Jumaat, 18 Mei 2012

“Perkara yang membingungkan penyelidik ilah apakah alasan sebenar sehingga pusat kerajaan Mataram berpindah ke Jawa Timur dan perpindahan itu tidak memerlukan penaklukan” Bahaskan.


1.0 Pengenalan
Dalam kajian ini, penulis akan menerangkan mengapa penyelidik binggung dengan alasan sebenar tentang perpindahan pusat kerajaan Mataram ke Jawa Timur. Pusat pemerintahan kerajaan Mataram sebelum perpindahan di Jawa Tengah dan berpindah ke Jawa Timur. Yang menariknya perpindahan ini tidak memerlukan penaklukan. Hal ini akan dibahaskan penulis dengan beberapa pendapat sarjana yang memberikan sebab-sebab perpindahan ini. Bahaskan merujuk kepada perbincangan, pengupasan dan berbahas bertukar-tukar pendapat anatara satu sama yang lain. Disini juga penulis akan mengakhiri kesimpulannya dengan pendapat penulis sendiri sama ada bersetuju atau tidka dengan pendapat yang sarjana kemukakan
            Kerajaan Mataram dikenali sebagai Mataram Kuno. Terdapat dua dinasti dalam Kerajaan Mataram iaitu Wangsa Sanjaya dan Wangsa Sailendra yang berkuasa di Jawa tengah bahagian selatan. Wangsa Sanjaya bercorak Hindu yang didirikan oleh Sanjaya pada tahun 732 M. Bagi Wangsa Sailendra mengamalkan corak pemerinthan Buddha Mahayana yang dididirkan oleh Bhanupada tahaun 752 M[1]. Nama Mataram sendiri pertama kali disebut dalam sebuah prasasti yang ditulis di masa Raja Bailitung.
            Perkembangan Kerajaan Mataram bermula di Jawa Tengah dan telah berpindah ke Timur. Kerajaan Mataram merupakan sebuah kerajaan yang berasaskan pertanian. Permulaan perkembangan kerajaan berbentuk Agraria bermula di lembah sungai. Perkembangannya biasanya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian. Ciri-ciri yang menonjolkan budaya Kerajaan Agraria dengan kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian, terletak di kawasan tanah yang subur biasanya di lembangan sungai atau di kawasan pendalaman. Disamping itu juga, hasil utama kegiatan pertanian ialah padi. Pembinaan empangan dan saliran amat diperlukan bagai menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang. Hasil-hasil yang lain didapati dengan aktibiti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan.
            Dari segi agama Kerajaan Mataram pada mulanya beragama Hindu Buddha namun selepas perpindahan ke timur, agama Islam telah berkembang.
2.0 Wangsa Sailendra dan Wangsa Sanjaya
            Istilah Sailendra dikenalpasti dalam beberapa prasasti yang ditulis dalam prasasti Kalasan 778, Kelurak 728M, Abhayagiriwihara 792M dan Kayumwaungan 824 M.  Beberapa pendapat seperti R.C Majumdar mengaitkan Wangsa Sailendra di Jawa dan Sriwijaya berasal dari Kalingga di India Selatan[2]. Namun bagi pendapat G. Coedes mengatakan Wangas Sailendra di Indonesia berasal dari Fu-nan atau Kemboja, ini kerana ejean Funan dalam berita China dari kata Khamer Kuno iaitu Vnam atau Bvam yang bererti gunung. Walaubagaimana pun terdapat beberapa pendapat, akhirnya pendapat G. Coedes diikuti ramai setelah penemuan  J.G de Casparis yang berpendapat istilah Waranaradirajaraja dalam prasasti Candi Plqosqn Lorm Prasasti kelurak menyamakan Wiranara sebagau Warawaranagara atau Na-fu-na dalam berita China. Menurut pendapat Casparis setelah berpindah ke Na-fu-na , ada raja pergi ke Jawa dan Kalahkan Raja Sanjaya. Mulanya Jawa dikuasia oleh Raja beragama Siwa tetapi setelah kedatangan Raja Na-fu-na di Jawa Tengah terdapat dua wangsa iaitu Wangsa Sanjaya iaitu siwa dan Wangsa Sailendra iaitu Buddha.
            Menurut sumber Berita China munculnya Wangsa Silendra apabila Jawa disebut sebagai Ho Ling. Sekitar abad 5M, Dinasti Sung menyebut She-po dan Dinasti Tang 618 M - 906 M menyebut Jawa sebagai Ho Ling pada 818 M. Hanya pada 820 M – 856 M berubah semula kepada She-po[3]. Berdasarkan Chiu-Tang Shu dan Hsin Tang Shu 618 M – 906, Ho Lin juga disebut dengan She-po. Jika dilihat dari kedudukan geografi She-po terletak di lautan selatan, di sebelah Timur terletak di Po-li dan baratnya terletak To-po tenggara Sumatera ialah lautan, sedangkan di sebelah utaara terletak Chen-la. Berdasarkan pratasti disebut Mataram iaitu Ibu kotanya di Kota Medang sehingga zaman Pemerintahan Pu Sindok. Sumber Berita China menyatakan lokasi Mataram antara Bagelan di Jawa Tengah dan Madium di Jawa Timur.
            Kerajaan Mataram diperintah oleh dua dinasti atau wangsa iaitu wangsa sanjaya yang beragama Hindu  dan wangsa Sailendra yang Buddha. Pawa awalnya mungkin yang berkuasa adalah Wangsa Sanjaya, hal ini sesuai dengan prasasti Canggal,. Perkembangan berikutnya muncl keluarga Sailendra.
            Menurut para ahli, keluarga Sanjaya terdesak oleh Keluarga Sailendra tetapi mengenai perebutan kekuasan tersebut tidak diketahui secara pasti, yang jelas kedua-duanya sama-sama berkuasa di Jawa Tengah. Raja-Raja yang berkuasa dari keluarga Sailendra seperti yang tertera dalam prasasti Ligor, Nalanda maupun Klurak adalah Bhanum Wisnu, Indra dan Samaratungga atau Samaragrawira[4]. Sedangkan raja-raja dari wangsa Sanjaya tertera dalam prasasti Mantyasih. Berdasarkan candi-candi peninggalan kerajaan Mataram yang berasal dari abad ke 8-9 yang bercorak Hindu terletak di Jawa Tengah bahagian Selatan.
Kedua Wangsa tersebut akhirnya bersatu dengan adanya pernikahan anatara Rakai Pikatan dengan Pramodwardhani[5]. Pramodwardhani adalah puteri dari Samaratungga. Raja Samaratungga selain mempunyai Puteri Pramodwardhani, juga mempunyai putera iaitu Balaputradewa kerana Samaratungga menikah dengan keturunan Raja Sriwijaya. Kegagalan Balaputradewa merebut kekuasaan dari Rakai Pikatan menyebabkan ia menyingkir ke kakeknya di Sumatera dan tak lama kemudian menjadi raja di Sriwijaya.
Selanjutnya pemerintahan kerajaan Mataram dikuasai oleh Wangsa Sanjaya dengan rajanya yang terakhir yaitu Wawa. Pada masa pemerintahan Wawa sekitar abad ke 10, Mataram di jateng mengalami kemunduran dan pusat pemerintahan dipindahkan ke Jawa Timur oleh Mpu Sinduk. Mengenai penyebab alasan dipindahkannya ibukota kerajaan Mataram dari Jawa Tengah ke Jawa Timur oleh Pu Sinduk.
Pu Sindok mendirikan Wangsa baru iaitu Wangsa Isyana dengan kerajaannya Medang Mataram[6]. Ia berkuasa sampai 947 M. Pengganti selanjutnya tidak di ketahui dengan pasti kecuali pada awal abad ke-11 muncul nama Dharmawangsa Teguh 991 M – 1016 M. Ia gigih untuk menaklukan Sriwijaya. Usahanya tidak berhasil, sebaliknya ia dan keluarganya mengalami Pralaya atau kehancuran.
Kehancuran tersebut akibat serangan dari Kerajaan Sriwijaya yang di bantu oleh kerajaan kecil bernama Wurawari. Salah satu anggota keluarga yang bejaya keluar dari serangan tersebut adalah Airlangga. Tahun 1019 Airlangga dinobatkan oleh Pendeta Buddha dan Brahmana pendeta Hindu menjadi raja.  Dalam lapangan ekonomi, kerajaan Mataram mengembangkan ekonomi agararia kerana terletak di pendalam dan daerah yang subur tetapi pada perkembangan berikutnya, Mataram mulai mengembangkan kehidupan pelayaran, hal ini terjadi pada masa pemerintahan Balitung yang memanfaatkan sungai Begawan Solo sebagai lalu lintas perdagangan menuju pantai utara Jawa Timur.
Pu Sindok memindahkan pusat kerajaannya dari Jawa Tengah ke Jawa Timur, beliau mendirikan wangsa baru yang berkuasa sekitar 300 tahun[7]. Beliau yang bergelar Si Isnan Tunggawijaya memerintah selama 20 tahun dam wilayah kekuasaannya meliputi Lembah Sungai Brantas antara Gunung Wilis dan Gunung Semeru,bagaian selatan Surabaya,Malang dan Kediri Utara[8].

3.0 Pusat pemerintahan dan Perpindahan.           
Pemerintahan Raja Sanjaya merupakan raja pertama memerintah di Medang, Jawa Tengah. Raja Sannu sebelumnya diserang munsuh dan gugur kerana kemungkinan ibu kota diserang munsuh. Setalah Sanjaya menjadi Raja, Baginda perlu berpindah untuk membangunkan ibu kota dan istana baru.
Menurut Berita China , Ibu Kota Ho Ling dari She-po ke Po-Lu-Chia. Raja HoLing yang tinggal di Kota She-Po, tetapi neneknya bernama Ki Yen telah berpindah ke Ibu Kota Timur   (Po-Lu-Chia-Sse). Kemungkian besar kawasannya di sekitar Rembang. Walaupun ramai Sarjana cenderong memhubungkan berita perpindahan pusat Ho-Ling ke Timur dengan Prasasti Dinoyo di Malang,760 M tetapi tidak dapat dipastikan.
Menurut pendapat H.M Bernard, sesudah tahun 900M pusat kehidupan kebudayaan di Jawa dan pusat kehidupan politiknya telah berpindah ke timur[9]. Kemungkinan sebahagian daripada penduduk-penduduk bersama dengan raja mereka telah berundur ke daerah-daerah yang lebih jauh ke sebelah timur. Jumlah penduduk Jawa pada masa itu sedikit dan mempunyai tanah yang luas untuk pertanian. Walaupun perpindahan ini ke Timur, namun di Jawa Tengah tidak luput dari perkembangan. Dari segi sudut sejarah tidak ada semestinya Jawa tengah bahawa wilayah itu hilang telah hilang penduduk dan susunan politiknya.
Raja pertama selepas perpindahan ke Jawa Timur ini ada dikenali sebagai Raja Sindok. Nama beliau disebutkan dalam beberapa prasasti, mula-mula sebagai tokoh yang terutama di negeri iu, dan kemudiannya  sebagai raja.  Tulisan-tulisan awal sekali bertarikh semenjak tahun 919 M dan yang akhir sekali dari tahun 947[10]. Sindok telah mengambil gelaran raja diantara tahun 927 dengan 929, menuntut bahawa dia ialah seorang keturunan Mataram. Penggunaan gelaran Raja Mataram diteruskan sungguh pun kekuasaannya tidak meliputi Jawa Tengah.
Prasasti Hamparan dan Sankhara adalah adalah bersamaan dengan masa dari perpindahan Ibu Kota Ho Ling dari She-po-tcheng ke Po-lu-Chia Sse. Dalam Berita China Raja Ho-ling tinggal di Kota She-po, tetapi neneknya bernama Ki-yen tinggal di Timu, Po-Lu-Chia-Sse. Namun masalahnya siapakah Ki-Yen dan apakah sebab ia berpindah tidak dapat dijelaskan. Dalam catatan perpindahandisebabkan ibu kota diserbu munsuh, namun antara 742 M – 755 M tiada sebarang berita serang dicatatkan. Yang terjadi hanyalah, pengantian pemerintahan dari Sanjaya ke Rakai Panangkaran da jika Sankhara adalah Rakai Panangkaran, Nama lengkap raja: Rakai Panangkaran Dyah Sanskhara Sri Sanggramadhananjaya. Namun mengenai lokasi Po-Lu- Chia-Sse belum dapat diselesaikan. Po-lu mungkin dari Waru yang mengampiri cerita dari prasasti mungkin terletak d sekitar rembang kerana memenuhi syarat dekar dengan Krapyak.  Ramai Sarjana menghubungkan perpindahan ke Ho-Ling ke Timur denga Prasasti Dinoyo, Malang 760 M tetapi tidak dapat dipastikan.
Wangsa Pu Sindok runtuh pada tahun 1222 akibat serang Ken Arok, pendirian Kerajaan Singosari[11].

4.0 Pendapat Penyelidik tentang justifikasi perpindahan tanpa penaklukan
            Beberapa penyelidik mempunyai teori tersendiri tentang perpindahan ini, namun teori yang digunakan dan dipercayai oleh penulis adalah teori Van Bammelan yang menyatakan teori letusan gunung berapi. Perpindahan ke Jawa Timur adalah kerana Kerajaan Mataram di Jawa Tengah mengalami kehancuran sebab letusan gunung berapi yang dashyat. Sehingga para pujangga menganggap sebagai pralaya iaitu kehancuran dunia.  Jika sesebuah istana hancur maka harus dibangunkan istana baru di tempat lain. Hal ini sesuai dengan landasan kosmologis Kerajaan Mataram harus dibangunkan dengan kerajaan baru dan wangsa baru.
Oleh itu Pu Sinduk membangunkan kembali Kerajaan Mataram di Jawa Timur dan menganggap dirinya sebagai wangsa baru dari keturunan Mataram.  Teori disokong juga dengan pendapat Beochari yang mengatakan ini adalah hukuman Tuhan dan beliau bersetuju dengan teori letusan gunug berapi. Menurut Pratasati Paradah 943 M dan Anjukladang 937, kerajaan baru Pu Sindok tetap bernama Mataram. Ibu kotanya terletak di Tamwlang berdasrkan prasasti Turyan 929M dan lokasi Tamwlang mungkin dekat Jombang sekarang iaitu desa Tambelang. Pu Sindok memerintah sejak 929M- 948M dan selama pemerintahannya terdapat 20 prasasti[12].
             Satu teori lain yang memungkinkan perpindahan ini berlaku adalah teori peralihan modal ekonomi. Perpindahan ini bertujuan untuk mengelakkan pencerobohan Srivijaya dan dorongan ekonomi itu sendiri.  Di lembah Sg.Brantas merupakan lokasi strategik untuk kawal perdagangan maritim bahagian kepulauan terutamanya bagai kawasan kepulauan kawasan Maluku. Pu Sindok telah pindahkan modal ke Tamwlang dan pindah sekali lagi ke Watugaluh. Kerajaan agaria memerlukan kerajaan maritim untuk memasarkan sumber-sumbernya. Oleh itu Kerajaan Mataram memerlukan tempat untuk memasarkan sumbernya.
5.0 Wujudkah Raja Pu Sindok ?
            Perpindahan ke Jawa Timur dikaitkan dengan pemerintahan Pu Sindok, namun wujudkah peribadi bernama Pu Sindok? Ini kerana menurut pendapat penyelidik C.C. Berg semua prasasti Raja Pu Sindok adalah palsu. Menurutnya para pujangga pilih nama seorang pegawai tinggi dalam zama Mataram dan Jawa Tengah iaitu Pu Sindok.  Berg menyatakan kenyataan dalam semua prasasti Pu Sindok  mempunyai struktur yang sama dan sehingga membosankan. Menurut pendapat beliau lagi, tidak pernah wujud seseorang raja yang bernama Pu Sindok.
            Namun pendapat Berg ini dibantah oleh Beochari yang mengatakan sememangnya semua prasasti seseorang raja yang mempunyai ciri yang sama, dan ini yang membezakannya dengan prasasti raja yang lain. Lagipun nama tempat pendarmaan Pu Sindok disebut dalam prasasti iaitu Isanabhawana dalam prasasti Kamalagyan dan Pucangan. Hal ini menunjukan Pu Sindok benar wujud.
            Pendapat Beochari ini disokong oleh J.G Casparis yang menyatakan prasasti Anjukladang tentang serbuan dari Malayu bergerak hingga ke Nganjuk tapi dihalau oleh pasukan raja pimpinan Pu Sindok, dan waktu itu beliau belum menjadi raja. Hanya selepas atas jasanya Pu Sindok dilantik menjadi raja, namun sayangnya prasasti Anjukladang belum dapat dibaca keseluruhannya.
            Kewujudan Pu Sindok dan perpindahan ke Jawa Timur dan perpindahan itu tidak memerlukan penaklukan merupakan perkara yang membingungkan penyelidik. Hal ini terjadi kerana sejak Rakai Watukura Dyah Balitung, kekuasaan Kerajaan Mataran telah meluas ke Timur dan terdapat prasasti Waharu dan Sumbut memceritakannya.  Pusat pemerintahan Pu Sindok berpindah mungkin kerana serangan munsuh dan harus berpindah dari Tamwlang. Terdapat dalam Prasasti Paradah dan Anjukladang, Ibu Kota Mataram disebut di Watugaluh, dan kemungkinan besar Watugaluh beraada di Jombang tepi kali Brantas[13].  Yang anehnya dari sekian banyak prasasti Pu Sindok masih belum ada satupun dapat dikolisasikan dengan tepat.
6.0 Kesimpulan
            Punca sebenar perpindahan ke Jawa Timur yang tidak memerlukan penaklukan belum dapat dipastikan dengan tepat, namun penulis berpegang kepada teori yang telah disarankan oleh Van Bammelan iaitu akibat faktor alam selepas letusan gunung berapi. Namun selain faktor itu, faktor lain adalah akibat kehendak ekonomi itu sendiri. Sesebuah kerajaan tidak mungkin akan menafikan perpindahan di atas dasar ekonomi yang turut akan mempengaruhi perpindahan itu. Pemerintahan Pun Sindok jga masih kabur, kemungkinan besar akan terdapat hujah hujah baru akan datang selepas banyak lagi kajian sarjana dalam Kerajaan Mataram ini. Hal ini bergantung dengan maklumat dan data yang dikumpul. Namun apa yang dapat dilakukan sekarang, penulis bersetuju dengan pendapat Van Bammelan dan mungkin ada pendapat yang lebih jelas lagi selepas beliau pada masa akan datang.
           


[1]H.M Vlekke Bernard. Nusantara Sejarah Indonesia.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, 1967.ms34

[2] Sanusi Pane. Sedjarah Indonesia.Perpustakana Perguruan Kem. P.P dan K. Jakrata, 1955. Ms 48

[3] Ibid.
[4] Internet: Asal Usul Mataram Kuno.
[5] Ibid.ms 52
[6] Ibid.ms 55
[7] Profil Propinsi Repulik Indonesia. Jawa Timur.Yayasan Bhakti Wawasan Nusantara, Jakrata, 1992. Ms14       
[8] Ibid.
[9] H.M Vlekke Bernard. Nusantara Sejarah Indonesia.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, 1967.ms39

[10]Ibid.
[11] Sanusi Pane. Sedjarah Indonesia.Perpustakana Perguruan Kem. P.P dan K. Jakrata, 1955. Ms 48
[12] ibid
[13] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka