Hamzah. Pemberontakan Tani 1928 Di Terangganu. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1981.
[4] Buyong Bin Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Bab 20. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1983.
[5] Timah bt Hamzah. Ulama dan kebangkitan Anti British: Pembabitan Haji Abdul Rahman Limbong. Bab 14
[6] Timah bt Hamzah. Ulama dan kebangkitan Anti British: Pembabitan Haji Abdul Rahman Limbong. Bab 14
[7] Abduilah Zakaria bin Ghazali. Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid. 1992
[8] Timah bt Hamzah. Ulama dan kebangkitan Anti British: Pembabitan Haji Abdul Rahman Limbong. Bab 14

[9] Timah Hamzah. Pemberontakan Tani 1928 Di Terangganu. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1981.

[10] Abduilah Zakaria bin Ghazali. Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid. 1992
[11] Abduilah Zakaria bin Ghazali. Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid. 1992
[12] Timah bt Hamzah. Ulama dan kebangkitan Anti British: Pembabitan Haji Abdul Rahman Limbong. Bab 14
[13]  Timah Hamzah. Pemberontakan Tani 1928 Di Terangganu. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1981.

[14] Buyong bin Adil.Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan abad 15-19. Bab 20                                    
[15]  Suntharalingam.R. Pengenalan Kepada Sejarah. Penjelasan Dalam Sejarah.Kuala Lumpur,1985

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka