Selasa, 17 April 2012

Kingmaker disini kita bermula dari visi dan tangan anda

Hari ini saya sangat terdorang apabila mempunyaisatu visi yang baru. Dan dalam hidup saya, saya harus ada visi yang dikerjakan. Visi yang mendorong saya untuk melangkah ke hari demi hari. Demi satu perjuangan ini, saya sanggup berjuang dengan apa yang ada ditangan. Di sini saya ingin, menceritkan sesuatu yang baru saya alami iaitu tentang His Kingdom punya vision, dan visi itu adalah dalam Matthew 28-18-20. Sebagai orang yang percaya visi Kerajaan Syurga merupakan visi untuk dunia. Dan dunia ini harus dimenangkan dengan kasih Tuhan. Dan kita hanya menjadi alatnya, selebihnya ada kehendak Tuhan. Dunia ini perlukan satu kasih yang luarbiasa untuk berubah.


Hal ini saya ketemukan dalam Ulangan 1: 9-18 yang menceritakan Moses memilih pemimpin bagi mewakilkan yang menjaga bangsa Israel. Dalam situasi orang Israel yang semakin banyak, Hanya Moses  sahaja tidak dapat mengawal orang pimpinannya dan dia perlukan ketua-ketua. Dalam ayat Ulangan 1: 13 mengatakan ( saya tulis dalam Iban) " nya alai pilih ari genap raban bangsa kita, orang ti bepenemu, ti mereti sereta teleba ngereja pengawa, ngambi ka aku nuduh ka sida nyadi tuai megai kita. Dalam sesebuah masyarakat perlukan pemimpin yang membawa sebuah bangsa. Oleh itu cara pemilih seorang pemimpin itu sangat penting.




Hati saya juga bersemangat kerana, saya juga telah berjumpa dengan satu visi baru apabila saya dicerahkan tentang mengapa saya belajar sejarah sebagai major. Malam ini pertama kali saya memberitkan satu kabar tentang sejarah yang saya belajar selama ini kepada masyarakat, walau tidak ramai yang hadir tapi satu kepuasan yang saya dapat. Sebuah kepuasan apabila apa yang berada ditangan mu digunakan sepenuhnya. Apa yang ada pada tanganmu? dan apakah visi mu? Yang ada ditangan saya ialah akademik iaitu bermajorkan sejarah dan saya menggunkan ini untuk kemuliaannya. Berkongsi tentang sejarah Malaysia kepada umum merupakan isi hati saya selama ini. Dan dengan peluang yang ada, saya bersyukur akhirnya peranan saya telah saya lakukan. Saya tidak berasa berhutang kepada sesuatu. Kamu tahukah perasaan berhutang tidak selesa bukan? Kemana saja anda akan berasa kekurangan sesuatu. Namun apabila anda sudah berjumpa dengan sesuatu yang mengerahkan anda. 


Agenda Borneo merupakan satu harapan baru bagi rakyat Borneo. Selama ini kita belum ada satu visi yang mengerakkan dan kebanyakan para pemimpin hanya bersifat tidak pratikal dan kebanyakan agenda bersifat kedaerahan dan kaum sahaja. Apabila saya dicerahkan dengan visi yang baru ini. Saya berfikir balik tentang orang kampung. Demi ini saya merasakan beban untuk orang kampung yang hauskan kebenaran dan perlukan pertolongan kita. Sebagai mahasiswa apa yang say adapat lakukan sekarang adalah untuk memberitkan kabar baik dan agenda borneo ini dengan akademik tanpa melibatkan diri dalam arena politik luar. 




Apakah visi anda? dan apabila anda berjumpa dengan nya anda akan diubah oleh sesuatu yang luarbiasa. Ayuh ketemukan visi anda. Dan gunakan apa yang ada pada tangan anda untuk disalurkan kepada visi ini.

Khamis, 5 April 2012

Pergerakan Politik Awal di Sabah dan di Sarawak 1946-1960-1973.


1946
 Isu utama: Penyerahan Sarawak  dan Sabah kepada Britain.
·         Sabah dan Sarawak ditukar kepada pemerintahan British.
·         Sabah dan Labuan diserahkan tanpa banyak tentangan, namun di Sarawak keadaannya berbeza.

Ø  Di Sarawak, Vyner Brooke yang menjadi Rajah Sarawak  setelah kematian Charles Brook pada tahun 1917, sering mengabiskan masanya di Eropah dan beberapa kali merancang untuk melepaskan dan menjual Sarawak kepada British saja.
Ø  Namun tindakan itu tidak dapat dilakukan dengan sewenang-sewenangnya kerana  terikat dengan peraturan  yang telah diletakan James dan Charles Brooke dan perjanjian sedia ada dengan British.
Ø  Perang dunia Kedua telah memberikan  peluang kepadanya untuk mencapai citi-cita masing-masing.
Ø  Sungguhpun masih terikat dengan sumpah jawatan pada tahun 1918 dan Perlembagaan yang diluluskannya pada 1941 yang tidak menbenarkannya membuat keputusan sendiri tanpa persetujuan Maljis Negeri, Vyner pada bulan febuari 1946 telah mengistiharkan penyerahan Sarawak kepada Britian
Faktor2 penyerahan Sarawak:
ü  Vyner didesak oleh Kerajaan British uentuk menyerahkan Sarawak, ini kerana Bristish berpendapat kepentingan politik dan ekonomi British dalam pelaburan akan terjamin
ü  Tidak mengcukupi kewangan yang cukup untuk membangun, Vyner berpendapat Sarawak akan menbangun lebih pesat jika diserahkan kepada kerajaan British.
ü  Faktor usia juga tidak mengizinkan beliau memerintah Sarawak, dan tiada waris untuk diserahkan dan enggan memberikan kepada Anthony Brooke.


Ø  Berlaku perdebatan antara orang melayu yang sejak dulu lagi yang mpy minat dlm perkembangan politik Sarawak
Ø  Segelintir  daripada golongan bangsawan Melayu bersetuju untuk menyerahkan Sarawak, namun golongan terpelajar dan golongan pengiat sosial menbantah keputusan itu.
Ø  Surat bantahan perseorangan  dan badan2 politik Melayu dihantar kepada  raja dan British.
Ø  Tunjuk perasaan juga dilakukan bagi menggagalkan rancangan penyerahan Sarawak kepada British.
Ø  Keadaan menjadi tegang apa bila BIL PENYERAHAN SARAWAK yang diluluskan  secara penyelewengan dalam Mesyuarat Maljis Negeri pada 16 Mei 1946.
Ø  Keputusan ini mendapat tentangan kuat daripada pertubuhan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Persatuan Dayak Sarawak, Pergerakan Pemuda Melayu, Barisan Pemuda Sarawak.
Ø  Tokoh yang terlibat dalam menentang penyerahan ini adalah datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
Faktor-faktor utama menentang penyerahan:
                    I.            Penyerahan ini bertentangan dengan dasar Perlembagaan 1941 yang menyatakan bahawa Sarawak akan memperolehi kerajaan sendiri.
                  II.            Vyner  tidak berunding dulu dengan ketua bumiputera sebelum membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada British
                III.            Gerakan Anti penyerahan berhasrat untuk memulihkan pemerintahan Brooke yang telah dimusnahkan oleh pendudukan Jepun
                IV.            Rakyat pribumi ingin mempertahankan hak mereka, dengan penyerahan ini untuk mendapatkan kemerdekaan akan menjadi rumit.

Rukun 13
Ø  Keengganan British telah meluapkan ketegangan dan diakhiknya pada 3 Disember 1949, Duncan Steward telah ditikam oleh Rosli Dhobi dari kumpulan Rukun 13 di Sibu.
Ø  Awang Rambli telah menubuhkan Rukun 13 dan mereka merupkan salah satu cawangan Persatuan Rakyat Melayu Sarawak.
Ø  Anggota Rukun Tiga Belas bersumpah untuk membunuh semua pegawai British dan ketua masyarakat Sarawak yang menyokong Kerajaan British di Sarawak.
Ø  Rosli Dhoby, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong telah menyerang Sir Duncan Stewart.
Ø  Dan mereka dihukum mati kerana pembunuhan SDS.
Ø  Secara amnya Gerakan Anti Penyerahan Sarawak tidak mendapat sokongan yang sepenuhnya, selepas kematian datu Patinggi Abang Haji Abdilah, tiada ada pemimpin yang tampil untuk memperjuangkan matlamat ini.
Ø  Tokoh yang berwibawa dari “Young Malay Association” tidak menyokong gerakan penyearhan ini.


Sabah
v  Pertubuhan politik wujud selepas Sabah diserahkan kepada British.
v  Pada waktu ini kegiatan politik dikalangan penduduk beragama islam hanya  tertumpu di Pulau Labuan dan Jesselton.
v  Mereka telah menubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan ( PKML), Persatuan Kebangsaan Melayu Jesselton( PKMJ), Barisan Pemuda Labuan ( BARIP) dan BARIP Jesselton.
v  Matlamat BARIP adalah untuk menyatupadukan semua anak negeri sebagai satu bangsa Borneo.
v  BARIP dan PKML tekah berkerjasama dalam pelbagai kegiatan sosial dan kebajikan bagi membela nasib Orang Melayu Borneo. Tetapi perjuangan ini lemah akibat tekanan yang berterusan daripada pihak British.


Soalan  Uji Minda:
1.       Penyerahan Sarawak kepada British adalah kerana kelemahan pentadbiran Vyner Brooke atau merupakan rancangan Bristish semata-mata? Bahasakan.
2.       Adakah Rosli Dhobi dan sahabatnya yang membunuh Duncan Steward adalah pemberontak atau seorang nasionalism?
3.       Bandingkan corak pergerakan politik semasa 1946 di Sabah dan di Sarawak.


1960
Isu utama: Pertubuhan parti politik yang awal di Sarawak. Parti-pati ini ada yang  menyokong atau tidak untuk bergabung dengan Malaysia.
Sarawak- menjelang 1960 wujud beberapa buah parti politik yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak.
Parti di Sarawak
SUPP  ( Sarawak United People Party)
·         Parti yang didaftarkan paling awal ialah SUPP pada Jun 1959.
·         Mempunyai seramai 23,929 ahli ( Cina lebih separuh, 12,359 Iban, 5568 Dayak Darat dan Melanau.
·         Dasar SUPP tidak mengamalkan perkauman dan keahlinya terbuka kepada semua kaum
·         Parti ini hendak menyatukan Sarawak berbagai bangsa dan keturunan yang ada dalm negeri Sarawak.
·         Parti ini juga menentang rancangan  Malaysia dengan alasan rancangan itu bermakna memindajkan kuasa politik dari United Kingdom kepada Negara Berdaulat yang lain, dan dengan demikain menyuruh penduduk Sarawak taat setia kepada negeri asing.
·         SUPP menentang dasar yang kelapan daripada Sembilan Dasar Utama Rajah-rajah Inggeris yang telah diterima oleh United Kingdom ketika Sarawak diserahkan kepada kerajaan British pada tahun 1946.
·         SUPP menentang Malaysia kerana kemasukan yg gopoh gapah boleh menyebabkan Sarawak berpecah belah.
·         SUPP juga menentang kedudukan istimewa bumiputera yg akan dilindungi oleh Perlembagaan,agama islam sbg agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebanggsaan.
·         SUPP juga memperlekehkan tentang kebolehan pasukan tentera Tanah Melayu, yang ingin memperthankan wilayah yang jauh daripadanya.
·         SUPP menjalankan manifesto nya yang menentang Malaysia dan berusaha menyekat Sarawak dari memasuki persekutuan itu.

PANAS ( Parti Negara Sarawak)
Ø  Ditubuhkan pada 9 April 1960, 52,795 org ( 20,000 Melayu,20,000 Iban, 10,000 dayak Darat dan beberapa ribu lagi orang cina)
Ø  Pengasasnya Datuk Bandar Abang Haji Mustapa bin datuk Hakim Haji Moasili.
Ø  Memberikan pendirian tegas dan menyokong penuh perancangan Malaysia.
Ø  bersikap Liberal untuk kepentingan seluruh Rakyat, khasnya membela nasib bumiputera.
Ø  Tujuan:
§  Mendapatkanpembentukan satu system pelajaran kebangsaan.
§  Mengalak dan memajukan tindakan menghormati hak asasi manusia dan hak kebebasan bagi semua tanpa mengira kaum,jenis, bahasa atau agama.
§  Memelihara Sarawak keptgan2 rakyat dan negeri Sarawak
§  Menjamin bahawa Sarawak memperolei pemerintahan berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan.
          
 SNAP ( Sarawak National Party)
Ø  April 1961,  46000 org ahli. Pengasas Stephen Kalong Ningkan.
Ø  Pengaruh parti ini dikalangan orang-orang Iban dibahagian kedua.
Ø  Pada mulanya menaruh syak terhdap pembentukan Malaysia tapi akhirnya menyokong kuat rancangan tersebut.
Ø  SNAP mahukan Ketua Negeri Sarawaj diberikan gelaran Rajah yang dilantik  dari bumiputera Sarawak yang dipilih rakyat. Semua Ketua Negeri boleh menjadi YDPA.
Ø  SNAP terbuka kepada semua bangsa dengan tujuan perjuangan hendak mencapai taraf berkerajaan sendiri, dan akhirnya kemerdekaan dengan cara aman damai.

BERJASA ( Barisan Rakyat Jati Sarawak)
o   Ditubuhkan pada 1962, ahli2 terbuka kepada semua kaum.
o   BERJASA berterus terang mengenepikan suku kaum cina sebagai bumiputera. Nmn demikian parti ini tidak menentang kemasukan ahli dari Cina kerena dasarnya yang liberal.
o   Menyokong pembentukan Malaysia tapi tidak mahu menyerahkan Sarawak bulat2 begitu sahaja.
PESAKA ( Parti Penghulu)
o   Julai 1962, telah diasaskan oleh tokoh2 politik Iban dan Dayak dari SUPP dan PANAS.
o   Temenggung Jugah sebagai pengerusinya.
o   Pucuk pimpinan terdiri daripada penghulu2.
o    Pengasasnya Penghulu Masam anak Radin, T.R Bayang anak Manja, Pengarah Bayang dan Penghulu Candai dari subgai Ayo Sibu. Penghulu Masam dan Francis Bayang adalah Tracker dengan Sarawak Renjers. 

Persatuan Cina Sarawak ( SCA)
v  Diasaskan oleh William Tan pada pertengahan tahun 1972.
v  Untuk mengalakkan penyertaan orang Cina dalam politik
v  Bertindak sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Cina.
v  Sejak mula lagi berharsat untuk berjuang bersama dalam menjadi sekutu Perikatan parti-parti yang sama konsep  dan bertujuan untuk seluruh bangsa dan negara.


Sabah
§  Kesedaran politik dikalangan kaum pribumi menjadi ketara apabila tertubuhnya parti UNKO dan USNO
§  Suasana politik di Borneo Utara berubah apabila TAR, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu mengumumkan gagasan Malaysia pada Mei 1961.
§  Gagasan ini telah memberikan pemimpin-pemimpin di Sabah untuk membentuk sebuah Parti Perikatan Sabah.
§  1963 Sabah telah bersama membentuk Persekutuan Malaysia.

Parti di Sabah.

UNKO ( United Kadazan Duzun)
Ø   Donald stephens- 27 Mei 1961
Ø  UNKO sangsi terhdap penubuhan Malaysia awal, namun sokongan terhadap penubuhan  Malaysia meningkat selepas Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia , Disember 1962
USNO( United Sabah National Organization)
Ø  dikalangan kaum Bumiputra Islam ( Bajau, Brunei,Ilanun,Kedayan dan Sulu) yang diketuai oleh Dato Mustapa bin Harun.
PM ( National Pasok Momogun Organization)
Ø  yang dipimpin oleh ketua kaum Murut, G.S Sundang.
 United Party dan Democratic Party bergabung bentuk BUNAP ( Borneo Utara National Party)
Ø  majority orang cina.
Sabah Chinese Association

Jun 1964 – PM bergabung dengan UNKO membentuk UPKO.
Isu Utama: Perbezaan Pendapat Donald Stephens dengan Dato Mustapa
1965- UPKO mencadangkan hubungan Sabah dengan Persekutuan Malaysia dikaji semula, selepas Singapura berpisah. Namun kerajaan tidka mahu mempertimbangkannya,oleh itu Donald Stephens meletak jawatan daripada Kabinet  Persekutuan.
1967- Pilihanraya, YDPN, Tun Mustapa menjadi KM.
USNO kian berpengaruh dan menyebabkan ahli di UPKO menyertai USNO.

Suruhanjaya Clobbold dibentuk untuk mengkaji sama-sama ada penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju bergabungan membentuk Malaysia.
Soalan:
1.       Mengapakah sebilangan kecil sahaja parti di Sarawak yang membantah penyertahanan Sarawak dalam membentuk Persekutuan Malaysia?
2.       Apakah 20 perkara tuntuan oleh Sabah  dan 18 Perkara Bagi Sarawak  dalam bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia?
3.       Sejauhmanakah ketelusan Suruhanjaya Clobbold dalam mengadakan pungutan suara penduduk-penduduk di Sabah dan Sarawak ?

Isu Utama : Bantahan terhadap penubuhan Malaysia.

·         Selepas Pilihanraya negeri diadakan di Sabah dan Sarawak pada 1963, parti pro-Malaysia iaitu Perikatan Sabah dan Perikatan Sarawak berjaya memperoleh sokongan rakyat untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.
·         Namun Brunei tidak bersetuju dengan pembentukan ini, A.M Azahari pada disember 1962 cuba untuk membuat gerakan nasionalisme untuk menyatukan  Sabah dan Sarawak ke dalam wilayah Brunie
·         Dan kemudiannya beliau bercadang untuk bergabungan dengan Indonesia dan Filipina, namun rancangannya gagal
·         Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno menyokong Azahari dan menlancarkan konfrantasi terhadap Malaysia.
·         Pada bulan Januari 1963 Sukarno melancarkan konfrantasi dan menceroboh wilayah Malaysia. Tetapi Ikatan Tanah Melayu dengan British  menyebabkan Negara itu mengambil tindakan untuk mempertahankan Malaysia daripada pencerobohan tentera Indonesia.
·         Filipina, Presiden Diosdado Macapagal menuntut Sabah  merupakan wilayah daripada kerajaan Sulu.
·         Mengikut keterangan  yang diberikan oleh Manila, kawasan Sabah dipajak kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan tidak pernah dijual ataupun diserahkan kepada pihak British.

Ø  Bagi mengatasi ketegangan ini, ketiga-tiga pemimpin negara bersemuka pada Julai dan Ogos 1963 di Manila.
Ø  Dalam persidangan itu, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, U Thant menentukan sama ada terdapat sokongan daripada rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Malaysia.
Ø  Jika ada sokongan, Filipina dan Indonesia menarik balik bantahan mereka.
Ø  Selepas Sabah dan Sarawak memberikan sokongan menyertai dalam membentuk Malaysia, Indonesia telah menceroboh wilayah Malaysia di sempadan  Sarawak dan Sabah tetapi gagal kerana Malaysia dibantu oleh Britain dan negara Komanwel yang lain.
Soalan uji Minda:
1.       Selepas Singapura keluar Persekutuan Malaysia , adakah Persekutuan Malaysia terbatal secara automatiknya masih ?

1974
Isu Utama: Pilihanraya dan pergerakan parti.
Sarawak
Ø  Keadaan parti politik di Sarawak tiada parti politik pelbagai kaum yang  mendapat sokongan yang benar-benar meluas dan tiada kaum yang betul-betul dapat bersatu di bawah satu pertubuhan yang tungggul
Ø  Melayu-   Barisan Rakyat Jati Sarawak ( BARJASA)
                  Parti Negara Sarawak ( PANAS)
Ø  Dayak- Parti Pusaka Anak Sarawak ( PESAKA)- Tun Jugah ( Sg. Rajang)
              Sarawak National Party ( SNAP)- Stephen Kalong Ningkan ( Iban dan Bidayuh) Bahagian Pertama,Kedua, dan Keempat.
Ø  Cina-  Sarawak United Peoples Party ( SUPP) 1959, Sarawak Chinese Association ( SCA) 1962
Ø  Parti Melayu-Cina-India-Dayak ( MACHINDA) iaitu serpihan PANAS
Membentuk PARTI PERIKATAN ( BARJASA, PANAS,PESAKA,SNAP dan SCA) menjelang pilihanraya  1963
PANAS dan SNAP- Pelbagai bangsa
SUPP- diterajui oleh orang Cina, yang bertindak sebagai pembangkang.
1967- BARJASA dan PANAS membentuk PBB ( Perti Pesaka Bumiputra Bersatu)
Menjelang 1974: Pilihan Raya
Ø  Lanjutan daripada krisis dengan kerajaan Persekutuan semasa dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan pada pertengahan tahun 1960an, Kedudukan SNAP dalam Perikatan semakin goyah namun pengaruhnya dalam kalangan orang Iban semakin kuat, dalam ramai daripada ahli PESAKA menyertai SNAP.
Ø  PILIHANRAYA 1974:
SUPP & PBB – 15 Kerusi
SNAP – 8 kerusi

ADUN- BN 30, SNAP 18 .
Untuk menbendung pengaruh SNAP di PARLIMEN dan ADUN, James wong telah ditahan. Dibawah Kepimpinan Leo Moggie telah berunding dengan BN di KL, dan James Wong dilepaskan. SNAP pada 1976 telah menyertai BN semula.
Isu  tuntutan yang bersifat kedaerahan dan kenegerian yang khusus bagi Sarawak dapat dikurangkan.

Sabah
1973- September DS telah menjadi YDPN ( a.k.a Muhammad Fuad Stephen)
Pergeseran pendapat mengenai pengurusan ekonomi ( balak dan minyak ) dan autonomi Sabah.
Untuk meredakan ketegangan Dato Mustapa ditawarankan jawatan Menteri Pertahanan, tapi beliau menolak dan ini meningkatkan penentangannya terhdapa kerajaan pusat dan beliau dikatakan merancang menbawa  Sabah keluar daripada Malaysia.
1975- BERJAYA ( Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah) oleh DS yg meletak jawatan sebagai YDPN dan memimpin BERJAYA yang terus mendapat tentangan daripada Dato Mustapa yang masih berpengaruh terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam. USNO kemudiannya disingkir daripada BN dan Berjaya diterima menjadi ahli baru.
Tun Mustapa meletak jawatan pada akhir bulan Oktober dan kerajaan negeri diketuai oleh Said Keruak, Timbalan Presiden USNO.
PIlihanraya Negeri 1976- USNO 20 kerusi dan BERJAYA 28 kerusi. DS menjadi ketua menteri sekali lagi dan mati dalam “nahas kapal terbang”. Dan jawatan tersebut di sandang oleh Harris Salleh.
Nahas Kapal terbang-  kemalangaan atau konspirasi?
Korban Tragedi Nahas:
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)


Soalan:
1.       Adakah proses demokrasi di Sarawak pada tahun 1970 bersifat demokrasi atau autokrasi ? Bahaskan.
2.       Adakah nahas kapal terbang 6 double merupakan satu kemalangan atau kospirasi ? Kematian Ketua Menteri Sabah ini masih menjadi persoalan hingga kini.



Bahan Rujukan:
Buku
Abdul Rahman Haji Ismail. Sejarah Kenegaraan dan Politik.
S.H. Alanttas. Sarawak Kepada Siapa Hendak di Serah.
Pengajian Malaysia. International Law Book Services
Musli Oli. Sabah Kepada Siapa Hendak diserahkan?
Nidzam Sulaiman. Pakatan dalam Politik Sarawak.

Isnin, 2 April 2012

Going back is my call!!

              Ba awak tok, lebuh malam sunyi endar nadai di dinga keringgit bujang jauh ari chapu anak mensia, malam nya ka dini ari, Aku berunding ka diri sekali baru laban tok meh sem ka penudi aku di USM. Sebedau aku ninggal ka USM tok, mayuh utai ka dipeda aku berubah. Aku ngembuan beban ka menua diri. Diatu mayuh bala kaban aku bisi ga mutus ati ka tinggal di Penang. Kelebih agi ngagai kami ka taun tiga. Aku enda ngembuan runding ti deka diau di Penang pengudah aku abis belajar tang aku endang bisi ngembuan ati ti deka pulai baru ka menua. Juluk ati ti deka niri negi ka bansa di menua diri endang sigi dipegai aku ari kelia.

             Aku ngasai ka ngemulai ka diri ka menua nya endang siti tuju ti manah lalu endang patut dikerja bala nembiak ti ngembuan runding ti deka mansang ka menua diri kelebih agai ngagai orang dimenua. Bala emnyadi aku meransang kita ka udah sekula tinggi anang lembau mulai ka diri ngagai menua diri empu. Laban enti ukai nuan enggau aku ti ngari ka bansa kitai sapa agi. Engka kitai berunding nama pengawa ka ulih adu ka aku di menua? Ba runding aku endang mayuh utai ulih di adu nya mina bakani kitai berunding enggau bakani kitai bidik ka ngiga pengawa. Enti pasal gaji amai meh di menua orang engka agi besai tang ba aku utai ti pemadu besai iya bansa kitai ti enda ulih dibeli enggau pengaya. Menyadi aku rindu meransang kitai ditu sama meh kitai ngetan ka menua enggau bansa kitai. Enda mega aku nyalah ka bala ti deka begiga ka peluang enggau peneleba ba menua orang tang sekalai segala kitai enda tau enda ingat ka ari ne penatai enggau asal menua kitai.


nya aja,

ari aku: Staring

Ti dikerinduka