Selasa, 30 September 2014

LIGA BOLASEPAK WTK. SOUTHWIND MILL FC.

Liga Bolasepak

Sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke 57, WTK telah menganjurkan perlawanan bolasepak diantara para pekerja yang di ladang dan di kilang. Perlawanan Bolasepak ini mengunakan sistem liga.

Southwind Mill FC

Atas dari kiri: James, Veera, Elat, Danny, Imop, Amin
Bawah dari kiri: EJ, Rimbo,Domming, Bay, Mau, Abai @ Hillary, Legend Chendan
Vs IMBOK MEKANIK 29/09/2014 5.00PM
Pasukan SHOULD WIN ( Southwind MILL FC) terdiri daripada pekerja yang bekerja dikilang WTK, Southwind Mill. Pemain- pemain dibarisi anak tempatan, yang bersemangat waja dan mempunyai keyakinan yang tinggi. SMFC telah ditaja oleh BKS daripada bintulu. SMFC merupakan penyandang juara pada tahun 2013. Tahun 2014 SMFC merupakan tumpuan semua pasukan. Sebagai
pasukan yang digeruni SMFC telah mengalami banyak dugaan ketika bertandang ke tempat lawan.

Dengan menaiki pacuan empat roda ditambah dengan debu dan keadaan yang jalan yang berlubang, kesemua permain berkongsi satu kereta ( 4x4). Ditambah dengan kehadiran penonton pihak lawan yang begitu ramai dan menyuntuk semangat pihak lawan dengan tinggi.

Perlawanan Pertama
       Southwind Mill FC vs Southwind Estet FC, permainan separuh masa pertama selama 15 minit gagal untuk mendapatkan goal. Keadaan agak kucar kacir kerana pertahanan sebelah kiri agak mudah dibolosi, dan jentera tengah terpaksa bekerja keras membantu di bahagian pertahanan. Dengan itu, kekosongan dibahagian tengah menyukarkan bola untuk dihantar kepada penyerang.
Separuh masa kedua, dengan pertukaran pertahanan yang lebih kental, bahagian tengah dikuasai oleh SMFC, permainan yang menarik dengan hantaran long ball yang baik daripada no.2 terus kepada penyerang sayap kiri mereka meledakkan goal. SMFC menang dengan 1-0.

Perlawanan Kedua
       SMFC vs Mekanik IMBOK, separuh masa pertama agak hambar denagn permainan fizikal game yang agak berbahaya daripada Mekanik Imbok. SMFC mencipta beberapa peluang menarik namun tiada penyudah. Beberapa kali sepakan sudut, sepakan percuma amat berbahaya namun gagal menghasilkan goal. Permainan yang bertahan daripada Mekanik Imbok menyukarkan SMFC untuk membolosi bahagian pertahanan , 6 orang pertahanan diletakkan.
Separuh masa kedua, permainan agak keras apabila banyak late tackle dan keputusan pengadil yang boleh dipertikaian berat sebalah kepada pasukan pelawat. 5 layangan kad kuning 2 layangan kad merah, kad merah yang pertama diterima oleh pemain Mekanik Imbok  FC apabila mengangkat kaki terlalu tinggi hingga terkena kad merah, tindakan susulan pemain no.2 yang bermain di CMF yang terkena kasut dimuka menolak pemain yang mengasarinya mendapat kad kuning. Kad kuning kedua yang dilayang kepada no.2 disebabkan tidak mendengar wisel, dan menyepak bola. Keputusan pengadilan yang agak berat sebelah menyebabkan SMFC kehilangan pemain jentera tengah mereka. Perlawanan berakhir dengan 0-0.

Perlawanan Ketiga
akan bersambung......................

Ti dikerinduka