Dear, USM CF
Sekali lagi saya tersentuh dengan kenangan bersama Tuhan yang terindah di USM. Sebelum saya melangkah ke dalam USM lagi saya sudah mula berdoa agar saya ditempatkan bersama-sama orang yang percaya. Puji Tuhan saya ingin memberikan terima kasih ke atsa segala jasa dan kebaikan yang ada dalam saudara-saudari seiman yang bersama saya, terutamanya dalam Keluarga Persaudaraan Kristien Agape. Di samping itu juga saya sering kali juga bersama suadara-saudari dari Sabah dan Sarawak yang berbahasa Malaysia dalam Campus Life. Tuhan itu sungguh baik apabila saya mempunyai keluarga yang sangat besar di USM. Selain saudara/i ku dari Borneo, say ajuga mempunyai keluarga di semenanjung di sini. Semua sangat indah. Namun pada semester ini adalah semester terakhir saya. Agak keberatan untuk saya meninggalkan USM, namun panggilan saya sebagai seorang mahasiswa sudah selesai dan saya perlu melangkah ke arah yang seterusnya. Langkah yang baru akan bermula tidak lama lagi.
Sepanjang dalam pelayanan saya dalam PKA khasnya, saya merupakan exco dalam penginjilan terutamnya dalam membuat event dan projek. Walaupun saya sejujurnya berkata, saya bukan jenis orang yang suka pada projek, namun lebih kepada orang. Puji Tuhan saya mempunyai pengelaman untuk handle projek seperti Malam Persahabatan, Movie Night, Easter Night, Bengkel Camel Method. Kalau bukan kerana kuasa dan kekuatan yang diberikan Tuhan saya tidka mampu untuk melakukan ini. Pada semester kedua saya dilantik sebagai NYDP PERKASA ( Perkumpulan Anak-Anak Sarawak) dan Exco dalam PKA. Dua jawatan ini sangat membebankan saya. Dalam PKA saya lebih banyak projek yang harus diurus dan dalam PERKASA saya sebagai wakil Ahli Parlimen Mahasiswa yang mempunyai persidangan. Dan apa yang saya belajar ada memegang tanggungjawab dan melaksanakannya. Sememangnya sukar untuk melakukan semua ini. Semuanya ada masa dan pengorbanan. Kadang-kadang dalam perjuangan sebagai seorang hamba Tuhan bukan mudah, kita harus membawa salib kita demi untuk kerajaannya. Ladang sudah menguning namun hanya sedikit yang menuai. Baiklah, saya juga dibebani beban yang orang lain tidak faham. Pada sem ketiga saya bertanding sebagai MPP dan ini merupakan pengelaman yang teruk dalam hidup saya apabila saya bertanding atas tiket bebas dan saya tidak punya team mate. Saya hanya bergerak sendiri. Saya tidak punya jentera. Apa yang dilakuakan atas kemampuan seorang individu. Dengan kekuatan dan keazaman yang ada saya terus berdiri sebagai orang yang bebas dan tidak berkompromi dengan mana-mana ideologi di kampus. Apa pun hidup harus diteruskan. ( cukuplah dengan MPP)
Satu hal yang selalu menjadi harapan saya di sini adalah ingin melihat semua CF ( PKA< CLC< LWCF<CUS) bersama-sama dan bersatu dalam Kristus. Sebelum ini saya melihat semua CF sendiri dan tidak mengenali satu sama lain. Namun selepas saya ada digerakkan Tuhan melihat visi ini, saya digerakkan untuk melakukan sesuatu yang baru. Walaupun saya berbahasa , dan tidak beberapa fasih dalam bahasa inggeris namun saya tetap memilih PKA sebagai CF yang saya pilih untuk bertumbuh. Saya juga menghadiri CF CLC kerana saya masih punya beban yang berat untuk melihat kaum bumiputra dari Sabah dan Sarawak untuk terus bersemangat dalam Tuhan. Beban dalam hati saya juga ingin melihat sebuah CF yang berbebankan juga semua bangsa di Malaysia. Dan apabila saya renungkan kembali, jika saya masih bersama comfort zone saya. Mengapa saya harus di USM? jawapan saya perlu membawa perubahan iaitu meyatukan CF. Kebanyakan orang dari Sabah dan Sarawak tidak ada banyak peluang untuk mengenali saudara dan saudari dari semenanjung ini kerana dipisahkan sidang Gereja dan juga CF. Namun apakah yang Tuhan Yesus doakan kalai terakhir sebelum naik ke surga, Dia ingin melihat semua orang menjadi SATU di dalamNya seperti Yesus dengan Bapa adalah Satu. Disini saya berasa beban untuk menyatukan semua CF. Pada Sambutan Easter yang pertama 2010 hanya tiga CF yang turut sereta, namun dalam Sambutan 2011. Saya sebagai pengarah projek pada masa itu berjaya mengabungkan semua CF dalam satu event. Kejayaan ini juga diteruskan dengan pengabungan Malam FreshMen, iaitu semua 4 CF bergabung. Pada malam tersebut saya sebagai MC. Wahhhhhhhhh saya rasa hidup saya sangat diberkati apabila apa yang saya ingin lihat dan doakan tercapai. Saya ingin memberikan rasa bersyukur atas semua kejayaan semua CF bersatu hati dalam bekerja untuk kerajaanNya. Apa yang saya cuba harapkan agar semua ini bukan berakhir di tahun saya, para junior akan meneruskan lagi perjuangan ini. Saya juga berdoa agar ada pelapis say ayang bersemangat dan pratikal dalam menjalankan kerja. Kesatuan harus dikekal bagi membina sebuah keluarga yang mempunyai kasih Yesus. Apabila Kasih Yesus diantara kita semuanya kan menjadi Indah.
Sebagai penutup, saya berharap agar perjuangan ini bukan hanya disini. Dan generasi yang baru akan meneruskannya. Bersiap sedialah!! Ladang sudah menguning!! dan JIka Tuhan masih mahukan saya di USM saya akan tinggal disini dan mempersiapkannya!! Ayuh bangkit dan bersinar terang baginya. Terbanglah tinggi bagaikan Rajawali!!!!
Daripada,
Anak Domba.
YNWA!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bekau Keranjai Jari
ALL ABOUT JESUS
(26)
KESAKSIAN TENTANG YESUS
(18)
Kristianiti dengan isu-isu semasa
(16)
SEJARAH
(15)
Events
(12)
LOVE is CINTA
(10)
LEMAN BERITA
(9)
Poem of Heart
(6)
Iban
(5)
lirik lagu
(4)
BAHASA
(3)
Sukan
(3)
UBAH FC
(3)
FALSAFAH
(2)
SASTERA
(2)
Ti dikerinduka
-
Enggau awak tok aku deka meri wish tauka selamat ngintu Hari Krismas ngagai semua bala kaban belayan ti bisi diau semak enggau ...
-
Bahasa Iban dituturkan di Kalimantan ( Indonesia bahagian Borneo ) dan negeri serantau Sarawak dari Malaysia oleh Suku Iban , seb...
-
Selepas berbual dengan beberapa kawan lelaki saya, saya cuba bertanya pendapat bagaimana ciri-ciri seorang wanita pilihan anda adak...
-
1.Latarbelakang dan Kemunculan Menjelang akhir abad ketujuh Masihi, Srivijaya merupakan sebuah kerajaan Melayu di Kepulauan Asia...
-
Adat enggau pengarap Iban asal ? Tauka Adat? Tauka Pengarap nya sama? Nama reti adat? Adat nya Culture, siti utai ti endang peturun ti diba...
-
Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim iya bisi madah ba nulis sejarah bala sida sejarahwan pan mega bepanggai ba utai ti keneka perintah...
-
Pendirian Impak utama zaman pendudukan Jepun (1941-1945) ialah sebagai pemangkin ketegangan kaum di Malaysia berbanding dengan zaman penjaj...
-
Shalom saudara dan suadari. Saya ingin berkongsi beberapa kesaksian menarik tentang Pertolongan Yahweh semasa mendoakan saudari dan saudara ...
-
Pengenalan Dalam menyusun semula Eropah kepada suasana yang aman dan damai beberapa perjanjian dengan kuasa besar telah dibuat, melalui per...
-
Meri Puji enggau basa ngagai Iya ti pemadu bekuasa Allah Taala ti pegaga semua mensia enggau semua utai di dunia tok., ulih Iya a...
Satu nasihat yang dihujah dengan penuh rasa kasih kepada Tuhan Yesus Kristus!
BalasPadamSemoga keempat-empat CF akan selalu menjadi SATU di dalamNya! =)
Saya doakan agar Tuhan sentiasa memberkatimu dalam sem yang terakhir ini dan untuk melakukan segalanya yang baik dalam mataNya!
Amen! =)