Pertama kali saya ingin bersyukur atas kebaikan Tuhan dalam hidup saya, kerana saya dapat menghadiri kem PKA kali ini iaitu LEGO. Dalam kem ini saya mempelajari banyak perkara yang baru terutamanya membentuk roh kesatuan orang-orang percaya. Pelbagai game juga menarik dan mempunyai sebuah keluarga PKA yang cukup bahagia sekali.
Pada mulanya saya datang ke kem dengan tidak berpandangan sesuatu yang menarik akan berlaku, namun saya silap selepas melihat campur tangan Tuhan yang hebat telah memperbarui saya dalam segi roh dan visi saya dalam menjadi seorang mahasiswa yang percaya kepada Tuhan dan bersemangat pada visi Tuhan. Apa yang saya belajar dan sangat mendorong saya pada masa itu adalah SHARING daripada Dr. Living yang mengkhotbahkan sermon@ firman Tuhan yang sangat pratikal . Apa yang sangat mendorong saya seperti " What is in your hand? Where are you? pertanyaan sebegini seolah seolah pertanyaan yang mengingatkan kembali saya tentang visi saya di USM. Sesungguhnya Tuhan tidak meletakkan saya hanya kebetulan disini, ini kerana dia mahu kita menjadi seorang yang bervisi dan bersemangat untuk bekerja pada ladangnya kembali. Saya sedang mencari sebuah keluarga Tuhan yang sedai bergerak bersama dan merasakan roh kepunyaan , dan akhirnya dalam PKA ini saya rasakan kasih itu sempurna. PKA adalah Hidup saya. Saya juga belajar mengenali diri sendri dengan lebih dalam iaitu mengenali seorang yang bersikap Saguine dan sikap kawan-kawan saya yang lain dan bagaimana saya dapat memahami mereka. Dan apa tindakan yang say adapat lakuakn dengan kebaikan. Untuk melakukan kebaikan juga saya mempelajari tentang Bahasa Kasih ( Perkataan, Servis, Sentuhan, Hadiah dan Masa bersama) daripada itu saya mengenali apa yang perlu dilakukan untuk mengasihi saudari dan saudara saya dengan lebih pratikal. Dan saya juga dapat mengenali apakah keperluan diri saya untuk merasakan kasih sayang daripada orang. Sebagai seorang Saguine saya perlukan masa bersama yang berkualiti dan perkataan yang mendorong satu sama lain.
Pada masa kem juga saya sangat diberkati oleh kesaksian dari seorang saudari dan seorang saudara yang merupakan senior saya. Saudara saya banyak membicarakan tentang pengelibatan dia dalam universiti untuk memberikan impak dan saya juga terdorong dengan kesaksian saudari itu mempunyai hati untuk membuat misi ke Sabah dan Sarawak untuk membangun jemaat Kristian yang merupakan orang native yang sangat perlukan dorang. Saya berterimakasih untuk semua yang mempunyai beban ini.
Disamping itu juga saya sangat merasakan beban untuk melihat ramai lagi para saudara bangkit untuk mengetuai misi ini. Saya tidak membantah para saudari untuk mengetuai namun saya kecewa kerana para saudara semakin pupus. Saya berdoa agar ramai lagi para saudara yang bangkit menjadi pempin. dan bukan hanya berduduk diam. Kita harus lakukan sesuatu.Saya juga sangat beban, agar semua junior saya mempunyai visi ini. Perjuangan kita belum selesai, kerajaan Tuhan semakin dekat dan kita perlukan lebih ramai lagi HERO yang sanggup berjuang dan berdiri sebagai barisan hadapan.
Sebagai penutup renungkan lah:
Filipi 2: 1-4
2:1. Jadi karena dalam Kristus ada nasihat, ada penghiburan kasih, ada persekutuan Roh, ada kasih mesra dan belas kasihan,
2:2 karena itu sempurnakanlah sukacitaku dengan ini: hendaklah kamu sehati sepikir, dalam satu kasih, satu jiwa, satu tujuan,
2:3 dengan tidak mencari kepentingan sendiri atau puji-pujian yang sia-sia. Sebaliknya hendaklah dengan rendah hati yang seorang menganggap yang lain lebih utama dari pada dirinya sendiri;
2:4 dan janganlah tiap-tiap orang hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.
2:5 Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus,
bertapanya kita perlu harus bersikap rendah diri dan mementingkan roh kesatuan dan meletakkan keperluan diri sendiri di belakang iaitu JOY ( Jesus, Others, Yourself)
Dimana Epesus 6: 10-20 juga sangat penting untuk bersedia sebagai laskar Tuhan.
Dan akhir sekalai sentiasa letakkan VISI TUHAN iaitu Matthew 28:18-20 sebagai visi utama hidup kita sebagai orang percaya!!! YOu'll never walk Alone!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bekau Keranjai Jari
ALL ABOUT JESUS
(26)
KESAKSIAN TENTANG YESUS
(18)
Kristianiti dengan isu-isu semasa
(16)
SEJARAH
(15)
Events
(12)
LOVE is CINTA
(10)
LEMAN BERITA
(9)
Poem of Heart
(6)
Iban
(5)
lirik lagu
(4)
BAHASA
(3)
Sukan
(3)
UBAH FC
(3)
FALSAFAH
(2)
SASTERA
(2)
Ti dikerinduka
-
Selepas berbual dengan beberapa kawan lelaki saya, saya cuba bertanya pendapat bagaimana ciri-ciri seorang wanita pilihan anda adak...
-
Bahasa Iban dituturkan di Kalimantan ( Indonesia bahagian Borneo ) dan negeri serantau Sarawak dari Malaysia oleh Suku Iban , seb...
-
NAMA BERITA ? NGAGAI SEMUA PEMBACA BLOG AKU DITU, TERRUBAH AKU MERI TERIMA KASIH LABAN AGI RINDU MACHA BLOG, AKU MINTA AMPUN LAMA E...
-
Pengenalan Dalam menyusun semula Eropah kepada suasana yang aman dan damai beberapa perjanjian dengan kuasa besar telah dibuat, melalui per...
-
Enggau awak tok aku deka meri wish tauka selamat ngintu Hari Krismas ngagai semua bala kaban belayan ti bisi diau semak enggau ...
-
Pendirian Ulasan biografi bermaksud mengulas sesebuah biografi dengan memberikan satu bentuk pandangan yang lebih kepada kupasan, kritikan, ...
-
Ba awak tok aku bekunsika penemu diri, ukai tuju aku deka mantah sapa-sapa tau ka ngarika sapa tang semua tok awak kitai mensia nemu nama ke...
-
OGOS,SIBU- Keterubah aku meri besai terima kasih ngagai Tuhan laban udah muka jalai aku enggau Borneo HopeConve...
-
1) Pengenalan Selama dalam jajahan pemerintahan British di India, Kongres Kebangsaan India (KKI) merupakan sebuah persatuan yang membawa...
-
PENGENALAN Pada Zaman Pertengahan iaitu pada tahun 980-1037 Masihi, Ibn Sina atau namanya dalam bahasa Latin dikenali sebagai Avicenna dan n...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan