Isnin, 3 Januari 2011

dont view yourself from zodiac signs , numberology, and etc but found yourself in the word of God.


Beberapa hari lepas Bay telah mengikuti krusus marketing iaitu kerjasama YES dengan USM. Dalam kumpulan Bay ada 5 orang, dalam latihan ini kami dilatih untuk mengenali diri sendiri. Tapi masalahnya dikira mengikut Tarikh Lahir, em kira macam tilik nasib macam tu lah. Saya dapat nombor 8 masa tu dia kata bay ne seorang bertanggungjawab, boleh dipercayai dan bisnes patner yg berjaya. Namun hal ini ada hasil dari manusia sahaja. Tapi saya tahu bahawa firman Tuhan itu yang akan mengubah dan mencerminkan siapakah diri kita sebenar.

Ya mungkin ada dikalangan kita cuba mengenali diri kita sendiri dan mencari siapa kita sendiri sebenarnya? Adakah kita lupa bahwa kita manusia ini adalah berasala dari ciptaan Tuhan? Ini kerana Tuhan telah lebih tahu siapa diri kita. Dalam alkitab mengatakan bahawa Tuhan telah melihat kita dalam kandungan Ibu lagi. Seperti kisah Orang pendek Sakius ( Iban), Yesus memanggil namanya sedang Yesus belum pernah bertemu dengannya. Sakius Orang pendek pun turun dari pohon dan mengikuti Yesus, dia berasa hairan mengapa Yesus mengetahui namanya sedangkan dia belum pernah berjumpa denagan Yesus. Pelik bukan? sebagai seorang yang percaya juga kita harus mencari diri kita sendiri dalam Tuhan bukannya percaya pada tilikan atau ziodiak. 

Ya mungkin kita pernah membaca ziodiak, dan kita mula percaya bahawa itu benar-benar terjadi dalam hidup kita dan begitu juga menilik diri dengan tarikh lahir dan cuba mengetahui masa depan. Tidak kah kita tahu bahawa rencana Tuhan itu lebih indah dari segalanya seandainya kita menjumpai diri kita dalam firmannya. Firman Tuhan tidak pernah berubah dari dulu kini dan selamanya. janji Tuhan kepada kita adalah setia. Kehidupan yang direncanakan Tuhan adalah yang terbaik.  Terdapat perbalahan dua pendapat disini adalakh kita memilih hidup dan kita berhak dan bebas untuk memilih untuk mengikuti rencana Tuhan atau kehiduoan kita sememangnya telah diatorkan oleh Tuhan? Bagaimana orang yang tidak mengenalai adakah mereka memilih untuk tidak mengenalinya ataupun kita yang sudah mengenali Tuhan ini telah dipilih Tuhan? Saya akan cuba lebih dalam lagi dalam mencari persoalan ini. Cuma pada malam ini Bay akan cuba berikan padangan dalam menilik nasib dan percaya kepada ziodiak adalah tidak alkitabiah. 

PS:  Bay akan edit lagi post ini kerana masih mencari beberapa ayat dalam Alkitab yang sesuai. :)

Ayat renungan
Mazmur

139:13 Sebab Engkaulah yang membentuk buah pinggangku, menenun aku dalam kandungan ibuku.
139:14 Aku bersyukur kepada-Mu oleh karena kejadianku dahsyat dan ajaib; ajaib apa yang Kaubuat, dan jiwaku benar-benar menyadarinya.
139:15 Tulang-tulangku tidak terlindung bagi-Mu, ketika aku dijadikan di tempat yang tersembunyi, dan aku direkam di bagian-bagian bumi yang paling bawah;
139:16 mata-Mu melihat selagi aku bakal anak, dan dalam kitab-Mu semuanya tertulis hari-hari yang akan dibentuk, sebelum ada satupun dari padanya

Luke 19
19:1. Yesus masuk ke kota Yerikho dan berjalan terus melintasi kota itu.
19:2 Di situ ada seorang bernama Zakheus, kepala pemungut cukai, dan ia seorang yang kaya.
19:3 Ia berusaha untuk melihat orang apakah Yesus itu, tetapi ia tidak berhasil karena orang banyak, sebab badannya pendek.
19:4 Maka berlarilah ia mendahului orang banyak, lalu memanjat pohon ara untuk melihat Yesus, yang akan lewat di situ.
19:5 Ketika Yesus sampai ke tempat itu, Ia melihat ke atas dan berkata: "Zakheus, segeralah turun, sebab hari ini Aku harus menumpang di rumahmu."
19:6 Lalu Zakheus segera turun dan menerima Yesus dengan sukacita. 

 Komen2 kawan dari Facebook hu hu
dont view yourself from zodiac signs , numberology, and etc but found yourself in the word of God.
4 hours ago ·  ·  · 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka