Isnin, 28 Februari 2011

Bincangkan sejauh manakah perjuangan Kongres Kebangsaan India( KKI) dari tahun 1885 hingga 1905 mengutamakan kepentingan rakyat umum di India.

1)    Pengenalan
Selama dalam jajahan pemerintahan British di India, Kongres Kebangsaan India (KKI) merupakan sebuah persatuan yang membawa gelombang perubahan dalam arus gerakan politik di India. Di beberapa tempat jajahan British, pembentukan persatuan, kesatuan dan kelab merupakan satu bahagian penting dalam gerakan kesedaran di sesebuah negara misalnya Persatuan Belia Buddha (YMBA) di Myanmar, Gerakan Katipunan di Filipina, Kuomintang di China yang biasanya memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kebudayaan, agama, pendidikan dan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat. Namun gerakan ini beransur beralih kepada corak yang lebih politik dan radikal, keadaan ini kerana tuntutan dari sikap kuasa imperialis yang tidak mahu bertolak ansur dan melakukan penindasan.    Sebuah persatuan harus ada pegangan dan garis panduan kepada semua aktiviti, halatuju dan dasar sesebuah organisasi atau kelompok merupakan asas dalam sesebuah perjuangan. Di India, Kongres Kebangsaan India merupakan persatuan yang mengerakkan kesedaran masyarakat India, namun sejauhmanakah kongres ini memperjuangkan keutamaan rakyat umum yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
2)    Latar Belakang Penubuhan
            Kongres India pada awalnya diasaskan oleh kumpulan-kumpulan yang berpendidikan barat dan satu perkumpulan beramai-ramai diadakan di bandar-bandar seperti Calcuta, Bombay, Madras, Poona, Allahadab dan Lahore. Hanya menjelang awal tahun 1870-an. Kumpulan-kumpulan ini mula bergiat cergas dalam lapangan politik dengan menubuhkan persatuan, menjalinkan persahabatan dengan kelas berjouis dan petani, mengutarakan masalah-masalah rakyat terutamanya melalui ruangan akhbar dan majalah yang dikelolakan oleh pemimpin-pemimpin tertentu.  Antaranya isu yang diperjuangkan ialah kebebasan akhbar, pemindahan kuasa politik kepada rakyat tempatan, peniktirafan kesamaan taraf awam dan kehakiman, penurunan cukai yang ditanggung rakyat jelata dan penolakan dasar perluasan jajahan British yang membazirkan wang kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dalam negeri, khususnya asas pendidikan dan teknikal. Beberapa persatuan yang terkenal sebelum Kongres Kebangsaan India ialah Persatuan rakyat Poona, Persatuan India yang berpusat di Calcutta, Persatuan Rakyat Madras, Persatuan Raykat Allahadab dan Persatuan India yang beroperasi di Lahore[1]. Rata-ratanya kepempinan persatuan ini dikuasai oleh golongan seperti peguam-peguam, pengarang akhbar dan guru-guru berijazah. Kepimpinan yang melayakkan mereka adalah kerana tahap pendidikan yang mereka miliki dan minda golongan ini telah terdedah dengan idea-idea dari barat, justeru itu kepimpinan mereka ditulangi dasar pendidikan barat.
            Kongres Kebangsaan India telah ditubuhkan pada Disember 1885 oleh Alan Octavian Hume yang merupakan salah seorang pegawai Inggeris dan bekas pegawai kerajaan pada abad ke sembilan belas[2]. Penubuhan ini berikutan, peristiwa tindakan Lord Ripon yang mengantikan Lytton yang mahu menarik balik dasar-dasar diskriminasi yang memberikan layanan dan peluang yang sama terhadap kaum pribumi India. Yang di mana pada tahun 1883, telah memperkenalkan Rang Undang-Undang Libert Bill yang dibentangkan dalam Maljis Undangan Pusat yang memberikan kuasa kepada  hakim pribumi mahkamah seksyen untuk membicarakan semua kes-kes kesalahan jenayah di daerah-daerah yang dilakukan orang eropah. Sehubungan dengan itu, masyarakat Eropah menentang di India, dan akhirnya telah membawa kehancuran pemerintahan dan kewibawaan Lord Ripon di India.  Lord Ripon terpaksa bersetuju meminda undang-undang dengan membenarkan orang Eropah dibicarakan oleh juri yang separuhnya terdiri daripada orang Eropah.  Kongres bersidang pertama kalinya pada Disember 1885, W.C Bonnerjee merupakan priseden yang pertama[3].
3)    Dasar Perjuangan Kongres Kebangsaan India        
Walaupun falsafah Kongres Kebangsaan India adalah memperjuangkan hak-hak orang India secara aman dan melalui cara yang demokratik namun pada hakikatnya dalam banyak hal ia hanya membela golongan-golangan tertentu seperti pihak atasan, zamindar ( tuan tanah ) dan orang kaya tetapi hak rakyat keseluruhan tidak diperjuangkan dengan telus. Kelemahan Kongres Kebangsaan India ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati golongan pemuda yang berpendidikan Barat seperti Bal Gangadar Thilak, Aurobindo Gosh dan Lajpat Rai sekitar tahun 1895 [4]. Pada awalnya, Kongres Kebangsaan India bukan bersifat anti British tetapi lebih kepada usaha kesetiaannya kepada Inggeris dan mengakui faedah-faedah pemerintahan Inggeris. Pergerakan kongres mengikuti dasar sederhana dan lebih memberikan tumpuan kepada pembaharuan berbanding memperjuangkan kemerdekaan India daripada pemerintahan Inggeris. Cara perjuangan mereka hanya mengkritik dasar pentadbiran Inggeris tetapi tidak menggunakan cara kekerasan. Dalam surat Hume yang dikirimkan kepada pejuang kebangsaan pada bulan Mac 1885 yang menakrfikan matlamat-matlamat Kongres sebagai “ membolehkan semua pekerja yang paling giat dalam hal kemajuan kebangsaan untuk berkenalan secara peribadi di anatara satu sama lain” serta “ membahaskan dan memutuskan kegiatan-kegiatan politik yang harus dijalankan pada tahun akan datang” . Daripada surat tersebut menampakkan perjuangan kongres ini lebih bersikap sederhana dan lebih kepada sikap pro-British.
4)    Sejauhmanakah perjuangan Kongres Kebangsan India mengutamakan kepentingan rakyat umum di India berdasarkan pembawaan isu dan penyelesaian isu-isu tersebut.
Apabila melihat kepada isu-isu diperjuangkan oleh Kongres Kebangsaan India dan pendirian yang digubal, boleh dikata kurang jelas terutamanya dalam mengutamakan kepentingan rakyat umum di India. Hal Ini demikian kerana perjuangan Kongres Kebangsaan India lebih kepada memperjuangkan kepentingan ahlinya yang terdiri daripada golongan atasan sahaja sedangakan masyarakat umum di India terdiri daripada pelbagai lapis masyarakat yang mempunyai kehendak dan tuntutan masing-masing.
Sebagai contoh terdapat dua golongan yang mempunyai kepentingan iaitu zamindar dan kelas Penyewa Tanah yang mengusahakan tanah tersebut. Kedua-dua kelas ini telah bertelingkah sehingga memaksa kerajaan Bristish menggubal undang-undang Akta Penyewaan Tanah Bengal 1885 untuk tetapkan kadar sewa dan menjamin hak penyewaan tanah. Sebuah kongres telah digesa untuk merestui akta ini, tetapi pucuk pimpinan Kongres Kebangsaan India tidak mengedahkan seruan ini kerana khuatir kemungkinan beasr Persatuan  India British yang mewakili zaminder-zaminder Bengal akan berundur dari kongres. Jelaslah jika disimpulkan bahawa kongres ini hanya menjaga kepentingan pihak atasan sahaja dan bukan untuk membela kepentingan rakyat umum.
Seterusnya isu-isu yang diperjuangkan oleh Kongres Kebangsaan India hanya berkepentingan kepada menjaga keuntungan golongan atasan sahaja seperti peperiksaan ICS. Tuntutan-tuntutan ini ini dikritik kerana memberikan peluang kepada orang berkemampuan sahaja seperti orang kaya. Orang biasa tidak dapat menduduki peperikaan ini kerana memerlukan perbelanjaan yang banyak dan diadakan di Landon.[5] Sehubungan itu golongan yang bawahan tidak menerima peluang pendidikan yang sama.
Disamping itu juga, Kongres Kebangsaan India telah merestui Age of Consent Bill yang diperkenalkan oleh British pada 1889[6]. Dalam Persidangan Sosial Kebangsaan   dan sebilangan besar penyokong gerakan pembaharuan sosial telah merestui tindakan British pada tahun 1889. Dalam Akta berkenaan telah menyatakan halangan perkhawinan gadis berumur dibawah umur dan menghalang menjalinkan hubungan seks dengan gadis yang umurnya kurang daripada 10 tahun. Pada Persidangan Kongres di Calcutta Disember 1890, telah menyaksikan banyak penentangan dari pelbagai pihak sehingga mewujudkan kerjasama Kongres dan Persidangan Sosial Kebangsaan dan akhirnya telah membawa pertelingkahan pada tahun-tahun 1890an.  Dapat dikatakan bahawa tindakan kongres ini dilihat lebih mengutamakan perpaduan politik daripada memeliharakan kesejahteraan sosial rakyat India. Akhirnya usul menyokong akta ini telah ditolak. Secara keseluruhan kehendak rakyat umum kurang diteliti namun perjuangan mereka hanya untuk memurnikan hubungan politik semasa mereka sahaja berbanding untuk kepentingan rakyat umum di India.                 
Sementara itu pula, seorang pemimpin yang kuat dalam Persatuan India iaitu S.N. Banerjea telah membangkitkan soal akta penghijrahan dalam negeri 1882[7]. Tujuan beliau melakukan bantahan untuk meluahkan ketidakpuasan ahli politik Benggal terhadap akta tersebut yang memberikan kuasa kepada syarikat perladangan Eropah di Assam untuk memberkas para pekerja kontrak yang ponteng kerja atau melarikan diri dan kemudiannya menyerahkan mereka kepada mahkamah supaya mereka dipenjarakan. Namun akta ini berat sebelah kerena semata-mata untuk memenuhi desakan para peladang Eropah yang mencari tenaga kerja dari Bengal dengan menawarkan gaji yang amat rendah sekali. Perwakilan Benggal meminta ahli Kongres telah mendesak kerajaan Bristish, namun telah ditolak oleh pucuk pemimpin kongres. Walaupun akta ini memberikan kesusahan kepada para pekerja kontrak, tetapi kongres tidak berganjak dengan keputusannya. Keadaan ini telah melihatkan tindakan kongres sebenarnya lebih mementingkan soal lain yang berhubung dengan masalah mereka sendiri dan tidak mengambil langkah yang drastik berhubungan dengan masalah rakyatnya.  Sekali pun pada tahun 1888 bantahan telah dibuat namun ditolak hanya lapan tahun kemudian sahaja akta ini telah diterima balik. Peranan kongres tidak begitu menonjol untuk memperjuangkan kepentingan rakyat umum di India, malah apa yang mereka lakukan hanya lebih bersifat kepentingan peribadi untuk kongres dan ahlinya sahaja.
Satu lagi, Akta Penyewaan Tanah Benggal 1885 yang bertujuan menetapkan kadar sewa yang berpatutan dan menjamin hak para penyewa tanah untuk mengusahakan ladang mereka[8]. Namun keputusan daripada pucuk pimpinan Kongres Kebangsaan India sangat mengecewakan kerana tidak mengendahkan kepentingan rakyat umum India namun mereka hanya khuatir akta tersebut akan mencetuskan kemarahan tuan tanah.  Dalam Kongres ini telah menimbulkan perbahasan dalam kalangan ahli. Misalnya J.R Mc lane berpendapat dasar kongres dikaitkannya dengan kepentingan ekonomi para pemimpinnya. Beliau berhujah bahawa pucuk pimpinan kongres telah berusaha menarik sokongan kelas harta tanah seperti zamindar di Benggal yang menjadi salah satu bantuan kewangan utama. Sehubungan itu, ternyata bahawa kongres lebih memberikan tekanan kepada kepentingan zamindar-zamindar berbanding kelas penyewa tanah[9]. Di sini terbuktilah bahawa usaha yang dibawakan oleh kongres tidak memperjuangkan kepentingan rakyat umum di India. Sebenarnya usul ini memberikan kebaikan kepada golongan petani namun telah ditolak kerana dikatakan akta tersebut akan menjejaskan ekonomi pucuk pimpinan Kongres Kebangsaan India yang terdiri daripada tuan-tuan tanah tersebut.
Selanjutnya berkenanan dengan Akta Pemindahan Hak Milik Tanah yang diperkenalkan di Bombay dan Punjab pada tahun 1900-1901[10]. Akta ini telah menyekat pemindahan hak milik tanah di desa kepada kelas-kelas bukan pertanian. Usul ini telah diterima pada tahun 1899 bagi menentang usul ini. Pada tahun 1900 usul ini akhirnya  ditolak kerana mendapat penentangan daripada petani-petani dan tuan tanah muslim. Hal ini kerana akta tersebut hanya memberikan pemindahan tanah antara kelas-kelas pertanian tradisional, baik tuan tanah, petani dan ini hanya akan memberikan pulangan atau keuntungan kepada kelas tuan tanah yang terdiri daripada kaum muslim. Penggubalan akta ini telah memaparkan bagaimana puak Arya yang terdiri daripada kasta ceti dan saudagar Hindu sepertu Khatri, Arora dan Agarwall, mereka menganggap tindakan British ini adalah bertujuan menyekat pengaruhnya di desa. Para petani yang miskin dan terlibat dalam pertanian akan tertindas disebakan oleh akta ini dan tuan-tuan tanah seakannya mempunyai kuasa merampas tanah para petani yang tidak mampu menjelaskan hutang mereka. Para tuan-tuan tanah juga tidak akan menerima persaingan daripada sebarang kelas saudagar dan para ceti yang majoritinya tinggal di bandar. Pada Disember 1899, satu persidangan Kongres diadakan di Lucknow supaya mengutuk rang undang-undang kerana ia akan menjelaskan pinjaman kepada kelas-kelas pertanian, namun kongres masih enggan untuk mengutuk akta tersebut kerana gentar dengan bantahan kuat daripada para tuan tanah[11].  Kesimpulannya akta ini tidak dapat memelihara kebajikan kelas petani sedangkan akta ini membenarkan pemindahan tanah antara kelas-kelas pertanian tradisional baik tuan tanah mahupun petani maka ternyata sekali ini akan lebih menguntungkan kelas tanah dan mereka juga mempunyai hak untuk merampas tanah petani yang tidak mampu  untuk menjelaskan hutang-hutang mereka. Pendirian Kongres Kebangsaan India tidak menampakkan untuk membela golongan bawahan seperti para petani yang memerlukan sebuah badan yang memperjuangkan hak mereka. Begitu juga kebanyakan rakyat di India terdiri daripada golongan petani yang dahagakan pembelaan dan keadilan hidup mereka yang sering ditindas oleh sistem yang tidak memihakkan kepada mereka.
Pemisahan Benggal merupakan satu lagi isu yang menunjukkan pendirian Kongres Kebangsaan India iaitu samaada kongres ini sebulatnya mengutamakan kepentingan rakyat umum India. Curzon telah membahagikan Benggal kepada Benggal Timur dan Benggal Barat atas keperluan pentadbiran tetapi alasan ini ditolak oleh golongan nasionalis. Isu pemisahan Benggal ini telah dikemukakan pada tahun 1905 dan telah dilaksanakan sepenuhnya pada bulan oktober pada tahun yang sama.  Di bahagian barat benggal diduduki oleh orang-orang beragama Hindu iaitu orang Benggali manakala di bahagian timur diduduki oleh penduduk yang beragama Islam. Tindakan Curzon ini merupakan dasar pecah perintah yang memecahbelahkan orang Benggal mengikut agama dan cuba memajukan orang Muslim yang mundur di Benggal timur.  Sehubungan dengan itu dasar ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati para pemimpin-pemimpin Kongres di Calcutta dan juga dasar ini disyaki sebagai satu strategi melemahkan kekuatan pemimpin dari Benggal yang bergiat aktif dalam Kongres Kebangsaan India.  Para nasionalis telah bersatu padu menentang pemisahan Benggal dengan melakukan tunjuk perasaan besar-besaran sambil “Bande Matarem” dinyanyikan. Kemuncak perjuangan Radikal tercapai dalam persidangan Kongres Kebangsaan India pada 1906 di Banaves yang membantah dasar pemisahan Benggal dan membawa usul lain yang bersifat radikal diluluskan seperti, pulaukan barang-barang import British, beli barang Swadeshi, memperkenalkan pendidikan nasional dan berjuang untuk mencapai Swaraj iaitu kerajaan sendiri[12].  Namun usaha ini telah dikecewakan apabila pucuk pimpinan Moderat Kongres Kebangsaan India hanya menyokong menentang pemisahan Benggal tetapi tidak menyokong usul-usul radikal.
Kesanya kongres telah berpecah dua iaitu kumpulan Moderat dan puak radikal yang di ketuai oleh Thilak. Puak Radikal ini telah mula melakukan keganasan dalam usaha mereka menentang British[13]. Di sini sekali pendirian kongres tercalar apabila Kongres Kebangsaan India telah terpecah dua, pendirian yang kurang jelas dan mengamalkan keputusan yang berjaga-jaga telah membuatkan kesatuan dalam kongres digelombangkan dengan ombak perpecahan. Demikannya kepentingan memperjuangkan kepentingan rakyat umum di India tidak tercapai dengan sempurna apabila Kongres Kebangsaan India diselubungi perpecahan dan isu dikalangan para pemimpin meraka. Oleh itu, Bristish masih mempunyai kekuatan dalam melaksanakan segala dasar dan berada dalam keadaan selesa kerana tiada kuasa pendesak untuk menyalurkan desakan melalui organisasi yang boleh mengugat kewibawaan pemerintahan British.  Daripada huraian di atas, adalah jelas bahawa pendapat Mehrotra dan Seal, bahawa kongres telah mengenepikan perkara-perkara yang bersifat tempatan boleh dipertikaikan[14].
5)    Kebangkitan golongan radikal menjadi kayu ukur kejayaan perjuangan Kongres Kebangsaan India dalam mengutamakan kepentingan umum rakyat India.
Kesimpulan daripada semua isu yang diperjuangkan Kongres Kebangsaan India, kebanyakan isu berkaitan dengan kepentingan rakyat umum India namum masalahnya isu yang diperjuangkan mereka gagal sebab tidak memenuhi aspirasi rakyat dan tidak memperjuangkan kepentingan rakyat sepenuhnya. Namun akhirnya hanya golongan radikal yang memperjuangkan hak-hak orang India terumatanya golongan bawahan yang sebelumnya tidak mendapat perhatian pihak Kongres Kebangsaan India. Sedangkan selama ini golongan atasan dipentingkan dan golongan bawah sering dipinggirkan. Sehubugan itu jurangan antara dua golongan ini telah membangkitkan golongan yang lebih bersifat radikal. Dan pimpinan perjuangan radikal ini diteraju pemimpin seperti Bal Gangadar Thilak, Aurobindo Gosh, Biban Chandra Pal dan Lala Lapjat Rai yang mendesak Kongres Kebangsaan India supaya mengambil pendirian yang tegas terhadap dasar-dasar kerajaan yang tidak adil.


Bibliografi





Chandra, Bipan. Nationalism and Colonialism in Modern India,
Orient Longman Limited.New Dehli. 1979


Masselos ,Jim. Nationalism on the Indian subcontinent,
Tien Wah Press.Singapore. 1972

Mclane ,John .R. Indian Nationalism and Early  Congress,                                                                                                                 Pringeton University Press. 1977.

Mclane.R .Indian Nationalism and Early  Congress,                                                                                                                             Pringeton University Press. 1977.
Sarkar, Sumit. Morden India. 1885-1947.

Seal. Anil. The Emergence of Indian Nationalism.1968

Suntharalingam.R. Indian Nationlism An Historical Analysis,
Vikas Publishing House.1983.

Suntharalingam. R. Nationalisme  satu tinjauan sejarah.
Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd.1985.








[1] R. Suntharalingam.  Nationalisme  satu tinjauan sejarah. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd. m.s 156
[2] Masselos,Jim. Nationalism on the India Subcontinet. Singapura. Tien Wah Press. 1972. m.s  63.
[3] R. Suntharalingam.  Nationalisme  satu tinjauan sejarah. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd. M.S 159
[4] Sarkar, Sumit. Morden India. 1885-1947. m.s 98-99
[5] Sarkar, Sumit. Morden India. 1885-1947.
[6] John R. Mclane. Indian Nationalism and Early  Congress,Pringeton University Press. 1977. m.s130
[7] R. Suntharalingam.  Nationalisme  satu tinjauan sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd. 1985. M.S 161
[8] R. Suntharalingam.  Nationalisme  satu tinjauan sejarah. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd. M.S 164.
[9] R. Suntharalingam.  Nationalisme  Satu Tinjauan Sejarah ,Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd. 1985 m.s 165.
[10] R. Suntharalingam.  Nationalisme  Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd.1985 m.s 165.
[11] R. Suntharalingam.  Nationalisme  Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd. m.s 165.
[12]Bipan  Chandra. Nationalism and Colonialism in Modern India, Orient Longman Limited.New Dehli. 1979


[13] R.Suntharalingam. Indian Nationlism An Historical Analysis, Vikas Publishing House.1983. m.s 134
[14] R. Suntharalingam.  Nationalisme  Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn Bhd. m.s 163.

Khamis, 24 Februari 2011

Tuhanlah KekuatanKu

Saya ingin memberikan kemuliaan kepada Tuhan kerana:

1. Kemenangan saya semasa Pilihan Raya Kampus USM
2. Mempunyai sahabat-sahabat dalam PKA yang seperti keluarga saya. I LOVE USM ALL.
3. Tempat kesukaan saya: Humanities, Cahaya Gemilang
4. Keluarga saya di kampung yang bahagia: Ibu bapa Tercinta.
5. Gereja Tuhan: Hope, EPCC dan PenHOPE tempat dimana saya mencari wajah dan mendengarkan firmannya.
6. Negara Kita Malaysia yang aman dan damai.

Terima kasih Tuhan atas berkat Engkau dalam hidup ini yang tidak pernah putus. Ya Tuhan sesunggunhnya Engkau Tidak pernah putus asa kepada kami. Kasih yang tercurah tidak mengenal erti kecewa dan sentiasa memberikan saya ruang untuk kembali kepada Engkau. Tuhan gunakanlah Hidupku menjadi berkat kepada semua orang tanpa mengenal erti putus asa dan melalukan kebaikan dan memenuhi hidup-hidup yang perlukan kasih Engkau.

Selasa, 15 Februari 2011

Where is the light?

When the night come,
When the lamp turn off,
Where is the light?
Blackout!!!!

Where is the light is?
From the light, only you can see the shadow.
but where is the object?
Shadow come after the light.

Blackout!!!
I can"t see 
so dark
or your blind your eyes
Shine and be the light of the world.
Your Light maybe can 
Giving some Hope
Giving some Love
Giving some Faith
for some one outside there.

Because your light 
My Eyes can see
Beautiful Soul in you.
My Heart can fell
That is the one.

But where is the light?
Why Night is so long.......
The lonely night come and pass by,
I wish to see the sunshine 
in every morning,
after i wake up,
Your Light will be my Sunshine for all of day.
and make my day!!


Anyway night is still young
is good having the moon and the star 
at the night along
is better than never
Thank you Moon
Thank you Star
because being for my friend.
I hope I can see 
the Sunshine one day.

Ahad, 13 Februari 2011

Boy and girl relationship part 2



Boy Girl Relationship - Is God in the picture too?


This was from the seminar in which Pastor Gloria Wong talked
 about regarding boy/girl relationships from her own experience 
and also 
the Word of God. Material is based from the outline and also the understanding in which she has give to all who attended. Before 
i proceed I would like to clarify that I am not trying to spiritualize 
this BGR topic but it is as with reference to God's very own Words. 
The things presented are very general as its too big a topic to talk
 about (let alone blog about). I will hereby blog from my personal understanding as i heard the preaching.


Alrite.....may i have a show of hands (if any), anyone single? Anyone married? Anyone in a relationship? Whoever raised their hands,
 this is all for you. =)


Firstly lets get this straight : MOST of us are single and available yes? And we sort of have this inner calling to get hitched one day. Meaning we need to find someone to fill that gap. But some others however choose to stay single. They dont seem to have that desire to find a life partner. As we go on we will see more details. So lets start with the very BASIC of questions first :

1. WHAT and WHOM to seek?
In 1 Corinthians 7:27 in the Bible, this part talks about "seeking". If u are married thats good. Then dont seek to get out of it. But if you are single, dont SEEK to find a wife. In this context "seek" meaning run after. We should not run after marriage OR run after to catch a girl like a lion would chase a zebra.

We have desires and feelings to find a life partner (gf, wife) and that is normal, healthy feelings for every human. BUT dont rush. At all costs. Why?

Turn to Adam in the Bible and u will read that he did NOT run after Eve. Eve came when he was sleeping (ea Relaxed). God provided Adam a helper and wife without Adam having to lift a finger.But does that mean we all go to sleep and not do anything? Waiting for God to just drop a wife on us? NO as well.
Proverbs 18:22 says those who can find a wife is a good thing and obtains favour from God.

But you see the word FIND here in context means not searching. Rather, it means DISCOVER along the path of your life. You dont focus so much on the searching and get all tired coz of one perfect girl/guy u trying to locate with your poorly built internal radar. But when u are walking along the path of life, along the way you will discover many potential people sometimes by the most surprising of ways. And better still, IF you were doing the things of God and you found someone along the way, thats great.

Single life is actually a special time when u can give your whole entire self and being without any distractions to God. Seriously. But that doesnt mean when u are hooked with someone you should pay less attention to God. No.

NOTE 1 : Before you ask God for someone to take care for, firstly take care of God Himself. Meaning love and serve Him. Loving God increases ones ability and capacity to love people, especially those closest to us. Also if you cannot learn to love God who created us, how are we going to love the people He also created?

NOTE 2 : Do not seek contentment in a love relationship. Get contented with God first. Give all your struggles (sexual, relational, emotional, feelings) to Him first and let Him check those things in His list. He will provide those u gave Him back to you in a right way.

NOTE 3 : Do not get into a relationship just because u feel lonely, u need someone who understands you, peer pressure, or pure desperation. Love relationships are not the key to inner contentment. Having the love of Jesus is. Why? Simply because no possible human can possibly satisfy all the needs of another soul. If you cannot attain contentment as a single individual, you will never reach in in a relationship and even in marriage.

Only God can fill the deepest longings of the human heart.

2. WHAT to DO while waiting?
i)Commit to personal growth
I find this very practical indeed. Since we are still waiting n got nothing better to do, why not try to make ourselves ready before others so that when the right one comes along, we are in the RIGHT zone to handle. And people who commit to personal growth will live by God's Word and seek a godly lifestyle. Who wouldnt want someone who is truly essentially good as a whole being? I can tell you this as much : MEN/GUYS should live a correct good Godly life if you really want to be ablle to attract the opposite sex. Vice versa as well. A good example would be ready to admit mistakes, be humble, be honest and truthful, willing to receive and give help, seeking God's help for change etc. These are just basic things men n women SHOULD have always.

ii)Develope healthy self-esteem
A person with low self-esteem gleans a sense of worth from people they are with. They want attention and often will resent or get jealous when their mate is interacting with another person. Therefore they try to get attention and love in order to feel secure and feel needed. But always they will feel insecure very easily. Eg : Girls, when ur BF talks to another girl. How would you feel?
On the other hand, a person with high self-esteem loves others because they are secure about themselves and can love and be loved very easily. This is when the person realized that it is God's love that is far more important than anything else. Simply because God IS Love and Life springs forth from those who genuinely loves.

iii) Develope positive attitudes on life
Your not going to grumble and rant , self pitty, regret about mistakes u've made in the past are you? Come on. Put the past behind. A good sense of humour is a good positive attitude. Not judging others and not being too critical. And dont hold others responsible for your own happiness as if they owe it to you! No one owes us love. But we always owe to love others as ourselves.

iv) Be mature, truthful and responsible
Let yourself be able to handle things with FULL responsibility. Taking care of yourself is a good way to learn how to be responsible for yourself. And maturity will follow suit. Maturity doesnt really come with age these days. You can be a 40yr old baby. However u can be a 20yr old man. Maturity comes with the ACCEPTANCE of responsibility. Which is why i will say this again, most young relationships (under 18yrs old) are NOT suitable to be continued simply because the amount of responsibilities are too much to bear at this stage in life. Anything can happen. It takes time.

Also ask yourself : Do I respect other's feelings? Do I do the right things that im supposed to do (eg study and work)? Do I avail and take responsibility rather than make lame excuses? Am I truthful?

Aspire to be someone whose actions match your words. Even if its a small action, matching it word for word makes people see that you are able to hold responsibility and be trustful. And it clears alot of misunderstanding. Also please put all your egos and pride aside. This is not the place nor the time to be someone you are not.

3. Good Dating Philosophy Ideas
i) Keep your motives in check
You have to be real honest and ask yourself these few questions : "Why do i want to date this guy/girl?", "Are my motives selfish or loving?", "Is it just coz im lonely and i want company?" , "I want to prove that i can go out with the best looking person?" , "I want a free meal and gifts always?". Ultimately please ask yourself , "WOULD GOD AGREE WITH THIS GOAL?"

Honestly if u seek for a perfect wonderful has-it-all-in-my-checklist girl/guy, do you think for one minute, that if you are not up to his/her standard, you really think he/she wana go out with you? Surely they will want to find an even better or same quality person. No? Its just not right to ask something like that. Be humble, and have a right mind.

ii)Dont date for the sake of dating!
Your purpose to date is not to impress or feel good. Dont feel pressurize to date and DONT pressurize others to date as well! Men, guys when you are alone with a girl eating together u may think its a normal meal kinda thing, but she MAY think otherwise! So be careful. Please let your intentions be known. If its just socializing and fellowship, do go in a group.

iii) Date those who have Jesus at the center of their lives
Well this may be most applicable to bros n sis in Christ. Simply coz in 2 Corinthians 6:14 it says do not be unequally burdened for what has lawlessness have to do with righteousness and what has light have to do with darkness. Now I am absolutely not putting any unbeliever down. But the central core of it is that it is quite impractical to have two people of two totally different beliefs to date each other (Let alone get married). I can testify that with my own family but not here and not now. Will you compromise God for the sake of a girls/guys heart? Has God ever compromised to love you? So beware when being romantically involved as there are possibilties of your walk with God cut shorter. You must be able to know, "Is this relationship helping me know and grow closer to God? Or otherwise?" , "Is it distracting me or encouraging me spiritually?"

iv) Give up your rights to sex n marriage
Yes you heard me, give them up. But to God of course. Let God take control of your sex life and marriage. Guys we are guys. We know what we go tru everyday. Im one of you, okay? No matter how hard we try, its very tiring. Giving it to God and let Him take the control puts our hearts and emotions at rest at least. Girls same as well. We give all our appetite to God and He will give us the fulfillment back in a good proper way.

The one reason why premaritial sex is so prevalent nowdays is because couples in a relationship dont submit to God. Dont get me wrong, sex is good and healthy and intended by God as a fullfillment between MARRIED couples. Only married couples should enjoy sex as it is the only feeling in the world that brings us intimately closer to our spouses. It is suppose to be special that no one else has it. Random free meaningless sex just takes away that privilege and spice of love.

v) Take your time to develope non romantic relationships
Like i said earlier, take your time to discover the many potential people around you. Dont rush and dont be worried that the one that u like may be robbed or taken away. If you rush to get/find that perfect person your going to be dissapointed.

If it has happened its ok. God will help u find a suitable one for you. He is afterall the Creator. Friendships should come first. Coz then u will see and discover the good and bad sides of a person in a less akward and more relaxed way. Be available to friendship but keep urself purely for your spouse ONLY. Guys and girls, its okay to have more friends of the opposite sex.

vi) Determine to please God in all your relationships
When u can please God with your relationships with others, automatically others will be pleased with you as well, plus blessings flow for all parties.

vii) Get your life straightened out as much as possible first
If you cant handle and iron out all those things which make u tumble and always emo in life, how would you expect to handle the even more unironed out things in a relationship. Out of the pan and into the fire. Seek God for healing and renewal and restoration from all past hurts and sins.

When u have managed to iron out as much of your life and be right with God and be right with yourself and others, you can be able to tackle most other things. Being prepared is important. Of course no one can be 100% ready for anything, but thats why God is best included in the picture to help. Dont be surprised there will be a line of girls lining up (or vice versa) when ones life is truly on the right track and according to God's guidance.

Finally,

4. SUGGESTED Dating progression
Step 1
Be honest to yourself if u have romantic feeligns or intentions. Dont hide from yourself and others by claiming to be "just friends".

Step 2
When u realize step 1, seek God FIRST! Submit all your feelings, love resume's, etc to Him and let Him check your homework. Do not wait till u two are tangled in the relationship and too involved to hear a clear NO from Him if He wants to speak to you that way. It is best to get a proper guidance from God's Word on relationships first.

Step 3
Always have Jesus at the centre of your life. He gave it all for us first. Stop being an emotional prostitute (Falling in love with everyone you date). Always keep emotions in check with God.

Step 4
Communicate or let someone higher than you know of your feelings and intentions. For Christians do consult your cell leaders, church elders, pastors etc for clarity and guidance. They will be glad to help and cover you in prayer. For others u may approach someone who is already married or in a good solid long term relationship. Christian relationships are often a good place to start coz chances are they followed most of what I said in this blog.

Another reason is coz a higher rank or third party person can help you to keep things in objective perception. Once ur in a relationship, somehow the ability to see things objectively is blurred a little. Sharing with others also brings the relationship into light where everyone can help out, instead of being in the dark and directionless and preventing from temptations+confusions. Do not be shy about the relationship. We need all the help we can get especially if it comes to a life partner =)

After the 4 steps above are done, ONLY then proceed to step 5.

Step 5.
Communicate/Tell/talk with the person about your romantic feelings to him/her.

Yes, this is by right the last step. Though many will take this as the first step to do, sadly. Doesnt anyone remember , "Save the best for last"?.

Ask God for the right timing to tell/express your feelings. Be careful not to frighten the person. By right men should lead the way and innitiate. And therefore dont drag your feet into it nor dont be too serious as well and make it sound like the world is ending. Be clear and always be relaxed about the whole thing. God is in control. Communicate unselfishly and wisely. Dont use God's name as an excuse that you two are meant to be together. God gave a freewill to choose and decide. The most He can do is give you signs and signals.

Guys also please do give the choice and liberty to the lady to opt out of the relationship if she doesnt feel like being in it. If it is really God's intention for this relationship to go on, you can always count on Him to help. If its not, why go into deeper unnecessary trouble?

Be respectful to one another and always keep the relationship well defined. Reveal and talk constantly about the progress and direction on the relationship as time goes by. When to get married? Careers? Children? Etc. Always keep them updated with one another to eliminate and prevent feelings of doubt and insecurity.

Lastly I would like to mention, should any of you want to be single for the rest of your lives, it is also a good thing. But dont let it be out of fear or hatred or other negative motives that u dont want to be in a relationship with another person. The main reason should be that u are all out ONLY for God and to be purely for Him. You dont want to be distracted or tied down so that u can further expand His kingdom and do His works. God did say blessed is he who is single but also blessed is he who has a wife. So its all good in the end.

With that the seminar ends. I tried my best to depict as much as talked by Ps Gloria, but its just too much. I had to shorten this down, but essentials are in here to check on BGR's should any of you feel like getting into or progressing further.

So the answer to the heading, should God be in the picture too on your courtship/date/wedding? Yes with a capital Y. For certain of course.

May this bring more understanding and clarity to all.
God Bless You

Link: 

Kisah disebalik Hari Kekasih.

Esok 14 Februari wow tentu banyak yang teringat hari ini dikatakan sebagai " Hari Valentine". Dalam Malaysia kini isu ini juga menjadi hangat. Mungkin ramai diantara kita di Malayisa kuarnag faham dengn Kristianiti dan apakah pendirian orang kristian tentang menyambut hari Valentine day. Hal ini disebabkan Kristian ini sering dikaitkan dengan barat dan apabila yang datang dari barat adalah berunsur kristian. Pemahaman ini sering ng ditanam dalam benak dan pemikiran bahawa agama kristian ini adalah agama yang bebas dan malah merupakan gaya hidup senang. Dengan itu sayacuba memberikan penjelasan yang ringkas tentang maksud Valentine. 
     Namun semenjak saya mengenali agama kristian walaupun sebenarnya saya lebih suka lagi mengatakan bahawa saya bukan beragama" Kristian" ini kerana dalam prinsip Kristianiti, Kristian bukan merupakan sebuah agama. Kalau kita melihat maksud " agama" :

1. anutan sesuatu yg dianut; pegangan; ikutan. penganutan perihal atau perbuatan menganut


2. Anut atau menganut : menganut, menganuti menerima se-suatu ajaran (aliran, fahaman, dsb) sbg pegangan yg teguh, mengikut, menurut, memeluk (agama): ada drpd perbuatan-per­buatan kita telah pun menjadi adat resam yg kita anuti sejak lama;

( kamus dewan)

Apa yang ingin diperjelaskan disini, agama Kristian bukan merupakan sebuah amal atau satu tradisi yang diikuti dengan mengikut sejarah atau kebiasaan sebuah gereja yang diikuti oleh semua orang kristian. Kesimpulan di sini kristianiti yang benar merupakan " perhubungan peribadi dengan Tuhan" maksudnya rasa kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan itu bukan dari undang-undang atau sebuah peraturan yang menyuruh anda mengerjakan ibadahmu tetapi kerana perasaan cinta anda kepada tuhan itu akan membawa anda akan sedar bertapa besarnya dan dalamnya kasih Tuhan kepada umatnya. Valentine Day bukan budaya atau amal agama kristianiti. Tetapi apa yang ingin Kristianiti terjemahkan erti " Kasih" atau Hari Kekasih ini lebih kepada;

Pertama: Kasih Tuhan kepada Manusia.

Yohanes 3:16


Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.

Kedua: Kasih Manusia kepada Tuhan

Markus 12:33

Memang mengasihi Dia dengan segenap hati dan dengan segenap pengertian dan dengan segenap kekuatan, dan juga mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri adalah jauh lebih utama dari pada semua korban bakaran dan korban sembelihan.

Sebagai seorang mahasiswa, saya merasakan perasaan cinta itu merupakan sebahagian hidup para mahasiswa dikampus. Banyak pertanyaan salah ke merayakan Valentine? Sebenarnya untuk mengasih seseorang itu bukan satu hari saja tetapi sepanjang umur kita hidup didunia ini. Hari Kekasih ini merupakan hanya satu medium untuk membina kasih. Semestinya bukan hanya untuk pasangan berkasih tetapi kepada Ibu, kepada guru , kepada pensyarah kita malah ada yang memberikan kepada binatang kesayangan mereka. Sehubungan itu, merayakannya dengan pasangan kekasih anda maksud sya orang yang sedang hangat berpacar dengan sesuatu yang melibatkan maksiat merupakan sesuatu yang salah di mata masyarakat mahupun di sesi agama. Tidak salah kalau pada hari Valentine ini anda memberikan hadiah dan menghargai sahabat atau orang yang anda kasih dengan kata-kata yang memberkati. Kerana Tuhan kita itu kasih, sebab itu kia=ta mengenali erti kasih. Sesungguhnya orang yang tidak mengenali Tuhan dia tidak mempunyai kasih.


Dalam Alkitab sendiri mengatakan Kasih itu adalah :
1 kronitus 13: 4 -7

Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong.Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran.Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu.

Penegasan daripada Firman Tuhan disini, paling ingat kasih itu tidak pernah bersetuju dengan ketidakadilan maksud dia setiap pasangan yang berpacaran misalnya seharusnya tahu batas perhubungan berlakulah adil pada pasangan anda dan janganlah membuat di luar batas sebagai hanya pasangan kekasih. Sesungguhnya Kristianiti tidka pernah menyokong maksiat, berfoya-foya atau berparti yang berporak peranda kerana itu bukan sifat kasih.

Kasihilah orang lain seperti anda mengasih diri anda. Kasihilah Tuhan anda dengan segenap kekuatan, iman dan jiwamu. Jesus is pure love.


Valentine bukan amalan Kristianiti tetapi budaya orang Pagan
 Link: 




Siapakah kekasih anda?
Yesus Kristus. Kasih Agape.


Jesus Love You.





Ti dikerinduka