1.0
Pengenalan
Dalam kajian ini, penulis akan menerangkan mengapa
penyelidik binggung dengan alasan sebenar tentang perpindahan pusat kerajaan
Mataram ke Jawa Timur. Pusat pemerintahan kerajaan Mataram sebelum perpindahan
di Jawa Tengah dan berpindah ke Jawa Timur. Yang menariknya perpindahan ini
tidak memerlukan penaklukan. Hal ini akan dibahaskan penulis dengan beberapa
pendapat sarjana yang memberikan sebab-sebab perpindahan ini. Bahaskan merujuk
kepada perbincangan, pengupasan dan berbahas bertukar-tukar pendapat anatara
satu sama yang lain. Disini juga penulis akan mengakhiri kesimpulannya dengan
pendapat penulis sendiri sama ada bersetuju atau tidka dengan pendapat yang
sarjana kemukakan
Kerajaan
Mataram dikenali sebagai Mataram Kuno. Terdapat dua dinasti dalam Kerajaan
Mataram iaitu Wangsa Sanjaya dan Wangsa Sailendra yang berkuasa di Jawa tengah
bahagian selatan. Wangsa Sanjaya bercorak Hindu yang didirikan oleh Sanjaya
pada tahun 732 M. Bagi Wangsa Sailendra mengamalkan corak pemerinthan Buddha
Mahayana yang dididirkan oleh Bhanupada tahaun 752 M[1].
Nama Mataram sendiri pertama kali disebut dalam sebuah prasasti yang ditulis di
masa Raja Bailitung.
Perkembangan
Kerajaan Mataram bermula di Jawa Tengah dan telah berpindah ke Timur. Kerajaan
Mataram merupakan sebuah kerajaan yang berasaskan pertanian. Permulaan
perkembangan kerajaan berbentuk Agraria bermula di lembah sungai.
Perkembangannya biasanya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana
mempunyai teknologi pertanian. Ciri-ciri yang menonjolkan budaya Kerajaan
Agraria dengan kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian, terletak di
kawasan tanah yang subur biasanya di lembangan sungai atau di kawasan
pendalaman. Disamping itu juga, hasil utama kegiatan pertanian ialah padi.
Pembinaan empangan dan saliran amat diperlukan bagai menjalankan kegiatan
pertanian dan menternak binatang. Hasil-hasil yang lain didapati dengan
aktibiti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan.
Dari
segi agama Kerajaan Mataram pada mulanya beragama Hindu Buddha namun selepas
perpindahan ke timur, agama Islam telah berkembang.
2.0
Wangsa Sailendra dan Wangsa Sanjaya
Istilah
Sailendra dikenalpasti dalam beberapa prasasti yang ditulis dalam prasasti
Kalasan 778, Kelurak 728M, Abhayagiriwihara 792M dan Kayumwaungan 824 M. Beberapa pendapat seperti R.C Majumdar
mengaitkan Wangsa Sailendra di Jawa dan Sriwijaya berasal dari Kalingga di
India Selatan[2].
Namun bagi pendapat G. Coedes mengatakan Wangas Sailendra di Indonesia berasal
dari Fu-nan atau Kemboja, ini kerana ejean Funan dalam berita China dari kata
Khamer Kuno iaitu Vnam atau Bvam yang bererti gunung. Walaubagaimana pun
terdapat beberapa pendapat, akhirnya pendapat G. Coedes diikuti ramai setelah
penemuan J.G de Casparis yang berpendapat
istilah Waranaradirajaraja dalam prasasti Candi Plqosqn Lorm Prasasti kelurak
menyamakan Wiranara sebagau Warawaranagara atau Na-fu-na dalam berita China.
Menurut pendapat Casparis setelah berpindah ke Na-fu-na , ada raja pergi ke
Jawa dan Kalahkan Raja Sanjaya. Mulanya Jawa dikuasia oleh Raja beragama Siwa
tetapi setelah kedatangan Raja Na-fu-na di Jawa Tengah terdapat dua wangsa
iaitu Wangsa Sanjaya iaitu siwa dan Wangsa Sailendra iaitu Buddha.
Menurut
sumber Berita China munculnya Wangsa Silendra apabila Jawa disebut sebagai Ho Ling.
Sekitar abad 5M, Dinasti Sung menyebut She-po dan Dinasti Tang 618 M - 906 M
menyebut Jawa sebagai Ho Ling pada 818 M. Hanya pada 820 M – 856 M berubah
semula kepada She-po[3].
Berdasarkan Chiu-Tang Shu dan Hsin Tang Shu 618 M – 906, Ho Lin juga disebut
dengan She-po. Jika dilihat dari kedudukan geografi She-po terletak di lautan
selatan, di sebelah Timur terletak di Po-li dan baratnya terletak To-po
tenggara Sumatera ialah lautan, sedangkan di sebelah utaara terletak Chen-la.
Berdasarkan pratasti disebut Mataram iaitu Ibu kotanya di Kota Medang sehingga
zaman Pemerintahan Pu Sindok. Sumber Berita China menyatakan lokasi Mataram
antara Bagelan di Jawa Tengah dan Madium di Jawa Timur.
Kerajaan
Mataram diperintah oleh dua dinasti atau wangsa iaitu wangsa sanjaya yang
beragama Hindu dan wangsa Sailendra yang
Buddha. Pawa awalnya mungkin yang berkuasa adalah Wangsa Sanjaya, hal ini
sesuai dengan prasasti Canggal,. Perkembangan berikutnya muncl keluarga
Sailendra.
Menurut
para ahli, keluarga Sanjaya terdesak oleh Keluarga Sailendra tetapi mengenai
perebutan kekuasan tersebut tidak diketahui secara pasti, yang jelas
kedua-duanya sama-sama berkuasa di Jawa Tengah. Raja-Raja yang berkuasa dari
keluarga Sailendra seperti yang tertera dalam prasasti Ligor, Nalanda maupun
Klurak adalah Bhanum Wisnu, Indra dan Samaratungga atau Samaragrawira[4].
Sedangkan raja-raja dari wangsa Sanjaya tertera dalam prasasti Mantyasih.
Berdasarkan candi-candi peninggalan kerajaan Mataram yang berasal dari abad ke
8-9 yang bercorak Hindu terletak di Jawa Tengah bahagian Selatan.
Kedua Wangsa tersebut akhirnya bersatu dengan adanya
pernikahan anatara Rakai Pikatan dengan Pramodwardhani[5].
Pramodwardhani adalah puteri dari Samaratungga. Raja Samaratungga selain
mempunyai Puteri Pramodwardhani, juga mempunyai putera iaitu Balaputradewa
kerana Samaratungga menikah dengan keturunan Raja Sriwijaya. Kegagalan
Balaputradewa merebut kekuasaan dari Rakai Pikatan menyebabkan ia menyingkir ke
kakeknya di Sumatera dan tak lama kemudian menjadi raja di Sriwijaya.
Selanjutnya pemerintahan kerajaan Mataram dikuasai oleh
Wangsa Sanjaya dengan rajanya yang terakhir yaitu Wawa. Pada masa pemerintahan
Wawa sekitar abad ke 10, Mataram di jateng mengalami kemunduran dan pusat
pemerintahan dipindahkan ke Jawa Timur oleh Mpu Sinduk. Mengenai penyebab
alasan dipindahkannya ibukota kerajaan Mataram dari Jawa Tengah ke Jawa Timur
oleh Pu Sinduk.
Pu Sindok mendirikan Wangsa baru iaitu Wangsa Isyana
dengan kerajaannya Medang Mataram[6].
Ia berkuasa sampai 947 M. Pengganti selanjutnya tidak di ketahui dengan pasti
kecuali pada awal abad ke-11 muncul nama Dharmawangsa Teguh 991 M – 1016 M. Ia
gigih untuk menaklukan Sriwijaya. Usahanya tidak berhasil, sebaliknya ia dan
keluarganya mengalami Pralaya atau kehancuran.
Kehancuran tersebut akibat serangan dari Kerajaan
Sriwijaya yang di bantu oleh kerajaan kecil bernama Wurawari. Salah satu anggota
keluarga yang bejaya keluar dari serangan tersebut adalah Airlangga. Tahun 1019
Airlangga dinobatkan oleh Pendeta Buddha dan Brahmana pendeta Hindu menjadi
raja. Dalam lapangan ekonomi, kerajaan
Mataram mengembangkan ekonomi agararia kerana terletak di pendalam dan daerah
yang subur tetapi pada perkembangan berikutnya, Mataram mulai mengembangkan
kehidupan pelayaran, hal ini terjadi pada masa pemerintahan Balitung yang
memanfaatkan sungai Begawan Solo sebagai lalu lintas perdagangan menuju pantai
utara Jawa Timur.
Pu Sindok memindahkan pusat kerajaannya dari Jawa Tengah
ke Jawa Timur, beliau mendirikan wangsa baru yang berkuasa sekitar 300 tahun[7].
Beliau yang bergelar Si Isnan Tunggawijaya memerintah selama 20 tahun dam
wilayah kekuasaannya meliputi Lembah Sungai Brantas antara Gunung Wilis dan
Gunung Semeru,bagaian selatan Surabaya,Malang dan Kediri Utara[8].
3.0
Pusat pemerintahan dan Perpindahan.
Pemerintahan Raja Sanjaya merupakan raja pertama
memerintah di Medang, Jawa Tengah. Raja Sannu sebelumnya diserang munsuh dan
gugur kerana kemungkinan ibu kota diserang munsuh. Setalah Sanjaya menjadi
Raja, Baginda perlu berpindah untuk membangunkan ibu kota dan istana baru.
Menurut Berita China , Ibu Kota Ho Ling dari She-po ke
Po-Lu-Chia. Raja HoLing yang tinggal di Kota She-Po, tetapi neneknya bernama Ki
Yen telah berpindah ke Ibu Kota Timur
(Po-Lu-Chia-Sse). Kemungkian besar kawasannya di sekitar Rembang.
Walaupun ramai Sarjana cenderong memhubungkan berita perpindahan pusat Ho-Ling
ke Timur dengan Prasasti Dinoyo di Malang,760 M tetapi tidak dapat dipastikan.
Menurut pendapat H.M Bernard, sesudah tahun 900M pusat
kehidupan kebudayaan di Jawa dan pusat kehidupan politiknya telah berpindah ke
timur[9].
Kemungkinan sebahagian daripada penduduk-penduduk bersama dengan raja mereka
telah berundur ke daerah-daerah yang lebih jauh ke sebelah timur. Jumlah
penduduk Jawa pada masa itu sedikit dan mempunyai tanah yang luas untuk pertanian.
Walaupun perpindahan ini ke Timur, namun di Jawa Tengah tidak luput dari perkembangan.
Dari segi sudut sejarah tidak ada semestinya Jawa tengah bahawa wilayah itu
hilang telah hilang penduduk dan susunan politiknya.
Raja pertama selepas perpindahan ke Jawa Timur ini ada
dikenali sebagai Raja Sindok. Nama beliau disebutkan dalam beberapa prasasti,
mula-mula sebagai tokoh yang terutama di negeri iu, dan kemudiannya sebagai raja.
Tulisan-tulisan awal sekali bertarikh semenjak tahun 919 M dan yang
akhir sekali dari tahun 947[10].
Sindok telah mengambil gelaran raja diantara tahun 927 dengan 929, menuntut
bahawa dia ialah seorang keturunan Mataram. Penggunaan gelaran Raja Mataram
diteruskan sungguh pun kekuasaannya tidak meliputi Jawa Tengah.
