Jumaat, 4 Mei 2012

Passing down a legacy of leadership!!

Dalam sesuatu perjuangan, tidak akan ada pengakhirannya. Dan perjuangan harus diturunkan dari satu genarasi kesatu genarasi. Dalam hidup saya sendiri, segala impian dan visi adalah sangat penting untuk digenapi. secara peribadi saya telah mengariskan beberapa pekara yang harus diselesaikan sebelum pergi meninggalkan bumi minden ini. 

Perkara 1

A. Menyatukan semua Persatuan Pelajar Kristian dibawah satu bumbung.
Apa yang telah saya mulakan dan saya inginkan adalah melihat semua CF ini bersatu dan bergerak bersama. Salah satu kejayaan saya secara peribadi adalah semasa Easter Night 2010, dimana sebagai pengarah projek, Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hasil kerinduan dan kesatuan dalam Kristus , semua CF bergabung dan membentuk satu komuniti orang yang percaya. Dan hal ini juga saya telah mula satu group dalam FB khas untuk menyatukan semua CF. Inilah kali pertama PKA,CLC, LWCF dan CUS bersatu dalam kasih Kristus. Tuhan itu sungguh luar biasa.
Harapan saya gar junior akan meneruskan kesatuan ini, bukan hanya berbentuk event tetapi lebih kepada untuk ambil peduli kepada semua CF. Terutamanya pemimpin yang mengetuai Maljis tertinggi dan Exco. Harapan saya agar  semua mempunyai beban untuk keseluruhan kampus dan bukan hanya bergerak dalam kumpulan yang kecil. Tetapi menjadi pengerak kepada semua CF. 

B. Menjadi suara kepada Orang Sarawak dalam kepimpinan di peringkat Kampus dan menyatukan orang Sarawak.

Apa yang saya telah lakukan adalah memimpin Perkasa dalam sebagai NYDP pada masa itu kedalam peringkat Parlimen Mahasiswa. Hubungan yang baik dengan beberapa persatuan yang lain membuatkan Perkasa pada masa itu dikenali dalam kelantangan vocal dalam menyuarakan pendapat dalam parlimen mahasiswa. Bermula dengan founder kepada Parlimen Mahasiswa USM. Menjadi Ahli menwakil Perkasa ke peringkat Kampus. Perjuangan bukan sahaja berhenti di sana, dengan peluang sebagai NYDP ini membuatkan saya mempunyai tiket untuk bertanding sebagai MPP. Kemenangan saya dalam Pilianraya kampus merupakan bertitik tolak hasil kepimpinan dari Perkasa ( Perkumpulan anak-anak Sarawak)
Kejayaan yang paling manis adalah apabila dalam dekat Pilihanraya Sarawak 2011, Saya dijemput sebagai panel untuk memberikan pandangan kami sebagai mahasiswa tentang isu pilihanraya yang diadakan. Dan menjadi penal keluar dalam rancangan SUARA KAMI ASTRO AWANI merupakan kejayaan yang manis sekali. Sekali lagi ini merupkan hasil daripada kepimpinan Perkasa yang saya perolehi.

C. Menjadi pengurus futsal UBAH FC.

Apa yang saya impikan selama ini adalah untuk memiliki sebuah pasukan futsal sendiri. Cita-cita ini bermula dengan penubuhan UBAH FC semasa pertandingan futsal dikampung. Dan idea ini terus dibawa ke USM. Kejayaan manis apabil UBAH FC yang perempuan menrangkul Juara dalam MASSAK. Dan lelaki kalah dalam pusingan awal. Selanjutnya hal ini diteruskan dengan mengumpulkan beberapa kawan dari pelbagai kaum dan bangsa untuk terus bemain sebagai team. UBAH FC biasanya memiliki pemain dari Sabah dan Sarawak sahaja. Dan kami selau bermain dengan kawan-kawan yang lain pada malam khamis di BJ. Kenangan ini tidak dapat dilupakan.





Hal-hal ini merupakan kenangan manis saya semasa berada dikampus. Diharapkan legacy ini dapat diteruskan dari genarasi ke generasi akan datang. Tuhan Memberkati semua.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka