Ahad, 20 Mac 2011

Idup bepanggai ba diri empu.

Lebuh orang udah enda percaya ke nuan agi. Lebuh orang enda meretika pengawa ti digaga nuan. Anang irau ka jaku orang , Nuan nemu utai ti digaga nuan nya nyelai ari orang bukai laban nadai orang bukai ulih ngaduka pengawa bakanya. Aku sigi enda kala minta kasih orang tauka disinu ka orang idup ba dunya tok. Nama utai nyadi sigi manah ge pulai ke pemanah enggau pemedis diri empu, enda kiruh ka orang deka bejaku nama, idup aku aku empu. Ka bakani ne jaku nuan, aku enda i ke irau enda takut. Jaku enda ulih munuh aku Jaku enda ngelabuh aku . Aku ngati ke diri manah agi ari nyadi ulun orang lalu bekerja enggau orang bukai ti semina ngiga pengulih dalam nuan.

Taja aku kediri aja, nadai orang berani bediri mantah utai ti salah? Tok meh Aku deka ngelaban taja pan orang deka muai aku. Taja apai indai aku enda nerima aku. Taja bala kaban aku lari lalu muai aku ari dunya tok. Aku enda takut, Laban aku ukai diempu dunya, laban dunya benci ka orang baka Aku. Idup aku ukai enggai dunya. Sapa meh nuan deka ngakim aku? di dunya tauka langit nadai bisi siku nama ti besai ari ti Mulia ( SEMINA NUAN AJA) Aku baka keramau utai enti nadai iya. Aku siku aja tang aku enda kediri lebuh aku mai pemendar. Ya sigi amat pemendar sigi pedis orang nerima enggau meda. Sigi pedis ati meh aku tang tat ka aja. Nama kita nempa ka Idup orang bukai ? lapa enda puas ka merinsaka kami semenua? Tanah kami? Bup Kudus kami?

Aku ari suba sigi nadai kala orang nulong. Apai Indai aku aja meh ti meri aku belanja enggau pengerindu. Aku nadai kala bekunsi pengerindu enggau orang. Nadai nadai kala. Enti nuan enda suka tauka rindu nya tepulai ka nuan empu. Aku sigi enda kala nagang. Hidup aku sigi enda kala ka nusah ka orang bukai. Tang anang dulu mungkal aku tauka meri jaku ngagai aku. Aku sigi diau aja dulu, tang dulu ngunsut ka arang ba mua aku, ila meh nuan meda aku mantai ka nuan penemu ti tau nganu ti mambar ti tau ngeruntuh ka dunya tok. Laban nadai utai di dunya ulih nagang ari Iya ti siku aja. Enti peneka ya enggau aku sapa ulih ngelaban aku.  Jaku manis ? Jaku jai? semuanya ulih diberi tang anang enda ingat ari jaku kita baru ku nemu sapa munsuh sapa kaban aku. Nadai utai lebih ari nya.

Nuan enda kala kiruh alu enggai ngereja pengawa? ukai bakanya aku sigi enda ngereja pengawa ti nadai meri reti nadai meri penguntungka aku? aku udah lelak ngereja semua utai tok . Cukup lelak laban kelalu balat gaga.

Sabtu, 19 Mac 2011

Kongres Vienna 1815 Merupakan Penstukturan semula Perjanjian Paris 1814.

Pengenalan
Dalam menyusun semula Eropah kepada suasana yang aman dan damai beberapa perjanjian dengan kuasa besar telah dibuat, melalui perjanjian ini memberikan satu pengawalan kuasa yang seimbang kepada semua negara-negara di Eropah.  Perancis merupakan sebuah kuasa besar di Eropah yang ingin menguasai seluruh empayar Eropah.  Napoleon mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menakluk seluruh Eropah bagi mematahkan usaha beliau ini,  kerajaan Inggeris dan beberapa negara eropah lain telah menyusun satu bentuk perpaduan dan perikatan ini bermatlamat tunggal mengalahkan Perancis. Pada pendapat saya, saya bersetuju Kongres Vienna 1815 merupakan satu penstukturan semula perjanjian yang di buat sebelum ini, dalam Perjanjian Paris 1814 jika dibandingkan dengan kongres di Vienna menampakkan beberapa keputusan-keputusan yang hampir sama. Namun beberapa keputusan telah distukturkan semula bagi menjamin keamanan di eropah diteruskan dalam jangka masa yang panjang.
            Sehubungan itu, kerajaan Inggeris dan kuasa-kuasa Eropah yang lain cuba membentuk satu perikatan yang mengabungkan suara dan kekuatan mereka bagi menyekat kuasa Perancis yang semakin meluas di seluruh empayar Eropah. Matlamat perikatan ini ialah untuk mengekalkan pembahagian kuasa politik di Eropah kepada negara-negara berwangsa, tetapi pada masa yang sama juga mencari jalan menyelesaikan sengketa antara mereka dan memusatkan tindakan di kalangan kuasa-kuasa terbesar Eropah. Dua maltamat ini dimurnikan dengan muncul satu penyelesaian wilayah Eropah yang dipersetujui dalam Kongres Vienna pada tahun 1815. Penyelesaian ini merupakan satu usaha yang menyeluruh dalam membawa keamanan melalui satu organisasi yang mengabungkan kuasa-kuasa besar di Eropah.
Perjanjian Chaumont  1814
Sebelum Perjanjian Paris, Mei 1814 satu perjanjian lain juga yang cuba digunakan sebagai membawa usaha menyatukan Eropah sebagai contoh  satu pertemuan di di Chaumont yang mengumpulkan kuasa-kuasa besar seperti Inggeris, Austria, Rusia dan Prusia yang dipelopori menteri luar negeri Inggeris, Lord Castlereagh pada 1 March 1814[1]. Perjanjian Chaumont berhasil ditandatangani dan disepakati berlangsung selama 20 tahun. Isi perjanjiannya seperti berikut iaitu memberikan jaminan kemerdekaan Negara Swiss, wilayah-wilayah di Belanda ditambahkan, disamping itu juga konfederasi dibentuk di negara-negara Jerman yang di bawah pimpinan Austria dan pembahagian Itali[2]. Selepas perjanjian ini, satu lagi perjanjian ditandatangani bagi menampung kehendak suasana di Eropah pada ketika itu, kesemibangan politik dan peta yang baru bagi Eropah sangat diperlukan untuk keseluruhan Eropah.
Perjanjian Paris 1814
Hasil daripada Perjanjian Chaumont ini diperkuatkan lagi oleh Perjanjian Paris 1 Mei 1814 yang membawa perdamaian kepada empat buah negara besar seperti Sepanyol, Portugal , Sweden dan Perancis[3]. Dibuat sebagai kemuncak rasmi perikatan tenterea antara United Kingdom, Austria, Rusia dan Prusia menentang Perancis. Perjanjian ini berhasil menyatukan usaha untuk mengalahkan Napoleon. Kejayaan mengalahkan Napoleon telah memberikan satu persetujuan untuk memulihkan semula  dinasti Bourbon di Perancis dan menjelang akhir mac 1814 menduduki Paris[4]. Napoleon turun taktha dan syarat-syarat perjanjian damai dengan Perancis kemudian disertakan dalam Perjanjian Paris yang pertama. Asas kepada Perjanjian Paris dimulakan dengan Perjanjian Chaumont yang merupakan satu medium menghubungkan kefahaman diantara negara Eropah. Suasana ini telah membawa Eropah lebih terbuka untuk berbincang dan bekerjasama dengan satu sama lain. Hasilnya Perjanjian Paris 1814 merupakan satu permulaan kepada satu perjanjian yang lebih penting kepada keseimbangan politik, ekonomi dan sosial di Eropah.
Pada tahun 1813 di Eropah telah muncul satu kuasa perikatan yang sangat kuat yakini Rusia, Inggeris, Sweden, Austria, Sepanyol dan Prusia yang berpakat untuk menghancurkan kekuasaan Napoleon[5]. Pada awalnya tentera Napoleon memperolehi kemenangan, namun dalam pertempuran di Leipzig tentera Napoleon kalah dan turun taktha sebagai raja di Perancis. Napoleon telah dibuang negeri ke Pulau Elba di selatan Perancis pada tahun 1814 dan seorang Bourbon yang berketurunan Louis iatu Raja Louis  XVII diangkat menjadi raja Perancis. Pada tahun 1814 , Raja Louis mengadakan Perjanjian Paris[6].
Dalam Perjanjian Paris ini telah membincangkan beberapa keputusan yang telah membawa pakatan yang memberikan keseimbangan kuasa dalam Eropah. Melalui persetiaan ini, sempadan-sempadan Perancis telah ditetapkan seperti tahun 1792 ,dengan sedikit penambahan kemudian[7]. Ini bermakna kawasan seperti Belgium dan tebing kiri sungai Rhine yang telah dikuasai oleh Perancis selama dua puluh tahun.  Belanda menjadi negara yang merdeka dan Inggeris mendapatkan Pulau Malta.
Namun bagi Perancis tidak dilucutkan senjata, diduduki atau terpaksa membayar pampasan berbanding kepada layanan bagi kuasa-kuasa yang kalah dalama perang. Sebagai negara yang disegani dan mempunyai raja yang berpengaruh Perancis meletakakan wakilnya iaitu Talleyrand yang bijak memutarbelitkan imbangan kuasa yang menguntungkan Perancis sendiri.
Perjanjian Paris Kedua
Perjanjian Paris Kedua ditandatangani selepas pertempuran di Waterloo yang melibatkan tentera Napoleon dengan kuasa-kuasa eropah. Rundingan-rundingan di Eropah telah terganggun tiba kerana kejayaan Napoleon membebaskan diri dari tempat pembuangannya di Pulau Elba. Namun selepas kekalahan terakhirnya di pertempuran di Waterloo telah menyebabkan Napoleon dipenjarakan di St Halena dan pihak berikat mengenakan syarat-syarat lebih berat kepada Perancis[8]. Perubahan Perjanjian Paris Kedua ialah dimana Perancis dapat memulihkan keadaan sempadan pada tahun 1792 kepada sempadan pada 1790[9]. Ini bermakna Perancis kehilangan beberapa kawasan penting yang strategik di sempadan timur laut dan begitu juga Perancis hampir saja menyerahkan Alsace dan Lorraine. Namun Perancis terpaksa menerima kehadiran pendudukan satu garison tentera berikat sehingga 1818 dan terpaksa membayar satu jumlah pampasan yang besar.
            Secara umum jika dilihat Perancis telah mengalami perubahan geopolitiknya yang kini semakin dihimpit oleh kuasa-kuasa besar di Eropah. Perjanjian Paris ini telah melemahkan lagi pengaruh Perancis yang kuat selama ini di bawah pimpinan Napoleon. Pemenjaraan Napoleon telah melemahkan perluasaan kuasa Perancis malah banyak kawasan kekuasaan Perancis sebelum ini telah terlepas dan dikembalikan semula. Bagi negara Eropah yang lain, melalui perjanjian ini memberikan satu imbangan kuasa politik mereka terutamanya dalam sistem pemerintahan beraja di Eropah.
Kongres Vienna 1815
            Kongres Vienna ditandatangani dalam bulan Jun sebelum pertempuran di Waterloo, dan keseluruhannya tidak berubah kecuali peruntukan bagi Perjanjian Paris yang kedua. Jika dilihat secara keseluruhan Kongres Vienna merupakan satu penstukturan semula Perjanjian Paris 1814 bagi mengukuhkan lagi keseimbangan kuasa politik di Eropah.  Keamanan yang telah dicapai dari Perjanjian Paris yang pertama memudahkan lagi satu kongres dilaksanakan. Pada musim buah tahun 1814 beberapa wakil Eropah telah bersidang di Vienna termasuk juga wakil Talleyrand[10] .
            Kongres ini telah dihadiri oleh wakil-wakil lima kuasa besar seperti Perancis, Inggeris, Austria, Prusia dan Rusia. Pertemuan ini dipimpin oleh negarawan Austria, Klemens wenzel von Metternich dan kongres ini diadakan selama 1 September 1814 hingga 9 Jun 1815 yang bertujuan untuk menentukan kembali peta politik di Eropah setelah kekalahan Perancis sehingga berakhirnya kekuasaan Napoleon. Perbincangan dalam kongres ini tetep dilanjutkan meskipun Napoleon berjaya melepaskan diri dari buangan. Kongres ini ditangani sembilan hari sebelum kekalahan terakhir Napoleon pada Pertempuran Waterloo. Secara tekniknya Kongres Vienna tidak pernah dilaksanakan namun perbincangannya lebih kepada perbincangan yang informal. Beberpa pemimpin yang terlibat dalam Kongres ini seperti negarawan Austria, Matternich, wakil Inggeris Lord Caslereagh, wakil Rusia  Tsar Alexander, wakil Perancis Charles Maurice de Talleyrand- Perigord dan wakil Prusia Frederik William III[11].  Para negarawan yang mula bersidang di Vienna dalam bulan November 1814 menghadapai tugas yang sangat besar untuk menyelesaikan masalah-masalah utama di Eropah selepas berlaku kacau-bilau selama 20 tahun. Perbincangan mereka terhenti seketika disebabkan pelarian Napoleon dari Elba tetapi disambung semula sejurus pertempuran Waterloo. Kehadiran ramai tokoh yang terkemuka ini disebabkan oleh kemurahan hati Maharaja Austria dan Vienna menjadi kota yang paling meriah sekali di Eropah ini kerana tarian dan jamunan juga disediakan dalam kongres yang menimbulkan suasana yang girang dan optimis di kalangan ahli-ahli kongres. Perjalanan kongres begitu terpimpin sehingga pertimbangan sebilangan individu dapat memutuskan penyelesai besar tercapai.  
Keputusan-keputusan yang dicapai dalam Kongres Vienna
Kongres Vienna berlangsung di Vienna, Austria dari 1 September 1814 hingga 9 Jun 1815[12]. Selama berlangsung Kongres ini pelbagai permasalahan yang dibahaskan, salah satu daripadanya tentang masalah wilayah Polandia hangat dibicarakan. Poland merupakan  wilayah dalam kawasan Rusia yang mempunyai kedudukan yang strategik.  Sehubungan itu, Tsar Alexander l memujuk Prusia untuk bersetuju mengakui wilayah Polandia sebagai wilayah Rusia, akan tetapi Matternich dan Caslereagh tidak bersetuju dengan hal tersebut.  Namun Perancis pula yang diwakili oleh Talleyrand bersetuju menyokong pendapat tersebut. Perancis telah bersekutu dengan Austria- Inggeris bagi mengurungkan niat Rusia untuk memiliki Poland. Akhirnya Perancis telah diterima dalam sekutuan negara-negara besar Eropah. 
Kongres ini telah berakhir pada Jun 1815 yang menghasilkan keputusan-keputusan penting yang telah membawa kepada keamanan di Eropah. Berikut adalah hasil daripada Kongres Vienna. Antara keputusan-keputusan Kongres Vienna ialah 39 buah negeri di Jerman disatukan ke dalam gabuangan jerman. Kedua, Poland membenarkan pemberian sebahagian besar wilayah Warsaw kepada Rusia sementara itu pula, Prusia mmengekalkan Danzig dan Posen dan mendapat kira-kira dua pertiga kerajaan Saxonxy[13]. Prusia juga mendapat  Pomenania Barat, Wilayah Baluk dari Sweden dan juga sebahagian besar kawasana Rhine. Selanjutnya wilayah-wilayah Lombardy dan Venetia di Itali Utara diserahkan kepada Austrai menggantikan wilayah-wilayah Netherland dan pantai Atlantik. Sementara itu pula wilayah yang dulunya Netherland Austria( Belgium) dan Belanda kini bersatu dalam sebuah kerajaan Netherland.
Dengan ini diharapkan sebuah kuasa yang kuat dapat ditubuhkan disempadan timur laut Perancis. Di Denmark, mereka menyerahkan Norway kepada Sweden sebagai ganti rugi kerana terpaksa menyerahkan Findland kepada Rusia dan sebahagiannya lagi sebagai satu hukuman kepada denmark kerana masih menjadi ahli dalam satu perikatan bersama Napoleon[14]. Bagi kerajaan Inggeris pula memiliki sepenuhnya Tanjung Harapan, Sri Lanka dan sebahagian daripada pulau-pulau di Hindia Barat. Inggeris juga mendapat pengkalan angkatan laut yang berguna di Heligoland di Laut Utara, Malta di Mediterranean dan naunganya di Kepulauan Lonia.   Akhir sekali, raja dan putera raja eropah yang menduduki takhta mereka turun-temurum lama dari sejak nenek moyang mereka lagi sebulm mereka diturunkan oleh Napoleon dan Revolusi Perancis hendaklah dikembalikan memerintah di tempat haknya.
Kepentingan Kongres Vienna kepada seluruh Eropah.
            Kongres Vienna 1814 telah memberikan banyak keuntungan kepada kuasa-kuasa yang terlibat iaitu Austria, Rusia, Prusia dan Inggeris. Masalah besar yang dihadapi oleh mereka, bagaimanakah untuk membahagikan wilayah-wilayah yang dipersoalkan dengan cara yang diterima oleh semua pihak.
            Bagi Austria sebagai ganti rugi kerana menarik balik tuntutannya ke atas bahagian utara negeri Belanda dan telah diberikan tempat palaing sesuai bagi pemerintahan Itali. Begitu juga, negeri-negeri Republik Venice yang bersejarah termasuk Wilayah lllyria di sepanjang timur laut Asriatik dan negeri Milan (Lambardy) telah dipindahkan secara langsung ke tanagn empayar Harnsburg telah ditempatkan untuk memerintah negeri-negeri kecil yang ditengah-tengah seperti Tuscany, Parma dan Modena[15]. Dengan memiliki wilayah-wilayah tersebut, Austria boleh menguasai Itali bagi tempoh 40 tahun.
            Perjanjian ini memberikan kepentingan kepada Rusia juga, kerana telah menerima wilayah Warsaw ciptaan Napoleon tetapi Merenich mencurigai kemasukan Rusia yang berpanjangan di Eropah Tengah telah menentang keras dan Caslereagh yang tidak mempercayai sikap Rusia itu khusunya Tsar Alexander yang bersetuju dengan Meternich namun akhirnya Rusia telah menerima bahagian yang terbesar yang bergelar Kongres Poland[16]. Wilayah besar bagi mereka bererti sebuah negara Poland jati dan bebas dari kuasa besar. Poland juga mengalami pemulihan dibawah pemerintahan Napoleon dan kini menjadi kerajaan Poland yang mengandungi bahagian-bahagian yang telah diambil oleh Rusia dan juga bahagian beasr di wilayah Warsaw. Kerajaan Poland diperintah oleh Tsar Alexander sebagai raja mengikut perlembagaan.
Kongres Vienna ini juga memberikan kepentingan kepada Inggeris, keranan mereka mendapat Tanjung Harapan, Sri langka dan sebahagian Hindia Barat. Selain itu juga Inggeris mendapat pangkalan tentera laut yang berguna di Heligoland di Laut Utara Malta di Mediterranean dan negeri-negeri naungan di Kepulauan Ionia yang membolehkannya mengawal jalan masuk ke laut Atlantik[17]. Hal ini mengukuhkan lagi kedudukan Inggeris sebagai satu kausa dunia yang telah dicapai apabila menakluki India dan kanada dalam kurun ke-18.
Berbanding daripada keempat-empat kuasa besar ini Prusia mendapat keuntungan yang lebih lagi. Pertama, Prusia mendapat kembali semula negeri Jerman yang telah dirampas oleh Napoleon dan ditambah pula dengan bahagian Sweden negeri Pomeria 2/5 daerah Saxony iaitu negeri Jerman yang kecil tetapi mempunyai penduduk yang ramai dan kaya dengan bahan galian serta seluruh negeri Westphalia dan sebahagian besar daripada kawasan Rhine[18]. Hal ini menyebabkan Prusia sebagai benteng terhadap negeri Perancis walaupun pada jangka panjang Prusia beroleh daripadanya. Prusia mendapat banyak hasil bumi yang menjadi teras ekonomi paling penting dalam beberapa abad dan menarik balik tuntutannya dalam Kongres Poland bagi melepaskannya kepada Rusia, dengan itu menjadikan Prusia setengah Siavia iaitu sebuah negara pertanian kepada sebuah negeri perusahaan penting Jerman. Kekuasaan Prusia dan Belanda  bertambah besar  maka penyelesaiannya di Vienna telah sama-sama membesar dan memperkuatkan pula Sardinia iaitu di sempadan Tenggara negeri Perancis, Savoy dan Piedmont telah disatukan semula dengan Sardinia dan ditambah lagi dengan Genoa. Secara keseluruhan, walaupun keempat-empat kuasa besar menerima keuntungan masing-masing tetapi Prusia mendapat keuntungan yang lebih mengatasi negara-negara lain. Keuntungan Prusia yang paling besar sekali ialah mendapatkan semual negeri Jerman yang sebelum ini dirampas oleh Napoleon.
Kesimpulan
            Kongres Vienna telah berjaya mengekalkan keamanan di Eropah selama setengah abad. Saya bersetuju bahawa Kongres Viena merupakan penstukturan semula Perjanjian Paris 1814, namun Perjanjian Paris telah diasakan dulu dengan Perjanjian Chaumont yang melibatkan kuasa-kuasa besar di Eropah. Kegagahan Napoleon akhirnya tertewas apabila pihak berikat dapat mengalahkan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo. Hal Ini menyebabkan Perjanjian Paris tergendala seketika, dan tepat diteuskan lagi dengan Perjanjian Paris kedua, manakala Kongres Vienna yang ditandatangani dalam bukan Jun sebelum pertempuran itu ditetap diteruskan.  Keputusan-keputusan yang dibuat dalam Kongres Vienna telah memberikan banyak faedah kepada negara-negara Eropah.. Kongres Vienna sangat penting kerana dapat memberikan pembahagian imbangan kuasa yang baik dalam politik,ekonomi dan sosial di Eropah. Daripada Kongres Vienna ini juga telah membawa kepada perjanjian yang lain seperti  Perikatan Empat Serangkai, November 1815 dan  Perikatan Suci September 1815 yang mengukuhkan lagi hubungan keamanan di Eropah.


Bibliografi


Chapman, Tim. The Congress of Vienna: Origins,processes and result.                                                                               Routledge, New York. 1998

Nicolson, Harold. The Congress of Vienna.                                                                                                                                Methuen & Co. LtD, London. 1961.

Peacock, Herbert L. Sejarah Eropah Moden.                                                                                                                              Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1976.

Qasim Ahmad. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.                                                                                   Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1985

Thanson, David. Eropah Sejak Napoleon.                                                                                                                                  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1982.












[1] David Thomson. Sejarah Eropah Napoleon. Dewan Bahsa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1982. ms 96
[2] Ibid.
[3] Ibid.
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6] Qasim Ahmad. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1985. ms 81
[7] Ibid.
[8] Ibid.
[9] David Thomson. Sejarah Eropah Napoleon. Dewan Bahsa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1982. ms 96
[10] Ibid, ms 97
[11] Ibid, ms 98.
[12] Ibid, ms 97
[13] Ibid,ms 100.
[14] Ibid.
[15] Tim  Chapman. The Congress of Vienna: Origins,processes and result.  Routledge, New York. 1998 ms 44
[16] Ibid.
[17] Ibid, ms 50.
[18] Ibid, ms 49.

Ti dikerinduka