NOTE: UBAH FC hanya sebuah team futsal anak muda kampung, dan bukan menyokong mana parti ataupun agaenda politik....ini penting kerana ada tomahan bahawa UBAH FC terpengaruh dengan idea politik semata-mata, saya tegaskan semuanya adalah tidak benar..chewah...( pengurus UBAH FC)...ketika ditemubual oleh media baru-baru ini ( kononnyalah)...
Itu tadi baru permulaan untuk mendapatkan idea nama kumpulan kan..agak rumit juga...baiklah sekarang, kita beralih kepada dasar perjuangan UBAH FC. Dalam formasi yang digunakan oleh UBAH FC lebih kepada pertahanan iaitu 3-1, dan dibarisi oleh Bay- pengurus dan pertahanan, Kal- pertahanan, Mengga- stopper dan goal keeper , Joshua- penyerang ( pemain yang dibeli), Sean( dalam keadaan cedera) , Embit ( penjaga goal), Girie Gisang(sponsorship, pemain), Fabian Enjah ( pemain). Dalam perlawanan pertama( NIL'S FC VS UBAH FC) kalah dengan bekas Juara Futsal Skim Skrang 2-1, goal jaring UBAH FC hasil larian Bay yang disempurnakan oleh Sean, namun kami kalah tipis dengan goal yang terkena kaki pemain pertahanan kami. Perlawanan Kedua ( UBAH VS TUDUNG MERAH), kami ditundukan dengan 3-1, walaupun mendahului dengan jaring awal 1-0 hasil jariagan pemain baru dibeli kami iaitu Chua @Joshua, kami dijatuhkan dengan tendang penalti kerana terkena tangan pemain pertahaan kami, dua goal seterusnya akibat kesilapan pertahanan, dan tiada orang yang meghantar bola kepada pemain penyerang kami. Namun dalam perlawanan yang ketiga ( UBAH FC VS PELASOK A) kami dapat menebus kekecewaan kami dengan mengalahkan PELASOK A dengan 2-0. Dengan itu UBAH FC layak ke perlawanan suku akhir, ini kerana tiga teratas dalam kumpulan akan layak secara automatik. Kesemua ada 2 kumpulan dalam 2 kumpulan ada 4 team yang berlawan, hanya yang memiliki mata tercorot akan tersingkir, satu kumpulan akan layak ke play off yang akan menentang team bye..UBAH akan berhadapan dengan laluan sukar pada suku akhir, dan jika dapat menang pada suku akhir, kami akan dijangka akan melawan SPECIAL FC pada separuh akhik. Kita nantikan keputusan play off minggu depan pada hari rabu, Jumaat dan Sabtu. Dan hanya 24 Ogos ini kita akan mendapat keputusan siapakah yang layak ke separuh akhir, dan pada 31 Ogos merupakan perlawanan akhir.Ucapan terima kasih kepada pihak penganjur di Pusat Jaringan Komuniti, Engkelili terutamanya kepada Saudara Jimbun yang berusaha keras menjayakan liga ini. Majulah Sukan untuk Negara. Hidup UBAH FC!!!!!!1
Namun dalam suku akhir UBAH FC tertewas dengan jaringan 0-1 kepada T-molek FC. Tetapi semangat Ubah Fc masih membara...dengan pembelian pemain baru untuk next season sesuatu yang baru akan berhasil. Next game : 26 Oktober, di Penang. Ubah FC akan juga menyertai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan