TEORI TENTANG SATU, KESATUAN, PENYATUAN
Baru-baru ini banyak orang memperkatakan Konsep Satu, namun walau bagaimana pun apakah konsep satu itu sebenarnya? Di sini saya cuba untuk mencari pengertian di sebalik maksud SATU. Di negara kita sendiri Konsep Satu Malaysia serining diperkatakan dan pelbagai maljis selalu dikaitkan dengan amalam Satu Malaysia. Dalam syarikat dan persatuan bukan kerajaan juga sering menggunakan konsep satu sebagai satu titik mendorong perpaduan dalam satu teamwork. Namun adakah konsep Satu Malaysia ini lebih kepada penyatuan atau perpaduan? Kalau dari segi istilah saya juga terdapat beberapa ketidakpastian ? Begitu juga dengan konsep satu yang lain adakah konsep satu itu akan menimbulkan sesuatu yang yang ingin kita lihat sebagai Konsep yang kukuh untuk semua lapisan Masyarakat di Malaysia? Sering kali apabila di tanay apakah itu SATU pasti orang akan berfikir kepada nombor 1 tetapi bukan satu mengapa? Adakah melalui konsep 1 ini akan lebih memudahkan pengertian tentang satu. Adakah 1 = Satu ? 1 ditulis dalam bentuk nombor manakala SATU ditulis dalam rumi. Di sini saya ingin merungkai 1 dalam matematik adakah ia sama dengan konsep SATU dalam tulisan rumi . Kalau dilihat secara Umum Saja, dari teori matematik 1 tidak semestinya sama dengan satu malah 1 boleh mengwakil 10 sebagai contoh dalam konsep mataematiknya 1+1= 20. Apa yang saya maksudkan disini jangan melihat 1= satu, sememangnya konsep abjad dan nombor tidak sama sekali.
Konsep satu tidak boleh di samakan dengan konsep nombur kenapa? Kerana jika kita lihat dalam nombor ada 0123456789 malah sebelum 0 ada -1, -2 dalam sudut matematiknya. Apayang saya ingin katakan disini 1 adalah bukan satu tetapi 0 adalah satu yang sebenarnya dalam rahsia matematik. Mengapa? Ya lah kalau kita lihat konsep Satu adalah TUNGGAL dan tidak boleh berubah walaupun apa-apa keadaan, konsep satu adalah beku dan tidak boleh melahirkan atau diubahkan. Sebagai contoh adalah TUHAN. Konsep kewujudan Satu yang tunggal dan esa. Berbalik kepada 0 atau dalam perkataan adalah sifar mempunyai nilai yang tunggal ini kerana apabila 0+0=0, tidak seperti 1+1= 2 ini tidak boleh kerana apa yang tunggal walaupun ditambah dengan apa apa pun tidak akan melahirkan sesuatu yang lain. Sebagai contoh apabila 0 + 1 = 1 apa yang cuba bersama tetap tidak berubah kerana 0 bersifat tunggal kerana 0 tidak boleh diambil sifatnya untuk menjadikan sesuatu yang baru. Sebagai kesimpulan 0 adalah yang PERTAMA dan 1 adalah yang kedua. Maka kesimpulannya 0 adalah tunggal dan yang pertama, maka konsep 1 adalagh tidak tetap untuk menyatakan tentang kesatuan. Tegasan disini jangan kaitkan nilai 1 sama dengan satau, ini kerana satu bukanlah satu tetapi sifar adalah satau iaitu yang pertama.
Persoalan saya seterusnya?
Saya juga tertarik untuk mengerti maksud PERPADUAN adakah sama dengan maksud PENYATUAN. Di sini saya akn cuba mencari makna, dalam kamus dewan menyatakan penyatuan (kata nama) bersinonim dengan pengukuhan, penggabungan, peneguhan, pemantapan, penguatan, penegapan, pengeratan, pengakraban, pemaduan, penghubungan, integrasi; Berantonim dengan pemisahan. Sementara itu pula PERPADUAN membawa maksud Bersinonim dengan permuafakatan, kerukunan, kesepakatan, keharmonian, muhibah, integrasi;
Berantonim dengan perpecahan. Selepas menilai maksud kedua-dua ini melalui Kamus Dewan, terdapat perbezaan yang agak ketara dalam maksud kedua-dua ayat ini. Persoalaannya mengapa konsep satu sering dikaitkan dengan peprpaduan mengapa tidak dari kata akar nya iaitu satu kepada penyatuan, mengapa harus ada perkataan perpaduan untuk menerangkan konsep satu? Kalau kita lihat apa yang berantonim dengan penyatuan adalah pemisahan manakala perpaduaan adalah perpecahan. Baiklah di sini kita lihat contoh Konsep Satu Malaysia, apa yang ingin dilihat dalam Konsep Satu Malaysia secara umumnya adalah lebih untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia. MENGAPA PULA WUJUD MEMYATUPADUKAN pula mengapa tidak perpaduan atau penyatuan? Kalau kaca bisa pecah, kalau manusia kita berpisah. Coba lihat apa yang berantonim iaitu perpisahan berantonim kepada penyatuan bukan nya perpecahan. Konsep pecah lebih kepada benda seperti kaca, maksudnya disini konsep perpaduan tidak sesuai dengan sifat peribadian seorang manusia. Konsep penyatuan barulah konsep yang betul dan tetap. dan mengapa wujud ayat MENYATUPADUKAN ? ini kerana kalau hanya perpaduan tidak cukup kalau perpaduan hanya lebih kepada sesuatu yang dari elemen atau khususnya kaum daripada satu kaum hidup dalam kelompok kaumnya tetapi kepenting kaumnya di sebelah tangan kanan dan teloransinya di sebelah kiri. Biar saya menjelaskan di sini konsep satu adalah Tunggal maka tiada yang lain melainkan satu saja. Kalau Kita mempunyai dua pilihan maka itu bukanlah satu itu adalah dua. Sebagai contoh dalam konsep SATU MALAYSIA dan KETUANAN MELAYU ada pada PERDANA MENTERI kita. Bagaimana kita mengharapkan konsep ini akan membawa satau idea MENYATUPADUKAN kita semua? Ini kerana Konsep Satu itu sendiri adalah tunggal dan tidak boleh berbagi dua kepentingan.
Apakah makna MENYATUPADUKAN?
Seperti saya kata tadi perpaduan lebih kepada dalam kelompok masing-masing saja tetapi penyatuan adalah semua yang dari kelompok masing-masing ini bersatu menjadi satu. Oleh itu sebenar MENYATU = Satukan , PADU= perpaduan. Lebih jelas lagi, semua kaum sememang mempunyai perpaduan tetapi tidak smeua akan mempunyai penyatuan dengan kaum lain. OLEH ITU ISTILAH MENYATUPADUKAN ADALAH tetap, ini kerana daripada perbagai suku dan bangsa akan bersatuan melalui penyatuan saja buakn perpaduan. Dengan lebih jelas, perpaduan adalah hanya kepada nilai apa yang dilihat kiat suka saja ataupun setiap orang ada kepentingan dalam diri mereka sendir namun mereka hanya bertolenransi tetapi tidak menerima semua kelemahan dan hanya sesetengah saja ok manakala yang buruk itu sukar untuk diterima. Tetapi berlainan dengan konsep dengan penyatuan dimana setiap orang akan bersatu dalam kekuatan dan kelemahan masing, setiapa orang bukan bertolenransi tetapi menerima satu sama lain. Penyatuan adalah lebih kepada penyatuan yang berbentuk keseluruhan.
APAKAH YANG DAPAT MENYATUKAN MALAYSIA KEPADA SATU MALAYSIA ?
Soalan ini kita boleh tanya pada kita sendiri dulu. Pertama saya mahu tanya siapa kita manusia? Adakah Manusia ini satu kaum saja ? tentu tidak kita terdiri daripada pelbagai rupa dan bentuk malah bahasa kita juga berlain-lain. Dimanakah kita ingin bertemu dengan titik satu dalam setiap manusia? kita kembali kepada asas kehidupan kita, kita cari persamaan dalam setiap diri manusia iatu kita manusia di ciptakan Tuhan bukan? Ya tentu ada saja pencipta kita, namun kenapa harus ada pelbagai agama adakah di dunia ini banyak Tuhan? Bukankah Tuhan itu Tunggal? Kenapa banyak betul kebenaran dari setiap agama ? Mungkin kita manusia pernaha mengatakan ini: agamaku lebih baik daripada agama dia oranglah. Tetapi adakah kebenaran itu sesuatu yang reletif ? Ini kerana satu kebenaran yang lain akan menutupi kebenaran yang lain? Apakah kebenaran itu? Dimanakah Tuhan yang TUNGGAL? Saya percaya setiap agama percaya kepada KONSEP TUHAN yang Tunggal ini kerana Tuhan itu wujud dengan wujud secara sendirinya. Kesimpulannya disini hanya apa yang SATU BOLEH MENGWUJUDKAN APA YANG SATU. Tuhan itu tunggal, maka dimanakah satu hanya pada Tuhan. Hanya yang percaya kepada Tuhan yang satu akan menjadi manusia yang mempunyai satu yang boleh disatukan dengan satu yang lain. Maksudnya apa yang melahirkan SATU hanya dapat menyatukan kita semua. Tetapi SIAPAKAH TUHAN YANG MAHA SATU ITU? Tolong jangan ada perbalah agama antara satu sama lain, kerana bukan agama itu menyatukan tetapi TUHAN. ADAKAH SEMUA AGAMA SAMA MENUJU KEPADA TUHAN YANG SAMA? Semakin banyak persoalan demi persoalan kita cuba rungkaikan? ADAKAH ANDA PERNAH DENGAR KONSEP SATU TUHAN? Perbincangan tentang TUHAN saya akan sambung dalam penulisan seterusnya. Tapi saya disini ingin kita dapat IDEA, Hanya Tuhan saja yang satu, dan dari Tuhan kita dapat bersatu dengan yang lain. Oleh itu saya menolak kepentingan lain untuk menyatupadukan rakyat Malaysia supaya menjadi satu. Dalam negara kita sendiri pun belum ada penyatuan kaum dan apakah yang kita patut buat? Terlebih dahulu saya di sini sarankan kita berfikir sejenak apa yang boelh menyatukan kita dengan orang lain? Apa potensi diri kita?
Konsep 1 Malaysia dan Konsep-konsep SATU yang lain yang sering digunkan, apakah ini sesuai?
Konsep Satu Malaysia adalah baik namun dari segi perlaksana itu yang menjadi masalah, apa Konsep satu ini tidak difahami dengan itu timbulah pelbagai perbalahan. Tanya pada diri kita apakah satu itu bagi diri kita? Adakah satu ini berserti sendiri-sendiri? Atau SATU ini sesuatu yang lengkap? One is not SINGLE BUT COUPLE? Contohnya lelaki dan perempuan dila disatukan akan menjadi satu. Inilah konsep satu yang sebenarnya namun konsep kesatuan lelaki dan perempuan sering dinodai oleh dosa ini kerana dalam hati mereka tiada yang MAHA SATU
(TUHAN). Supaya kiat jelas dengan konsep SATU, saya bukan tidak setuju akan membangkang kerajaan tentang KONSEP SATU MALAYSIA atau KONSEP SATU yang lain ini kerana orang yang mengatakannya sendiri tidak faham apa itu SATU.
KESIMPULAN:
JANGAN TULIS SATU DALAM BENTUK NOMBOR INI KERANA KAN MENGUBAH INDENTITI SATU ITU SENDIRI. BEGITU JUGA KONSEP SATU BUKAN UNTUK PERPADUAN TETAPI PENYATUAN. APA YANG SATU? HANYA TUHAN YANG SATU, JADI UNTUK MENDAPAT KESATUAN KITA HARUS ADA KESATUAN DIRI DENGAN TUHAN, BARULAH KITA DAPAT BERSATU DENGA MANUSIA YANG LAIN. SATU BUKAN BERERTI SEORANG, NAMUN ADALAH SESUATU YANG LENGKAP SEPERTI LELAKI DAN PEREMPUAN YANG DISATUKAN MENJADI SATU. SATU ADALAH SESUATU YANG PERTAMA DAN BUKAN YANG KEDUA DAN SATU JUGA TIDAK BOELH BERUBAH APA JUGA KEADAAN KERANA SIFAT SATU ADALAH TUNGGAL DAN SATU JUGA TIDAK BOLEH MELAHIRKAN SESUATU YANG LAIN.
Tulisan ini adalah daripada pemikiran saya sendiri apabila cuba melihat dari segi falsafah teori SATU yang saya sendir cuba ciptakan untuk memberikan penjelasan tentang kesatuan dan penyatuan yang mungkin dapat memberikan kita kesedaran bertapa pentingnya kita harus hidup bersatu dengan yang lain. Seandainya ada sebarang teguran dan pandang untuk menambahkan idea satu mohon saudara dan saudari memberikan pandangan. Jika terdapat persoalan dan pertanyaan silalah tinggalkan komen. Ini kerana saya mempunyai cita-cita untuk menjadi tenaga pemikir seperti falsafah yang terkenal sebagai contoh PLATO dan para sahabatnya. SEKIAN TERIMA KASIH