Selasa, 24 Mei 2011

BOLA, POLITIK dan CINTA sem 4

Semester 4 di usm, sudah berakhir dengan keputusan exam yang lulus semu walaupun sem ini tadi banyak dibebani projek dalam Persatuan, Persidangan Parlimen Mahasiswa, PERKASA, PKA dan omitmen yang lain. Kenangan yang termanis pada sem ini tadi apabila bertandingan sebagai calon MPP , dan tanpa gentar dn takut untuk menjadi wakil BEBAS yang berdiri atas kaki sendiri. Terima kasih kepada jentera saya yang membantu walaupun dua tiga orang je. Sem 4 juga kenangan manis dimana dapat berjaya mengarahkan projek mega PKA pada sem 4 ini iaitu Easter Day. Sungguh Luar biasa. Kembali kepada cerita pilihan raya kampus, sebenarnya jauh disudut hati saya, saya tidak menyangka bahawa kemenangan itu dipihak saya. Walaupun sangat sukra dan tipis tapi kerana sistem yang direka manusia tidak sempurna seperti yang kita harapkan. Semasa pengiraan undi saya tidak berada disitu sebab baru 2-3 peti undi dibuka memang buka memihak kepada saya sebenarnya. Lagipun kalau diukur melalui Jentera dan poster memang kurang, malah saya terpaksa mengeluarkan duit dari tabung syiling untuk membayar cagaran untuk bertanding. Masa berucap dan menerangkan manifesto pun ada satu trandmark yang kita buat iaitu menjatuhkan duit syling dari poket supaya orang sedar kita bertanding atas usaha sendiri bukan dengan kekuatan orang belakang.

 Dan kita bukan membawa suara mana2 dalang dan menjadi tunggangan orang. Perjuangan yang kita buat bukan untuk membawa agenda lain, melainkan menjadi suara mahasiswa yang pro kepada ilmu. Saya memilih untuk jalan bebas ini kerana saya melihat bahawa mahasiswa harus dibebaskan dari cucukan cucukan yang membawa prejudis kepada ideologi yang lain. Saya tidak mahu mahasiswa membuta tuli dan mudah percaya dengan tuntunan orang lain, tetapi biarkan mahasiswa sendiri memilih dan membawa apa yang terbaik. Sebab Pro apa pun anda tetap dalam satu pasukan. Saya sebenarnya tidak begitu baik bekerja dalam pasukan ini kerana sikap saya lebih berusaha sendiri dan suka bekerja sendiri dan tidak mahu berhutang budi dengan orang sebenarnya. Tapi sebagai yang dipilih dari yang terpilih tangggungjawab bekerja dalam pasukan dalam organisasis harus dipelajari. dan begitu juga anda diberikan peluang untuk belajar dan dalam proses pembelajaran sekarang. 

Banyak hal yang dihadapi terutama perasaan prejudis orang terhadap kita memang tidak dapat dielakkan. Apabila anda berada dalam golongan majoriti dan anda berbeza dari yang lain orang akan ragu terhadap anda. Pertama kerana bangsa dan agama anda, biasalah Malaysia masih lagi dalam jajahan dasr British yang mengamalkan dasr pecahan perintah. Semua harus berdasrkan perkauman tetapi bukan melalui peniliaian meritokrasi dan kelayakan sebenarnya. Sebagai minoriti anda akan faham apabila suara anda dipinggirkan dan suara menjadi suram. Namun satu hal yang saya percaya saya tidak bersendiri. Saya telah dipanggil untuk membawa misi ini, iaitu membawa perubahan dan membawa kebenaran ini kepada mahsiswa sejagat. Jodoh saya memang dalam misi ini. Apa pun sekarang masa untuk bekerja. Namun perjalanan ini masih jauh. 


Cerita Si Kudung pulak memang tidak habis, em...sem ini juga saya diakhiri dengan sebuah kisah yang bukan sedih dan buka gembira namun apa orang kata so so saja lah. Ya selepas national confrence di ort dickson, kami didedahkan dengan kesedaran untuk mencintai Malaysia. SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA. Pada saat itu bermulalah satu kisah. em..tengok bola sama, makan sama, melayani dalam satu pelayanan di kampus semuanya sungguh indah. Dua benda yang aku "paling bodoh" aku buat : 1 aku hantar bunga kat dia time Valentine tu, em aku tulis " thank u for being my frenz". Cerita ini lucu sebenarnya, aku dah rancangan satu plan yang sudah lama aku rancangan dah. Ok macam ini ya, time tengok sama dengan dia kan, alaaaaaaaaa dia minat Manu bro...Kita Liverpool fans YNWA wan...time tu dia pergi toilet break sebelum game mula, dia tertinggal kunci dia kat meja...so aku ambik lah no bilik dia..lupa nak bagi tahu time tu Liverpool kalah. LOL 1-0. Okey plan bermula nak dekat valentine tu, aku kata dengan member aku tak akan berikan bunga untuk org punyer. sebab PKA sendiri yang jual bunga, kalau aku beli tentu siot kena pecah rahsia. So aku suruh kawan aku Mus dan Mira beli sebab dia org couple.  Pastu aku suruh lah Mira hantar ke biliknya. Ini cerita yang terindah time tu. Dia pun terkejut masa tu dapat bunga hu hu. 

Kedua, time kita nak farewell dengan seluruh warga PKA yang hendak gradute. Ikut tradisi junior kena atur semua nya. Malam tu kita ada persembahan khas. Dah berlatuh dua minggu tau untuk dua lagu tu, lagu Wonderful Tonight dan Menanti Sebuah Jawapan. Saya dan Mike mainlah lagu tu. Pada mulanya semua berjalan lancar. tapi aku sangat nervous masa itu, selama ini aku bercakap di depan orang ramai tidak pernah rasa gentar pun. Ini pada malam itu kaki aku bergetar dan jantung dengan pantas dup dap dup dap. Tambah lagi dengan Mike hancurkan plan, dia kata lagu tu aku tujukan untuk seseorang sedangkan aku hendak semua orang terhibur dan merasakan happy pada malam itu. Amboi semua handsome dan cantik malam itu...sebab itu kita memilih lagu Wonderful Tonight kerana lagu ini mencerita kejelitaan seseorang yang meghadiri parti dan setiap orang kagum. Lagu kedua itu sebenarnya lagu kesukaan aku, alaaa memang lagu tema Si kudung dari dulu bah tu. Akhirnya pada mlam itu aku tulis nota atas tisu, em kurang ajar punyer kawan sebelah aku letak tisu atas meja tu dia ingat untuk cuci mulut. Habis lah...lepas tu aku pakailah kertas yang ada kita tulis kat dia " You Look so wonderful Tonight" itu je. Malam tu dia balas sms : thank bay. Tu je.

Ne time nak exam pulak aku tanya dia apakah jawapan dia, dia kata HOLD ON dulu dan better jadi kawan sebab dia tidak ada apa perasaan untuk kita setakat ini sedangkan kawan pun tak lama macam mana hendak kenal. Ya lah kan.....wat to do..akhirnya...si kudung bertepuk sebelah tangan lagi...sebelum itu juga ada seseorang yang kita kejar dulu dah inrelationship pulak kata dalam emel nya dulu dia tidak mahu ada BF ketika masih kat U..alaaaa tipu punyer. Berapa kali aku harus kecewa lagi? Lepas tu tengok member lain sudah ada awek, gambar semua letak kat laptop pun ..tension gua...ha ha ha ha...apa pun saya enjoy hidup di kampus ini penuh dengan POLITIK, BOLA dan CINTA.

Tapi saya sendiri masih menanti satu lagi masa yang dia kata hendak jumpa saya dan bercakap tentang semua hal ini. Namun sudah berapa kali kita tanya bila awak free? dia juga tidak memberikan kejelasan. Okey lah aku dah emo malam ini cuma di sini aku cuba luahkan.

Gawai dah hendak tiba dan aku akan balik 30 mei ini dan merayakan bday aku di kapal terban saja lah. Tidak yang kisah aku punyer bday . Sebab aku tidka pernah membelikan sesiapa hadiah pun utk britday member yang lain. Aku tak Kisah. Hidup dah jadi semak sekarang suka je emo..tambah lagi cerita korean aku benci...siapalah yang letak kat harddisk aku, aku layan ga..jiwang sial beno...malas hendak ku layan..baik aku fokus politik kampus...aku cuba lari dari perasaan ini. em jalan pergi queenbay pun sial juga aku tengok movie sebelah aku couple berdua2 an sial betul....aku pulak jadi emo...dah dah..aku balik sarawak kerja sawit masuk hutan kawan dengan tupai dan burung saja. Hidup pancing ikan cari lauk kemiding. Penuh kan aktiviti gua dengan mandi sungai. Gawai ini jangan lepaskan peluang untuk minum2 sikit gak...rami bah..poco2 anang kurang. Ini lah post terakhir sem ini.


POST INI TIPU TIPU SAJA JANGAN PERCAYA. SEKIAN. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka