Khamis, 31 Mac 2011

Zaman Paleolitik Di Malaysia

            
Pengenalan
Kertas kerja ini akan membincangkan Zaman Paleoltik di Malaysia dalam aspek kebudayaan, manusia awal dan tapak-tapak paleolitik . Konsep kebudayaan dalam zaman awal ini memberikan satu pendekatan demi menerangkan tingkahlaku serta cara hidup masyarakat di sesuatu tempat dan masa pada zaman itu. Di Malaysia zaman prasejarah bersifat dinamik dan sentiasa bersesuaian dengan  perubahan persekitaran.  Ini merangkumi cara-cara manusia awal di negara ini dalam menyesuaikan diri kepada persekitaran, termasuk ilmu pengetahuan, teknologi, ekonomi, kepercayaan, seni, politik, organisasi sosial, adat istidata dan tabiat atau kebolehan yang diperolehi oleh manusia awal sebagai ahli masyarakat. Namun kebudayaan prasejarah telah dibina semula oleh ahli arkoelogi dan ahli sejarah. Tinggalan daripada arkeologi ini merupakan produk kebudayaan sesuatu tempat yang dikaitkan dengan kebudayaan secara sistematik. Ahli-ahli arkeologi atau artifak di sesuatu kawasan dan masa yang tertentu sebagai  “assemblages’ atau himpunan yang telah digunakan untuk mendefinisikan kebudayaan prasejarah di negara ini.
            Kebudayaan prasejarah di Malaysia bermula sebelum kewujudan penulisan dalam merekodkan sejarah kehidupan manusia, pembangunan dan masyarakat yang kompleks di negara ini dapt disusur ke lebih daripada 74, 000 tahun dahulu. Konsep -konsep kebudayaan dan zaman di dalam prasejarah Malaysia tidak dipisahkan. Pada lazimnya, konsep kebudayaan dalam prasejarah Malaysia berkait rapat dengan penzamanan prasejarah yang dibahagikan kepada tiga zaman utama iaitu zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam di Malaysia. Ketiga-ketiga zaman prasejarah ini didefinisikan berdasrkan model eropah dari segi bentuk-bentuk teknologi, zaman dan kebudayaan Paleolitik, Neolitik dan Logam di Malaysia turut didefinisikan berasaskan tinggalan kebudayaan serta perubahan-perubahan yang mencirikan setipa zaman itu. Namun demikian , perkembangan zaman dan kebudayaan prasejarah di negara uni berbeza di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.
            Kebudayaan Paleolitik wujud di Malaysia pada Zaman Paleolitik iaitu pada zaman manusia yang hanya masih bergantung sepenuhnya pada teknologi batu, perburuan dan pemungutan hasil-hasil hutan sebagai cara hidup.  Satu takrifan mengenai zaman Paleolitik di Malaysia yang dicirikan melalui penggunaan teknologi batu, penyesuaian tasik pantai, ekonomi perburuan dan pemungutan, cara hidup nomadik di dalam kumpulan kecil di antara 30-40 orang dan pegembumian berposisi fetus. Maksud cara hidup nomadik iaitu hidup secara berpindah randah.
Masyarakat Paleolitik di Malaysia hidup secara  nomadiksupaya dapat mencari makanan, air dan tempat perlindungan  dan seringkali mengikut perpindahan haiwan dan musim buah-buahan. Kebanyakan aktiviti masyarakat pada zaman ini,  memburu binatang liar dan mengumpul hasil hutan, buah-buahan dan cengkerang  dari hutan, sungai atau tasik. Mereka mempunyai pengetahuan mengenai ensiklopedik yang membantu mereka memahami persekitaran mereka terutamanya pengetahuan flora dan fauna yang membekalkan mereka sumber makanan, ubatan, tempat perlindungan, pakaian dan keperluan seharian dan barang asas yang lain.
Dari segi daya cipta, mereka membentuk dan menggubahkan batuan,  kayu-kayan-kayan dan tulang menjadi artifak atau perkakas untuk aktiviti perburuan , pengumpulan dan penyediaan makanan dan perlindungan. Masyarakat Paleolitik menggunkan api yang dicipta melalui percikan untuk memasak, sebagai sumber cahaya,pemanas badan dan perlindungan daripada haiwan liar.

Tinggalan Kebudayaan Paleolitik di Malaysia
            Di Semenanjung Malaysia, tingggalan kebudayaan Paleolitik yang terawal ditemui di tapak-tapak terbuka seperti di Kota Tampan , bukit Jawa, Bukit Bunuh dan Temelong di Lembah Lenggong Perak. Kebanyakan tapak-tapak ini berdekatan dengan tasik lama. Sehingga kini juga, hampir kesemua tapak-tapak Paleolitik yang dijumpai merupakan tapak pembuatan alat batu atau bengkel. Tapak- tapak ini mengandungi variasi himpunan batu yang terdiri daripada anvil besar, teras, pemukul batu, repihan dan serpihan. Kebanyakan peralatan-peralatan siap pula terdiri daripada alat penetak dan alat repihan yang dibuat daripada kuarzit dan kuarza. Bukit Jawa merupakan penempatan Paleolitik yang terawal iaitu ditakrihkan seawal 150,000 tahun dahulu berdasrkan proses-proses geomorfik dan kajian perbandingan alat batu yang ditarikhkan secara kronometik.
            Pentarikhan kronometrik ke atas debu volkanik berdekatan Kota Tampan, sebuah tapak pembuatan alat batu, telah menganggarkan tarikh sekitar 74,00 tahun dahulu. Di Bukit Bunuh pula, sebuah tapak terbuka yang terletak berdekatan Kota Tampan , menggunakna teknik “Optical Luminescene” dalam melakukan pentakrikhan atau dikenali juga dengan teknik pandar kilau optik yang telah digunkan untuk mentarikhkan tapak itu sekitar 40, 000 tahun.
            Melalui bukti-bukti ini, terutamanya bukti arkeologi dari Semenanjung Malaysia yang menunjukkan corak perpindahan pemburu- pemungut Paleolitik ke tapak berlatitud tinggi yang terletak di Lembah Sungai yang dilingkungi gua batu kapurdan pelindung gua.  Masyarakat Paleolitik menggunakan tapak-tapk ini untuk bertujuan habitat atau pengembumian pada akhir zaman glasier, di antara 10,000 dan 18,000 tahun dahulu.  Di Semenanjung Malaysia , bukti-bukti arkeologi menunjukkan populasi manusia menjadi lebih tersebar seperti yang direkodkan di Tapak Gua Gunung Runtuh dan Gua Teluk Kelawar di Lenggong, Perak, Gua Sagu dan Gua Tenggek- bahagian utara Kuantan, Pahang dan Gua Peraling, Gua Chawas dan Gua Cha di Negeri Kelantan.
            Bukti-bukti arkeologi mengenai pengembumian manusia beposisi fetus, yang bertakrikh di antara 6,000 dan 10,000 tahun dahulu dari gua batu kapur dan pelindung gua seperti Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar, Gua Cheroh, Gua Baik dan Gua Kerbau di Perak, Gua Cha dan Gua Peraling di kelantan dan di tapak terbuka timbunan cengkerang di Gua Kepah, Seberang Prai menunujkkan bahawa masyarakat awal di Semenanjung Malaysia merupakan pemburu-pemungut jenis Australomelanesiod.
        Pemburu-pemungut awal ini juga bertanggungjawab dalam membuat alat pebel repihan unifas di Semenanjung Malaysia yang berterusan sepanjang zaman Paleolitik dan Neolitik. Kebanyakan pengembumian berposisi fetus dijumpai dalam keadaan tidak lengkap dan ada juga yang telah dirawat. Antara pengembumian ini termasuk “ Perak man” atau Manusia Perak yang telah ditemui di Gua Gunung Runtuh, ia merupakan pengembumian paling lengkap di Malaysia dan yang tertua di Semenanjung Malaysia , bertakrikh sekitar 10,000 tahun dahulu.
            Penemuan Manusia Perak memberikan informasi yang jarang mengenai upacara pengembumian Paleolitik dan kecacatan prasejarah yang dikenali sebagi Brachymesphalangia.  Manusia Perak telah diberikan upacara pengembumian sebelum keadaan fetsu dimana kakinya dan  tangannya diletakan ke atas abdomen dan bahunya . Manusia Perak telah dikebumikan diiringi 5 jenis daging, cengkerang dan alat batu. Walaupun dilahirkan dengan kecacatan, Manusia Perak mati pada usia yang agak Tua iaitu pada 40-50 tahun dan kemungkinannya dijaga dengan baik sepanjang hidupnya.

Manusia terawal di Malaysia
Di Malaysia, zaman Prasejarah dibahagikan kepada tiga iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Kewujudan Zaman Paleolitik di Malaysia telah disahkan melalui pentarikhan saintifik dengan penemuan alat batu di Kota Tampan Lenggong pada tahun 1987. Ini telah meletakkan Malaysia antara negara terawal yang melalui zaman Prasejarah di dunia.
Selain itu, penemuan rangka manusia Zaman Paleolitik yang dikenali sebagai ‘Perak Man’ di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990 telah mencipta satu sejarah besar zaman Prasejarah dunia. Ini kerana rangka ‘Perak Man’ merupakan penemuan pertama rangka manusia zaman Paleolitik di dunia yang dikebumikan dengan kaki terlipat dan mengalami kecacatan fizikal asal sejak lahir.
Rangka manusia istimewa ini telah dikebumikan bersama-sama alat-alat batu dan 8 spesies haiwan dengan penuh istiadat zaman Paleolitik. Ini membuktikan kepada kita manusia istimewa ‘Perak Man’ ini merupakan orang yang berpengaruh dan mempunyai kedudukan yang tinggi di mata masyarakat pada masa itu.
Ciri-ciri penempatan orang Perak iaitu hidup berpindah randah dan biasanya hidup tinggal di dalam gua dan kegiatan harian mereka seperti memburu binatang liar, memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun. Dari segi kegiatan ekonomi mereka mengamalakan cara hidup sara diri dan alat batu digunkan sebagai alat utama dalam kehidupan seharian mereka. Temopat tinggal mereka di dalam gua. Dari segi kepercayaan mereka mengamalkan animisme dan mengamalkan acara perkuburan. Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut. Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Paleolitik hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 154cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.
Perak Woman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.


Kebudayaan Paleolitik di Sarawak dan Sabah
            Bukti-bukti kebudayaan Paleolitik awal turut ditemui di Gua Niah dan Gua Sirih di Sarawak serta di Tingkayu, madai , Hagop Bilo, Tomanggong, Balambangan, Gua Samang Buat, Mansuli dan Melanta Tutup di sabah. Sehingga kini, kajian arkeologi di Gua Niah telah mendedahkan bukti treawal tengkorak manusia Homo Sapiens di Malaysia yang telah ditarikhkan melalui radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu dengan anggapan bahawa penemuan ini mempunyai kaitan dengan penduduk masyarakat awal Australia. Selain penemuan Homo Sapiens, penemuan yang lain di Guan Niah termasuk pengembumian manusia berposisi fetus dan duduk yang lebih lengkap yang bertarikh seawal 20,000 tahun dahulu. Di kepulauan Balambangan, Kudat Sabah beberapa batang gigi manusia yang dikaitkan dengan alat repihan telah diekskavasi. Penemunan ini dipertarikhkan sekitar 16,000 tahun dahulu.
            Selain daripada fosil manusia, artifak baru yang di Sabah dan Sarawak mencadangkan bahawa kebanyakan daripada pemburu-pemungut Paleolitik di kepulauan Borneo telah menggunakan alat repihan dan pebel yang dianggarkan bertakrikh di antara 40,000 dan 20,000 tahun duhulu. Di Gua Sirih pula kerja-kerja ekskavasi menemui beberapa repihan dan tinggalan fauna yang bertarikh 20,000 tahun dahulu. Tapak ini dianggar lebih daripada 28,000 tahun dahulu. Tapak ini diangggarkan  selama 28,000 tahun kerana kerja-kerja ekskavasi yang belum lagi menjangkau lapisan basal.
            Di Gua Madai dan Hagop Bilo, alatan repihan dan tinggalan fauna ditemui yang dianggarkan di anatara 11,00 dan 7,000 tahun dahulu. Di tapak terbuka Tingkayu di Kunak, Sabha, alat repihan rijang dan bifas yang dijumpai berusia 28,000 tahun dahulu. Manakala di bahagian timur sabah pula, tapak estet Tomonggong telah dijumpai alat repihan penetak yang besar dan alat baru Zaman Paleolitik. Penyelidikan arkeologi dan ekskavasi terbaharu di Mansulu dan di kawasan Lahad Datu turut menemui alat batu dari Zaman paleolitik yang serupa.

Tapak-tapak Paleolitik di Malaysia
Bukit Tengkorak (Sabah)
Bukit Tengkorak terletak kira-kira 500 kaki d atas paras laut di pesisiran pantai Semporna, Timur Sabah (Utara 4 27’ 20.08” dan 118 37’ 04.3” Timur). Bukit Tengkorak merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian daripada bibir gunung berapi yang berdiameter sekitar 2 kilometer. Kajian arkeologi yang sistematik dan saintifik telah dijalankan di Bukit Tengkorak dan kawasan sekitar daerah Semporna oleh sekumpulan Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah semenjak 1994 hingga hari ini.
Hasil kajian arkeologi yang diperolehi menunjukkan bahawa Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar prasejarah yang terbesar di Asia Tenggara. Antara bukti arkeologi yang telah ditemui terdiri daripada ribuan serpihan tembikar prasejarah dan tanah liat yang digunakan untuk pembuatan tembikar. Selain itu, kajian etnoarkeologi menunjukkan bahawa teknologi pembuatan tembikar masih lagi diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Bajau di Semporna.
Ekskavasi arkeologi di Bukit Tengkorak juga menunjukkan ia kaya dengan pelbagai artifak arkeologi seperti alat batu mikrolit (kecil), batu pemukul kulit kayu, beliung sisa-sisa tulang haiwan serta cengkerang dan tulang ikan laut. Asosiasi arifak-arifak berkenaan yang ditemui semasa ekskavasi menunjukkan bukti kewujudan aktiviti sibsisten seperti pemburuan haiwan dan penangkapan ikan serta pengumpulan cengkarang di laut.
Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak arkeologi yang penting di Malaysia dan Asia Tenggara. Kepentingan Bukit Tengkorak termasuk penemuan bukti dan hipotesis baru mengenai penghijrahan manusia dan perdagangan atau pertukaran maritime prasejarah di kepuluan Asia Tenggara dan Pasifik. Penyelidikan arkeologi di Bukit Tengkorak telah menemui bukti perdagangan laut yang terpanjang di dunia, iaitu dari Timur Sabah ke New Britain di Melanesia, sejauh lebih 3,500 kilometer kiria-kira 3,000 tahun dahulu.
Bukti ini secara tidak langsung mencadangkan bahawa lautan dari Melanesia ke kepulauan Asia Tenggara, 2,000 – 3,000 tahun sebelum Captain James Cook menjelajahi kepulauan Asia Tenggara dan lautan Pasifik pada 1768-1779. Bukit Tengkorak juga telah dikenal pasti sebagai salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik. Berpuluh-puluh ribu serpihan tembikar tanah yang berusia 3,000 tahun dahulu dan dihiasi dengan pelbagai corak telah ditemui di tapak berkenaan. Penemuan lain yang unik di tapak ini ialah industri pembuatan alat batu mikrolit yang diperbuat daripada batuan akik, cert dan obsidian. Industri alat batu mikrolit itu merupakan penemuan yang luar biasa dan jarang sekali ditemui di kepulauan Asia Tenggara.
Kajian arkeologi pada 2002 hingga 2006 di tapak Melanta Tutup, sebuah tapak baru yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bukit Tengkorak juga telah mendedahkan bukti baru mengenai kewujudan manusia prasejarah manusia di daerah Semporna lebih 10,000 tahun dahulu pada Zaman Paleolitik sehingga Zaman Neolitik (3,000 tahun dahulu), Zaman Logam dan Zaman Sejarah Awal (1,000 tahun dahulu). Bukti-bukti arkeologi yang ditemui semasa ekskavasi di tapak berkenaan ialah artifak prasejarah seperti pengebumian manusia dalam keranda kayu balak, tempayan, dan pengebumian lunjur, alat batu mikrolit yang dibuat daripada akik, certan obsidian, serpihan tembikar tanah dan batu, loceng gangsa, alat-alat besai, manik, dan sisa-sisa flora dan fauna seperti tulang haiwan, ikan dan cengkarang laut.
Kajian perbandingan jumpaan artifak seperti tembikar dan alat batu yang ditemui di Bukit Tengkorak menunjukkan banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di tapak-tapak sezaman yang lain di Asia Tenggara dan lautan Pasifik. Kajian paleoantropologi dan perbandingan rangka-rangka manusia yang ditemui di Semporna dan tapak-tapak lain di Asia Tenggara turut menyokong hipotesis migrasi dan penyebaran berleluasa populasi manusia prasejarah di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik dan Logam.
Kajian sumber batuan dan artifak obsidian yang ditemui di Bukit Tengkorak turut mencadangkan kewujudan rangkaian perdagangan atau pertukaran dan pergerakan manusia secara jarak jauh melalui lautan antara kepulauam Asia Tenggara dan Pasifik seawal 3,000 tahun dahulu.

Lembah Lengong ( Semenanjung Malaysia)
Lenggong adalah sebuah bandar di bahagian utara Perak, Malaysia yang terletak 100 kilometer dari utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan, Banding dan lain-lain.
Bandar Lenggong boleh dikunjungi melalui jalan utama yang menghubungkannya dengan bandar berdekatan. Jalan ke Lenggong kebanyakannya diselitupi oleh ladang sawit dan hutan rimba. Banyak lembu dan kerbau sering kelihatan sepanjang jalan. Prasejarah Malaysia Kaji purba Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak tempoh Paleolithik telah ditemui.
Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong.  Lembah Lenggongdi hulu Perak adalah merupakan lembah prasejarah yang mengandungi tapak-tapak arkeologi termasuk tapak Paleolitik terbuka. Sehingga kini . lebih daripada 6 tapak Paleolitik terbuka telah dikenal pasti berfungsi sebagai bengkel pembuatan alat batu. Kajian-kajian yang pernah dilakukan di tapak-tapak terbuka ini telah banyak menyumbang kepada pemahaman terhadap kebudayaan Paleolitik di Malaysia dan Asia Tenggara, terutamanya tentang teknologi dan adapatasi masyarakat. Salah satu tapak Paleolitik terbuka yang berpotensi menyumbang kepada pengetahuan batu tentang teknologi dan adaptadi masyarakat Paleolitik Lembah Lenggong ialah tapak Bukit Bunuh. Daripada kajian terdahulu, tapak ini dikenali pasti begitu istimewa berbanding tapak Paleolitik terbuka di Lembah Lenggong.
Lembah Lenggong diisytiharkan sebagai “ Lembah Warisan” yang mana merupakan salah satu kawasan yang penting dalam mendedahkan buktii pra-sejarah negara. Di Lembah Lengggong sahaja banyak tapak arkeologi telah dikenal pasti termasuk 6 tapal Paleolitik terbuka in-situ. Dan salah satu daripada tapak terbuka adalah Bukit Bunuh yang banyak memberikan sumbangan kepada arkeologi dan geologi negara. Kajian di Lembah Lenggong oleh Coolings pada Tahun 1938, dan di ikuti oleh Ann sieveking pada Tahun 1954 dan seterusnya dilakukan oleh Zuriana pada tahun 1987 di tapak Kota Tampan. Kajian yang dibuat oleh Zuraina telah menjadi titik tolak kepada permulaan kajian yang lebih terperinci dan saintifik. Selanjutnya usaha ini telah diteruskan oleh Mokthar yang menkaji beberapa tapak Paleolitik di lembah Lenggong iaitu Kampung Temelong( Moktahr 1997), Lawin( Mokthar 1997) dan Bukti Bunuh ( Mokthar 2006) dan akhir sekali kajian oleh hamid ( 2007) di Kota Tampan.
            Daipada hasil kajian yang telah dilakukan sebelum ini, adalah jelas menunjukkan Lembah  lenggong telah menjadi tumpuan masayarakat Paleolitik. Sumber dan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan Lembah Lenggong dipilih sebagai tumpuan masyarakat Paleolitik. Dalam kajian yang dilakukan oleh Zuriana ( 1989) dan  Mokhtar ( 1997a, 1997b dan Hamid 2007) yang mendapati bahawa masyarakat Paleolitik di lembah Lenggong adalah beradaptasi dengan tasik dan ianya menpunyai persamaan dengan masyarakat Paleolitik yang lain di seluruh dunia. Kehadiran kelikir sungai amat penting bagi masyarakat Paleolitik kerana kelikir sungai ini menyediakan bentuk dan saiz yang sesuai untuk dijadikan alat (Mokhtar 2007).
            Daripada teknologi litik yang digunkan hasil daripada jumpaan bengkel pembuatan alat batu di Lembah Lenggong telah dikenal past teknologi lat batu yang digunakan oleh masyarakatnya adalah maju dengan pengetahuan yang rasional dan efisien. Untuk membuktikan hal ini, menurut kajian yang dibuat oleh Zuraina (1989) pada Tahun 1987 di tapak Kota Tampan yang mengenal pasti masyarakat Paleolitik Lenggong sudah mempunyai pengetahuan memilih jenis bahan mentah yang sesuai untuk menghasilkan mata tepi yang tajam, merepeh artifak secara minimum dan mempunyai pengkhususan kerja. “Teknik Pilih” digunkan di Kota Tampan menurut rumusan yang dibuat oleh Zuraina.
            Teknik membuat batu di Kota Tampan ini juga dapat dibahagikan kepada teknik secara langsung dan tidak langsung serta merapikan mata tepi. Dalam kajian 1987 di Kota Tampan telah menolak pandangan Movisu ( 1948) yang mengatakan bahawa Asia Tenggara kawasan yang mundur. Namun kajian yang dijalankan di tapak terbuka Paleolitik seperti di Kampung Temelong, Bukit Jawa, Lawin, dan Bukti Bunuh pula didapati menggunkan teknologi yang hampir sama. Masayarakat Paleolitik di Temelong, Lawin dan bukit Jawa didapati menggunkan kuarza untuk dijadikan alat batu. Kebanyakan alat batu mempunyai hasil pembuatan kasar dan bersaiz besar. Ini menunjukkan masyarakatnya mungkin kurang mempunyai pengetahuan tentang kesesuaian jenis bahan mentah dalamm pembuatan alat batu mereka. Fungsi peralatan batu pelandas adalah sebagai lapik kerjja kepada batu teras yang merupakan bahan asas dalam pembuatan alat batu, manakala batu pemukul  pula digunakan untuk memecah, merepah dan merapikan batu yang akan menghasilkan alat repehan dan alat pebel. Aktiviti pembuatan alat batu ini juga akan menghasilakn tinggalan atau sisa kerja yang dikenali sebagai puingan.
            Sungguhpun terdapat bukti Paleolitik di Lembah Lenggong,  terdapat beberapa isu yang masih kurang menyakinkan misalnya dari segi teknologi litik, kajian yang telah dilakukan hanyalah melibatkan sumber batuan daripada kelikir- kelikir sungai, iaitu tidak melibatkan sumber yang diperolehi secara kuari. Malah materialnya juga hanya melibatkan kuarzit dan kuarza.
            Selain itu pentarikhan mutlak untuk tapak terbuka di Lembah Lenggong juga masih kurang. Setakat ini, hanya di Bukti Bunuh dan Kaota Tampan sahaja yang mempunyai pentarikhan kaedah pender kilau ransangan optik ( OSL).
Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak, rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologikal Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).
Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat dalam negeri Perak di Semenanjung Malaysia. Lokasinya yang tepat adalah di Gunung Gua Runtuh, sebuah gua tempat persemandian terakhirnya yang terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong di Ulu Perak. Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan satu ketinggian kira-kira 157 cm, yang berusia sekitar 50-an. Ia ditemui pada 1991 dan rangka tersebut telah dikenal tarikh sebagai berusia sekitar 11,000 tahun. Pada tahun 2004, satu lagi rangka telah dijumpai di Teluk Gua Kelawar di Lenggong, Perak oleh satu pasukan ahli arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kali ini ia adalah adalah 'Wanita Perak' dengan ketinggian 148 cm dan dipercayai berusia 40-an. Satu kawasan pengeluaran peralatan batu yang tidak diganggu di mana peralatan kerikil dihasilkan dengan menggunakan alat seperti andas dan tukul batu telah digali di tapak arkeologikal Kota Tampan. Bengkel ini bertarikh semenjak 75,000 tahun dahulu.
Bukit Bunuh
Terletak di longitud 100”58.8’ Timur dan latitud 5”4.5’ Utara dan 10 km dari Pekan Lenggong dan berdekatan dengan Kota Tampan. Daripada kajian yang dibuat oleh Mokhtar Saidin ( 2001) mendapati Bukti Bunuh merupakan sebahagian daripada bibir kawah akibat impak meteorit yang berlaku kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penyelidikan yang telah dijalankan oleh Mokhtar ( 2006) mendapati tapak ini telah menyumbangkan pengetahuan baru tentang geologi ( impak meteorit) dan kebudayaan Paleolitik negara.
            Bukit Bunuh telah mengalami peristiwa hentaman meteorit pada 1.74 juta tahun dahulu yang mengakibatkan terbenyuknya morfologi kawah di Bukit bunuh dan sekitarnya.Hasil daripada hentaman tersebut Bukit Bunuh dikenalpasti mempunyai batuan Suevit. Akibat proses metamorfirme mengejut ini, wujud lamela yang berselang seli pada mineral kuarza batuan suevit.
Keunikan lain tapak di Bukit Bunuh ini adalah ianya merupakan satu-satunya tapak yang mempunyai kepelbagaian material seperti suevit, rinjang, flin dan akik. Ekskavasi pada dua petak bersaiz 2x 2 m di Bukit Bunuh yang dijalankan pada bualan Mei 2008 telah mendedahkan asosiasi dan jenis-jenis material yang dugunkan oleh masyarakat Paleolitik di Malaysia khasnya.
            Artifak litik serta asiosasinya pada petak tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Paleolitik mendapatkan sumber bahan asasnya secara kuari iaitu daripada batuan rijang dan kobel suevit. Namun jumpaan permukaan mendapati banyak artifak batu daripada pabel sungai.
Bukti Paleolitik selepas ekskavasi dijalankan pada tahun 2001-2003 oleh Mokthar mendapat Bukti Bunuh merupakan tapak in-situ dan berfungsi sebagai bengkel pembuatan alat batu Paleolitik. Berdasarkan kepada log pengerudian di Bukit Bunuh , dapat ditafsirkan kemungkinan wujud sungai yang pada mulanya berarus rendah ke sederhana yang seterusnya bertukar menjadi kuat.Kemungkinan arus yang tinggi  telah masuk ke kawasan ini dan menyebabkan kawasan tersebut menjadi tasik. Kajian masyarakat Paleolitik Bukit Bunuh juga di dapati beradaptasi dengan tasik dan sungai, iaitu sekitaran yang menjadi pilihan masyarakat Paleolitik di rantau ini.
 Penutup
            Zaman Paleolitik di Malaysia jelas sekali menampakkan perkembangan tamadun awal yang marik sekali terutama jiak kita lihat dari segi kebudayaan mereka yang lebih menekankan kepada cara hidup dan kegiatan harian mereka. Di samping itu juga di negara kita di temui rangka manusia awal iaitu Perak Men yang memberikan satu penemuan yang bermakna kepada ahli arkeologi. Jika ditinjau id seluruh negara kebanyakan tempat seperti di Lembah Lenggong di Semenanjung Malaysia , Bukit Tengkorak di Sabah dan Gua Niah di Sarawak merupakan tapak-tapk utama kajian arkeologi. Hasil daripada pembelajaran arkeologi Asia Tenggara ini menimbulkan satu faham penting dalam memahami kebudayaan bangsa dan menghargai tempat-tempat bersejarah.  

Bibliografi



Chia Ming Soon, Stephen. Konsep Kebudayaan dalm Prasejarah Malaysia.
Chia, Stephen . The Prehistory of Bukit Tengkorak as a Major Prehistoric Pottery Making site in Southeast Asia, Sabah Museum Monograph, Vol. 8, Kota Kinabalu, Malaysia.
Chia, Stephen .Prehistoric pottery production and technology at Bukit Tengkorak, Sabah, Malaysia. 1997.
Mohd Mokhtar Saidin. Tapak Bukit Bunuh, Lenggong, Perak : sumbangannya kepada kebudayaan Paleolitik dunia . 2004.
Nor Khairunnisa Talib. Kajian Awal Teknologi dan Adaptasi Masyarakat Paleolitik di Bukti Bunuh, Lenggong, Perak. Bab 15
Zolkurnian Hassan .Urutan kebudayaan prasejarah Lembah Lenggong, Hulu Perak, Perak pada zaman Holosen . 1998




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ti dikerinduka