Jumaat, 31 Disember 2010

Musik dalam penyembahan: Duniawi atau Syurgawi ?

              Mungkin kita pernah terfikir bahawa pujian dan penyembahan hanya dalam lagu berunsur kristianiti, misalnya menceritakan tentang kebaikan Tuhan, lagu-lagu berunsur doa dan selanjutnya. Namun sebagai seorang yang dipakai dan mempunyai bakat dalam seni musik seharusnya tahu bahawa bakat dan karunia itu diberikan Tuhan, oleh itu semuanya hendaklah memberikan kemuliaan kepada Tuhan. Disini saya akan cuma membawa penjelasan tentang musik, apabila seoarang kristian mendengar lagu rohani sesungguhnya lagu tersebut berunsur penyembahan dan pujiana kepada Tuhan, namun kita selalu mendengar tegahan dalam mendengar lagu duniawi kerana lagu duniawi berunsur yang tidak alkitabiah dari segi liriknya menguanakan perkataan yang tidak baik namun bukan semuanya begitukan. Kebanyakan lagu sekarang yang diminnati muda mudi terutama tentang lagu cinta dan kasih. 
        Dari liriknya banyak menceritakan kisah kasih dan cinta dalam kalang masa muda dan perasaan sayang. Adakah salah seorang Kristian mendengar lagu duniawi? Berdosakah? Ini kerana dalam alikitab mengatakan seseorang yang bersahabat denagn duniawi bermunsuh dengan Tuhan. Masalah ini sering timbul dalam kalangan muda mudi kristian yang baru bertumbuh kerana mereka lebih suka kepada muzik yang lebih rancak dan mengikuti perkembangan semasa. Namun biasanya  muzik di gerija dalam minda umum sesuatu yang memboringkan dan bersifat tidak mengikuti arus semasa. Banyak persoalan timbul di sini? malah saya sendiri pernah mendengar kata seoarang pastor  berkhotbah sebagai seorang yang bertaubat jangan dengar lagi lagu-lagu duniawi dan beliau juga mengatakan bakar semua CD dan juga poster artis keran asemua itu bersifat duniawi dan berunsur kepada dajal. Ini kerana kalau musik itu bukan untuk Tuhan untuk siapa lagi tentulah untuk Sitan.


Persoalan ini sememanng sering kita alami terutama dalam kabar-kabar berita sekarang ada sesetengah lagu berunsur dajal dan penyembahan roh-roh. Malah ada seoarang kawan saya pernah berkongsi sesetengah lirik lagu terdapat memuji Sitan apabila diterbalikkan liriknya dan juga terdapat lagu musiknya berunsurkan seram dan berlatarbelakangkan kuasa kegelapan. Disini saya cuba menanyakan pada saudara dan saudari pernahkah saudara dan saudari mendengar musik sebegini? sebelem atau selepas anda mengenali Yesus?
Bagi penulis sendiri, pemilihan lagu yang di dengar adan sifat hatri kita kepada lagu itu amat penting saudara. Banyak lagu sekarang kita kena berhati-hati memilih untuk mendengarnya bukan semua lagu sekarang adalah hanya lagu semata-mata. Ya mungkin kita berkata " oh itu lagu saja bah" yang oenting kita jangan terikut. Mungkin ada juga yang berkata " relex lah just for fun bah".  Jika kita melihat sendiri musik itu mempunyai kuasa dalam mengubah hidup seseorang. Belaian daripada musik itu akan memberikan satu pemulihan emosi terutama apabila lirik dan bunyi musik tersebut amat menyentuh jiwa seseorang. 


           Penegasan disisni, mendengar lagu duniawi tidka salah namun kita harus memilih lagu yang ada lirik dan bunyi yanag mempunyai nilai yang baik dan berbentuk pengajaran dan memberikan view yang boleh membawa kita kepada ke arah kebaiakna. Sifat hati kita juga penting , ini kerena itu akan menentukan bahawa kita meletakan Tuhan atau duniawi dalam atau hidup kita. Alkitab mengatakan kasihilah Tuhan kamu denaga sepenuh fikiran, hati dan jiwa kamu, sesungguhnya kita tidak boleh menduakan Tuhan dengan berhala iaitu pekara lain yang boleh membawa kita ke arah jalan yang terpesong. Sebagai contoh seoarang penyanyi kritian menyanyikan lagu duniawi, ini kerena bernyanyi merupakan periuk nasi mereka. Kita tak boleh menghakim mereka bahawa lagu duniawi itu adalah tidak baik, ini kerana setiap orang diciptakan Tuhan ada kelebihan masing-masing. Tapi masalahnya adakah sifat hati kita betul kepada Tuhan? sebagai oranag kritian kita harus menjadi terang dalam pelbagai bidang dan lakukan yang terbaik untuk kemuliaan Tuhan dan bukan kerana kemegahan diri kita sendiri. 


Baru-baru ini, penulis baru balik daripada konsert Jazz Band disana terdapat beberapa kawan penulis yang turut beserta bermain disitu. Mereka merupakan orang-orang yang percaya, saya dan kawan-kawan daripada Persaudaraan Kristian Agape pergi melihat dan memberikan sokongan kepada sahabat-sahabat kami ini. Pada masa tersebut, penulis teringat satu kesaksian tentang seorang penanyi di China yang digunakan Tuhan untuk penginjilan melalui musik.
       Tuhan menyentuh saya tentang penghiburan yang datang dari Tuhan. secara teori alkitabiahnya Tuhan adalah sumber sukacita dan penghiburan kita yang sejati dan kekal selamanya, sebagai ornag yang mengenal Tuhan kita mempunyai Rod Kudus yang dalam diri kita yang memberikan kita kekuatan dan penghiburan dalam hati kita. Tuhan itu sumber penghiburan kita, apabila kita mendapat sukacita dan damai sejahtera daripada Tuhan kita harus membahagikan kepada semua orang. Di dalam Dewan Budaya pada hari tersebut, saya melihat pelbagai jenis orang dan bangsa yang hadir di situ, bukan smeua orang yang hadir pada masa tersebut mempunyia sukacita namaun mungkin ada yang mempunyai masalah dan  beban dalam hidup mereka. Saya memberikan ucapan taniah kepada Sahabat PKA saya yang terlibat dalam Jazz Band pama malam tersebut ini kerana kehadiran anda dalam Jazz Band itu ada membawa berkat dan ini juga merupakan sebuah rencana Tuhan. Terima kasih kerana menjadi penghibur dengan bakat yang ada pada kalian dan sifat hati kepada Tuhan adalah paling penting. Pada malam tersebut semua orang sangat menyukai anda, seperti Raja Saul sukakan David bermain kecapi.


      Tuhan mengunakan umat pilihannya sebagai berkat kepada semua orang. Oleh itu, penulis rasa sangat bersyukur kerana bakat yang ada pada sahabat penulis tadi digunakan untuk meghiburkan orang. Dari alkitab kita melihat contoh Daud ketika dia bermain gitar kepada raja Saul, segala kepahitan dan susah hati Raja Saul disegarkan. Satu yang Tuhan berbicarakan disini kepada penulis, menyembah tuhan dan meninggikan namanya bukan hanya membawa lagu pujian dan penyembahan sahaja, namun sifat hati dan kesaksian kehidupan kita lebih penting daripada semua itu. Dalam alkitab mengatakan lakukanlah semua pekara itu bukan untuk manusia tetapi untuk Tuhan. Apabila Saudara dan saudari mempunyai bakat dalam sesuatu, sebagai contoh pemain bolasepak yang terkenal dari Brazil iaitu Kaka menggunakan bola sepak untuk membawa dunia kepada Tuhan dengan kesaksiana beliau disembuhkan daripada sakitnya dan kesaksian perkhawinan beliau juga. Kaka pernah mengemparkan seluruh dunia denga baju dia tertulis " I'm belong to Jesus".  Tuhan itu sangat luar biasa , seandainya anda ingin digunakan oleh Tuhan secara luarbiasa carilah karunia dan bakat anda dan lakukan pekara tersebut untuk kemuliaan Tuhan. Tuhan memberkati.


Ayat Renungan


Daud,  1 Samuel 16:22-23
Kemudian Saul mengirim pesan kepada Isai, "Aku suka kepada Daud. Izinkanlah dia tetap tinggal di sini dan melayani aku."
Sejak itu, setiap kali Saul didatangi roh jahat itu, Daud mengambil kecapinya dan memainkannya. Lalu Saul merasa tenang dan nyaman lagi, karena ditinggalkan oleh roh jahat itu.


Kolosi 3: 23-24
Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia. Kamu tahu, bahwa dari Tuhanlah kamu akan menerima bagian yang ditentukan bagimu sebagai upah. Kristus adalah tuan dan kamu hamba-Nya.


Matius 22: 37
Jawab Yesus kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu.

Jumaat, 24 Disember 2010

Enough to Eat

Where is the Love?
Where is the Hope ?
With Faith?
When the time come,
A men walking in the rain alone

There a joy but
why I cant feel it
Blessing ?
Is so far for me.
Victory?
Is a long journey.

Into the battle field,
Win or Lose ?
Everthing is enough to eat.

Khamis, 23 Disember 2010

Lumberjack cutting the tree with sharp axe

Lumberjack cutting the tree with sharp axe, 
when the time come, you think about your future, 
when you alone your mind keep thinking about what will happen if tommorrow come. 
But your heart keep asking why? 
I can not hold this anymore. 
One is the begining, 
and two is perfect 
but three is complete. 
Can You hear the lumberjack keep swinging his axe to the tree.
Can your heart know when the wind of love blow. 
Is not easy
when you love somebody 
but is need a time to grow. 

When you love somebody, 
Everyday keep asking why the sky is so blue.
Even though now Christmas season 
When the blue day become red ? and I wonder? 
O Lord, This time is really hurt for me. 
When the snow down to the earth 
and there a men walking alone. 
His eyes see something that is so far away. 


River flows with the song peace and wisdom,
When the time you can’t walk alone anymore
When you realize you no more teenager
but now is the time you need to think about your life
this Christmas make me wonder about life
New Year come and pass by, 
but  2011 is around the corner
when the young native come along to Penang
leave his family alone
is so far away
and his heart miss her mum and
having a great tea break with his Dad

Now his heart taken away
because of roses is so red
And the snow down
and when the night is come
the land is so dark
and the moon the only light I can see
and the star is so bright
and I wonder
why the shadow come after light

I just want you to know
I love the way you are
The there a million girl out side there but
only in you I can see ;
your strong,
your faith;
your beautifull;
your is your;
Creation from Him.

I love the way your are
whether there is hope ?
everyday pass by
I still waiting
Like a newspaper i want everyday to read
and undertand how deep and how long
time is the time
heart is all about heart
your is the reason.

And God I surrender all of my hope, love and faith for You
is hurt but but only this i can do
because I know I can't depend to myself and what i want,
but your know everthing that i want
and let your will be done 
if there a wrong
I will make a U-turn
but before that
I want to risk it.
Risk It, U-Turn.


0.2% Memory.

Amen.

Isnin, 13 Disember 2010

Adakah kisah Si Kudung akan berulang lagi?

Kisah Si Kudung :http://meruankungenang.blogspot.com/2010/11/sajak-si-kudung-kisah-benar.htm

Namun Aku bertanya kepada diri sendiri adakah aku sedar apa yang saya sedang buat? Adakah ini kerana perasaan atau sebuah panggilan dariNya. Bagaimana diriku untuk mengenali bahawa "dia" itu mungkin milik ku? Sering bertanya kepada diri sendiri. Mungkin kah Kisah Si Kudung ini akan berulang kali kali lagi. Sejak kebelankangan ini telah tewas dalam empat peperangan di medan perang, namun Si kudung tetap berjuang mencari erti Cinta sejati. Dimanakah Cinta Sejati Itu? Adakah semua indah atau Indah Pada WaktuNya http://meruankungenang.blogspot.com/2010/11/segalanya-indah-pada-waktunya.html.

Dalam ini adakah timbullah ketidakpastian tentang apa yang aku lakukan sekarang, adakah aku sebenarnya mencari Cinta atau Cinta sejati itu datang sendiri? adakah Cinta Sejati itu di cari atau  datang sendiri? Bertanya kepada diri sendiri. Adakah ini kepastian? 

Dalam hati ini timbul perlawanan kehendak diri atau kehendakNya? Dimanakah Cinta Sejati?  adakah Ini perasaan dan berharap semata-mata. Adakah ini saudagar Cinta yang masih mencari pembeli mutiara yang sejati? Timbul lagi persoalan tentang masa depan ? Apakah Kerjaya aku selepas bergraduet nanti, bagaimana keluarga ku? Seandainya Si Comel itu? Latar Belakang mungkin adalah masa utama, budaya ? status? keluarga?
banyak persoalan bila benih Cinta di benak fikiran ini. Adakah saya ini lelaki yang berjiwang? Seorang yang mudah jatuh cinta dan gelabah dengan hati ini. Kenapa aku sangat lemah apabila berhadapan dengan kaum Hawa, walaupun saya sering untuk cuba menguatkan diri dan memberikan fokus kepada sesuatu yang lebih bermakna? Adakah ini nafsu atai Cinta Sejati yang masih mencari ataua Cinta sejati yang akan datang? Ini kerana Diri ku begumul dengan dua hadiah yang datang serentak namun aku mempunyai kehendak lain bukan hadiah itu. Ini kerana hadiah adalah rasuah cinta namun, aku masih mencari diri sendiri dan mengenali apa yang terbaik bagi ku dan untuk kemuliaan Tuhan juga.

Aku perlukan orang yang mengenali Kasih Tuhan, hanya orang yang ada kasih Tuhan mempunyai kasih yang lemah lembut dan dapat menerima diri ini sebagai seadanya yang diberikan oleh Tuhan. 

Tapikan saya jujur yang saya sudah mula jatuh cinta kepada seorang yang sangat berbeza. Bagi seorang lelaki mungkin inginkan seorang yang cantik dan perempuan yang sempurna dengan kewanitaannya. Antara cantik dan Comel?http://meruankungenang.blogspot.com/2010/12/beza-comel-dan-cantik.html.

Namun saya berhadapan dengan keadaan adakah aku harus mengharap sekali lagi? Adakah Ini satu penantian yang akan menghampakan diriku? adakah sebuah persahabatan dimusnahkan kerana ungkapan cinta dari diriku ini. Saya merasakan diri ini yang belum mempunyai keyakinan untuk menyatakannya. Saya tidak pasti adakah dia juga mempunyai perasaan yang sam aatau ini adalah hanya sikap dia berkawan dengan orang. Saya selalu keliru dengan saudari dalam kristus terutamanya apabila kasih Tuhan itu ada, kita sukar untuk membezakan adakah layan itu berdasarkan kasih Tuhan diantara saudara dan suadari dalam Tuhan. Saya mudah keliru dan perasaan apabila terdapat perhubungan yang rapat dengan saudari yang percaya. Tuhan bagaimana saya hendak mengenali  Si Dia adalah milik ku? Tuhan bagi ku hikmah dan kebijaksanaan dari Mu.

Mengapa pulak dia? bukan yang lain? Adakah ini merupakan satu yang luar biasa? Mengapa mudah jatuh Cinta sedangkan saya belum mengenali dia dengan rapat dan lebih dalam lagi? Adoiii . Bohonglah cinta itu buta? Em..adoiii jiwang pulak rasanya. Apa pun esok esok sambung lagi blog ini. Inilah luah hati saya dan tiap-tiap kata di sini adalah doaku untuk mencari kepastian dari NYA. Haleluya. AMEN>

Jumaat, 10 Disember 2010

Beza Comel dan Cantik

Selepas berbual dengan beberapa kawan lelaki saya, saya cuba bertanya pendapat bagaimana ciri-ciri seorang wanita pilihan anda adakah yang comel atau yang cantik. Rata-ratanya mengatakan kawan-kwan saya suka yang cantik dan ada juga yang mengatakan yang comel dan cantik itu sama saja, yang comel adalah cantik dan cantik adalah comel. Namun selepasa saya cuba memerhati dari sudut pandangan saya sendiri saya rasa cantik dan comel adalah sesuatu yang berbeza. Mungkin pada kawan-kawan saya yang lain perkara ini sangat remeh temeh je. Namun sebagai seorang suka memerhati dan cuba mencari makna dalam sekeliling ini, saya mendapati saya lebih suka kepada orang yang comel daripada cantik. Ini kerana pengertian COMEL adalah bukan untuk semua orang hanya orang yang tertentu saja yang ada kelebihan itu. tapi cantik itu kepada semua orang.


Menurut kamus Dewan Bahasa online kata " comel" bermaksud cantik dan menarik (bkn kanak-kanak); 2. cantik dan menarik serta kecil orangnya (bkn gadis atau wanita), kecil molek; 3. kecil dan cantik (bkn benda, bina­tang, dsb) kecil dan cantik; mencomelkan menjadikan comel; kecomelan perihal comel. Orang yang comel boleh dikata seorang yang kecik molek orangnya tetapi memang comellah. Bukan saya bermaksud untuk mengatakan orang yang besar dan Chubby tak comel pulak tapi berdasrkan erti bahasa COMEL ini lebih kurang macam itu lah kan. Seterusnya apa itu CANTIK bermaksud sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa cantik itu kepada semua orang ini kerana melalui make up orang pun boleh jadi cantik, tetapi comel dapatkah melalui make up? tentu sekali jawapannya tidak.


Seandainya, anda mempunyai kekeliruan tentang erti kecantikan dan kecomelan, anda boleh melihat diri anda dalam cermin dan perhatikan betul adakah anda seorang yang cantik atau comel. Jika anda seorang yang comel anda harus bersyukur kerana anda ada kelbihan yang semulajadi, mungkin tahap kecomelan adalah berbeza pada setiap orang namun dari sudut mataku yang melihat aku diberikan satu anugerah untuk mengenal pasti sejauhmanakah seseorang itu comel atau cantik. Namun baru-baru ini saya telah berjumpa dengan seorang yang sangat comel, rasa-rasanya yang paling comel di hati ku kot macam lagu Achik dan Nana. O ya, berbalik kepada cerita tentang comel, anda akan dapat merasakan kecomelan yang ada pada seseorang itu dengan kaedah ini, pertama anda akan berasa geram melihat sesuatu yang comel. sebagai contoh seekor kucing yang coeml, tentu anda akan berasa mahu mencubitnya bukan? atau ingin bermain dan bermanja dengan kucing tersebut. Namun seorang gadis yang comel lebih daripada itu, dia bukan comel macam kucing lah, sangat lain lah.




Seorang yang comel bukan hanya seorang saja yang mahu mendekati atau cuba untuk berkawan dengannya ini kerana dirinya seorang yang menarik tetapi ramai yang suka dia. namun orang yang cantik ada juag orang yang menyampah tengok orang yang cantik tau, ini keran aorang yang cantik dia selalu perasaan dia cantik tau namun tidak sebenarnya. Cantik tu mimang penting tapi bukan segalanya, oklah satu contoh seorang perempuan yang cantik akan dicemburi olah perempuan yang lain ini kerana mereka tidak mahu kalah dengan kecantikan masing-masing, tetapi kecomelan tak banyak orang kerja untuk menjadi comel. Pernah ka anda melihat produk kecantikan akan mengatakan orang akan menjadi comel selepas menggunakannya tentu tidak kan, namun janji-jani pemakaian produk itu hanya untuk kulit lebih putih dan cantik tapi tidak lebih comel bukan? Itu lah saya cuba sampaikan di sini coeml itu hanya untuk orang tertentu saja. Dia sangat Istimewa dan merupakan satu ciptaan Tuhan yang berfungsi membawa peace maker ke dalam setiap hati semua orang. Comel semua orang rasa senang dan gembira berkawan dengan nya . Mengapa? sebab comel biasa ada muka kanak-kanak sikit, oleh itu orang melihatnya rasa sejuk dan paling sukar adalah untuk memarahi orang yang comel ini kerana mereka mempunyai kecomelan yang boleh membuatkan kita rasa sejuk tau. Comel bukan sahaja istimewa tetapi ada anugerah, seandainya anda mempunyai kawan yang comel anda, anda seorang yang beruntung ini kerana tidak semua orang comel.


Hanya orang yang comel dan faham tentang kecomelan itu sahaja dapat mengenali dan menilai erti kecomelan itu yang sebenarnya. Awak Awak comel sangat wei....

Ahad, 21 November 2010

Konsep dan Teori tentang Satu.

TEORI  TENTANG SATU, KESATUAN, PENYATUAN



Baru-baru ini banyak orang memperkatakan Konsep Satu, namun walau bagaimana pun apakah konsep satu itu sebenarnya? Di sini saya cuba untuk mencari pengertian di sebalik maksud SATU. Di negara kita sendiri Konsep Satu Malaysia serining diperkatakan dan pelbagai maljis selalu dikaitkan dengan amalam  Satu Malaysia. Dalam syarikat dan persatuan bukan kerajaan juga sering menggunakan konsep satu sebagai satu titik mendorong perpaduan dalam satu teamwork. Namun adakah konsep Satu Malaysia ini lebih kepada penyatuan atau perpaduan? Kalau dari segi istilah saya juga terdapat beberapa ketidakpastian ? Begitu juga dengan konsep satu yang lain adakah konsep satu itu akan menimbulkan sesuatu yang yang ingin kita lihat sebagai Konsep yang kukuh untuk semua lapisan Masyarakat di Malaysia? Sering kali apabila di tanay apakah itu  SATU pasti orang akan berfikir kepada nombor 1 tetapi bukan satu mengapa?  Adakah melalui konsep 1 ini akan lebih memudahkan pengertian tentang satu. Adakah 1 = Satu ? 1 ditulis dalam bentuk nombor manakala SATU ditulis dalam rumi. Di sini saya ingin merungkai 1 dalam matematik adakah ia sama dengan konsep SATU dalam tulisan rumi . Kalau dilihat secara Umum Saja, dari teori matematik 1 tidak semestinya sama dengan satu malah 1 boleh mengwakil 10 sebagai contoh dalam konsep mataematiknya 1+1= 20. Apa yang saya maksudkan disini jangan melihat 1= satu, sememangnya konsep abjad dan nombor tidak sama sekali. 

Konsep satu tidak boleh di samakan dengan konsep nombur kenapa? Kerana jika kita lihat dalam nombor ada 0123456789 malah sebelum 0 ada -1, -2 dalam sudut matematiknya. Apayang saya ingin katakan disini 1 adalah bukan satu tetapi 0 adalah satu yang sebenarnya dalam rahsia matematik. Mengapa? Ya lah kalau kita lihat konsep Satu adalah TUNGGAL dan tidak boleh berubah walaupun apa-apa keadaan, konsep satu adalah beku dan tidak boleh melahirkan atau diubahkan. Sebagai contoh adalah TUHAN. Konsep kewujudan Satu yang tunggal dan esa. Berbalik kepada 0 atau dalam perkataan adalah sifar mempunyai nilai yang tunggal ini kerana apabila 0+0=0, tidak seperti 1+1= 2 ini tidak boleh kerana apa yang tunggal walaupun ditambah dengan apa apa pun tidak akan melahirkan sesuatu yang lain.  Sebagai contoh apabila 0 + 1 = 1 apa yang cuba bersama tetap tidak berubah kerana 0 bersifat tunggal kerana 0 tidak boleh diambil sifatnya untuk menjadikan sesuatu yang baru. Sebagai kesimpulan 0 adalah yang PERTAMA dan 1 adalah yang kedua. Maka kesimpulannya 0 adalah tunggal dan yang pertama, maka konsep 1 adalagh tidak tetap untuk menyatakan tentang kesatuan. Tegasan disini jangan kaitkan nilai 1 sama dengan satau, ini kerana satu bukanlah satu tetapi sifar adalah satau iaitu yang pertama.

Persoalan saya seterusnya? 

Saya juga tertarik untuk mengerti maksud PERPADUAN adakah sama dengan maksud PENYATUAN. Di sini saya akn cuba mencari makna, dalam kamus dewan menyatakan penyatuan (kata nama) bersinonim dengan pengukuhan, penggabungan, peneguhan, pemantapan, penguatan, penegapan, pengeratan, pengakraban, pemaduan, penghubungan, integrasi; Berantonim dengan pemisahan.  Sementara itu pula PERPADUAN membawa maksud Bersinonim dengan permuafakatan, kerukunan, kesepakatan, keharmonian, muhibah, integrasi;
Berantonim dengan perpecahan.  Selepas menilai maksud kedua-dua ini melalui Kamus Dewan, terdapat perbezaan yang agak ketara dalam maksud kedua-dua ayat ini.  Persoalaannya mengapa konsep satu sering dikaitkan dengan peprpaduan mengapa tidak dari kata akar nya iaitu satu kepada penyatuan, mengapa harus ada perkataan perpaduan untuk menerangkan konsep satu? Kalau kita lihat apa yang berantonim  dengan penyatuan adalah pemisahan manakala perpaduaan adalah perpecahan. Baiklah di sini kita lihat contoh Konsep  Satu Malaysia,  apa yang ingin dilihat dalam Konsep Satu Malaysia secara umumnya adalah lebih untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia. MENGAPA PULA WUJUD MEMYATUPADUKAN pula mengapa tidak perpaduan atau penyatuan? Kalau kaca bisa pecah, kalau manusia kita berpisah. Coba lihat apa yang berantonim iaitu perpisahan berantonim kepada penyatuan bukan nya perpecahan. Konsep pecah lebih kepada benda seperti kaca, maksudnya disini konsep perpaduan tidak sesuai dengan sifat peribadian seorang manusia. Konsep penyatuan barulah konsep yang betul dan tetap. dan mengapa wujud ayat MENYATUPADUKAN ? ini kerana kalau hanya perpaduan tidak cukup kalau perpaduan hanya lebih kepada sesuatu yang dari elemen atau khususnya kaum daripada satu kaum hidup dalam kelompok kaumnya tetapi kepenting kaumnya di sebelah tangan kanan dan teloransinya di sebelah kiri. Biar saya menjelaskan di sini konsep satu adalah Tunggal maka tiada yang lain melainkan satu saja. Kalau Kita mempunyai dua pilihan maka itu bukanlah satu itu adalah dua. Sebagai contoh dalam konsep SATU MALAYSIA dan KETUANAN MELAYU ada pada PERDANA MENTERI kita. Bagaimana kita mengharapkan konsep ini akan membawa satau idea MENYATUPADUKAN kita semua?  Ini kerana Konsep Satu itu sendiri adalah tunggal dan tidak boleh berbagi dua kepentingan. 


Apakah makna MENYATUPADUKAN?


            Seperti saya kata tadi perpaduan lebih kepada dalam kelompok masing-masing saja tetapi penyatuan adalah semua yang dari kelompok masing-masing ini bersatu menjadi satu. Oleh itu sebenar MENYATU = Satukan , PADU= perpaduan. Lebih jelas lagi, semua kaum sememang mempunyai perpaduan tetapi tidak smeua akan mempunyai penyatuan dengan kaum lain. OLEH ITU ISTILAH MENYATUPADUKAN ADALAH tetap, ini kerana daripada perbagai suku dan bangsa akan bersatuan melalui penyatuan saja buakn perpaduan. Dengan lebih jelas, perpaduan adalah hanya kepada nilai apa yang dilihat kiat suka saja ataupun setiap orang ada kepentingan dalam diri mereka sendir namun mereka hanya bertolenransi tetapi tidak menerima semua kelemahan dan hanya sesetengah saja ok  manakala yang buruk itu sukar untuk diterima. Tetapi berlainan dengan konsep dengan penyatuan dimana setiap orang akan bersatu dalam kekuatan dan kelemahan masing, setiapa orang bukan bertolenransi tetapi menerima satu sama lain. Penyatuan adalah lebih kepada penyatuan yang berbentuk keseluruhan.


APAKAH YANG DAPAT MENYATUKAN MALAYSIA KEPADA SATU MALAYSIA ?


Soalan ini kita boleh tanya pada kita sendiri dulu. Pertama saya mahu tanya siapa kita manusia? Adakah Manusia ini satu kaum saja ? tentu tidak kita terdiri daripada pelbagai rupa dan bentuk malah bahasa kita juga berlain-lain. Dimanakah kita ingin bertemu dengan titik satu dalam setiap manusia? kita kembali kepada asas kehidupan kita, kita cari persamaan dalam setiap diri manusia iatu kita manusia di ciptakan Tuhan bukan? Ya tentu ada saja pencipta kita, namun kenapa harus ada pelbagai agama adakah di dunia ini banyak Tuhan?  Bukankah Tuhan itu Tunggal? Kenapa banyak betul kebenaran dari setiap agama ? Mungkin kita manusia  pernaha mengatakan ini: agamaku lebih baik daripada agama dia oranglah. Tetapi adakah kebenaran itu sesuatu yang reletif ? Ini kerana satu kebenaran yang lain akan menutupi kebenaran yang lain? Apakah kebenaran itu? Dimanakah Tuhan yang TUNGGAL? Saya percaya setiap agama percaya kepada KONSEP TUHAN yang Tunggal ini kerana Tuhan itu wujud dengan wujud secara sendirinya.  Kesimpulannya disini hanya apa yang SATU BOLEH MENGWUJUDKAN APA YANG SATU. Tuhan itu tunggal, maka dimanakah satu hanya pada Tuhan. Hanya yang percaya kepada Tuhan yang satu akan menjadi manusia yang mempunyai satu yang boleh disatukan dengan satu yang lain.  Maksudnya apa yang melahirkan SATU hanya dapat menyatukan kita semua. Tetapi SIAPAKAH TUHAN YANG MAHA SATU ITU? Tolong jangan ada perbalah agama antara satu sama lain, kerana bukan agama itu menyatukan tetapi TUHAN. ADAKAH SEMUA AGAMA SAMA MENUJU KEPADA TUHAN YANG SAMA? Semakin banyak persoalan demi persoalan kita cuba rungkaikan? ADAKAH ANDA PERNAH DENGAR KONSEP SATU TUHAN? Perbincangan tentang TUHAN saya akan sambung dalam penulisan seterusnya. Tapi saya disini ingin kita dapat IDEA, Hanya Tuhan saja yang satu, dan dari Tuhan kita dapat bersatu dengan yang lain. Oleh itu saya menolak kepentingan lain untuk menyatupadukan rakyat Malaysia supaya menjadi satu. Dalam negara kita sendiri pun belum ada penyatuan kaum dan apakah yang kita patut buat? Terlebih dahulu saya di sini sarankan kita berfikir sejenak apa yang boelh menyatukan kita dengan orang lain? Apa potensi diri kita?


Konsep 1 Malaysia dan Konsep-konsep SATU yang lain yang sering digunkan, apakah ini sesuai?

Konsep Satu Malaysia adalah baik namun dari segi perlaksana itu yang menjadi masalah, apa Konsep satu ini tidak difahami dengan itu timbulah pelbagai perbalahan. Tanya pada diri kita apakah satu itu bagi diri kita? Adakah satu ini berserti sendiri-sendiri? Atau SATU ini sesuatu yang lengkap? One is not SINGLE BUT COUPLE? Contohnya lelaki dan perempuan dila disatukan akan menjadi satu. Inilah konsep satu yang sebenarnya namun konsep kesatuan lelaki dan perempuan sering dinodai oleh dosa ini kerana dalam hati mereka tiada yang MAHA SATU
 (TUHAN). Supaya kiat jelas dengan konsep SATU, saya bukan tidak setuju akan membangkang kerajaan tentang KONSEP SATU MALAYSIA atau KONSEP SATU yang lain ini kerana orang yang mengatakannya sendiri tidak faham apa itu SATU.


KESIMPULAN:

JANGAN TULIS SATU DALAM BENTUK NOMBOR INI KERANA KAN MENGUBAH INDENTITI SATU ITU SENDIRI. BEGITU JUGA KONSEP SATU BUKAN UNTUK PERPADUAN TETAPI PENYATUAN. APA YANG SATU? HANYA TUHAN YANG SATU, JADI UNTUK MENDAPAT KESATUAN KITA HARUS ADA KESATUAN DIRI DENGAN TUHAN, BARULAH KITA DAPAT BERSATU DENGA MANUSIA YANG LAIN. SATU BUKAN BERERTI SEORANG, NAMUN ADALAH SESUATU YANG LENGKAP SEPERTI LELAKI DAN PEREMPUAN YANG DISATUKAN MENJADI SATU. SATU ADALAH SESUATU YANG PERTAMA DAN BUKAN YANG KEDUA DAN SATU JUGA TIDAK BOELH BERUBAH APA JUGA KEADAAN KERANA SIFAT SATU ADALAH TUNGGAL DAN SATU JUGA TIDAK BOLEH MELAHIRKAN SESUATU YANG LAIN.


Tulisan ini adalah daripada pemikiran saya sendiri apabila cuba melihat dari segi falsafah teori SATU yang saya sendir cuba ciptakan untuk memberikan penjelasan tentang kesatuan dan penyatuan yang mungkin dapat memberikan kita kesedaran bertapa pentingnya kita harus hidup bersatu dengan yang lain. Seandainya ada sebarang teguran dan pandang untuk menambahkan idea satu mohon saudara dan saudari memberikan pandangan. Jika terdapat persoalan dan pertanyaan silalah tinggalkan komen. Ini kerana saya mempunyai cita-cita untuk menjadi tenaga pemikir seperti falsafah yang terkenal sebagai contoh PLATO dan para sahabatnya. SEKIAN TERIMA KASIH







Khamis, 18 November 2010

Sajak Si Kudung - Kisah Benar

Sudah kian lama pungguk merindukan bulan
sudah 2 purnama berlalu
dikala purnama ke 3 bunga merah mekar indah
ku bawa bunga merah ini dari awal purnama
di kala hujan dikala kemarau melanda
Cinta ku tetap mekar di hati

Lidah kita berbeza
langkah kita berbeza
tangan kita berbeza
tapi kita tetap sama dalam DIA.

Seorang saudagar cinta menawarkan permata hati 
untuk tatapan Permaisuri Hati
namun jejaka itu kudung tangan nya
tangannya bertepuk sebelah saja tak akan berbunyi

Ingin ku jolok si sarang tabuan namun takut akan sengatan
kalau mendapat madu nya alangkah bahagia hidup kekanda
melihat burung di tiang elektrik sedang berpacaran 
Burung Tempua bulunya basah sejuk dan kedinginan 
tiada bahang untuk memanas agar dapat Tempuaku Terbang

Di saat burung Peguin pulang ke sarang ...
Aku melihat corong ais 
melihat dari tepi
ku pandang wajah mu dari jauh kerana 
di kamar tersimpan api
supaya suana di kutub Utara yang sejuk ini dapat dipanas seperti di Gurun Shara 
kalau tak cukup ku ikut pergi ke Matahari......

Seandainya biawak USM dapat membawa hati in untuk menyampai kan salam 
sanggup aku terjun ke Tasik Aman untuk bersama biawak berlawak dan berjenaka sambil menangkap Ikan.....
seandainya kita dalam satu perahu tentu banyak Ikan yang kita akan Dapat

Anda seorang Nelayan yang hebat walau pelbagai ombak dan ribut taufan
Nelayan yang digunakan untuk menangkap Ikan begitu juga deangan saya..
seandainya kita saling kerja sama
dapat lah kita belayar ke China sekalipun untuk mencari Ilmu

Selalu ku fikir untuk membina Rumah tapi siapa kah tangganya?
terlalu banyak bahan yang boleh ku pakai
misalnya dari buatan India buatan Cina..tetapi buatan SARAWAK
tetap menjadi pujaan
Aslinya Petrolium dan rimbun nya kayu di borneo
membuat aku rasa Orang Utan itu serupa dengan wajah ku...

Seandainya ada dirinya tahu bertapa besar dan tinggi nya menara KLCC
datang lah KL kan kan..KL= Ke Lubuk hati ku...
menara Komtar yang tertinggi di Penang
jambatan nya juga panjang tapi semua benda itu luar saja
dalaman saya lebih dari semua itu...

Sebirunya Kisah Avatar...sebiru nya hati ini.....
I LOVE U USM.....




Sajak ini untuk Semua kwn kwn ku...


YG BENAR: SI KUDUNG

Pembuangan Bayi dari sudut Kristianiti

Alkitab tidak pernah secara khusus berbicara mengenai soal aborsi. Namun demikian, ada banyak ajaran Alkitab yang membuat jelas apa pandangan Allah mengenai aborsi. Yeremia 1:5 memberitahu kita bahwa Allah mengenal kita sebelum Dia membentuk kita dalam kandungan. Mazmur 139:13-16 berbicara mengenai peran aktif Allah dalam menciptakan dan membentuk kita dalam rahim. Keluaran 21:22-25 memberikan hukuman yang sama kepada orang yang mengakibatkan kematian seorang bayi yang masih dalam kandungan dengan orang yang membunuh. Hal ini dengan jelas mengindikasikan bahwa Allah memandang bayi dalam kandungan sebagai manusia sama seperti orang dewasa. Bagi orang Kristiani, aborsi bukan hanya sekedar soal hak perempuan untuk memilih. Aborsi juga berkenaan dengan hidup matinya manusia yang diciptakan dalam rupa Allah (Kejadian 1:26-27; 9:6).


Alkitab memberi nilai yang tinggi atas hidup manusia. Dalam Ul 5 :117 tertulis "Jangan Membunuh" dan dalam Kel 21:22-24 dipersoalkan tentang kasus pengguguran (Aborsi), khususnya mengenai kasus kecelakaan seorang wanita yang sedang mengandung, yang terlibat dalam perkelahian antara dua orang laki-laki, apabila si ibu hidup dan kandungannya gugur, maka orang tersebut harus ganti rugi, dan kalau ibu itu mati dan kandungannya juga gugur, maka harus nyawa ganti nyawa. Dalam hal ini ternyata orang Yahudi sangat menghargai hidup, termasuk hidup binatang (lih Ul 22:6,7). Alkitab juga memberitahukan kepada kita bahwa kehidupan sudah dimulai pada saat konsepsi, dalam Mat 1:20 dituliskan bahwa Yesus dikandung oleh Roh Kudus, dengan demikian Yesus sungguh-sungguh menjadi manusia yang seutuhnya pada saat konsepsi.
Alkitab juga memandang bayi yang belum dilahirkan itu sebagai satu pribadi atau manusia. Mzm 139:13-16 mencatat tentang Daud, yang pada waktu dikandung sudah merupakan manusia dalam pemeliharaan Allah. Yer 1:5 mencatat "Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa. Juga dalam ayat yang lain yakni Mzm 51:7 Daud mengaku bahwa sifat dosanya sudah ada sejak ia masih dalam kandungan.
Dalam Kej 1:26,27; 2:7 tertulis bahwa Allah menjadikan manusia menurut gambar dan rupaNya, yang menunjukkan bahwa hidup ini kudus dan sangat berharga dihadapan Allah yang telah menciptakannya. Maka dalam hal ini secara tegas Alkitab tidak membenarkan Aborsi, alasannya;
1. Hidup manusia semata-mata Karunia Allah
2. Tuhan mempunyai rencana keselamatan bagi setiap insan yang lahir kedunia ini.
3. Manusia tidak berhak untuk mencabut hak hidup dari pada fetus ataupun embrio, yang berhak hanyalah Allah; jangan kita merampas hak Allah.

c. Berbagai Pertimbangan
Dalam prakteknya, Aborsi hanya dapat dibenarkan dalam beberapa kasus, misalnya:
1. Janinnya sudah meninggal, maka mau tidak mau harus dikeluarkan.
2. Apabila membahayakan nyawa si ibu (inipun prakteknya tidak gampang, harus ada tinjauan dari berbagai pertimbangan etis; dalam konteks iman kita masih tetap kita tolak)

D. AKIBAT-AKIBATNYA

Tindakan-tindakan Aborsi dapat mengakibatkan hal-hal yang negatif pada tubuh kita, yang meliputi dimensi jasmani dan psykologis. Akibat-akibatnya yakni:
1. Sudut Jasmani
- Tindakan kuret pada Aborsi bisa menimbulkan efek-efek pendarahan atau infeksi, dan apabila dikerjakan bukan oleh dokter ahlinya maka alat-alat kuret yang dipakai mungkin tembus sampai ke perut dan dapat mendatangkan kematian.

-Infeksi di rahim dapat menutup saluran tuba dan menyebabkan kemandulan.

-Penyumbatan pembuluh darah yang terbuka oleh gelembung udara, karena banyak pembuluh darah yang terbuka pada luka selaput lendir rahim dan gelembung udara bisa masuk ikut beredar bersama aliran darah dan apabila tiba pada pembuluh darah yang lebih kecil, yaitu pada jantung, paru-paru, otak atau ginjal, maka bisa mengakibatkan kematian.

-Perobekan dinding rahim oleh alat-alat yang dimasukkan ke dalamnya akan mengakibatkan penumpukan darah dalam rongga perut yang makin lama makin banyak yang menyebabkan kematian.

-Penanganan Aborsi yang tidak steril bisa mengakibatkan keracunan yang membawa kepada kematian.

-Menstruasi menjadi tidak teratur

-Tubuh menjadi lemah dan sering keguguran

b. Sudut Psykologis
1. Pihak wanita
Setelah seorang wanita melakukan tindakan Aborsi ini, maka ia akan tertindih perasaan bersalah yang dapat membahayakan jiwanya. Kalau tidak secepatnya ditolong, maka ia akan mengalami depresi berat, frustrasi dan kekosongan jiwa.

2. Pihak Pria
Rasa tanggung jawab dari si pria yang menganjurkan Aborsi akan berkurang, pandangannya tentang nilai hidup sangat rendah; penghargaannya terhadap anugerah Allah menjadi merosot.

c. Sudut Hukum
KUHP di Indonesia yang diberlakukan sejak 1918 tidak membenarkan tindakan Aborsi dengan dalih apapun. Aborsi dianggap tindak pidana yang dapat dikenakan hukuman, yang diatur dalam pasal 283,299,346 hingga 349 dan 535).

E. MEREKA HARUS DITOLONG, TETAPI BAGAIMANA CARANYA?

Hal-hal yang dapat kita lakukan untuk menolong orang yang sudah melakukan Aborsi dan sedang tertindih rasa bersalah adalah:
a. Understanding and Acceptance
Orang-orang yang guilty feelings biasanya cenderung membenci diri sendiri dan mengharapkan (tanpa sadar) untuk dikritik orang lain, oleh sebab itu, apabila mereka mencari konselor mereka selalu menunjukkan self blaming atau self defensive karena merasa pasti aakan dipersalahkan oleh orang yang hendak menolongnyaa. Maka dalam hal ini kita harus waspada, yakni perasaan bersalah itu sebenarnya sangat menyiksa dia. Oleh karena itu sikap kritik dan mengadili harus kita jauhkan, sebaliknya kita harus mengerti dan menerima mereka. Tuhan Yesus tatkala menghadapi orang-orang berdosa sikapnya tidak mengadili (lih Yoh 8:3-11). Yesus pasti secara tegas menolaak dosa, tetapi Ia tetap mengasihi, menerima dan mengerti orang-orang berdosa.

b. Insight (Memberikan dan menghidupkan pengertian yang benar dalam diri orang tersebut). Lakukan ini dengan penuh pengertian dan bijaksana. Tanyakan pada orang tersebut tentang perasaan-perasaannya tentang Aborsi. Bagaimana pengalaman dan pengertiannya soal pengampunan? Apakah dalam rumah tangga sering ada kritikan, kutukan dan maki-makian? Apa yang gereja ajarkan tentang Aborsi itu? Tujuan dari Insight ini adalah untuk menolong orang yang bersangkutan supaya sadar akan standard kebenaran tingkah-laku yang ia miliki, dan memperbandingkannya dengan ajaran Alkitab.

c. Repentance dan Forgiveness
Akar dari perasaan bersalah menyangkut pribadi orang tersebut. Alkitab mengajarkan bahwa pertobatan dan pengakuan dosa adalah hal yang terutama jika seseorang mau mengalami pengampunan. Kita harus menolong mereka untuk menerima pengampunan dari Tuhan Yesus yang telah datang ke dunia melalui anak darah Maria serta mati disalibkan di Golgota, agar darahnya membasuh dosa-dosa kita. Penyesalan dan pertobatan di luar Tuhan itu kosong belaka. Memang untuk semua itu harus ada konsekwensinya, sebab Allah kita Kasih sekaligus Adil. Itu berarti dosa kita dihapus, namun akibatnya tetap akan kita alami. Kepada orang-orang yang mengalami masa-masa sulit ini, persekutuan dengan Tuhan merupakan kunci yang paling penting bagi kita. Mungkin orang-orang disekitar kita menjadi benci, tetapi Tuhan tetap mengasihi kita, sebab bagaimanapun kita ini ciptaanNya.

Demikianlah tulisan singkat ini disampaikan untuk kita semua, besar harapan kami sebagai penulis, anda dapat sedikit tahu dan mengerti serta sekaligus memahami masalah Aborsi. Terutama ditinjau dari Alkitab kita. Tuhan berkati kita. 

Ti dikerinduka