Prasasti Hamparan dan Sankhara adalah adalah bersamaan
dengan masa dari perpindahan Ibu Kota Ho Ling dari She-po-tcheng ke Po-lu-Chia
Sse. Dalam Berita China Raja Ho-ling tinggal di Kota She-po, tetapi neneknya
bernama Ki-yen tinggal di Timu, Po-Lu-Chia-Sse. Namun masalahnya siapakah
Ki-Yen dan apakah sebab ia berpindah tidak dapat dijelaskan. Dalam catatan
perpindahandisebabkan ibu kota diserbu munsuh, namun antara 742 M – 755 M tiada
sebarang berita serang dicatatkan. Yang terjadi hanyalah, pengantian
pemerintahan dari Sanjaya ke Rakai Panangkaran da jika Sankhara adalah Rakai
Panangkaran, Nama lengkap raja: Rakai Panangkaran Dyah Sanskhara Sri
Sanggramadhananjaya. Namun mengenai lokasi Po-Lu- Chia-Sse belum dapat
diselesaikan. Po-lu mungkin dari Waru yang mengampiri cerita dari prasasti
mungkin terletak d sekitar rembang kerana memenuhi syarat dekar dengan
Krapyak. Ramai Sarjana menghubungkan
perpindahan ke Ho-Ling ke Timur denga Prasasti Dinoyo, Malang 760 M tetapi
tidak dapat dipastikan.
Wangsa Pu Sindok runtuh pada tahun 1222 akibat serang Ken
Arok, pendirian Kerajaan Singosari[11].
4.0
Pendapat Penyelidik tentang justifikasi perpindahan tanpa penaklukan
Beberapa
penyelidik mempunyai teori tersendiri tentang perpindahan ini, namun teori yang
digunakan dan dipercayai oleh penulis adalah teori Van Bammelan yang menyatakan
teori letusan gunung berapi. Perpindahan ke Jawa Timur adalah kerana Kerajaan
Mataram di Jawa Tengah mengalami kehancuran sebab letusan gunung berapi yang
dashyat. Sehingga para pujangga menganggap sebagai pralaya iaitu kehancuran
dunia. Jika sesebuah istana hancur maka
harus dibangunkan istana baru di tempat lain. Hal ini sesuai dengan landasan
kosmologis Kerajaan Mataram harus dibangunkan dengan kerajaan baru dan wangsa
baru.
Oleh itu Pu Sinduk membangunkan kembali Kerajaan Mataram
di Jawa Timur dan menganggap dirinya sebagai wangsa baru dari keturunan
Mataram. Teori disokong juga dengan
pendapat Beochari yang mengatakan ini adalah hukuman Tuhan dan beliau bersetuju
dengan teori letusan gunug berapi. Menurut Pratasati Paradah 943 M dan
Anjukladang 937, kerajaan baru Pu Sindok tetap bernama Mataram. Ibu kotanya
terletak di Tamwlang berdasrkan prasasti Turyan 929M dan lokasi Tamwlang
mungkin dekat Jombang sekarang iaitu desa Tambelang. Pu Sindok memerintah sejak
929M- 948M dan selama pemerintahannya terdapat 20 prasasti[12].
Satu teori lain yang memungkinkan perpindahan
ini berlaku adalah teori peralihan modal ekonomi. Perpindahan ini bertujuan
untuk mengelakkan pencerobohan Srivijaya dan dorongan ekonomi itu sendiri. Di lembah Sg.Brantas merupakan lokasi
strategik untuk kawal perdagangan maritim bahagian kepulauan terutamanya bagai
kawasan kepulauan kawasan Maluku. Pu Sindok telah pindahkan modal ke Tamwlang dan
pindah sekali lagi ke Watugaluh. Kerajaan agaria memerlukan kerajaan maritim
untuk memasarkan sumber-sumbernya. Oleh itu Kerajaan Mataram memerlukan tempat
untuk memasarkan sumbernya.
5.0
Wujudkah Raja Pu Sindok ?
Perpindahan ke Jawa Timur dikaitkan dengan pemerintahan
Pu Sindok, namun wujudkah peribadi bernama Pu Sindok? Ini kerana menurut
pendapat penyelidik C.C. Berg semua prasasti Raja Pu Sindok adalah palsu.
Menurutnya para pujangga pilih nama seorang pegawai tinggi dalam zama Mataram
dan Jawa Tengah iaitu Pu Sindok. Berg
menyatakan kenyataan dalam semua prasasti Pu Sindok mempunyai struktur yang sama dan sehingga
membosankan. Menurut pendapat beliau lagi, tidak pernah wujud seseorang raja
yang bernama Pu Sindok.
Namun
pendapat Berg ini dibantah oleh Beochari yang mengatakan sememangnya semua
prasasti seseorang raja yang mempunyai ciri yang sama, dan ini yang
membezakannya dengan prasasti raja yang lain. Lagipun nama tempat pendarmaan Pu
Sindok disebut dalam prasasti iaitu Isanabhawana dalam prasasti Kamalagyan dan
Pucangan. Hal ini menunjukan Pu Sindok benar wujud.
Pendapat
Beochari ini disokong oleh J.G Casparis yang menyatakan prasasti Anjukladang
tentang serbuan dari Malayu bergerak hingga ke Nganjuk tapi dihalau oleh
pasukan raja pimpinan Pu Sindok, dan waktu itu beliau belum menjadi raja. Hanya
selepas atas jasanya Pu Sindok dilantik menjadi raja, namun sayangnya prasasti
Anjukladang belum dapat dibaca keseluruhannya.
Kewujudan
Pu Sindok dan perpindahan ke Jawa Timur dan perpindahan itu tidak memerlukan
penaklukan merupakan perkara yang membingungkan penyelidik. Hal ini terjadi
kerana sejak Rakai Watukura Dyah Balitung, kekuasaan Kerajaan Mataran telah
meluas ke Timur dan terdapat prasasti Waharu dan Sumbut memceritakannya. Pusat pemerintahan Pu Sindok berpindah
mungkin kerana serangan munsuh dan harus berpindah dari Tamwlang. Terdapat
dalam Prasasti Paradah dan Anjukladang, Ibu Kota Mataram disebut di Watugaluh,
dan kemungkinan besar Watugaluh beraada di Jombang tepi kali Brantas[13]. Yang anehnya dari sekian banyak prasasti Pu
Sindok masih belum ada satupun dapat dikolisasikan dengan tepat.
6.0
Kesimpulan
Punca
sebenar perpindahan ke Jawa Timur yang tidak memerlukan penaklukan belum dapat
dipastikan dengan tepat, namun penulis berpegang kepada teori yang telah
disarankan oleh Van Bammelan iaitu akibat faktor alam selepas letusan gunung
berapi. Namun selain faktor itu, faktor lain adalah akibat kehendak ekonomi itu
sendiri. Sesebuah kerajaan tidak mungkin akan menafikan perpindahan di atas
dasar ekonomi yang turut akan mempengaruhi perpindahan itu. Pemerintahan Pun
Sindok jga masih kabur, kemungkinan besar akan terdapat hujah hujah baru akan
datang selepas banyak lagi kajian sarjana dalam Kerajaan Mataram ini. Hal ini
bergantung dengan maklumat dan data yang dikumpul. Namun apa yang dapat
dilakukan sekarang, penulis bersetuju dengan pendapat Van Bammelan dan mungkin
ada pendapat yang lebih jelas lagi selepas beliau pada masa akan datang.
[1]H.M Vlekke Bernard. Nusantara Sejarah Indonesia.Dewan Bahasa
dan Pustaka,Kuala Lumpur, 1967.ms34
[4]
Internet: Asal Usul Mataram Kuno.
[5]
Ibid.ms 52
[6]
Ibid.ms 55
[7] Profil Propinsi Repulik Indonesia. Jawa Timur.Yayasan Bhakti Wawasan Nusantara, Jakrata, 1992. Ms14
[8]
Ibid.
[9]
H.M Vlekke
Bernard. Nusantara Sejarah Indonesia.Dewan
Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, 1967.ms39
[10]Ibid.
[11] Sanusi Pane. Sedjarah
Indonesia.Perpustakana Perguruan Kem. P.P dan K. Jakrata, 1955. Ms 48
[12]
ibid
[13]
Ibid.