Sabtu, 28 Ogos 2010

Cuci Kereta?

Sebelum melangkah masuk ke Uni Life saya pernah bekerja sebagai seorang pencuci kereta sebagai kerja sementara saya sambil menunggu keputusan STPM. Saya mempunyai pengalaman yang sangat manis sekali ketika bergelar sebagai pencuci kereta. Harga yang dikenakan untuk mencuci kerata RM6 untuk kereta yang bersaiz kecil seprti kancil, viva dan kelisa, untuk kereta yang lebih besar dikenakan RM8. Harga cucian kereta ini seperti di Sarawak namun di Penang paling mahal pun saya rasa RM3. Tapi gaji saya sebagai pencuci kereta sangat kecik RM10 sehari, ingat senangka nak cari duit RM10 satu hari, tulang empat kerat dikerah hingga ke titikan penuh kesuma saya habis, kerja dari pukul 8 pagi hingga 7 petang. Beban tugas yang tak setimpal dengan gaji. Tapi apa yang saya ini persoalkan di sini adalah penyalahanguna kuasa pegawai kerajaan yang mengunakan primis kerajaan demi kepentingan mereka sendiri. Semasa saya balik makan tengahari saya melalui SCHOOL OF FIZIK, saya lihat seorang MAMAT sedang memulakan proses mencuci kereta. Kawan-kawan saya pun berbisik " tengok orang tu dia pakai air paip USM untuk mencuci kereta dia sendiri". Sikap sebegini menjejaskan tanggapan awan kepada pegawai kerajaan. Hanya kerena sebuah kereta AMANAH diabaikan. airi merupakan elemen yang sanagat penting dalam kehidupan manuisa menyalahgunakan air merupakan jenayah sosial, setiap orang harus membayar ( DENGAN WANG) untuk mendapatkan air yang bersih. Walaupun hal sebegini nampak kecil namun seandainya ada kesedaran mereka akan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap tugasa dan hak permis kerajaan. Apa cara penyelesaian hal sebegini?

Kasih kepada binatang?

Tidak berjauhan dari Cahaya Gemilang ada sekumpulan keluarga anjing yang merempat, mereka tinggal di dalam  sepohan pokok yang besar yang mempunyai lubang besar di tengah pohon kayu itu. Saya sangat rasa terharu kerana mereka tiada tempat tinggal, lebih lebih lagi anak anjing itu sangat Cute. Mereka ada tiga ekor, namun ibu mereka sangat kurus. Dimanakah hak binatang ini untuk hidup? Di USM anjing-anjing liar akan ditembak, itu lah kekuatiran saya, seandainya ibu anjing itu ditembak maka siapakah yang akan menjaga anank-ananknya. Namun  ada seorang insan yang sangat bermurah hati menghantar sisa-siasa makanan kepada mereka. Saya rasa sangat tersentuh dengan kasihnya kepada bintang, bintang seperti anjing janganlah di pandang hina. Mereka ada hak untuk hidup. Saya mencadangkan untuk membinakan mereka sebuah pondok, seorang kawan saya dia berhasrat untuk membinakan mereka pondok. Namun seandainya hal ini ditahui pihak berkuasa, anjing -anjing itu mengalami dalam situasi bahaya. Siapakah yang dapat menolong anjing-anjing ini.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Basikal Ku oh Basikal Ku



basikal merupakan sebuah kenderaan yang paling lestari. Namun penggunaannya semakin terabai, nilai sesebuah basikal hanya dilihat sebagai besi buruk. Malah ada sesetengah pihak sanggup mencuri basikal kerana untuk mendapatkan duit hasil daripada jualan besi buruk. Tahukah anda bahawa basikal sesuatu yang unik? Mungkin sesetengah daripada anda akan tergelak bila Basikal ada teman sejati ku. Sebelum aku mengenal kereta, dan motorsikal, basikal adalah kekasih awalku. Kenangan saya semasa kecil jatuh aku dari basikal tak rasa sakit. kenapa ya? jika ada sesuatu yang mendorong kita tak akan ada kesakitan itu, kerana keseronokan mengayuh basikal saya pun leka dari kesakitan lutut yang berdarah. tapi bila kecederaan itu datang dari sesuatu yang kita tak suka , kita akan rasa kesakitan. Kita akan merungut dan akan mengeluh, seterusnya cuba lari dari masalah tersebut. Basikal merupakan satu cipta yang agung, ketika ada kelapangan saya mengayuh basikal sekeliling kampung dengan penuh keyakinan.  Basikal yang kita ada, haruslah berbeza kalau kita hendak orang melihat kita berbeza.,dari situ seseorang itu kan bertanya " wah cantiklah basikal awak" timbul satu persoalan yang akan membuahkan idea anda untuk berkomunikasi dan memberikan pendapat anda. Kita harus tahu kekuatan basikal yang kita ada, di samping itu juga tayar basikal akan selalu kekurangan angin, rantai kekadang akan putus juga tapi apa yang harus kita buat kita harus perbaikinya pada masa itu juga jika tidak basikal yang cantik tidak akan berjalan sekeliling kampung. Mengapa basikal? Basikal senang hendak dikayuh terutama apabila dijalan yang sempit, belukar, becak. Malah paling best apabila melalui jalan yang becak terasa ada cabaran, tapi paling payah dengan basikal bila naik bukit. Banyaknya bukit dalam hidup kita ini, namun jikalau kita tak larat mengayuh mendaki bukit, kita gendong saja basikal itu tau kita hanya menyorong, dengan perlahan-lahan kita akan sampai di puncak bukit juga kan. Satu kepastiaan selepas mendaki, kita akan menurun bukit di masa itu kita akan berehat dan basikal akan mengayuh dirinya sendiri. kita akan merasa senang dan kegembiraan ketika menurun bukit. tapi tanpa basikal kita akan keletihan berjalan akan lebih keletihan. kita akan beroleh satu damai dari basikal kita apabila menurun bukit. Cuba bayangkan hidup anda tanpa basikal. Menurun bukit pun mahu berjalan aduh letih nya..hu hu hu..basikal engkau sesuatu yang unik. Apakah basikal dalam Hidup anda? basikal yang say amaksud bukan basikal tapi sebuah basikal kehidupan anda iaitu sesuatu yang menghibur anda ketika anda susah dan menjadi teman setia anda ketika senang. Ketawa dan duka adalah satu kemenangan jika anda memjumpai basikal anda kesakitan akan menjadi satu sukacita yang menjadi penghibur anda. Tanya pada diri anda dimana kah basikal itu dan basikal siapakah itu? 

Khamis, 26 Ogos 2010

Sahabat apakah maksud sahabat sebenarnya?

Persahabatan lahir daripada perhubungan yang baik antara satu sama lain,   yang paling penting adalah rasa mempercayai dan memahami satau dengan yang lain adalah yang palin penting. Dalam negara yang majmuk, masyarakat kita terdiri daripada pelbagai kaum. Dalam persahabatan juga terbatas dengan sentimen perkauman, dalam hidup di kampus USM , saya sendiri merasakan pekara sebegini harus ada penyelesaian. Apakah sistem pendidikan kita tidak berkesan? sesuatu kaum hanya tertumpu kepada satu kaum untuk memilih menjadi kawannya sebagai contoh dalam membina kumpulan tugsan, kerja krusus, dan persatuan majoriti sesuatu kaum akan menguasai. Jarang kita temui sesebuah kumpaln yang terdiri daripada pelbagai kaum. SHE merupkan satu subjek yang baik bagi menimbulkan perpaduan, namun malangnya ada pelajar yang hanya mengganggap subjek itu hanya sebagai tugasan semata-mata. Untuk memahami sesuatu kaum kita harus hidup bersama-sama. Halangan utama yang harus dirintangi adalah agama dan budaya. bagaimana hendak memahami orang lain? itu satu persoalan yang timbul lebih lebih lagi berlain agama,bangsa, dan budaya?  Bagaimana penyelesaiannya? 1 Malaysia? politik tak akan kemana, kepentingan untuk pihak tertentu sahaja. Laungan poltik hanya untuk mendapatkan undi itulah yang pasti. Adakah satu persahabatan bertunjangan perjuangan politik? tentu tidak...perpaduan boleh dicapai melalui sesuatu yang bukan formal semata. perpaduan melalui kehidupan seharian kita, misalnya melalui senyuman , makan bersama, bermain bersama. sebagai seorang sisiwa kita harus melakukan perubahan demi membangunkan masyarakat kita.

Friendship Night

wow..hari ini Tuhan itu sangat baik. Projek Pertama saya di USM akhirnya mendapat kelulusan daripada HEP.
Pertama kali saya membuat projek ini, saya rasa sangat terbeban namun atas kerjasama dari PKA akhirnya  semua nya berjalan lancar. Tuhanlah kekuatanku.

bakani ka ngumbuk diri empu bagas?

kenyau hari ke hari, tuju hati makin pudar ..pengerindu belajar mega majak nyau baka dipuput ka ribut ari ujan..naka meh tusah ati aku ngengang diri...pemayuh kerja sekula bedau tembu..tak naka ya ke dia...Tuhan aku enda nemu bakani rari ari semua utai tok?

Frist time playing Sape


Sape merupakan sebuah alat tradisional orang Dayak di Sarawak.

baru belajar buat blog

hari ini saya nak explore sikit tentang teknologi hu hu..semoga saya berjaya..nampak tak lah susah sangat

Ti dikerinduka