1946
Isu utama: Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada Britain.
·
Sabah dan Sarawak ditukar kepada pemerintahan
British.
·
Sabah dan Labuan diserahkan tanpa banyak
tentangan, namun di Sarawak keadaannya berbeza.
Ø
Di Sarawak, Vyner Brooke yang menjadi Rajah Sarawak setelah kematian Charles Brook pada tahun
1917, sering mengabiskan masanya di Eropah dan beberapa kali merancang untuk
melepaskan dan menjual Sarawak kepada British saja.
Ø
Namun tindakan itu tidak dapat dilakukan
dengan sewenang-sewenangnya kerana terikat dengan peraturan yang telah diletakan James dan Charles Brooke
dan perjanjian sedia ada dengan British.
Ø
Perang dunia Kedua telah memberikan peluang kepadanya untuk mencapai citi-cita
masing-masing.
Ø
Sungguhpun masih terikat dengan sumpah jawatan
pada tahun 1918 dan Perlembagaan yang diluluskannya pada 1941 yang tidak
menbenarkannya membuat keputusan sendiri tanpa persetujuan Maljis Negeri, Vyner
pada bulan febuari 1946 telah mengistiharkan penyerahan Sarawak kepada Britian
Faktor2
penyerahan Sarawak:
ü
Vyner
didesak oleh Kerajaan British uentuk menyerahkan Sarawak, ini kerana Bristish
berpendapat kepentingan politik dan ekonomi British dalam pelaburan akan
terjamin
ü
Tidak
mengcukupi kewangan yang cukup untuk membangun, Vyner berpendapat Sarawak akan
menbangun lebih pesat jika diserahkan kepada kerajaan British.
ü
Faktor
usia juga tidak mengizinkan beliau memerintah Sarawak, dan tiada waris untuk
diserahkan dan enggan memberikan kepada Anthony Brooke.
Ø
Berlaku perdebatan antara orang melayu yang
sejak dulu lagi yang mpy minat dlm perkembangan politik Sarawak
Ø
Segelintir
daripada golongan bangsawan Melayu bersetuju untuk menyerahkan Sarawak,
namun golongan terpelajar dan golongan pengiat sosial menbantah keputusan itu.
Ø
Surat bantahan perseorangan dan badan2 politik Melayu dihantar
kepada raja dan British.
Ø
Tunjuk perasaan juga dilakukan bagi
menggagalkan rancangan penyerahan Sarawak kepada British.
Ø
Keadaan menjadi tegang apa bila BIL PENYERAHAN
SARAWAK yang diluluskan secara
penyelewengan dalam Mesyuarat Maljis Negeri pada 16 Mei 1946.
Ø
Keputusan ini mendapat tentangan kuat daripada
pertubuhan seperti Persatuan Kebangsaan
Melayu Sarawak, Persatuan Dayak Sarawak, Pergerakan Pemuda Melayu, Barisan
Pemuda Sarawak.
Ø
Tokoh yang terlibat dalam menentang penyerahan
ini adalah datu Patinggi Abang Haji
Abdillah.
Faktor-faktor
utama menentang penyerahan:
I.
Penyerahan ini bertentangan dengan dasar
Perlembagaan 1941 yang menyatakan bahawa Sarawak akan memperolehi kerajaan
sendiri.
II.
Vyner
tidak berunding dulu dengan ketua bumiputera sebelum membuat keputusan
menyerahkan Sarawak kepada British
III.
Gerakan Anti penyerahan berhasrat untuk
memulihkan pemerintahan Brooke yang telah dimusnahkan oleh pendudukan Jepun
IV.
Rakyat pribumi ingin mempertahankan hak
mereka, dengan penyerahan ini untuk mendapatkan kemerdekaan akan menjadi rumit.
Rukun 13
Ø
Keengganan British telah meluapkan ketegangan
dan diakhiknya pada 3 Disember 1949, Duncan Steward telah ditikam oleh Rosli
Dhobi dari kumpulan Rukun 13 di Sibu.
Ø
Awang Rambli telah menubuhkan Rukun 13 dan
mereka merupkan salah satu cawangan Persatuan Rakyat Melayu Sarawak.
Ø
Anggota Rukun Tiga Belas bersumpah untuk
membunuh semua pegawai British dan ketua masyarakat Sarawak yang menyokong
Kerajaan British di Sarawak.
Ø
Rosli Dhoby, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong
telah menyerang Sir Duncan Stewart.
Ø
Dan mereka dihukum mati kerana pembunuhan SDS.
Ø
Secara amnya Gerakan Anti Penyerahan Sarawak
tidak mendapat sokongan yang sepenuhnya, selepas kematian datu Patinggi Abang
Haji Abdilah, tiada ada pemimpin yang tampil untuk memperjuangkan matlamat ini.
Ø
Tokoh yang berwibawa dari “Young Malay
Association” tidak menyokong gerakan penyearhan ini.
Sabah
v
Pertubuhan politik wujud selepas Sabah
diserahkan kepada British.
v
Pada waktu ini kegiatan politik dikalangan penduduk
beragama islam hanya tertumpu di Pulau
Labuan dan Jesselton.
v
Mereka telah menubuhkan Persatuan Kebangsaan
Melayu Labuan ( PKML), Persatuan Kebangsaan Melayu Jesselton( PKMJ), Barisan
Pemuda Labuan ( BARIP) dan BARIP Jesselton.
v
Matlamat BARIP adalah untuk menyatupadukan
semua anak negeri sebagai satu bangsa Borneo.
v
BARIP dan PKML tekah berkerjasama dalam
pelbagai kegiatan sosial dan kebajikan bagi membela nasib Orang Melayu Borneo.
Tetapi perjuangan ini lemah akibat tekanan yang berterusan daripada pihak
British.
Soalan
Uji Minda:
1. Penyerahan Sarawak kepada British adalah
kerana kelemahan pentadbiran Vyner Brooke atau merupakan rancangan Bristish
semata-mata? Bahasakan.
2. Adakah Rosli Dhobi dan sahabatnya yang
membunuh Duncan Steward adalah pemberontak atau seorang nasionalism?
3. Bandingkan corak pergerakan politik semasa
1946 di Sabah dan di Sarawak.
1960
Isu utama:
Pertubuhan parti politik yang awal di Sarawak. Parti-pati ini ada yang menyokong atau tidak untuk bergabung dengan
Malaysia.
Sarawak-
menjelang 1960 wujud beberapa buah parti politik yang memperjuangkan hak dan
kepentingan rakyat Sarawak.
Parti di
Sarawak
SUPP ( Sarawak United People Party)
·
Parti yang didaftarkan paling awal ialah SUPP
pada Jun 1959.
·
Mempunyai seramai 23,929 ahli ( Cina lebih
separuh, 12,359 Iban, 5568 Dayak Darat dan Melanau.
·
Dasar SUPP tidak mengamalkan perkauman dan
keahlinya terbuka kepada semua kaum
·
Parti ini hendak menyatukan Sarawak berbagai
bangsa dan keturunan yang ada dalm negeri Sarawak.
·
Parti ini juga menentang rancangan Malaysia dengan alasan rancangan itu bermakna
memindajkan kuasa politik dari United Kingdom kepada Negara Berdaulat yang
lain, dan dengan demikain menyuruh penduduk Sarawak taat setia kepada negeri
asing.
·
SUPP menentang dasar yang kelapan daripada
Sembilan Dasar Utama Rajah-rajah Inggeris yang telah diterima oleh United
Kingdom ketika Sarawak diserahkan kepada kerajaan British pada tahun 1946.
·
SUPP menentang Malaysia kerana kemasukan yg
gopoh gapah boleh menyebabkan Sarawak berpecah belah.
·
SUPP juga menentang kedudukan istimewa
bumiputera yg akan dilindungi oleh Perlembagaan,agama islam sbg agama rasmi dan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebanggsaan.
·
SUPP juga memperlekehkan tentang kebolehan
pasukan tentera Tanah Melayu, yang ingin memperthankan wilayah yang jauh
daripadanya.
·
SUPP menjalankan manifesto nya yang menentang
Malaysia dan berusaha menyekat Sarawak dari memasuki persekutuan itu.
PANAS (
Parti Negara Sarawak)
Ø
Ditubuhkan pada 9 April 1960, 52,795 org (
20,000 Melayu,20,000 Iban, 10,000 dayak Darat dan beberapa ribu lagi orang
cina)
Ø
Pengasasnya Datuk Bandar Abang Haji Mustapa
bin datuk Hakim Haji Moasili.
Ø
Memberikan
pendirian tegas dan menyokong penuh perancangan Malaysia.
Ø
bersikap Liberal untuk kepentingan seluruh
Rakyat, khasnya membela nasib bumiputera.
Ø
Tujuan:
§
Mendapatkanpembentukan satu system pelajaran
kebangsaan.
§
Mengalak dan memajukan tindakan menghormati
hak asasi manusia dan hak kebebasan bagi semua tanpa mengira kaum,jenis, bahasa
atau agama.
§
Memelihara Sarawak keptgan2 rakyat dan negeri
Sarawak
§
Menjamin bahawa Sarawak memperolei
pemerintahan berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan.
SNAP ( Sarawak National Party)
Ø
April 1961,
46000 org ahli. Pengasas Stephen Kalong Ningkan.
Ø
Pengaruh parti ini dikalangan orang-orang Iban
dibahagian kedua.
Ø
Pada
mulanya menaruh syak terhdap pembentukan Malaysia tapi akhirnya menyokong kuat
rancangan tersebut.
Ø
SNAP mahukan Ketua Negeri Sarawaj diberikan
gelaran Rajah yang dilantik dari
bumiputera Sarawak yang dipilih rakyat. Semua Ketua Negeri boleh menjadi YDPA.
Ø
SNAP terbuka kepada semua bangsa dengan tujuan
perjuangan hendak mencapai taraf berkerajaan sendiri, dan akhirnya kemerdekaan
dengan cara aman damai.
BERJASA
( Barisan Rakyat Jati Sarawak)
o
Ditubuhkan pada 1962, ahli2 terbuka kepada
semua kaum.
o
BERJASA berterus terang mengenepikan suku kaum
cina sebagai bumiputera. Nmn demikian parti ini tidak menentang kemasukan ahli
dari Cina kerena dasarnya yang liberal.
o
Menyokong pembentukan Malaysia tapi tidak mahu
menyerahkan Sarawak bulat2 begitu sahaja.
PESAKA
( Parti Penghulu)
o
Julai 1962, telah diasaskan oleh tokoh2
politik Iban dan Dayak dari SUPP dan PANAS.
o
Temenggung Jugah sebagai pengerusinya.
o
Pucuk pimpinan terdiri daripada penghulu2.
o
Pengasasnya
Penghulu Masam anak Radin, T.R Bayang anak Manja, Pengarah Bayang dan Penghulu
Candai dari subgai Ayo Sibu. Penghulu Masam dan Francis Bayang adalah Tracker
dengan Sarawak Renjers.
Persatuan
Cina Sarawak ( SCA)
v Diasaskan oleh William Tan pada pertengahan
tahun 1972.
v Untuk mengalakkan penyertaan orang Cina dalam
politik
v Bertindak sebagai parti yang menjaga
kepentingan orang Cina.
v Sejak mula lagi berharsat untuk berjuang
bersama dalam menjadi sekutu Perikatan parti-parti yang sama konsep dan bertujuan untuk seluruh bangsa dan
negara.
Sabah
§ Kesedaran politik dikalangan kaum pribumi
menjadi ketara apabila tertubuhnya parti UNKO dan USNO
§ Suasana politik di Borneo Utara berubah
apabila TAR, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu mengumumkan gagasan
Malaysia pada Mei 1961.
§ Gagasan ini telah memberikan pemimpin-pemimpin
di Sabah untuk membentuk sebuah Parti Perikatan Sabah.
§ 1963 Sabah telah bersama membentuk Persekutuan
Malaysia.
Parti di
Sabah.
UNKO (
United Kadazan Duzun)
Ø
Donald
stephens- 27 Mei 1961
Ø
UNKO sangsi terhdap penubuhan Malaysia awal,
namun sokongan terhadap penubuhan
Malaysia meningkat selepas Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia , Disember 1962
USNO(
United Sabah National Organization)
Ø
dikalangan kaum Bumiputra Islam ( Bajau,
Brunei,Ilanun,Kedayan dan Sulu) yang diketuai oleh Dato Mustapa bin Harun.
PM ( National Pasok Momogun Organization)
Ø
yang dipimpin oleh ketua kaum Murut, G.S
Sundang.
United Party dan Democratic Party bergabung bentuk BUNAP ( Borneo Utara
National Party)
Ø
majority orang cina.
Sabah
Chinese Association
Jun 1964 – PM bergabung dengan UNKO membentuk UPKO.
Isu Utama: Perbezaan Pendapat Donald Stephens dengan Dato Mustapa
1965- UPKO mencadangkan hubungan Sabah dengan Persekutuan Malaysia
dikaji semula, selepas Singapura berpisah. Namun kerajaan tidka mahu
mempertimbangkannya,oleh itu Donald Stephens meletak jawatan daripada
Kabinet Persekutuan.
1967- Pilihanraya, YDPN, Tun Mustapa menjadi KM.
USNO kian berpengaruh dan menyebabkan ahli di UPKO menyertai USNO.
Suruhanjaya
Clobbold dibentuk untuk mengkaji sama-sama ada penduduk Sabah dan Sarawak
bersetuju bergabungan membentuk Malaysia.
Soalan:
1. Mengapakah sebilangan kecil sahaja parti di
Sarawak yang membantah penyertahanan Sarawak dalam membentuk Persekutuan
Malaysia?
2. Apakah 20 perkara tuntuan oleh Sabah dan 18 Perkara Bagi Sarawak dalam bersama-sama membentuk Persekutuan
Malaysia?
3. Sejauhmanakah ketelusan Suruhanjaya Clobbold
dalam mengadakan pungutan suara penduduk-penduduk di Sabah dan Sarawak ?
Isu Utama
: Bantahan terhadap penubuhan Malaysia.
·
Selepas Pilihanraya negeri diadakan di Sabah
dan Sarawak pada 1963, parti pro-Malaysia iaitu Perikatan Sabah dan Perikatan
Sarawak berjaya memperoleh sokongan rakyat untuk bergabung dengan Persekutuan
Tanah Melayu.
·
Namun Brunei tidak bersetuju dengan
pembentukan ini, A.M Azahari pada disember 1962 cuba untuk membuat gerakan
nasionalisme untuk menyatukan Sabah dan
Sarawak ke dalam wilayah Brunie
·
Dan kemudiannya beliau bercadang untuk
bergabungan dengan Indonesia dan Filipina, namun rancangannya gagal
·
Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno menyokong
Azahari dan menlancarkan konfrantasi terhadap Malaysia.
·
Pada bulan Januari 1963 Sukarno melancarkan
konfrantasi dan menceroboh wilayah Malaysia. Tetapi Ikatan Tanah Melayu dengan
British menyebabkan Negara itu mengambil
tindakan untuk mempertahankan Malaysia daripada pencerobohan tentera Indonesia.
·
Filipina, Presiden Diosdado Macapagal menuntut
Sabah merupakan wilayah daripada
kerajaan Sulu.
·
Mengikut keterangan yang diberikan oleh Manila, kawasan Sabah
dipajak kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan tidak pernah dijual ataupun
diserahkan kepada pihak British.
Ø
Bagi mengatasi ketegangan ini, ketiga-tiga
pemimpin negara bersemuka pada Julai dan Ogos 1963 di Manila.
Ø
Dalam persidangan itu, Setiausaha Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, U Thant menentukan sama ada terdapat sokongan daripada
rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Malaysia.
Ø
Jika ada sokongan, Filipina dan Indonesia
menarik balik bantahan mereka.
Ø
Selepas Sabah dan Sarawak memberikan sokongan
menyertai dalam membentuk Malaysia, Indonesia telah menceroboh wilayah Malaysia
di sempadan Sarawak dan Sabah tetapi
gagal kerana Malaysia dibantu oleh Britain dan negara Komanwel yang lain.
Soalan
uji Minda:
1. Selepas Singapura keluar Persekutuan Malaysia ,
adakah Persekutuan Malaysia terbatal secara automatiknya masih ?
1974
Isu
Utama: Pilihanraya dan pergerakan parti.
Sarawak
Ø
Keadaan parti politik di Sarawak tiada parti
politik pelbagai kaum yang mendapat
sokongan yang benar-benar meluas dan tiada kaum yang betul-betul dapat bersatu
di bawah satu pertubuhan yang tungggul
Ø
Melayu-
Barisan Rakyat Jati Sarawak ( BARJASA)
Parti Negara Sarawak ( PANAS)
Ø
Dayak- Parti Pusaka Anak Sarawak ( PESAKA)-
Tun Jugah ( Sg. Rajang)
Sarawak National Party ( SNAP)-
Stephen Kalong Ningkan ( Iban dan Bidayuh) Bahagian Pertama,Kedua, dan Keempat.
Ø
Cina-
Sarawak United Peoples Party ( SUPP) 1959, Sarawak Chinese Association (
SCA) 1962
Ø
Parti Melayu-Cina-India-Dayak ( MACHINDA)
iaitu serpihan PANAS
Membentuk PARTI PERIKATAN ( BARJASA,
PANAS,PESAKA,SNAP dan SCA) menjelang pilihanraya 1963
PANAS dan SNAP- Pelbagai bangsa
SUPP- diterajui oleh orang Cina, yang
bertindak sebagai pembangkang.
1967- BARJASA dan PANAS membentuk PBB
( Perti Pesaka Bumiputra Bersatu)
Menjelang 1974: Pilihan Raya
Ø
Lanjutan daripada krisis dengan kerajaan
Persekutuan semasa dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan pada pertengahan tahun
1960an, Kedudukan SNAP dalam Perikatan semakin goyah namun pengaruhnya dalam
kalangan orang Iban semakin kuat, dalam ramai daripada ahli PESAKA menyertai
SNAP.
Ø
PILIHANRAYA 1974:
SUPP
& PBB – 15 Kerusi
SNAP
– 8 kerusi
ADUN-
BN 30, SNAP 18 .
Untuk menbendung pengaruh SNAP di PARLIMEN dan ADUN, James wong
telah ditahan. Dibawah Kepimpinan Leo Moggie telah berunding dengan BN di KL,
dan James Wong dilepaskan. SNAP pada 1976 telah menyertai BN semula.
Isu tuntutan yang bersifat
kedaerahan dan kenegerian yang khusus bagi Sarawak dapat dikurangkan.
Sabah
1973- September DS telah menjadi YDPN ( a.k.a Muhammad Fuad
Stephen)
Pergeseran pendapat mengenai pengurusan ekonomi ( balak dan minyak
) dan autonomi Sabah.
Untuk meredakan ketegangan Dato Mustapa ditawarankan jawatan
Menteri Pertahanan, tapi beliau menolak dan ini meningkatkan penentangannya
terhdapa kerajaan pusat dan beliau dikatakan merancang menbawa Sabah keluar daripada Malaysia.
1975- BERJAYA ( Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah) oleh DS yg
meletak jawatan sebagai YDPN dan memimpin BERJAYA yang terus mendapat tentangan
daripada Dato Mustapa yang masih berpengaruh terutamanya dalam kalangan
masyarakat Islam. USNO kemudiannya disingkir daripada BN dan Berjaya diterima
menjadi ahli baru.
Tun Mustapa meletak jawatan pada akhir bulan Oktober dan kerajaan
negeri diketuai oleh Said Keruak, Timbalan Presiden USNO.
PIlihanraya Negeri 1976- USNO 20 kerusi dan BERJAYA 28 kerusi. DS
menjadi ketua menteri sekali lagi dan mati dalam “nahas kapal terbang”. Dan
jawatan tersebut di sandang oleh Harris Salleh.
Nahas Kapal terbang- kemalangaan
atau konspirasi?
Korban Tragedi
Nahas:
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan
Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan
dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada
Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian
Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang
Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku
Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada
Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)
Soalan:
1.
Adakah proses demokrasi di Sarawak pada tahun 1970
bersifat demokrasi atau autokrasi ? Bahaskan.
2.
Adakah nahas kapal terbang 6 double merupakan satu
kemalangan atau kospirasi ? Kematian Ketua Menteri Sabah ini masih menjadi
persoalan hingga kini.
Bahan Rujukan:
Buku
Abdul Rahman Haji Ismail. Sejarah
Kenegaraan dan Politik.
S.H. Alanttas. Sarawak
Kepada Siapa Hendak di Serah.
Pengajian Malaysia. International Law Book Services
Musli Oli. Sabah Kepada
Siapa Hendak diserahkan?
Nidzam Sulaiman. Pakatan
dalam Politik Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan