Isnin, 27 September 2010

Bincangkan secara kritis kaedah yang telah digunakan oleh para sarjana Yunani seperti Herodotus dan Thucydides. Sejauh manakah sumbangan mereka berjaya memantapkan bidang sejarah?



1.0 Pendahuluan
            Dalam bidang sejarah amat  mementingkan kebenaran dan kesahihan sesuatu perkara yang di tulisan oleh para sejarahwan. Dalam sejarah mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk menulis sebuah sejarah yang objektif. Sebagai seorang sejarahwan bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan sebuah tulisan yang sempurna. Untuk membincangkan kaedah-kaedah penulisan sejarah secara kritis, seharusnya penulis harus tahu tentang pengasas kaedah-kaedah penulisan sejarah iaitu Herodotus dan Thucydides yang merupakan para sarjana Yunani. Mereka berdua telah menghasilkan sumbangan-sumbangan sejarah yang penting dalam penulisan sejarah walaupun jika dikritik terdapat kelemahan-kelemahan karya masing-masing. Namun sedikit sebanyak  gabuangan sumbangan mereka berdua telah mengasakan satu kaedah sejarah yang digunakan sehingga hari ini oleh para sejarahwan. Mengikut Finley, Herodotus dan Thucydides hanya pada abad ke-5 S.M. penulis-penulis mula berpisah secara radikal dengan pendirian biasa itu dan mencipta idea sejarah.[1]
2.0 Latar belakang tokoh
            Sejarahwan Herodotus terkenal dan telah dianggap umum sebagai “ Bapa Sejarah” yang telah menghasilkan karya berjudul Histories. Herodotus anak kepada Lyxes yang telah dilahirkan pada tahun 484 S.M di  Halicarnassus[2]. Perang Parsi  telah bermula dalam tempoh 490-478 S.M, kehidupan Herodotus dari kecil telah dibesarkan dalam suasana peperangan yang genting khususnya di Marathon dan Salamis. Pada masa tersebut beliau  terlalu masih kecil semasa peperangan Yunani dan Parsi terjadi dimana orang Yunani telah berjaya menewakan Parsi yang lebih besar jumlahnya.  Dalam hayat hidup Herodotus  telah menghasilkan sembilan buah buku salah satu daripadanya ialah magnum corpusnya yang berjudul Sejarah Perang Parsi[3]. Beliau telah mengembara selama 21 tahun dari 465-44S.M untuk mengumpul maklumat tentang perang tersebut di sekitar negara-negara kota Euxine, Babyloniah, Phonesia, Cyrene dan Mesir.  Pada tahun 424 S.M beliau telah meninggal dunia di Thurii di bahagian selatan Itali.
            Tidak lama selepas kematian Herodatus, Perang Peloponesia tercetus pada 431 S.M  yang melibatkan dua pakatan Yunani iaitu Liga Delos, Athens dan Liga Peloponnesia, Sparta. Seorang lagi sejarahwan Yunani iaitu Thucydides telah menulis sejarah tentang peperangan iaitu Perang Peloponnesia yang menjadi tema kajiannya.  Thucydides merupakan seorang jeneral  tentera  Athens namun beliau telah ditewaskan semasa perang, sebagai hukuman beliau telah dibuang negeri pada tahun 424 S.M. Dalam masa selama dua puluh tahun dalam buang di Pulau Thrace, beliau mula menulis tentang Perang Peloponnesia. Namun demikian beliau tidak dapat menyiapkan karyanya yang hanya pada tahap 411 S.M kerana beliau telah meninggal pada 399 S.M.
3.0 Menemu duga saksi, memerhati dan menggunakan bahan-bahan bertulis.
            Penulisan sejarah oleh dua-dua tokoh menggunakan kaedah yang berlainan antara satu sama lain. Walaupun tema karya mereka tentang peperangan namun menimbulkan kemusykilan ini kerana mengapa mereka berdua memilih sesuatu peristiwa yang khusus untuk dikaji. Herodotus dan Thucydides mungkin mempunyai alasan masing-masing mengapa mereka menulis tentang sejarah peperangan yang berlaku di Yunani.  Dalam matlamat penulisan Herodotus menyatakan beliau menulis sejarah Perang Parsi untuk hendak memelihara dari luputnya ingatan tentang apa yang telah dilakukan oleh manusia , serta mengelakkan agar tindakan-tindakan yang mulia dan mengagumkan oleh oreang Yunani dan orang gasar [Parsi] dari pudar kemasyurannya dan beliau juga berharsat untuk “ merakamkan” semua peperangan itu.[4]  Pada pendapat Thucydides, Perang Peloponnesia lebih hebat daripada Perang Parsi kerana berlarutan dengan lama dan pelbagai kesengsaraan yang lebih dahsyat.
            Herodotus menggunakan beberapa kaedah dalam penulisannya contoh menggunakan kaedah membuat pemerhatian di tempat-tempat kejadian ,menemuduga saksi dalam mencari maklumat dan bahan-bahan bertulis. Beliau telah mengembara ke pelbagai tempat seperti Yunani, Mesir, Scythia, Babylonia, Palestin, Libya dan Parsi dimana semua negara tersebut terlibat dalam kawasan berlakunya pertempuran semasa Perang Parsi. Begitu juga Thucydides telah mengunjungi medan-medan pertempuran dan beliau lebih mengikut aliran Hippocrates untuk memerhatikan sendiri fenomena-fenomena yang  berlaku bagi mengesan sifat dan kesannya. Mereka juga mengunakan kaedah temuduga dengan saksi-saksi kejadian dengan memeras ingatan saksi bagi menguji kebenaran sesuatu bukti itu. Sebagai contoh Herodatus telah mendapat maklumat tentang adat resam, kepercayaan , sejarah dan perayaan pendudukan tempatan dari paderi-paderi di Mesir dan Babylonia. Thucydides juga telah menemui para pemimpin Athens dan menemui rakan-rakan tenteranya..  Kedua-dua tokoh ini bersetuju bahawa sumber lisan adalh lebih bernilai daripada sumber bertulis kerana sumber bertulis bisu dan sukar disoal balik.
            Namun begitu Herodotus dan Thucydides juga telah menggunakan bahan-bahan bertulis dan kesan-kesan peninggalan lama seperti babad, puisi, epik, karya geografi, etnografi dan perubatan, dokumen kerajaan, inskripsi, batu bersurat, bangunan dan rumah berhala dalam penulisan karya mereka. Dalam mengkaji semula sejarah awal negara, Herodotus dan Thucydides menggunakan babad-babad yang memberi maklumat tentang asal-usul bangsa-bangsa di Yunani, Mesir, Babylonia dan Parsi. Tulisan seperti karya-karya Hecataeus dan tulisan pakar perubatan dari aliran Hippocrates telah memberi keterangan kepada Herodotus dan Thucydides tentang alam fizikal dan penyakit yang menyerang manusia. Thucydides juga menggunakan tes Perjanjian Perdamaian Nicias pada tahun 421 S.M.
            Penggunaan sumber lisan dan sumber bertulis merupakan sumbangan Herodotus dan Thucydides kepada kaedah-kaedah sejarah yang digunakan para sejarahwan hari ini. Kedua-dua sumber sangat penting untuk mendapatkan maklumat yang selengkap mungkin dalam  menghasilkan penulisan dan mengkaji  sejarah.  Usaha mereka berdua ini telah membuatkan penulisan sejarah lebih bersifat saintifik dan menkaji tindakan-tindakan manusia. Herodatus telah menyumbangkan satu penyelidikan sistematik yang diikutinya untuk mencari jawapan dan penjelasan yang bercirikan kemanuisan, sekular dan politik.
4.0 Menapis fakta
Namun dalam menapis maklumat, bukti yang didapati dari sumber lisan  boleh menimbulkan percanggahan fakta ini kerana boleh terjadi pengurangan maklumat dan tokok tambah cerita yang tidak betul. Keperluan mencari lebih daripada seorang saksi seharusnya dikaji dahulu sebelum  mengesahkan kebenarannya. Kemungkinan keterangan oleh seorang saksi akan kurang tetap atau diputarbelitkan bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu dan semua maklumat harus dibuat perbandingan daripada maklumat seorang dengan seseorang yang lain. Bagi menilai bukti-bukti segala sesuatu yang diberikan oleh saksi mestilah munasabah  dan tidak melanggar hukum alam dan pengalaman manusia. Segala keputusan yang bercanggah terhadap bukti-bukti hanya menggunkan hukum logik untuk mengesahkan kebenaran.
Dalam karya  Thucydides dia menggunakan kaedah menapis fakta dengan mengenepikan unsur-unsur alam ghaib kerana beliau berpendapat mahu mengkaji sejarah manusia sahaja tanpa ada campur tangan kuasa ghaib dalam menerangkan pergerakan atau asal usul sesuatu kejadian. Sebagai contoh kalau mengikut konteks beliau dalam sejarah Malaysia, pembukaan Melaka kerana peristiwa pelanduk putih menendang anjing semasa raja berburu adalah tidak masuk akal.  Beliau juga telah terpengaruh denagn aliran Hippocrates yang amat mementingkan ketepatan dan kebenaran sebab mencontohi cara-cara ahli sains. Apa yang dilakukan oleh Thucydides lebih bersifat kepada penerangan yang kristis, tegas dan lebih kepada menumpukkan kepada sejarah itu sendiri.  Disamping itu juga golongan Sofis telah memberikan satu semangat yang kuat dalam dirinya, kerana mereka percaya bahawa ilmu harus diajar secara praktikal dan harus tepat untuk kegunaan selama-lamanya. 
Perbezaan Herodatus dengan Thucydides dalam mentafsir sejarah adalah dalam membezakan antara mitos dengan fakta. Thucydides memberikan idea dalam kaedah sejarah bahawa hanya sesuatu yang logik dan berbentuk fakta harus disampaikan kepada umum tetapi bagi Herodatus berbeza. Bagi Herodatus dirinya, menulis karya untuk tujuan menghibur berbanding Thucydides yang mementingkan ketepatan dan kebenaran. Herodatus  menghasilkan sejarah yang dipengaruhi oleh unsur Homer yang berkaitan dengan sastera puisi dan tradisi penglipur lara;
“Herodotus  knew that every narrative of great length wearies the ears of the hearer, if it dwell without a break on the same subject, but if pauses are introduced at intervals, it affects the mind agreeably.”[5]

Keadaan penulis sebegini adalah dipengaruhi sekeliling yang amat mengemarkan karya-karya kepahlawanan seperti karya Homer iaitu Iliad dan Odessey  dan inilah yang telah mempengaruhi beberapa sudut seperti motif, gaya penulisan, bahasa dan juga jalan ceritanya.Herodatus juga  tidak dapat memisahkan dirinya daripada konkongan kuasa ajaib ini beliau berpendapat Tuhan telah banyak mengambil bahagian dalam kehidupan manusia.  Bagi Thucydides, Herodotus hanya bapa pembohong yang mengisahkan cerita-cerita dongeng seperti seorang penglipur lara. Dengan bangganya dia mengatakan:
“The lack of invention in this narrative may seem less pleasing to the ear, but it will be enough if it is useful to those who wish to grasp clearly the past and the future, which, given human nature, will see these or similar events happening sometime again. This work is designed as apossession for all time rather than all display piece for instant listening[6]

Thucydides berpendapat dia bukan berhasrat mahu untuk menjadi menghibur para pendengar ataupun pembacanya dan dia tidak mahu menjadi popular dengan mencampuradukan pensejarahan dengan dongeng-dongeng.
            Sumbangan daripada mereka berdua adalah cara untuk mentafsir fakta-fakta yang diterima, ini kerana tidak semua bukti-bukti dan keterangan daripada saksi adalah sahih. Begitu juga dalam melakukan penulisan sejarah seseorang itu haruslah menulis sejarah dengan tepat dan mempunyai matlamat yang ingin memberikan penerangan kepada umum tentang sesuatu peristiwa. Seharusnya penulis itu menulis sejarah atau memaparkan dengan sebenarnya mengapa sesuatu peristiwa itu boleh berlaku.
5.0 Pengadilan Moral
            Penulisan sejarah pengadilan moral merupakan sesuatu yang bukan baru, dalam aliran sejarah sendiri telah berbelah bagi dan  ada yang menentang unsur pengadilan moral dalam sejarah. Pengadilan moral menurut Kosim Ahmad “ adalah perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian tertentu , kepada sesuatu peristiwa dan/atau kepada seseorang pelaku sejarah”[7] Dalam penulisan Herodotus beliau telah berlaku adil kepada pihak Yunani dan Parsi semasa dalam Perang Parsi ketika itu, tanpa mengagungkan pihak mana-mana pihak dan memburukan pihak yang lain. Beliau memuji kemenangan kemenangan pihak Yunani di Marathon dan  di Salamis, namun beliau juga mendedahkan kelemahan orang-orang Yunani dengan adil dan sahih. Selanjutnya, Herodotus juga telah memaparkan bahawa raja-raja bertindak ganas dan kejam, namun ia juga menyelitkan kisah-kisah di mana raja-raja itu bersikap murah, mengampunkan orang-orang yang bersalah serta menghormati undang-undang dan nilai-nilai moral. Adalah jelas bahawa beliau telah mejatuhkan pengadilan moral yang berdasarkan kepada nilai-nilai yang diiktiraf oleh umum. Dalam Perang Salamis beliau memuji Themistocles yang  berjaya kerana strategi peperangan yang sungguh bijak dan berkesan.
            Tetapi bagi Thucydides lebih melihat kepada soal keobjektifan sejarah ini kerana kesanggupan seseorang pengkaji untuk membuat penilaian yang jujur dan saksama. Dalam penulisan menyatakan bahawa Athens sendiri yang telah menyebabkan Perang Peloponnesia itu terjadi. Dalam penilaian beliau sebegini telah menimbulkan tuduhan yang oleh para penulis beliau adalah pengkhianat negara. Namun Thucydides melihat tugasnya bukan untuk menghukum pihak yang bersalah atau memuji orang yang berjasa tetapi apa yang harus dilakukannya mendedahkan tindakan-tindakan yang tidak menyenangkan seperti mencetuskan perang atau pembunuhan. Walaupun begitu pendedahannya tidak akan disusuli oleh sebarang pengadilan moral. Beliau melihat sesuatu kejadian sejarah didukung oleh sifat manuisa untuk membela kepentingan mereka sendiri oleh itu tidak wajar perbuatan manusia untuk diadili dan dikutuk.
            Dalam penulisan sejarah kedua-dua tokoh ini telah menunjukkan pendapat yang berbeza dalam mentafsirkan maksud pengadilan moral.  Terdapat beberapa sejarahwan moden menerima pendekatan Thucydides seperti Leopold von Ranke, Benedetto Groce, Herbert Butterfield dan G.K Kitson Clark  menentang kemasukan unsur pengadilan moral. Mereka berpendapat kemasukan unsur pengadilan moral akan menimbulkan pelbagai masalah dan kerumitan yang sedikit sebanyak boleh mengugat kewibawaan penulisan sejarah. R.G.Collingwood menyatakan Thucydides telah menyimpang dari landasan Herodatus, kerana penulisan Thucydides bukan sejarah tetapi adalah suatu sains semulajadi yang bertujuan mengesahkan hukum-hukum, yakini hukum-hukum psikologi yang tidak menghuraikan fakta-kata semata-mata.  Herodatus merupakan seorang yang tidak berat sebelah dalam memberikan pengadilan moral, dengan itu dapat membantu pembaca menilai sejarah itu. Sumbangan dalam cara pengadilan moral merupakan sumbangan yang besar dalam menulis sejarah dan menilai sejarah, malah masih digunakan sehingga kini.
6.0 Ruang Lingkup
             Dalam penulisan sejarah, Thucydides menulis karya sezaman dengannya berbanding Herodatus menulis sebelum zamannya. Thucydides berpendapat menulis kisah lampau tidak selamat dan tidak berketepatan kerana tiada wujud saksi dan penulis sendiri tidak menyaksikannya.  Oleh itu Thucydides cuba mengelakan kelemahan-kelemahan dalam karya Herodatus dan memperbaharuinya dengan kemas lagi. Pada zaman Perang Peloponesia, Thucydides sendiri telah terlibat dalam perang tersebut, semasa perang tersebut beliau diperintahkan memimpin sepasukan tentera bagi mempertahankan Amphipolis namun tewas, oleh itu dia dibuang negeri.  Dalam ketenteraan pula dia mempunyai kepakaran dalam strategi  tentan ketenteraan, berbanding Herodatus kurang dalam memahami tentang ketenteraan . Kekuatan Thucydides dalam menulis sejarah Perang Parsi adalah kerana pengelamannya sendiri yang terlibat dalam perang dan pengetahuannya tentang ketenteraan.
            Namun bagi Herodatus dia menulis sejarah sebelumnya, semasa Perang Parsi Herodatus masih kecil dan sukar baginya untuk memahami peperangan sebenarnya. Perang Parsi meletus  pada 490-478 S.M, namun beliau dilahirkan sekitar tahun 484 M.S.umurnya masih kecil pada masa itu iaitu sekitar 6 tahun. Beliau juga telah menemu duga dan mengembara selama 21 tahun dari 465-44 S.M untuk mencari maklumat, sedangkan perang Parsi berlansung 12 tahun dari 490-478 S.M yang merupakan satu tempoh yang lama. Untuk mengkaji sesuau pekara yang berlaku pada msa lampau sememangnya sukar kerana ruang lingkupnya begitu luas. Untuk memahami sesebuah sejarah itu tidak cukup hanya dengan membuat kajian ini kerana kebatasan zaman adalah punca kerumitan untuk mentafsirkan maklumat dengan setepatnya.
            Sumbangan untuk mengkaji zaman sebelum dan zaman sezaman dengan kedua-dua tokoh ini telah membina ruang lingkup kajian sejarah yang baru. Para sejarahwan sekarang dapat mengkaji kedua-dua zaman yang masih lagi berpanduankan kaedah kajian yang digunkan oleh Herodatus bagi zaman sebelumnya dan Thucydides bagi zaman sezaman dengannya.
7.0 Kesimpulan
            Sebagai kesimpulan Herodatus selayaknya digelar sebagai “ Bapa Sejarah”  seperti yang dikatakan oleh Cicero dan  Thucydides sebagai “ Bapa kaedah pensejarahan” . Sumbangan Herodatus dengan memberikan landasan sejarah yang menggunakan teori yang dipakai dalam sejarah moden juga iaitu ia bersifat saintifik, menceritakan tentang manusia dan bukan mitos ataupun teoritis dan akhirnya ia membantu menambahkan pengetahuan manusia tentang manusia. Manakala Thucydides telah memberikan sumbangan dalam kaedah penyelidikannya adalah suatu kaedah yang kritis. Di Eropah kaedah beliau ini telah diperkembangkan oleh Leopold von Ranke pada pertengahan kurun kesembilan belas dengan munculnya satu konsep Quallenkritique. Menurut pendapat H. E. Barnes bahawa  sumbangan utama beliau kepada pensejarahan terletak dalam bidang kritikan dan kaedah.
            Hasilnya ramai ahli sejarahwan moden yang melahirkan  karya sejarah yang berlandaskan kaedah yang diasakan mereka berdua. Bidang sejarah menjadi semakin menarik, bukan sahaja menceritakan peristiwa-peristiwa lampau, tetapi sejarah berbentuk kepada sains kerana sains mengadakan penyelidikan begitu juga dengan sejarah. Sejarah yang sebenar berbentuk penyelidikan, oleh itu dengan menggunkan kaedah-kaedah sejarah Herodatus dan Thucydides telah memantapkan bidang sejarah menjadi bidang penyelidikan. Penulis sendiri berasa amat kagum dengan kaedah-kaedah yang digunkan kedua-dua tokoh ini dalam menghasilkan karya mereka. Seandainya kaedah-kaedah ini digabungkan dengan teknologi dan sains yang kita ada sekarang, maka satu karya yang berkualiti pasti akan dapat dikaryakan.

Bibliografi

Buku
J.B.Bury  and Russell Meiggs. A Hstory of Greece .                                                                                          The Macmillan Press, Hong Kong, 1975 .                                                                                          
J.B Bury. The Ancient Greek Historians.                                                                                                              Dover Publications, New York, 1958.
Muhd. Yusof Ibrahim. Sejarawan dan Pensejarahan.                                                                                       Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur, 1988.
Murray Oswyn. Early Greece.                                                                                                                                The Harvester Press Limited, Great  Britian, 1980.

R. Suntharalingam. Pensejarahan Barat.                                                                                                           Fajar Bakti, Petaling Jaya.,1987.
R. Suntharalingam.Pengenalan Kepada Sejarah.                                                                                                        Marican, Kuala Lumpur, 1985.
Thucydides. Peloponesian.                                                                                                                                   Random House, United States. 1951.

Website







[1]R. Suntharalingam. Pensejarahan Barat. Fajar Bakti, Petaling Jaya.,1987.m.s.2
[2] Murray Oswyn. Early Greece.  The Harvester Press Limited, Great  Britian, 1980.m.s. 27
[3]  Muhd. Yusof Ibrahim. Sejarawan dan Pensejarahan.  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur, 1988.m.s. 32
[4]R.Suntharalingam. Pensejarahan Barat. Fajar Bakti, Petaling Jaya. 1987.m.s.11
[5] Bury J.B. The Ancient Greek Historians. Dover Publications, New York, 1958. m.s 42.
[6] Murray Oswyn. Early Greece.  The Harvester Press Limited, Great  Britian, 1980.m.s.28.
[7] R. Suntharalingam.Pengenalan Kepada Sejarah. Marican.Kuala Lumpur, 1985.m.s 90

Jumaat, 24 September 2010

Contoh Muka Depan


Pusat  Pengajian Ilmu Kemanusiaan




Semester 1
HSC 224
SEJARAH ASIA TIMUR

 

SOALAN:

“Sehingga akhirnya zaman Chou kuasa politik dibolot oleh golongan bangsawan. Namun bermula dari zaman Chin bermula siapa saja yang layak boleh menjadi pemerintah China” Bincangkan dengan melihat perkembangan sejarah China sehingga kurun ke-14.


Nama             : Sanu anak Sutai
No. Matrik    : 103xxx
No. IC             : 890530-13-xxxx
Tutorial         : Khamis ( 9-11pg)


“Sehingga akhirnya zaman Chou kuasa politik dibolot oleh golongan bangsawan. Namun bermula dari zaman Chin bermula siapa saja yang layak boleh menjadi pemerintah China” Bincangkan dengan melihat perkembangan sejarah China sehingga kurun ke-14.

1.0 Pengenalan
Dalam kehendak soalan membincangkan lebih kepada  penggunan kuasa dalam memerintah sejarah China hingga ke 14. Kurun ke 14 sekitar tahun 1500- 1599, iaitu sekitar zaman wangsa Ming. Fokus perbincangan akan  berkisar tentang peranan para bangsawan pada zaman sistem fedual dan pemerintahan pada zaman kemaharajaan.  Sistem feudal mementingkan kekuasaan bangsawan yang diwaris oleh turun-temurun bangsawan, namun dalam sistem kemaharajaan sesiapa saja boleh berkuasa terutama sesiapa saja yang dilantik oleh maharaja. Dalam sejarah awal China dalam sistem kemaharajaan ,sebagai maharaja harus mendapat mandat dari syurga namun selepas beberapa kurun orang biasa juga dapat menjadi maharaja seandainya  dia mempunyai kuasa untuk mengulingkan sesebuah kerajaan. Lebih malang lagi, orang asing seperti orang Mongol dan orang Manchuria juga dapat memerintah orang, jika dilihat sebelum ini mereka ini hanya golongan orang gasar dana dilihat lebih rendah daripada orang China. 
2.0 Sistem pemerintaan Wangsa Shang dan Wangsa Chou.
            Pada zaman wangsa Chou golongan bangsawan merupakan golongan yang sangat penting dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran China. Sebelum munculnya wangsa Chou pada 1122 S.M, terdapat kerajaan awal yang mengamalkan sistem raja iaitu wangsa Shang. Dalam wangsa Shang yang lahir pada 1766 S.M-1122 S.M, raja dilihat sebagai pemerintah yang agung. Terdapat kira-kira 31 orang raja pada zaman Shang daripada 17 generasi[1]. Raja dibantu oleh para pembesar ,jeneral tentera dan beberapa orang pegawai kerajaan. Namun perubahan yang berlaku dalam corak pemerintahan dan pentadbiran di zaman wangsa Chou.  Kejatuhan wangsa Shang disebabkan masyarakat Chou pada zaman pemerintah Shang yang menyerap budaya dan teknologi daripada wangsa Shang contohnya seperti cara bercucuk tanam, penggunaan gangsa, berternak dan kesusateraan serta sistem tulisan. Masyarakat Chou telah mengalami penyerapan budaya dan tekonologi dengan itu mereka semakin berilmu dan berupaya menyaingi wangsa Shang. Kelalaian wangsa Shang telah digunakan oleh masyarakat Chou untuk merampas kuasa dan membentuk sebuah wangsa yang baru.
Wangsa Chou iaitu wangsa ketiga kerajaan China telah bermula pada 1122 S.M hingga  256 S.M[2] .Wangsa Chou sememangnya sejak abad ke-11 S.M lagi telah  cuba telah merampas kuasa bagi menbentuk wangsa wangsa Chou. Namun begitu wangsa Chou terbahagi kepada dua peringkat Chou Barat 1066- 771 S.M dan Chou Timur 770-256. Dalam pemerintahan Wangsa Chou pada mula mengamalkan sistem feudalisme. Dalam definisi Feudalsime dalam bahasa bermaksud sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan dan diambil dari istilah barat yang merujuk kepada situasi di barat iaitu sistem pembahagian tanah kepada kaum bangsawan di Eropah pada zaman dahulu (dengan kaum petani yang mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kepada kaum bangsawan yg menjadi tuan punya tanah). Perkataan feudalisme berasal daripada perkataan Latin iaitu Feodum.  Dalam kata lain feudalisme berti sebuah masyarakat yang diatur sebagai sistem  Fief  yang terdiri daripada kawasan perundangan dan politik khasnya dipegang oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam ekonomi. Permulaan sistem feudalisme bermula di barat. Pasa asalnya unsur feudal bermula bermula dari dari kawasan antara Sungai Rhine dan Sungai Loire tetapi kemudian merebak ke Itali, England serta kebanyakan kawasan tengah di timur Eropah[3]. Dalam sistem fedual di China pula telah bermula sejak wangsa Shang namun pada wangsa  Chou fedualisme dilaksanakan. Dalam sebuah  buku ada mengatakan,
The ancient Chinese term fengjian mean ‘ to enfeoff [ nobles] and so construct [ the state]...but there are a number of important differences as well: many of the Chinese ‘feudal stataes’ were very much larger and more elaborately organized than any fief in medieval Europe[4]”.
Dalam konteks sejarah China menurut petikan di atas golongan bangsawan beperanan penting dalam tanah jajahan mereka. Dan sistem feudal di China berbeza dengan di Eropah kerana perbezaan keluasan jajahan dan lebih rumit lagi berbanding sistem feudal di Eropah.  Pada zaman wangsa Chou kuasa golongan bangsawan dilihat golongan tertinggi. Dari segi struktur sosial, masyarakat Chou dibahagikan kepada beberapa kelas masyarakat dan golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan disokong oleh kelas aristokrat tentera.  
3.0 Era kekuasaan golangan bangsawan.     
            Kelas masyarakat pada wangsa Chou terbahagi kepada Raja, Bangsawan, Pembesar dan Petani. Raja mempunyai tanggungjawab untuk melindungi para pembesar dan rakyat. Pada zaman feudal ini, raja-raja wangsa Chou menggunakan konsep mandat dari syurga dan wakil Tuhan. Pemberian mandat daripada Tuhan ini kerana bagi memberikan keyakinan kepada rakyat untuk patuh kepada pemerintah. Para pembesar wilayah yang merupakan golongan bangsawan yang mempunyai kuasa ke atas wilayah mereka dan pemerintah hanya mendapat taat setia dengan upacara taat setia kepada raja. Status golongan bangsawan akan diwarisi turun temurunnya.
            Golongan bangsawan beperanan sebagai tuan tanah dan menguruskan pentadbiran dan wilayah masing-masing. Sistem feudal pada zaman Chou yang berbentuk organisasi politik iaitu sistem ekonominya berasaskan pertanian iaitu melibatkan penggunaan tanah. Golangan bangsawan mempunyai hubungan timbal balik dengan pembesar serta pengikutnya.  Dalam memerintah sesuatu kawasan golongan bangsawan mempunyai kuasa autonomi dan pengaruh. Seseorang bangsawan Chou bergantung kepada ketenteraan, politik dan ekonomi. Namun begitu bangsawan juga harus membayar ufti tahunan dan cukai kepada kerajaan pusat.  Di samping itu juga golongan bangsawan dikehendaki menyediakan bekalan tenaga buruh serta tentera semasa berlaku pemberontakan atau serangan orang gasar.Begitu juga golongan bangsawan boleh membahagikan tanah mereka kepada saudara-mara mereka sendiri tanpa ada halangan.
            Pada awal pemerintah di Chou, sistem feudal digunakan untuk mengawal para golongan bangsawan namun kesetiaan mereka ketua-ketua wilayah berubah dan mulai merosot , justeru itu mereka menunjukkan minat hendak membebaskan diri daripada pemerintah kerajaan pusat. Kekuasaan dan kekuatan tentera yang ada pada golongan bangsawan membuatkan mereka mempunyai kuasa untuk mengumpulkan kekayaan dengan bebas. Setelah kekuatan golongan bangsawan semakin bertambah, mereka mula menunjukkan kekuatan dengan mencabar kerajaan pusat dan mengancam wilayah-wilayah lain[5]. Dalam usaha penaklukan mereka juga telah  meluaskan pengaruh mereka dengan menakluk wilayah orang gasar dan menyerapkan budaya Cina ke dalam mereka. Kuasa Maharaja yang dikatakan sebagai Anak Syurga tidak dihormati dan golongan ini lebih mementingkan kebanggaan dan kekayaan  merupakan matlamat utama mereka. Golongan pembesar wilayah juga telah memerah penghasilan barangan dan perkhidmatan yang lebih besar daripada golongan petani yang bertentang dengan kehendak para putera raja untuk mengambil tentera yang lebih ramai dan meninggikan cukai. Salah faham terjadi diantara golongan bangsawan telah menimbulkan satu konflik tentang kepentingan yang meruncing. Di puncak sistem feudal ini, usaha mengejar kekayaan dan kekuasaan adalah tumpuan utama contohnya para putera-putera raja telah mencipta birokrasi yang lebih besar dan mereka memungut cukai dan mengaturkan ketenteraan mengikut kawasan[6] . Maharaja yang sepatutnya bukan seorang boneka telah kehilangan kuasa kerana pembahagian kuasa dengan para bangsawan.
            Kekuasaan bangsawan ini telah menumbulkan masalah yang rumit dalam sisitem pemerintahan dan pentadbiran wangsa Chou. Kebangkitan para bangsawan ini telah meruntuhkan sistem feudal yang diwaris turun temurun. Sementara itu, keadaan ini ditambahkan lagi dengan serangan puak gasar seperti puak Jung yang akhirnya berjaya membunuh Raja Chou dalam pemberontakan mereka.[7] Bermulalah kerajaan Chou Timur pada tahun 770-256 S.M yang diperintahi oleh Raja Ping. Ibu kota wangsa Chou dipindahkan ke Loyang. Walau bagaimanapun kerajaan ini kerajaan fedual tidak menghormati dan mengakui kekuasaan kerajaan pusat. Di China dapat dibahagikan kepada beberapa jangka masa atau musim semasa zaman perpecahan ini, pertama musim bunga dan musim luruh pada tahun 722 S.M hingga 481 S.M,  seterusnya zaman Negeri-Negeri Berperang yang berlangsung selama  255 tahun iaitu daripada tahun 476 S.M hingga 221 S.M.  Pada zaman itu , kuasa di wilayah-wilayah menguasai kekuasaan masing-masing dan kerajaan pusat tidak mampu berbuat apa-apa.  Maka lahirlah Seratus Aliran Pemikiran yang cuba untuk membetulkan keadaan, dan tenaga-tenaga pemikir ini cuba memikirkan untuk penyelesaian kepada Wangsa Chou pada masa itu. Antara golongan ahli falsafah yang muncul pada masa tersebut seperti Konfusianisme, Taoisme, legalisme dan Moisme.
4.0  Latar belakang Wangsa Chin.
            Wangsa Chin telah berada di kemuncak era pada zaman pemerintahan Raja Cheng. Wangsa Chin hanya bertahan selama 14 tahun sahaja, namun begitu dalam masa yang singkat ini iaitu dari 221 S.M- 207 M.S, China telah mengalami beberapa perubahan yang besar berbanding beberapa wangsa yang sebelumnya. Sepanjang pemerintahan Raja Cheng, dia bantu oleh seorang negarawan iaitu Li Su yang mengamalkan fahaman Legalisme[8].  Dalam zaman wangsa Chin, penyatuan China merupakan kejayaan yang paling besar dan telah menamatkan peperangan antara Negeri-Negeri Berperang. Raja Cheng telah memulakan tradisi memakai nama maharaja yang baru iaitu Shih- Huang- Ti. Gelaran wang yang digunakan pada wangsa Chou terlalu ramai raja yang memakainya dan telah merosot[9].  Gelaran baru ini bertujuan agar rakyat lebih menghormati pihak pemerintah, ini kerana nama tersebut memberikan gambaran bahawa Raja Cheng adalah raja segala raja dana raja yang paling unggul di dunia.
4.1 Kuasa Pemerintah oleh siapa saja yang layak.
            Dalam kerajaan wangsa Chin beberapa perubahan telah terjadi dalam intitusi pemerintahan mereka , jika sebelum ini dalam wangsa Chou peranan dan kuasa bangsawan dilihat lebih dominan lagi. Golongan bangsawan tidak lagi mempunyai kuasa penuh dalam wilayah mereka malah kuasa mereka semakin dibataskan oleh kerajaan pusat. Sehubungan dengan itu golongan bangsawan telah dikawal dan diawasi pihak pemerintah untuk mengelakkan daripada sebarang kebangkitan dan mewujudkan kawasan wilayah sendiri seperti yang terjadi pada zaman wangsa Chou. Kerajaan pusat telah membawa keluarga-keluarga golongan bangsawan ke kerajaan pusat bagi memudahkan pemerintahan pusat.
            Dalam pemerintahan Wangsa Chin siapa saja boleh berkuasa, ini kerana kuasa untuk memerintah diberikan oleh Maharaja. Dalam sistem pemerintahan wangsa Chou, bentuk pentadbiran berdasarkan pemerintahan autokrasi. Autokrasi  merupakan sebuah pemerintahan yang dilakukan seorang individu yang mempunyai kuasa yang tidak ada hadnya. Maharaja disini merupakan individu yang mempunyai kedudukan yang tertinggi. Namun begitu dalam pemerintahan Chin dalam sistem birokrasi beliau adalah  baik kerana wujudnya sistem pentadbiran seperti hal ehwal korban dan agama, hal ehwal istana, keselamatan dan kereta kuda bagi kegunaan maharaja. Dalam Wangsa Chin golongan tentera memainkan peranan penting daripada golongan bangsawan ini kerana golongan tentera dilantik sebagai pentadbir kerajaan. Dan perlantikan berdasarkan merit yang ada pada seseorang pegawai tersebut.
            Sistem fedual telah dihapuskan, jika sebelum ini kuasa bangsawan diwaris turun temurun oleh keluarga namun dalam dalam pemerintahan wangsa Chou, para pemerintah dilantik sendir oleh maharaja. Dalam pemerintahan berpusat yang terletak di Hsien, empayarnya telah dibahagikan kepada wilayah-wilayah ketenteraan dan daerah-daerah tertentu. Dalam wilayah dan daerah ini, pegawai kerajaan telah ditempatkan di dalam wilayah-wilayah dan daerah-daerah berkenaan untuk menguruskan pentadbiran dengan lebih berkesan. Daerah besar dan kecil diperintah oleh hakim manakala pegawai-pegawai wilayah diletakkan seorang penyelia bagi memantau keadaan pemerintahan  mereka bagi menggelakkan salah guna kuasa terjadi.
            Namun Wangsa Chin tidak dapat bertahan lama, akhirnya Wangsa Chin telah jatuh namun banyak sumbangan kerajaan Chin dalam membentuk asas-asas kerajaan China. Sistem fedual telah ditamatkan dalam pemerintahan kerajaan Chin, jika selama ini keturunan yang berkuasa akan berkuasa, namun di dalam Chin sesuatu jawatan tidak diwarisi. Maharaja akan melantik pegawai-pegawainya berdasarkan budi bicaranya sendiri. Dalam kerajaan Chin telah memperkenalkan sistem tulisan yang digunakan untuk penyatuan tulisan China, kerana sebelum ini banyak jenis tulisan yang digunakan dan hanya pada era Chin saja satu sistem tulisan dicipta.  Kejatuhan Chin disebabkan oleh kematian Shih Huang-Ti pada 210 S.M. pada usianya 49 tahun[10]
            Selepas kematian maharaja, Li Ssu dan Chao mempunyai rancangan jahat dengan membuat pakatan membunuh waris Maharaja Fu-su yang sulung dan Jeneral Meng Tien dan oleh itu mereka berdua melantik Hu-hai sebagai Maharaja Kedua. Dalam istana pengaruh Chao Kao telah bertambah dan dia ada pertelingkahan dalam dengan Li Ssu dan Li Ssu akhinya telah dibunuh. Maharaja telah meninggal dan diganti lagi oleh cucu Shih Huang-Ti iaitu Tzu-ying.  Tzu-ying dilantik sebagai maharaja namun hanya memakai gelaran wang, oleh itu baginda tidak berpuas hati justeru itu Chao kao sendiri dibunuh oleh maharaja[11]. Dalam keadaan yang huru hara ini, para petani juga telah memberontak pada 209 S.M di kawasan Ch’u kerana tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan namun begitu pemberontokan yang dipimpin oleh Chen Sheng dan Wu Kuang dapat dipatahkan.  Di sini kuasa maharaja semakin hilang dan para pemerintah cuba masuk campur dalam jatuh bangun seseorang maharaja dan rakyat pula mula melawan tanpa ada rasa takut kepada kuasa yang ada pada maharaja.
            Dalam kejatuhan Chin, dapat dilihat bahawa sesiapa saja yang mempunyai kuasa mampu membuat keputusan dan melakukan kehendak mereka, jika sebelum ini Maharaja sangat dihormati namun pegawai di istana mempunyai kuasa yang berpengaruh telah menggunakan kuasanya sendiri untuk membunuh maharaja. Pengelibatan pegawai kerajaan dalam menentukan dan melantik maharaja melihatkan kekuasaan para pegawai istana yang mempunyai keistimewaan. Akhirnya kerajaan Chin runtuh dengan kemusnahan yang dilakukan oleh Lui Pang yang membentuk kerajaan yang baru iaitu wangsa Han.
5.0 China sehingga kurun ke-14
            China kurun ke-14 jika melalui kerajaan yang memerintah adalah dalam zaman pertengahan wangsa Ming sekitar tahun 1500 Masihi – 1599 Masihi. Dalam 14 kurun merupakan satu jangka masa yang panjang, untuk berbincang sesuatu jangka masa yang panjang sememangnya memerlukan pemerhatian yang khusus. Namun perbincangan akan tertumpu kepada perubahan tampuk pemerintahan dan sistem pentadbiran China secara umum. Pemerintahan dan pentadbiran China akan dilihat daripada zaman awal permulaan kerajaan China iaitu Wangsa Hsia  pada 2000 S.M dan kerajaan selanjutnya sehingga pada zaman Wangsa Ming.
            Kekuasaan biasanya akan dikaitkan dengan kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa tentera namun dalam perbincangan kali mengenai sejarah China lebih tertumpu kepada kuasa politik iaitu pemerintahan dan pentadbiran.  Dimana dalam sistem pemerintahan China tradisi terbahagikan kepada dua zaman iaitu zaman Feudal dan zaman Kemaharajaan. Zaman Feudal bermula dari zaman wangsa Hsia lagi dan diteruskan lagi oleh wangsa Shang, namun pada Wangsa Chou merupakan perlaksanaan sisitem feudal yang lebih menyeluruh lagi. Pada pemerintahan sistem feudal, pemerintahan dijalankan dimana pemusatan kuasa adalah longgar dan para pembesar-pembesar wilayah mempunyai kuasa ke atas wilayah mereka dan taat setia ke atas kerajaan pusat dilakukan dengan upacara sahaja. Pada zaman Chou menggunakan konsep pemerintahan yang berlandaskan Tean Ming iaitu mandat  dari Tean iaitu syurga dan Tean-Tzu iaitu wakil Tuha untuk mengiktiraf pemerintahan mereka[12].
            Disamping kekuasaan bangsawan menyerlah pada zaman fedual , orang gasar juga mempunyai kuasa yang boleh mengancam kerajaan China. Orang gasar merupakan orang bukan cina, namun setelah mereka dijajah mereka menerima budaya dan mengamalkan budaya Cina dan mereka diterima masuk sebagai orang Cina. Jika sebelum ini  orang gasar atau di sebut sebagai barbarian, mereka telah diterima masuk sebagai Cina maka mereka mempunyai kuasa seperti orang Cina. Proses pencinaan terjadi kerana peperangan dengan orang gasar dan wilayah mereka ditakluk. Sebagai contoh semasa pemerintahan Wangsa Chou telah “ di Shangkan” 
            Dengan munculnya kerajaan wangsa Chin pada sekitar pada 221 S.M, telah membawa perubahan kepada pemerintahan China kerana sistem feudal telah digantikan dengan sistem berpusat. Maharaja memakai gelaran Shih Huang-Ti yang pemerintah. Gabenor awam dan gabenor tentera dilantik pada setiap wilayah dan seorang pemerhati dilantik untuk mengawasi  perjalanan wilayah gabenor ini. Peranan Maharaja dan golongan atasan masih beribawa pada saat itu.Kerajaan Wangsa Chin digulingkan pada 207 S.M, dan diganti oleh Wangsa Han yang diasaskan oleh Lui Pang pada 202 S.M yang memakai gelaran maharaja Kao-Tsu. Lui Pang merupakan seorang petani sebenarnya namun beliau berjaya menjadi angkatan tentera yang kuat. Dalam sistem pemerintahan beliau mengamalkan dengan mengadukan corak pemerintahan Feudal dengan pemerintah berpusat seperti zaman Chin. Di sini penulis  telah melihat bahawa seorang yang dari golongan bawahan boleh berkuasa namun jika sebelum ini hanya para bangsawan yang berkuasa tetapi dalam wangsa Han perubahan besar bermula. Jelaslah siapa saja boleh berkuasa tidak semestinya dari latar belakang pihak atasan.Teras birokrasi Han tang baru terdiri daripada rakan-rakan seperjuangannya di dalam angkatan tentera yang telah memabantu beliau mendapatkan kuasa[13].
            Kerajaan Han telah ditukar oleh wangsa Sui yang bermula pada 581 M – 618 M, dalam wangsa Sui juga golongan tentera amat memberikan peranan penting ini kerana Yang Chien yang merupakan seorang jeneral daripada dinasti Chou Utara yang membuat usaha penyatuan dan seterusnya berjaya merampas kuasa. Yang Chien telah mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Wen Ti.  Dari seorang jeneral tentera Yang Chien mampu menjadi Maharaja Wen Ti kerana pengaruh dan kuasa yang ada padanya. Jelaslah bahawa sesiapa saja yang mempunyai kuasa boleh menjadi maharaja dan tidak terikat seperti dahulu untuk menerima mandat dari syurga baru boleh menjadi maharaja dan menggunakan sistem mewarisi bagi golongan bangsawan untk mendapatkan kuasa memerintah.
            Dalam wangsa Tang kekuasaan seseorang itu ditentukan menggunakan sitem kepegawaian dan sisitem birokrasi.  Dalam memilih para pegawai mereka masuk melalui beberapa cara salah satunya adalah sistem peperiksaan awam yang membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat. Kekuasaan seseorang itu pada wangsa Tang lebih ditentukan oleh keputusan peperiksaannya dan kedudukan istimewan para sarjana yang diutamakan berbanding rakyat biasa. Dalam wangsa Sung juga , rampasan kuasa dilakukan oleh seorang Jeneral tentera juga iaitu Chao K’uang yang memakai gelaran T’ai Tsu. Namun wangsa Sung bertahan dari 960 M hingga 1279 M.
            Satu perubahan besar dalam sejarah China, apabila bangsa yang bukan Cina telah menakluki China pada Wangsa Sung. Wangsa Sung telah dikalahkan oleh orang Mongol secara berperingkat  dan akhirnya orang Mongol berjaya membentuk sebuah  kerajaan baru iaitu Wangsa Yuan[14]. Dalam kelas sosialnya orang Mongol diletakkan di kelas atasan dan masyarakat cina digolongan bawahan. Namun wangsa Yuan tidak bertahan lama hanya 89 tahun ini kerana masalah dalaman wangsa dan orang Cina mengambil kesempatan bangkit mengalahkan orang Mongol. Wangsa Ming merupakan wangsa orang Cina yang terakhir sebelum jatuh kepada tangan orang Manchu yang mendirikan Wangsa Ch’ing.
            Pembinaan wangsa Ming juga oleh seorang yang biasa iaitu seorang pemberontak dan akhirnya mempunyai angkatan tentera yang kuat untuk merampas kuasa daripada orang Manchu. Beliau telah mengelarkan dirinya Maharaja dengan memakai gelaran T’ai Tsu. Pemerintahan beliau dijalankan dengan melaksanakan sistem berpusat dan beberapa unit pentadbiran kerajaan seperti Lembaga Enam, hierarki ketenteraan dan badan pengawasan. Pada akhir kurun ke-14 iaitu kerajaan wangsa Ch’ing telah didirikan selepas orang Manchuria yang bernama Nurhaci telah berjaya menyatukan orang manchu dan berjaya merampas kuasa dan membentuk wangsa baru. Akhir keagungan kerajaan tengah China telah dikalahkan dua kuasa asing dan ini telah menunjukkan siapa saja boleh berkuasa.
6.0 Kesimpulan
Dalam sejarah China, pada awalnya golongan bangsawan yang mempunyai kuasa memerintah namun disebabkan peredaran zaman sistem fedual yang digunakan ditukar kepada sistem kemaharajaan. Jika sebelum ini sistem feudal mengamalkan kuasa pemerintah akan diwarsi oleh turun temurunnya namun sistem maharaja, maharaja yang berkuasa melantik para pegawai dan para pegawai haruslah tunduk kepada maharaja. Dalam wangsa Chou sistem feudal digunakan sepenuhnya namun semasa wangsa Chin sistem ini telah dimansuhkan dengan sistem kemaharajaan. Namun kekuatan wangsa orang Cina telah dicemari oleh orang asing, sistem kemaharajan orang China yang dibina sejak zaman wangsa Hsia hingga wangsa Sung, telah ditakluki kaum Mongol pada Wangsa Sung dan membentuk wangsa baru iaitu wangsa Yuan pada 1264-1368 M. Selepas itu, dalam sejarah China sekali lagi kuasa orang Cina dilemahkan oleh kaum Manchuria pada akhir kurun ke 14 . Kaum Manchuria juga telah membina satu kerajaan baru iaitu wangsa Ch’ing. Sistem kemaharajaan China akhirnya berakhir pada kurun ke 19, selepas Revolusi 1911 yang membentuk sebuah kerajaan republik. Hanya manusia yang berkuasa mencipta sejarah.


[1] Suffian Mansor. Tamadun China. Dewan  Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur,2003 m.s 26
[2] Kenneth Scott Latourette. The Chinese Their  History and Culture. Macmillan Company.  New York,1972.  m.s 31.

[3] Suffian Mansor. Tamadun China. Dewan  Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur,2003 m.s 28
[4] Brain Hook. The Cambridge Encyclopedia of China. Universiti  Cambridge. m.s 149
[5] Kenneth Scott Latourette. The Chinese Their  History and Culture. Macmillan Company.  New York,1972.  m.s 35.

[6] William H. McNeill. Kebangkitan Barat Sejarah Masyarakat Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1994. m.s .284.
[7] Suffian Mansor. Tamadun China. Dewan  Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur,2003. m.s .35.
[8] Brain Hook. The Cambridge Encyclopedia of China. Universiti  Cambridge. New York ,1991. m.s .149.
[9] Kenneth Scott Latourette. The Chinese Their  History and Culture. Macmillan Company.  New York,1972.  m.s.47.
[10] Suffian Mansor. Tamadun China. Dewan  Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur,2003 m.s.66.
[11] Kenneth Scott Latourette. The Chinese Their  History and Culture. Macmillan Company.  New York,1972.  m.s.74.
[12] Hilda Hookman. A Short History of China .New York: New American Library, 1972. m.s.38.
[13] William H. McNeill. Kebangkitan Barat Sejarah Masyarakat Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1994. m.s 287.
[14] Anne L.Destenay. China. Nagel Publishers, Geneva, 1973. m.s  117

Ti dikerinduka